PENGUIN DI LANGKAWI MALAYSIA !

Tergempar, Penguin ada kat Malaysia! tak perlulah kita pergi ke Alaska untuk saksikan dengan mata kepala sendiri nak angkut baju tebal tebal semata nak keluar negara pergi tengok penguin. Sedangkan kat Malaysia sendiri ada Penguin. 

UWL

UNDERWATER WORLD LANGKAWI

Datang Langkawi tak jejakkan kaki di Underwater World Langkawi sangat rugi tau. Di sini, terdapat pelbagai spesis hidupan di dasar laut yang pernah kita jumpa atau sebaliknya kita boleh lihat dengan dekat. Tapi takdelah sampai boleh pegang mereka semua tu. Sebelum aku cerita lebih lanjut, aku nak kreditkan gambar lawa lawa ni kat Eyra. Walaupun di ambil dengan handphone. Tapi tetap puas hati. Tu lah tuu, Iphone 8+ sis tak dapat cakap bebanyak.

UWL

Tentang Underwater World Langkawi

Tempat ini telah dilancarkan oleh YA Bhg. Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2005 dan sejak daripada itu, Underwater World Langkawi merupakan salah satu tarikan di Pulau Langkawi yang paling terkenal dan menjadi akuarium terbesar di Malaysia.


UWL

Ia terletak di hujung selatan Pantai Cenang dan memiliki lebih 200 jenis spesis ikan laut dan air tawar termasuk anjing laut, penguin Rockhopper, ikan jerung, ikan pari gergasi dan arapaima Amazonian yang besar yang mana adalah ikan air tawar yang terbesar di dunia. Kompleks ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Hutan Hujan Tropika, Temperate dan Sub-Antartika.

UWL

Ditubuhkan pada Ogos 1995, objektif Underwater World dibina adalah untuk menyediakan aktiviti bersama-sama dengan pengetahuan dan pendidikan kepada mereka yang berminat untuk kehidupan laut. Ia juga bertujuan dibina untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memulihara bentuk kehidupan berharga akuatik. Sejak permulaan operasinya pada 26 Ogos 1995, ia telah menjadi salah satu daripada destinasi pelancongan di Langkawi dan telah menarik sebilangan besar pelancong tempatan dan asing. - SUMBER TRAVELOKA

Tarikan Underwater World Langkawi

UWL


Jika di tempat lain kita hanya akan dapat melihat satu atau dua ekor penguin je kan. Aku pun macam terkejut jugak bukan dua ekor penguin dalam tu. Tapi banyak sangat penguin di Underwater World langkawi tu. Korang akan nampak sekumpulan penguin yang cukup aktif berenang dan bergerak bersama. Jangan terlepas macam waktu makan penguin macam aku tau, terlepas detik-detik nak melihat keletah penguin makan berebut-rebut sambil badan mereka berayun-ayun ke kiri dan kanan.
UWL

Ini merupakan tarikan utama underwater world, African Penguin. Dah habis tengok gelagat penguins, kitaorang teruskan perjalanan ke bahagian coral dan marin. Kat sini lagi menarik bagi aku sebabnya boleh tengok batu karang yang hidup dengan lebih dekat.
UWL
UWL

Banyak rupanya batu karang tak pernah tengok lagi. haaa, jakun sekejap. Di sini, mereka pamerkan di darat. Maksudnya kita tengok dia bukan dalam air.

Seksyen 1 | Ikan Air tawar

UWL

Selepas beli tiket di kaunter, bahagian pertama adalah ikan air tawar. Tapi macam biasalah, staff mereka akan minta untuk kauorang amik gambar. Nak beli takde masalah. Taknak beli pun takde masalah. hahaha.  Dalam seksyen ni, ada amik video. Mintak tolong "dabel Jie" amik kan gambar. Tapi, bila di teliti takde hasil pun. hm hmm. hahaha. Di ingatkan, korang boleh je amik gambar dan merakam gambar. Sebelum amik gambar atau video, pastikan camera tu tutup flash haa. Haiwan haiwan sensetif dengan cahaya macam tu.

Seksyen 2 | Hutan Hujan Tropika


Ini adalah bahagian kedua. Korang akan mendapati pelbagai jenis burung tropika, haiwan dan ikan. Korang akan melihat flamingos, angsa hitam, itik Mandarin, pegar emas kuning, burung bayan, seriawan dan banyak lagi.

Di seksyen ni, aku terlepas pandang monyet terkecil dalam dunia. Pergi balik Underwater World Langkawi boleh tak? hahahaha. Monyet terkecil di dunia dipanggil Marmoset yang hanya 7-12 inci panjang. Pasangan mereka bergerak di dalam pokok kecil. Malah mereka begitu kecil, mereka bersembunyi di sebalik daun apabila diancam.

Seksyen 3 | Anjing Laut


Anjing laut selatan yang boleh didapati di tempat-tempat seperti Atlantik Amerika Selatan, atau di antara Pasifik Selatan Peru ke Cape Horn dan lain-lain Mereka adalah mamalia dan agak sosial. Seekor anak anjing yang baru lahir boleh mencapai berat antara 3-5kg. Korang perlu ada datang tepat untuk persembahan jam 2.30pm untuk tengok anjing laut makan dari jurulatih anjing laut dan mereka membuat pertunjukan seperti melompat melalui cincin yang besar, membuat postur yang berbeza dan lain-lain.

Seksyen 4 | sub-Antartika




Bahagian seterusnya adalah satu lagi tarikan utama di tengah-tengah. Di sini boleh melihat Rock Hopper Penguins. Mereka dipanggil macam tu sebabnya mereka memang boleh melompat batu. 2 kaki tinggi dan mempunyai bulu berwarna kuning di atas kepala mereka. Mereka makan sotong, ikan kecil dan lain-lain.

15-meter Tunnel - Seksyen Life Marine

Pada bahagian seterusnya korang akan berjalan di dalam terowong 15 meter panjang yang penuh dengan ikan dan hasil laut yang menakjubkan. Masa ni rugi sikit, sebab tengah construction. Tak dapatlah nak tunjukkan gambaran cantik kat sini.

Ada banyak seksyen dari Underwater World Langkawi yang perlu kau orang selam bersama aku. Hihihi. Jom layan gambar pula...












 Souvenir Underwater World Langkawi



Penat tengok ikan, boleh jamu mata tengok barang-barang Souvenir yang boleh di dapati di dalam Underwater World Langkawi ini.

Pavillion Taufan Underwater World Langkawi

 

Nak masuk ke Pavillion Taufan ni, kena bayar tiket asing dengan tiket masuk memula masuk. harga RM18 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak. Sebelum masuk, mereka akan bagi baju hujan yang pakai buang tu sorang satu. Nama pun taufankan. Mestilah kelam kabut kat dalam tu. Makanya. Takdelah gambar dekat dalam tu sebab memang gelodak habis kat dalam tuu kena angin taufan siap basah. 


Lost World Tunnel




haaa! cari jalan keluar


Okay yang ini memang aku terhibur teruk ! hahaha. sebab dia macam menganjing tau . Kita tak jumpa jalan keluar. Sebelum keluar akan jumpa jalan berpusing. weyh korang kalau mudah terhibur. Inilah tempatnya. Boleh tengok kat Highlight Instagram aku bahagian Blog Review untuk tengok aku terhibur!  


Haaa, maybe nak elakkan tapak kasut kita meningglkan kesan kepada sesiapa yang  masuk selepas aku, mereka wajib pakai pelapik kasut ni. 


Interactive & Panoramic World Virtual Reality


Credit : cikza

Kat sini pun best sebenarnya. Sesuai untuk korang yang bawak anak-anak. masa aku tiba kat sana mungkin dah tutup. Jadi aku tak dapat berhibur kat sini. Untuk video VR tu harganya RM15 seorang dan ada tiga pilihan video iaitu cerita dinosaur, rumah hantu atau roller coaster. Kalau nak tahu serba sedikit pasal Interactive & Panoramic World Virtual Reality melalui pengalaman Kak Nani, Haihh rugi-rugi !

Review Underwater World Langkawi by Mimin




Keseluruhan Underwater World Langkawi sangat terbaik. Di sini kau orang akan jumpa Penguin, di mana kau tak perlu pergi beli tiket kapal terbang pergi tempat-tempat sejuk untuk berjumpa dengan penguin. Bukan seekor ya penguin ada disini. tapi lebih daripada 20 ekor. waa! bukan itu aja, konsep Underwater World Langkawi menyatukan Hutan Hujan TropikaTemperate dan Sub-Antartika bagi aku sangat berjaya. Wajib singgah Underwater World Langkawi bila kau dah jejak kaki di bumi Mahsuri. Dah jejakan kakidiUnderwater World Langkawi, jangan terlepas peluang untuk mencuba sendiri meneroka Lost World Tunnel, Earthquake & Typhoon Pavilion, dan Interactive World yaa...

-----------------------------------
Info lanjut:

Twitter : Underwaterlgk
Call : 04-955 6100
Email : info_uwl@edenzil.com
Waktu Operasi: 10 pagi hingga 6 petang
Alamat : Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia






6 Comments