TARIKAN DI LANGKAWI | BIRD PARADISE WILDLIFE PARK

Bird Paradise Wildlife Park atau lebih dikenali sebagai Langkawi Wildlife Park menempatkan pelbagai jenis haiwan liar mahupun haiwan domestik yang boleh diberi makan dan dipegang oleh kita. Bagi pencinta alam, tempat sebegini adalah satu tempat yang menarik untuk dilawati. Tak sia-sia datang kemari. Tapi jenis aku yang tak berapa pencinta alam dan orang.. ehh! hahhaha jadi aku nikmat sahaja suasana di dalam Wildlife Park ini.


Wildlife Park

Bird Paradise Wildlife Park ini diuruskan oleh pihak Wildlife Planet Sdn Bhd. Pada mulanya, tempat ini diberi nama Langkawi Bird Paradise pada tahun 2002. Disebabkan beberapa faktor, nama tempat ini ditukar kepada Langkawi Wildlife Park pada tahun 2006. 

Ia dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Menteri Kedah, Y.A.B. Dato Seri Razak Zain pada 24 Disember 2002. Pada 1 Januari 2006 dan sejajar dengan pameran hidupan liar baru, kami menukar nama itu menjadi “Langkawi Wildlife Park”.

 Tarikan Bird Paradise Wildlife Park

Banyak tarikan di dalam Wildlife Park ni sebenarnya, antaranya boleh melihat pelbagai spesis burung, buaya, rusa dan banyak lagi.


Tengok monyet ni pelik, kepalanya botak dan alat sulitnya macam baru lepas sunat. hahaha. tapi ini memang spesis monyet. err, aku lupa nama dia. Antara tarikan lainnya :

1) Bird Feeding

Di sini boleh mendekatkan diri dengan burung burung yang ada seperti flamigo, merak putih, merah biasa, parrot, nuri dan pelbagai lagilah. Jinak pun jinak, sebab kat kita ada makanan. Bab ni aku paling failed. Bukan pencinta haiwan macam mana nak menjinakkan diri dengan diorang. hahaha.

2) Hedgehog Feeding

Selalunya dapat perati dari jauh je landak ni. Masa tiba kat zon ni, Landak semua nyorokkan diri, Masing-masing tidur. Mungkin mereka kepenatan melayan karenah pelanggan yang tengok dia sepanjang hari hari agaknya.. 

3) Bunny Feeding
Bukan masa arnab makan masa aku datang ke kandang arnab ni. Memang banyak arnab yang ada kat dalam kandang ni. Ada yang bersaiz besar, ada yang bersaiz kecil. Yang paling penting kesemuanya sangat comel. Macam landak tadii. arnab ni pun korang boleh belai.


Sebenarnya banyak lagi gambar aku nak masukkan, tapi kalau aku masukkan semua korang tak jejakkan kaki kat sini pulak dan tak surprise laa apa yang ada dalam Langkawi Wildlife Park.

Harga Tiket

Dibawah ni harga per entry untuk dewasa, kanak kanak, dan warga emas . Tapi, kalau kau baca entry aku bukan tahun 2018 dan harga tak sama macam aku lampirkan.. Janganlah marah aku. Masa aku pergi ni zaman kerajaan baru bertukar. So, masih harga ni lah aku pergi. hahaha. Untuk kepastian harga tiket boleh rujuk harga tiket di sini.

Harga Warganegara - tunjuk kad pengenalan siap-siap :
1. Dewasa (13 tahun dan keatas) : RM24.00
2. Kanak-kanak (3 - 12 tahun ) : RM 16.00
3. Warga emas (atas 55 tahun) : RM 16.00

-------------------------------------------------------------------
Info Lanjut

Waktu Operasi : 8.30am - 7pm
Tiket Dijual: 8.30am - 6pm

2 Comments