MINGGU KEEMPAT CABARAN JOM KURUS 1 MALAYSIA MUSIM 11

Seperti minggu-minggu yang lepas, hari biasa kami akan buat latihan secara berkelompok untuk mendapatkan fitness selepas hari demi hari mencatu makanan. hehehe. Latihan kami seperti biasa di adakan di dewan terbuka sekolah rendah di bandar Batu Pahat.

muka gembira kena dera dengan coach Sue

AQUA FLASH WORKOUT (Aquarobic)

Bila dengar sahaja perkataan aerobik, kebanyakan orang membayangkan gimnastik di atas lantai dengan gerakan tangkas yang disertai dengan lagu-lagu yang mengilhami keghairahan. Tetapi pernah tak korang tahu mengenai aerobik air atau akuarobik? Pergerakan aerobik di darat kebanyakannya bergantung pada kekuatan kaki kerana setiap gaya bergantung pada kaki. Sedangkan di akuarobik terdapat tekanan air yang membantu setiap pergerakan agar setiap gaya tidak selalu berada di atas kaki dan lebih ringan


Aktiviti menarik untuk musim kali ini adalah Aqua flash workout yang telah diadakan di Kolam Renang, Pura Kencana Sri Gading, Batu Pahat.

KELEBIHAN AQUA AEROBIK UNTUK TUBUH BADAN


1. Mengekalkan Berat
Secara amnya melakukan aquarobics selama satu jam, boleh membakar 235-345 kalori.


2. Mengekalkan Hati dan Paru-paru
Latihan akuatik boleh meningkatkan sistem kardiovaskular supaya kesihatan jantung dan paru-paru dikekalkan.




3. Melatih Otot
Melakukan aquarobik akan menjadikan badan terlatih seimbang. Di samping itu, tekanan air akan membantu mengekalkan otot badan.


4. Selamat
Sukan ini agak selamat untuk semua peringkat umur. Aquarobik juga disyorkan untuk warga emas kerana ia dapat mengurangkan kesakitan sendi dan kekuatan tulang. Di samping itu, sukan ini mempunyai sedikit risiko.




5. Buat Badan Fit
Aquarobik boleh memperbaiki sistem imun anda. Badan anda akan menjadi lebih kenyang dan kurang berisiko untuk selesema atau sakit kepala.

6. Mengubati sendi
Sukan ini sering digunakan untuk terapi bersama. Malah, dengan izin dari Nya dari kesukaran berjalan boleh disembuhkan kerana sukan ini.


Untuk minggu ni takde lah bosan sangat dengan latihan yang biasa setiap minggu. Nasib baik Coach Sue ada idea kretif macam ni. Dapat juga kami dapatkan fitness dari sudut berbeza dan lebih menarik. Terutama dalam cuaca panas seperti sekarang. 

Haa, amacam? Seronok sebenarnya program Jom Kurus ni. Aktiviti workout akan jadi lebih menarik dalam Jom Kurus 1 Malaysia. Untuk musim ke 11 ni dah tamat. Jangan sedih jangan muram, Sebab selagi korang alert dengan pengumuman dari Kevin Zahri, selagi tu ada peluang lagi untuk sertai. 

------------------------------------------------------------

info Lanjut
019 282 7820 (Kaka) atau 013 502 8006 (Page)

1 Comments