VILLA SERAI HOMESTAY, SERKAM MELAKA

Lama duduk dalam simpanan haaa, ni baru kesempatan nak publish. Untuk pengetahuan korang, homestay kat melaka ni bagai cendawan tumbuh selepas hari hujan. Yang biasa biasa ada yang luar biasa pun ada. Homestay ini aku nak cerita Homestay tenang di Serkam, Melaka.

VILLA SERAI, SERKAM 




Villa Serai terletak hanya 2 km dari The Hut, Serkam . Berbeza konsep dengan The Hut, Villa Serai berkonsepkan keluarga di mana Villa Serai terdapat sebuah banglo dan Chalet. 




Villa Serai sangat sesuai dijadikan tempat berkumpul dan beriadah untuk keluarga. Terletak di Kampung Tersusun, Serkam, Merlimau Melaka. Hanya 25 KM atau 30 minit perjalanan ke bandar Melaka dan juga ke Muar.




Terdapat sebuah banglow 3 bilik yang boleh memuatkan antara 6 - 10 orang dalam satu masa. Banglow dilengkapi dengan kemudahan yang disediakan. Ruang tamu dan ruang makan yang sangat selesa membuatkan diri kita seolah-olah tengah menhabiskan masa hujung minggu di rumah sendiri. 

RUANG TAMU


Ruang Tamu yang selesa

RUANG MAKAN

ruang makan indoor
ruang makan outdoor

RUANG DAPUR

Ruang Dapur kering

ruang dapur basah

BILIK TIDUR



Mempunyai 3 bilik tidur. 2 bilik tidur berkongsi bilik mandi yang selesa. 1 bilik mempunyai 2 single bed. Jangan risau, juga tersedia tilam dan bantai extra untuk kauorang yang datang untuk buat family day atau gathering di sini.

RUANG TEMPAT LETAK KERETA

Tempat letak kereta juga tersedia

TANDAS

1 tandas berasingan terletak di dapur, 1 tandas di Chalet, 1 tandas di bilik 1 dan 2

RUANG SANTAI

Mini Pool

meja gosip. hehehe

CHALET VILA SERAI

Terdapat chalet berhampiran banglow, yang boleh memuatkan 2 - 4 orang, ehh pandai pandai lahh arrange bilik sendiri. Takpun boleh tanya owner Homestay Villa Serai boleh muatkan dalam berapa orang. Lengkap dengan Televisyen, Kettle, shared bed, tandas, tuala.


KEMUDAHAN DI VILLA SERAI

Berkonsepkan serai dikeliling Villa Homestay
  • Setiap bilik dan ruang tamu berpenghawa dingin
  • Set BBQ
  • Asas perkakas dapur seperti Periuk nasi, kettle, pinggan, cawan, pisau, sudu dan garfu. Sekiranya datang beramai sila bawa kelengkapan memasak sendiri
  • Televisyen
--------------------------------------------------------------------

Info Lanjut

Villa Serai Homestay
Hubungi : +6010-446 2616 
Facebook : Villa Serai
Alamat : Kampung Tersusun, Serkam, Merlimau Melaka

9 Comments