Tengah merancang nak bercuti ke Langkawi dalam masa terdekat ni boleh rujuk entri Itinerary Trip Langkawi untuk memudahkan korang untuk melancarkan perjalanan dan percutian ketika di Langkawi.
Sebut Langkawi mesti kepala korang tuu nampak gambaran Helang macam dekat gambar atas ni kan. Yaaa, ini di Dataran Lang, amat sinonim dengan Langkawi bahkan kalau ke Langkawi tetapi tidak bergambar di sini pasti rasa tak lengkap percutian tersebut.
PERKHIDMATAN JAMBRI KERETA SEWA MURAH DAN SELESA DI LANGKAWI
Bagi yang merancang nak bercuti ke Langkawi, pengangkutan pasti termasuk dalam salah satu list bajet korang bukan? Ehh! kalau tak fikir mesti bawak masuk kereta sendiri. Bukan apa, Langkawi ni Pulau tau, bukan macam pergi Thailand. ada jalan raya yang menghubungkan Malaysia dan Thailand. Tapi di Langkawi tiada penghubung jalan raya. Hanya menggunakan pengangkutan Udara dan Laut sahaja yang boleh berjaya pergi ke Pulau Langkawi tu. Bawak kereta pun kena bawak naik ferry. gitteww.
Aku tak tipu baq hang! Sepanjang kami kat sana 4 hari 1 malam kami sewa kereta Vios baru auto hanya RM290.00 bersamaan RM72.50 sahaja sehari. Dengan harga serendah itu korang boleh menyewa kereta yang selesa dan menikmati percutian korang di Langkawi. Kan mudah kalau ada transport sendiri.
![]() |
MYVI |
Kami tiba di lapangan terbang Langkawi lebih kurang jam 9-10 pagi macam tu. Setibanya kami di Lapangan terbang Langkawi, Eyra terus hubungi Encik Jambri. Encik Jambri mintak untuk tunggu sebenar. Katanya tengah service kereta tersebut.
Bila kereta depan mata, masuk-masuk je memang puas hati. Bersih dan yang paling penting selesa. Encik Jambri mungkin tengah rushing ada urusan pagi tu, dia tidak mintak kami buat bayaran terus dan tiada dokumen di isi ketika itu. Wahh ! yakin Encik Jambri dengan kami. Terima Kasih Encik Jambri atas layanan dan perkhidmatan yang terbaik ini. Pasti akan repeat kalau aku jejakkan kaki di Langkawi ini.
Ehh, mana ada gembira. Kalau jadi apa-apa kat kereta tuu macam mana ? sebab tu masa proses serahan kereta sewa kat kami tu kami ada tanya caj-caj lain sekiranya ada. Biasanya jika kita memerlukan servis penghantaran akan ada sedikit caj tambahan bergantung kepada lokasi. Penting juga untuk bertanya caj yang dikenakan sekiranya lewat pulang kereta atau juga ada sebarang kerosakan.
![]() |
Avanza |
Okay guys, kau bayangkan ehh. Kereta sewa kat Langkawi ni memang banyak sangat. Kalau korang touch down je dari jeti, korang terus di sambut oleh ejen-ejen kereta sewa. Kalau dari airport, korang boleh lihat kaunter kereta sewa yang berderet di airport. Masing-masing menawarkan kereta dengan caj yang boleh dikatakan agak murah. Namun, hati-hati tau ianya agak berisiko apabila tiada “terma & prosedur” yang
jelas berkenaan sewa kereta tersebut. Terutama sekali, kereta sewa yang
diuruskan oleh ejen persendirian atau syarikat tempatan.
Maksudnya, Encik Jambri ni boleh dipercayailah sebab aku dah review perkhidmatan Encik Jambri ni, hehehe
Kami ambil kereta vios auto terbaru antara kereta sewa Encik Jambri ni, tapi harga dia cukup kasi sayang. Hanya RM290 untuk 4 hari 3 malam kami bercuti di Langkawi. Mesti lagi murahkan kalau korang ambil Myvi ke Viva ke kan. Haa, kalau aku cerita sini mesti habis sini je kan. Jadi kau servey lah dulu harga dengan encik Jambri ni. Boleh tengok kat facebook dia untuk testimoni kalau korang ragu-ragu dengan service encik Jambri ni okay. Selamat Bercuti guys!
--------------------------------
Info Lanjut
En Jambri : +6019-555 8679
Facebook Page : Jambri Kereta Sewa
Facbook personal : Jambri Mohamad Saat
5 Comments
lama tak pergi langkawi ni..kalau pergi boleh sewa kereta ni ye
ReplyDeletePernah pakai and recomended teruk !
ReplyDeleteGood sharing mimin.. Mana tau kalau g langkawi boleh guna perkhidmatan ni...
ReplyDeleteazizie hamidun, teruk sangat ke? tak blh la recommend mcm tu
ReplyDeleteEhh, "recommended teruk" tuu ayat kasar ..
ReplyDeletetapi maksudnya, sangat recommended