4 TIPS BERKESAN KURANGKAN SENGGUGUT DENGAN HERSDAY

July 13, 2018
Entry kali ini aku memang khusus untuk para wanita tulin. Oppss ! Maksud aku wanita yang sudah akil baligh setiap bulan akan didatangi period , haid atau dikenali datang bulan. Macam Sajat ke Rizulala ke Safie Ilyas tuu tak tahu sama ada mereka didatangi period. Hahhaha. So, Bukan aku nak cerita berkaitan kaum Sajat. Tapi aku nak kongsi tips untuk kurangkan senggugut ketika datang bulan. Tapi, lelaki kat luar sana pun tak salah untuk amik tahukan.


Kenapa rasa sakit bila Period?

Semasa haid, kontraksi kuat akan terjadi sebagai salah satu proses meluruhkan dinding rahim. Kontraksi ini menekan pembuluh darah yang mengelilingi rahim, sehingga memutuskan bekalan darah dan oksigen ke rahim. Sebagai tindak balas, rahim melepaskan bahan kimia yang menyebabkan rasa nyeri dan sakit.
Selain itu, tubuh juga mengeluarkan bahan kimia bernama prostaglandin. Bahan ini memicu otot rahim supaya terus berkontraksi. Jika terlebih paras prostaglandin, ia mampu juga menyebabkan berlakunya loya, cirit birit, perasaan gelisah, dan sakit kepala. -sumber sirap limau

4 Tips Berkesan Hilangkan Senggugut


Aku tak terkecuali dari diserang senggugut setiap bulan. Memang rasa macam dah tak ada peluang hidup untuk hari esok sakit dia datang. Kalau tengok tips kat google sana memang banyak cara yang boleh digunakan untuk hilangkan rasa sakit tu. Hilang maksud aku bukan hilang terus tau. Tapi hilang ketika haid tu datang.

1. Tuam Air Panas


Inilah cara paling mudah dan berkesan untuk hilangkan senggugut. Melalui tuaman panas, otot-otot yang sedang berkontraksi akan menjadi lebih relaks. Bukan saja boleh dipakai di rumah, tetapi juga di pejabat, kelas, atau di mana-mana.

Tuamkan di sekitar perut, pinggang, atau punggung. Jadi, laburkan sedikit wang untuk membeli beg tuaman panas ini. Beg tuam sekarang boleh dapatkan dengan mudah. Tak beli dekat farmasi boleh dapatkan kat shopper online. Kalau tak sempat beli, cubalah buat sendiri dengan mengisi air panas ke dalam botol yang sesuai.

2. Minum Air Suam

Kita kehilangan banyak kandungan air dalam badan saat datang bulan, kekurangan air juga boleh menyebabkan perut kejang dan kembung. Oleh itu, banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari. Lebih baik jika minum minuman itu pada taka suam dan bukannya sejuk.

3. Gerakan


Pergerakkan yang dimaksudkan bukan bangun duduk tidur je tau, tapi gerakkan excersice yang aku maksudkan. Ia mampu membantu tubuh untuk melepaskan hormon endorphins dalam tubuh yang dapat mengurangkan gejala krem perut. Gerakan seperti tabata, jalan kaki serta jogging boleh membuatkan gerakan otot di bahagian otot. Jadi ia akan mengurangkan masalah krem yang teruk.

4. Bertukar kepada 'Hersday Pad'


Mungkinkah salah satu penyebab anda mengalami senggugut berpunca daripada tuala wanita yang digunakan? Sesetengah wanita sebenarnya memang sensitif terhadap bahan kimia yang terkandung dalam pemprosesan bahan seperti ini, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Jadi, anda bolehlah cuba bertukar kepada ‘Hersday Pad’ atau tuala wanita jenis kain. Kini, ia mudah didapati di https://www.hersday.com/ . Bukan saja anda dapat mengurangkan pendedahan ‘vagina’ terhadap bahan kimia, ia amat menjimatkan dan anda turut membantu menghijaukan alam!

Apa itu HERSDAY?




Di sini aku berpeluang untuk review Hersday ini sendiri. Mempunyai Hersday untuk Kegunaan Harian, Kegunaan Malam dan Panty Liner, mereka adalah salah satu pengeluar pad & pengeluar tampon organik yang paling selamat di dunia.
 
Panty Liner adalah untuk kegunaan setiap hari untuk tetap kering dan menghibur sepanjang hari.
Hesday Night Pad | Pad Malam lebih panjang dan memberi kita keselesaan dan tidak bocor ketempat tidur semasa dibuai mimpi indah. hehe
 
Hersday Day Pad | nipis, lembut dan selesa untuk memakai yang pasti tak bocor

 

4 Sebab kenapa perlu bertukar kepada Hersday

1. Kering 9 kali lebih cepat, tiada kelembapan
2. Menyerap 3 kali lebih baik
3. Nipis dan lembut memberikan keselesaan setiap hari
4. Tiada bau yang tidak baik


Cara Dapatkan Hersday


Langkah 1: Perhatikan berapa kali anda menukar pad anda setiap hari. Dengan itu, anda boleh dengan mudah memilih aliran anda dengan garis panduan mudah mereka di sini https://www.hersday.com

Langkah 2: Pilih rancangan pilihan anda. Hersday Team berjanji untuk menyampaikan barang-barang anda mengikut masa, mengikut rancangan yang anda pilih.

Langkah 3: Penghantaran PERCUMA - Terus kembali dan nikmati perkhidmatan tanpa cas tersembunyi! Mereka akan membekalkan bekalan sanitasi anda ke depan pintu anda, dan anda tidak perlu membayar apa-apa tambahan sama sekali!




2 beleter:

Anonymous said...

Very nice write-up. I certainly love this site. Thanks!

Siti Yang Menaip said...

menarik.. boleh cuba. suka juga herbal pad rasa fresh je bila guna. bau herbs ada yang stengah tak suka tapi cheq ok ja. ni pun menarik gak.. konsep tu best =D

Powered by Blogger.
Back to Top