PART 1 | TEAM BUILDING TERBAIK DI CYBERVIEW RESORT & SPA

Hai, aku baru-baru ini ada pergi team building dalam bahasa melayu dikenali sebagai Pengukuhan Pasukan. Aku dah banyak kali pergi program seperti ini sejak aku di bangku sekolah lagi. Tapi, team buliding 2 Hari dan 1 Malam di Cyberview Resort & Spa yang baru aku pergi ini memang seronok sangat. 

AKTIVITI TEAM BUILDING DI CYBERVIEW RESORT & SPA




Aku awalnya terfikir, Cyberjaya ni bandar mana ada tempat sesuai nak buat team building.. Mestilah aktiviti team building ni biasa-biasa je macam team building aku pernah pergi sebelum ni kan. Jadi, dalam fikiran aku okay bawak baju berpandukan itinerary yang di berikan je. Masih bawak kasut sukan untuk keselamatan diri. Bila rujuk kat itinerary ada melibatkan air dan hutan. So, bawak baju pun jenis jenis jersey jee. 

Program Team Building dikendalikan oleh Sarjan Idris yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ketenteraan. Kagum dengan Sarjan Idris ni, rupanya beliau salah seorang dari bekas team Special Force Malaysia. Ketika pesawat MH17 yang ditembak di Ukrain dulu, dia salah seorang yang pergi ke sana untuk mengambil kotak hitam pesawat dari pemberontak.

7 September 2018
9.00 pagi

Welcoming Note by Acting Resort Manager

Aku datang tepat jam 9.00 pagi.  Aku skip greeting tea atau bahasa mudahnya sarapan pagi yang disediakan oleh pihak Cyberview Resort & Spa. Sepatutnya kena berkumpul di Verandah Restaurant. Tapi aku menonong pergi ke Jasmine Room. Jadi aku pun berpatah semula pergi Verandah Restaurant dan aku dapat duduk sekejap tak sampai 5 minit dah kena pergi Jasmine Room semula.

9.15 pagi | Ice Breaking

Aktiviti pertama seperti biasa sesi ice breaking. Heyy siapa tak kenal Emas Putih yang viral pasal cafe Fizo Omar, Daus redscarz viral makan ramen samyang, Ujang yang header blog dia dulu boleh main tulis tulis, ehh ! Sohoque yang pemes blog makanan dan lain lain. Walaupun dah kenal dengan diorang, tak semestinya kita dapat berkomunikasi dan menjalinkan ukhwah dan kerjasama dengan baik. Ye dak ? 

mencipta logo

Untuk sesi ini, kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Selepas kumpulan terbentuk, kami perlu tahu persamaan kami tak kisah dari segi warna kegemeran ke, adik beradik ke, fizikal ke. BINGO ! nampak je satu kepala, tapi banyak takde persamaannya. hahhaha, 


Gigih bamlan lukis logo

Selepas itu, kami diberikan tugasan mencipta nama kumpulan, bendera kumpulan serta Misi dan Visi serta war cry kumpulan masing-masing. 

Buddies Blogger

X-Team Blogger

Kumpulan aku, Buddies Blogger terdiri daripada Lan Careno, Fazerol, Sohoque, Qaseh Dalia dan aku. X-Team merupakan kumpulan yang bakal bersaing dengan kami terdiri daripada Ujang, Daus redscarz, Angah Judin, Yanty Lee dan Emas Putih.

Mendirikan paku di atas 1 paku

Baling bola dalam masa ditetapkan

Kemudian, kami kena bentangkan semula apa yang telah kita bincangkan berkaitan tugasan yang diberikan tadi. Beberapa aktiviti seperti mendirikan 7 paku di atas satu paku, 7 set balingan bola dengan masa yang ditetapkan serta arahan mudah jalan berhenti lompat dan menari merupakan aktiviti yang mahu menunjukkan kami ini boleh beri kerjasama dalam satu kumpulan ke tidak. hahahhaa.

Kumpulan X-team  telah didenda untuk menjaga Milah. Sesiapa membuat kesalahan akan dihukum menjaga Milah. Siapa Milah ? Stay Tuned

12.00 pm | Check in 

Aktiviti seterusnya pada tepat pukul 3.00 petang untuk memberi laluan pada solat Jumaat. Dalam masa yang sama kami check in, kami pergi ke Verandah Restaurant untuk menikmati makanan tengah hari kami. Macam Pirana kelaparan. kah!

3.00 pm | Aktiviti Indoor dan Water Confident 

Akibat taknak jaga Milah, kami punctual jam 3.00 petang berkumpul di lobi. Tepat jam 3 petang kami kena menaiki van untuk ke lokasi aktiviti seterusnya.Bagi aktiviti Indoor game

1. Giant Dice (Dadu Gergasi)

Giant Dice

Aktiviti pertama indoor game adalah Dadu gergasi. Bila Dadu dibaling dapat nombor ganjil akan mundur ke belakang dan bila dibaling dadu dapat nombor genap akan maju ke hadapan. Wakil kumpulan perlu baling dadu dan ahli kumpulan lain kaki perlu diikat dan jalan perlu seragam. Semestinnya kumpulan Buddies Blogger lead game ini. Kahkahkah !

2. Monkey Walk 



Seterusnya Jalan Monyet. Aktiviti ni perlu ditutup mata sambil membawa kepit bola di ketiak dan kelengkang kaki dan perlu ada wakil untuk memberi arahan. haa ! nampak macam mudah. tapi aku yang dah gagalkan kumpulan aku. Terlalu berhati hati masa berjalan. Makanya, Milah jatuh ke tangan kami. kahkahkah! maaf buddies.

3. Imbang Bola Ping Pong


Aktiviti kali ini, kami dikehendaki membawa bola ping ping di sebatang paip. Perlu dikendalikan atau di bawa menggunakan tali. Tali perlu dipegang dihujung tali. Kena bawa bola ni jalan keliling luar dewan. Susah weyh. Permainan ini telah mengambil masa yang sangat panjang dan terhibur. 

4. Mengeluarkan Bola Ping Pong Dengan menggunakan air


Walupun aktiviti ini pernah aku main sebelum ni, tapi permainan ni sebenarnya sangat menghiburkan. Korang kena fikir dan bersepakat dalam mengeluarkan bola pingping didalam bekas yang bocor. Haaa, bak kata Ujang ! fokus kat lubang jangan fokus lain. Tak mudah nak fokus tahu!

5. Water Confident

sebelum meyakinkan diri

Cara turun dari kapal tinggi

Cara turn dari boat
Cara untuk membuat panggilan kecemasan ditengah lautan
Cara menyelematkan diri ketika tiada sesiapa mahu memberikan pertolongan

we did it !

Water Confident merujuk kepada keyakinan sesorang di dalam air. Bagaimana untuk tidak panic sekiranya kita berlaku musibah di tengah lautan. Di ajar cara turun dari boat dan kapal besar. Selain itu cara untuk meminta bantuan ditengah lautan dan cara bergerak dalam berkumpulan sekiranya bantuan lambat tiba.

6.30 petang | Free and easy  & Dinner

Selesai aktiviti petang kami, free and easy. Perlu sediakan diri untuk aktiviti malam iaitu aktiviti night walk. Part seterusnya akan bersambung, di mana kami perlu  meredah hutan di waktu malam.

--------------------------------------------------------------
Info Lanjut
Cyberview Resort & Spa
www.cyberviewresort.com
Tel: 03-8312 7000
Facebook : Cyberview Resort & Spa
Instagram : @Cyberviewresort
Twitter : @CyberviewResort

4 Comments

  1. Mcm tak puas main yg bola pingpong kat batang paip tu... Mencabar tp best..

    ReplyDelete
  2. Best gila , memang melekat dalam jiwa . Dah rindu !

    ReplyDelete
  3. seronok activiti team building ni selain eratkan ukhuwah, bina daya kretiviti minda berfikir, boleh hilangkan stress jgak kan hehe

    ReplyDelete
  4. wahhh syoknya teambuilding.. bagus idea ni merapatkan ukhuwah antara blogger kan..

    ReplyDelete