Lama duduk dalam simpanan haaa, ni baru kesempatan nak publish. Untuk pengetahuan korang, homestay kat melaka ni bagai cendawan tumbuh selepas hari hujan. Yang biasa biasa ada yang luar biasa pun ada. Homestay ini aku nak cerita Homestay tenang di Serkam, Melaka.
VILLA SERAI, SERKAM
Villa Serai terletak hanya 2 km dari The Hut, Serkam . Berbeza konsep dengan The Hut, Villa Serai berkonsepkan keluarga di mana Villa Serai terdapat sebuah banglo dan Chalet.
Villa Serai sangat sesuai dijadikan tempat berkumpul dan beriadah untuk keluarga. Terletak di Kampung Tersusun, Serkam, Merlimau Melaka. Hanya 25 KM atau 30 minit perjalanan ke bandar Melaka dan juga ke Muar.
Terdapat sebuah banglow 3 bilik yang boleh memuatkan antara 6 - 10 orang dalam satu masa. Banglow dilengkapi dengan kemudahan yang disediakan. Ruang tamu dan ruang makan yang sangat selesa membuatkan diri kita seolah-olah tengah menhabiskan masa hujung minggu di rumah sendiri.
RUANG TAMU
![]() |
Ruang Tamu yang selesa |
RUANG MAKAN
![]() |
ruang makan indoor |
![]() |
ruang makan outdoor |
RUANG DAPUR
![]() |
Ruang Dapur kering |
![]() |
ruang dapur basah |
BILIK TIDUR
Mempunyai 3 bilik tidur. 2 bilik tidur berkongsi bilik mandi yang selesa. 1 bilik mempunyai 2 single bed. Jangan risau, juga tersedia tilam dan bantai extra untuk kauorang yang datang untuk buat family day atau gathering di sini.
RUANG TEMPAT LETAK KERETA
![]() |
Tempat letak kereta juga tersedia |
TANDAS
![]() |
1 tandas berasingan terletak di dapur, 1 tandas di Chalet, 1 tandas di bilik 1 dan 2 |
RUANG SANTAI
![]() |
Mini Pool |
![]() |
meja gosip. hehehe |
CHALET VILA SERAI
Terdapat chalet berhampiran banglow, yang boleh memuatkan 2 - 4 orang, ehh pandai pandai lahh arrange bilik sendiri. Takpun boleh tanya owner Homestay Villa Serai boleh muatkan dalam berapa orang. Lengkap dengan Televisyen, Kettle, shared bed, tandas, tuala.
Terdapat chalet berhampiran banglow, yang boleh memuatkan 2 - 4 orang, ehh pandai pandai lahh arrange bilik sendiri. Takpun boleh tanya owner Homestay Villa Serai boleh muatkan dalam berapa orang. Lengkap dengan Televisyen, Kettle, shared bed, tandas, tuala.
KEMUDAHAN DI VILLA SERAI
![]() |
Berkonsepkan serai dikeliling Villa Homestay |
- Setiap bilik dan ruang tamu berpenghawa dingin
- Set BBQ
- Asas perkakas dapur seperti Periuk nasi, kettle, pinggan, cawan, pisau, sudu dan garfu. Sekiranya datang beramai sila bawa kelengkapan memasak sendiri
- Televisyen
--------------------------------------------------------------------
Info Lanjut
Villa Serai Homestay
Hubungi : +6010-446 2616
Facebook : Villa Serai
Alamat : Kampung Tersusun, Serkam, Merlimau Melaka
9 beleter:
comelnya mini pool dia tu hahaha
awat tak singgah umah...umah saya kat jasin melaka je..kekeke
btw follow sini tau!
dah dekat dengan kampung kita ni.memang best tau suasana kat situ...
macam best je suasana kat sini..
cantik n nampak selesa :)
menarik ni .. lagi ada kolam tu ha...mesti anak-anak k.sal suka
lawa2 and kemas. sesuai nak pergi ramai2 buat gathering =)
nanti bulan 11 nak jalan-jalan melaka, kot boleh duduk sini..hehee..
Post a Comment