Stay Fresh Body Sparkling Mist By Titi Kamal x Althea

January 31, 2019
Wahh ! Althea angel masih belum patah sayap lagi bila kali ini kita nak lebarkan sayap dengan bau yang sungguh wangi dengan Stay Fresh Body Sparkling Mist By Titi Kamal x Althea.


Tahniah Althea kerana ini merupakan kali pertama kolaborasi pertama Althea bersama artis. Artis terkenal dari Indonesia, Titi Kamal juga merupakan pelakon dan ikon fesyen kecantikan di Asia Tenggara dan ya! aku sangat bertuah untuk wangi bersama Titi Kamal. hihihi ! Suka sangat bau dia soft tak manis tak keras. 


STAY FRESH BODY SPARKLING MIST 

Kali terakhir aku pakai body mist pun aku tak ingat bila. Sebab aku macam tak tahu nak pilih body mist mana yang tahan lama dan sesuai kalau kena peluh badan kita ni. Takut pulak bau tengik! Dah nama pun perempuan.. Kalau bau tak best, mencemar duli pulak kan. Mestilah kalauperempuan dikaitkan dengan bau bunga tak boleh berpisah..Macam simbolik kesopanan dan kesusilaan gitew


Wangian Segar Buah-buahan dan Bunga-Bungaan Pilihan Titi Kamal



Aku kalau bau dia soft tak manis tak keras memang aku in love sangat.. Wangian ni pun dapat mempengaruhi mood kita tau. Kalau bau sendiri wangi, bangla berbau pun kita masih cool lagi. Body Mist keluaran terbaru dari Althea ni adalah wangian pilihan Titi Kamal sendiri iaitu campuran bauan dari buah orange dan juga peace yang manis dan bauan bunga ros . Body Mist ni tak terlalu kuat bauannya sebab masih mengekalkan bauan yang lembut . 

Bahan Kandungan Utama :



Damask Rose Water - Menghidupkan kulit terhidrat & memberi wangian lembut
Orange Flower Extract - Menyegarkan semula deria
Elder Flower Extract - Menyejukan dan melegakan kulit, sambil memberikan bau feminin


Full Ingredients : Alcohol, Water, Glycerin, Fragrance, Pentylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Rosa Damascena Flower Water, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sambucus Nigra Flower Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract, Plumeria Rubra Flower Extract, Lilium Tigrinum Extract, Ethylhexylglycerin

BODY SPARKLING MIST TITI KAMAL X ALTHEA REVIEW BY MIMINADAM

 
Sepertimana aku ada sebut tadi, aku lebih gemarkan bau yang soft. Tidak manis dan tidak keras. Bila bau wangian Body Mist ni macam teringat zaman-zaman sentiasa dating je! haha tak tau kenapa, mungkin sebab bau body mist dapat mengembalikan kenangan lama. Iye lahh zaman dating kan. mestilah sweet sweet jekan.


Yang bestnya ia bukan sejenis Body Mist yang melekit, lepastu bau dia taham lama..  Ada sesetengah body mist ni kadang-kadang ada jenis yang bila kita spray di body,  macam melekit. Bosy mist ni sangat selesa dan menyegarkan, aku rekomen pada korang yang sukakan pelbagai gaya sebab ia sesuai dengan kehidupan harian kita. Packaging pula sangat comel dan senang masuk beg untuk bawak ke mana-mana..


Harga : RM35 (100 ml) -  boleh dapatkan di 

TARIKAN DI UNIVERSAL STUDIO JAPAN

January 29, 2019
Sebut pasal negara matahari terbit mesti bagi para hikers kental tertarik dengan gunung Fuji. Lain pulak buat kaki travel banyak pulak kaki nak melangkah terutama ke USJ... Moh leee kita ke USJ, ehemm ! bukan yang kat Subang Jaya tu tau tapi kat Jepun. Haaaa Jepun? Hahaha tengah cerita kat Jepun kan.. Bukan cerita kat sini-sini je.. USJ tu ialah Universal Studios Japan yang berada di Jepun. Ada banyak yang menarik di Universal Studios Japan. Kalau nak disebutkan satu persatu, tidak terkira banyaknya.


TARIKAN DI UNIVERSAL STUDIO JAPAN

Universal Studios Japan adalah taman tema pertama di bawah jenama Universal Studios yang dibina di Asia. Dibuka secara rasmi pada tahun 2001 di Osaka Bay Area, taman tema ni meliputi kawasan seluas 39 hektar dan merupakan taman tema yang paling banyak dikunjungi di Jepun selepas Tokyo Disney Resort. Universal Studios Japan ada 8 bahagian iaitu Hollywood, New York, San Francisco, Jurassic Park, Waterworld, Amity Village, Universal Wonderland dan The Wizarding World of Harry Potter.

1.   Harry Potter di Hogwarts School

Harry Potter di Hogwarts School

Semestinya korang mengikuti cerita Harry Potter macam aku kan. The Wizarding World of Harry Porter, ada banyak collection item dari filem Harry Porter. Jadi.. kepada peminat Harry Porter kat Malaysia ni, aku tau ramai gak sebenarnya, makanyaaa USJ ni sesuai untuk korang. Sambil-sambil tu ada banyak aktiviti yang best ada kena mengena dengan Harry Porter ni. Ada adventure ride yang korang kena pakai cermin mata 3D. Best kan, lepas tu ada Flight of the Hippogriff family friendly roller coaster, bukan jenis yang kaki atas kepala bawah tau. Hahaha.


Weyhh, kat sini memang kau akan rasa berada dalam dunia khayalan dunia impian.. hahah ternyanyi pulak.. Sebab apa, kat sini kau boleh fefeeling dengan Wand Magic, Three Broomstick, dan Hog’s head. Kalau nak tau apa lagi yang ada korang kena la pergi sana nanti dan explore. Barulah fun.

2.  Universal Wonderland 


Di Universal Wonderland fokus kepada character Snoopy, Hello Kitty dan Sesame Street. Ada banyak ride kat sini yang sesuai untuk korang bawak family especially untuk anak-anak mesti suka. So simpan la duit banyak-banyak untuk korang bawak kesayangan kat sana.

3.   Theme Park


Korang boleh menikmati pelbagai tarikan di sini seperti roller coaster dan simulator berdasarkan filem-filem popular macam Spiderman, Back to the Future, Jurassic Park dan lain-lain. Lebih menarik, terdapat banyak tarikan yang sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa.

4.  Souvenir Universal Studio Japan


Untuk korang yang merancang untuk membeli-belah Gifts di Universal Studios Japan, terdapat sebuah pusat membeli-belah di sebelah luar pintu Universal Studios Japan iaitu Universal Citywalk Osaka. Di sini terdapat hotel rasmi Universal Studios di samping restoran dan kedai yang menjual cenderahati khas Universal Studios Japan.

5.  OSAKA TOKOYAKI MUSEUM

Terdapat Osaka Takoyaki Museum yang mana merupakan deretan vendor terkenal menjual hidangan tempat di bawah 1 bumbung. Untuk sampai ke sini menggunakan kereta api, anda boleh turun di Stesen Universal City yang terletak di laluan JR Yumesaki Line kemudian berjalan kaki lebih kurang 5 minit untuk sampai ke pintu masuk Universal Studios Japan.

6.  OSAKA AQUARIUM


Untuk korang yang nak sedikit kelainan, korang boleh menggunakan perkhidmatan feri yang diberi nama ‘Captain Line’. Feri ini menghubungkan Osaka Aquarium dengan Universal Studios Japan. Perjalanan mengambil masa 10 minit.

7.  PERSEMBAHAN MENARIK DI USJ

Sepanjang jalan di Universal Studios di Osaka ini, korang boleh lihat ada banyak pentas. Setiap jam akan ada beberapa persembahan samada nyanyian, pertunjukkan, tarian dan pelbagai lagi show menarik untuk pengunjung di dalam taman tema ini. So korang akan enjoy banyak dengan performance yang disembahkan nanti so korang takdelah boring nanti.

PAKEJ PERCUTIAN MENARIK DENGAN TRAVELOKA


Actuallykat sini lagi best daripada yang ada dekat dengan kita kat Singapore. Antara benda best pasal Traveloka Malaysia attractions ialah korang boleh dapatkan offer terbaik dan murah. So apa yang korang tunggu-tunggu lagi, pergilah book sekarang.
Bila lagi korang nak tengok karekter-karekter yang selama ni korang tengok kat wayang je, tapi kali ni korang boleh tengok secara dekat the kostum and korang boleh jugak belik merchandise sebagai kenangan. USJ ni sebenarnya sangat dekat dengan kita. Kita memang perlu sentiasa lihat ke timur. Barulah Maaysia akan maju.
So guys, open your laptop, find a great date untuk book tiket flight, hotel dan USJ punya tiket dan tak lupa jugak tren tiket. Semua tu penting so that u can have the greatest time of your life.


Selamat bercuti dan selamat menyambut tahun baru cina 2019 ye semua. ehh ! sis excited nak long weekend. Cuba teka kali ni sis pergi mana? hahahha. Staytune okaayy!!

ATASI MASALAH MATA PANDA DENGAN SUDDENBE ION LED EYE MASSAGER by allyoung

January 25, 2019
Kita menggunakan mata kita dengan sepenuh penggunaan seharian. Terutama buat pekerja yang menghadap komputer seharian. Jadi tidak hairanlah mata kita sentiasa letih dan bengkak yang akan menjadikan mata kelihatan mata panda. Apa solution kau untuk atasi masalah mata panda ni?

SUDDENBE ION EYE MASSAGER



Suddenbe ION LED Eye Massager adalah sangat mudah dibawa kemana-mana yang boleh digunakan tidak kira pada waktu pagi di rumah atau tengah hari semasa waktu pejabat. Seharian menghadap komputer memang sangat memenatkan mata seharian kita. Aku hanya gunakan 3 minit semasa makan tengah hari untuk mengurut dan menenangkan mata yang letih dan penat. Suddenbe Ion eye massager ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuk wanita hamil dan keadaan kulit yang sensitif.

CIRI-CIRI ION EYE MASSAGER

  • Getaran Mikro Tinggi Getaran Mikro Tinggi-Frekuensi - 18000 kali per minit Getaran Mikro Tinggi Frekuensi
  • Dua Mod yang berbeza | Long Wavelength + Short Wavelength
  • Pemasangan Light dan Handy
  • Mudah dibawa ke mana-mana
  • Katakanlah Bye-Bye kepada Kompleks Lelah Mudah
  • Garis Halus - Lancar garis halus di sekitar kawasan mata
  • Menyerap Mudah Ke Kulit - Membantu kulit menyerap serum ke permukaan kulit
  • Mencerahkan Kulit - Mencerahkan kawasan mata di sekeliling kulit
  • Menembusi secara mendalam ke dalam Kulit - Membantu menembusi intipati kulit wajah jauh ke dalam kulit

TEXTURE ION EYE MASSAGER

 
1 Touch for Vibration : Hanya gunakan tangan anda dan sentuh ringan sensor, nikmati panjang gelombang pendek dan panjang
Pemasangan Light dan Handy : Hanya memerlukan 1 bateri jenis AAA, tak perlu mengecas
Mudah untuk dibawa keluar : Reka bentuk yang halus dan teliti, mudah dibawa untuk kegunaan bila-bilaje

DUA MODE ION MASSAGER

Dua mod perubahan yang berbeza dengan hanya satu kesan berganda

Long Wavelength
Membantu menembusi bahan-bahan yang menghidupkan semula ke dalam kawasan sekitar mata
Short Wavelength

Membantu melicinkan garis halus di sekitar kawasan mata dengan berkesan

RAHSIA MENGGUNAKAN ION MASSAGER

Keperluan harian, alat yang indah untuk anda kelihatan cantik di mana sahaja yang anda mahukan
  • Gunakannya pada waktu pagi untuk menenangkan mata bengkak, ini menjadikan aplikasi solek lebih mudah
  • 2 Mod untuk mengurut mata yang bengkak itu
  • 8 jam bekerja secara berterusan, gunakan 3 minit istirahat anda untuk menenangkan mata yang letih dan letih
  • Menenangkan keletihan mata anda selepas hari yang panjang memakai kanta sentuh
  • Gunakan dengan krim mata setiap hari95% Meningkatkan keupayaan penyerapan kulit

  • 98% Cepat menyerap krim mata ke dalam kulit untuk memendekkan masa penjagaan kulit anda
  • 92% Ketatkan kawasan mata dengan kesan mengangkat yang jelas
  • 97% Efektif krim mata, garis halus halus dan pelembab

---------------------------------------------

Info lanjut
ig : @allyoung_my 
contact : 03-2242 1896/013-3988058

SELESA MEMAKAI GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE

January 21, 2019
Ingat lagi tak pernah entry lepas akuada cerita berkaitan Gold Nano CC Cream simple daily makeup ? Kalau tak ingat atau belum baca boleh pergi baca entry aku itu dulu sebab aku nak sambung cerita selepas sebulan memakai Gold Nano CC Cream ni.


Sejak aku pakai CC Cream ni aku rasa macam tak selesa kalau tak pakai cc cream dari Hansaegee Nature ni. Iye weyhh.. tak boleh kalau tak ada Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream! Boleh dikatakan selama sebulan ni kalau keluar kemana-mana aku akan pastikan cc cream ni ikut sekali.. haha. Tak melekit dan tahan lama.

Entri kali ni aku tak ceritakan secara terperinci berkaitan teksture, kelebihan dan kebaikan CC Cream ni, dah cerita panjang gila pasal semua tu kan sebab entri lepas aku dah cerita panjang lebar pasal tu semua. Jadi, kali ini aku nak cerita selepas sebulan penggunaan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni.


KELEBIHAN MEMAKAI GOLD NANO CC CREAM BY HANSAEGEE NATURE

Bila aku pakai CC Cream ni, aku pergi memana memang yakin. Takde dah terfikir masalah kulit kusam dan tak bermaya lagi selepas memakainya. Aku macam nak kena grab lagi cc cream ni. Haa ! nampak tak bertapa heavy user nya aku dengan Gold Nano CC Cream ni.





Melekit pun tak ada membuatkan aku lebih selesa dan lebih natural. Sebab tu aku rasa konfiden. Mana taknya, aku pakai sekali pam dan calit pun nipis-nipis je.. memang kau akan tengok aku macam tak pakai apa-apa pun tapi kulit muka tak kusam siap ada kesan glowing. Tu yang jadi heavy user bila pakainya. Sekarang, aku hanya apply cc cream, powder dengan calit lips je selain pakai serum dan moisturizer . Itu kalau nak pergi kerja. Kalau nak pergi merayap barulah apply lain lain.

Masa ni tak sapu rata. Sorry guys

For sure kalau kau baca entri aku yang lepas aku ada sebut pasal kulit kering. CC Cream ini tak akan keringkan kulit  dan sentiasa kekalkan kelembapan. Tekstur bukan jenis yang cepat kering. Disebabkan itu lah akan tahan lama bila pakai CC Cream ni.


Gold Nano CC Cream ni boleh jadikan ia sebagai makeup based. Makeup akan lebih pigmented dan tahan lama. Walaupun cuaca kat luar panas terik, ia takkan buatkan kulit kita terbakar akibat cahaya matahari tu sebab dalam cream ada SPF 30++. Bukan tu je, jeragat pun segan nak keluar sebabnya ianya anti kedut.

KEBURUKAN GOLD NANO CC CREAM 


Perempuan kan memang takut dengan jerawat, kalau boleh tak nak bagi nampak satu pun dimuka. Ewahh! bagus sangat ke CC Cream ni. Muka breakout selepas pakai produk ni memang tak lahh.. Setakat ni, jerawat tak ada pulak naik ke muka ni. Banyak jugalah aku dah apply cream  ke muka ni, kadang-kadang seminggu dua memang tak ada effect, tapi bila pakai sebulan baru muncul makcik jerawat. Seriously, memang tak ada jerawat naik ke muka selepas pakai cream ni. 

MUDAH DIBAWA KE MANA


buku merah jangan lupa bawak moga-moga belum tamat tempoh... Hmm, sebab kena bawak sebab dah tamat tempoh dah. Nak pergi renew tak pergi-pergi pun. Makanya terbawaklah sentiasa. Nahh! CC Cream pun aku masuk dalam beg tau. Iyelah! takkan lepas solat nak biarkan muka ni bogel je.. Jadi, aku akan sentiasa bawak kemana-mana. tak berat dan tak makan ruang bila letak dalam beg. 


Takyah fikir panjang, Gold Nano CC Cream ni memang aku recommended untuk kau beli. Bila dah malas memang CC Cream ni yang menjadi keutamaan. Btw, aku tak jual produk ni, aku hanya heavy user je. Tapi, kau boleh dapatkan di laman web Hansaegee Nature. Kalau ada jual kat kedai macam Watson ke Guardian kan best. Malangnya tak ada.  Kalau kau terjumpa kat memana, jangan pulak salah kan aku cakap review tuu membohong pula yee..

GOLD NANO CC CREAM KINI BERWAJAH BARU 


Haa, nampaknya aku kena beli lagi ni buat collection packaging gold nano cc cream. Kalau nak diperhatikan, macam lebih kurang setiap tahun akan berwajah baru. Hehehe. Lawa kan packaging baru ni. Jom kita sesama try yang packaging baru ni. 
--------------------------------------------


Info Lanjut :

Hansaegee Nature 

What are the SST-related consumer concerns should be aware of?

January 16, 2019
To this date, there are approximately 5,443 items that’s being exempted from the Sales and Services Tax (SST), while a total of 5,612 items are subjected to 10% sales tax and more than 600 items will be imposed with a sales tax of 5%. There’s been couple of confusion regarding SST among consumers, right even before the new tax regime was implemented last month. Consumers find that the tax transition is hard to deal with without a complete list of chargeable items. But with more items expected to be exempted by the year end, government aims to gradually ease the confusion especially when it comes to real estate sector. Imagine you are aspiring to buy a rumah selangorku in your comfortable salary and with the SST that kicks in, the prices of the property will somewhat increase that posed to be hefty amount for buyer like you to pay.


It was recently pointed out by the Economist Carmelo Ferlito that the SST’s current structure is cluttered with too long list of exempted goods and services. Apart from that, senior fellow institute for Democracy and Economic Affairs told FMT news that businesses could exploit the complexity to raise prices to unreasonable levels and to make false declarations on their collections. There’s also concerns and complaints that we are seeing a lot of feedback and suggestions regarding SST in the past month, mainly from Malaysian consumers, experts and also businesses. Here are the highlights that you should know:

1. Mobile prepaid plan 


For these users, you might have noticed that the usual RM10 reload had only amounted to RM9.43 due to the SST earlier in September. Dissatisfied consumers took their deduction complains to social media. It is found that consumers got slightly less credit for all reloads or top-ups. The RM0.57 deduction is inclusive of both credit and 6% SST. Thus, four days after the SST was implemented, our Finance Minister Lim Guan Eng had announce that Malaysians will no longer needed to pay SST for mobile prepaid services provided by their telco service providers. Prepaid consumers will then receive maximum credit value as they reload and they will no longer be charged with SST through the exemption.

2. High end lifestyle products 


Shopping for non-food items was mainly burdensome on our wallet, as most lifestyle-related products is attached to 6% tax during the previous tax regime. Not until late October, plentiful of lifestyle products were subjected to 10% sales tax that led to many complaints about lifestyle products being too expensive. However, on September 26, it was announced that the government will lower the sales tax rate from 10% to 5% for cosmetic products, beauty and skincare products, mobile phone accessories, watches, retreaded tyres, new tyres and inner tubes for motorcycles.

3. Properties for aspiring property buyers 


It is known that the property prices in Malaysia is getting out of reach for many Malaysians. As aspiring property owners felt relieved to discover that properties (including lands) will not be taxed where the cost of purchasing a property may not change due to the other services involved in the construction and in the property transaction that is not SST exempted. For example, property buyers should be expecting that a greater tax burden for the use of professional services rendered by solicitors, architects, and engineers under SST.

In late September, our finance minister gave a stern warning to property developers to reduce house prices on national level. To our great dismay, only developers from Penang given their consent and agreement to agreed in price reduction, between 6% to 10%. Plus, if this is not happening, Lim Guan Eng said that the government may have to rethink the exemption given and find new ways to make houses affordable, especially for first-time buyers.

1. Cigarette pricing seems confusing 


Our government has made it clear that no price reductions for sin stocks especially tobacco products and alcohol. Price war begun the moment SST is implemented, causing confusion among consumers when it comes to new cigarette pricing. However, till now tobacco consumers are still confused by the cigarette pricing as our Ministry of Health (MOH) has failed to introduce minimum level of increase in retailing prices. Besides, with the absence of price guidance from ministry has only contributed to an ongoing price war. 

2. The struggle of dining out 


When SST is in reign, foodies are worried to dine out because all food prices are subjected to SST which they have expressed their concern over the matter. However, it is reported that there are only 4,732 restaurants are subjected to SST. Thus, restaurants or shops that were previously subjected to GST, will not impose SST on their customers. Based on the report, finance minister said that only restaurants with annual threshold exceeding RM1.5million would impose SST of 6% to their customers. 

Fret not with the SST as there are more than 600 complaints on SST were made since 1st September, mostly due to unreasonable price hikes or confusion on prices. Consumers have rights to express their dissatisfaction or issues to the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs (KPDNKK) through WhatsApp with this number, 019-2794317, your report should include your full name, a copy of the receipt and the name of the business that you wish to report. You can also lodge your report through the eAduan portal.

Pore Purifying Serum Cleanser Althea Korea

January 15, 2019
Lepas ni dah tak boleh dah cakap tak tahu apa-apa pasal makeup. Hikss. Sejak jadi Althea Angel ni, sentiasa up-to-date dengan barangan makeup.. Walaupun tak reti lukis kening lagi, bila masuk bab pembersihan rasa macam tak seronok bila gunakan pembersih biasa. Kebanyakkan cleanser tak cover menyeluruh makeup muka. Sebab tu wujud makeup remover untuk tanggalkan makeup harian kita. Kalau tak habislah muka tuu.

PORE PURYFYING SERUM CLEANSER 


Baru-baru ni, selain Stay Fresh Body Sparkling Mist Titi Kamal.. Althea juga mengeluarkan produk baru iaitu Pore Puryfing Serum Cleanser membantu mengeluarkan kotoran dari dalam liang dan mengekalkan keseimbangan pH kulit yang sihat.. Semestinya aku dah cuba sendiri. 

CARA MENGGUNAKAN -  Pore Puryfing Serum Cleanser


Seriously aku suka dengan hasil selepas mencuci mekap dengan menggunakan cleanser ini. Memang 100% dapat menanggalkan kesan mekap. Ini cara guna Cleanser dengan betul.

Langkah buang kesan makeup
Langkah 1: Tuangkan cleanser tadi yang mencukupi ke tapak tangan.
Langkah 2: Urut produk seluruh kulit  dengan gerakan bulat untuk mengeluarkan kotoran dan solek.
Langkah 3: Bilaskan dengan air. Korang juga boleh menggunakan pembersih kedua untuk membuang sepenuhnya kekotoran.

Makeup belum ditanggalkan


Lembabkan kulit dengan clenser 
hasil yang memuaskan! makeup tidak tinggalkan kesan

Langkah untuk membersihkan kulit
Langkah 1: Melembabkan kulit dan gunakan cleanser yang mencukupi ke telapak tangan.
Langkah 2: Urut perlahan-lahan produk seluruh kulit dengan gerakan bulat selama 5-10 saat sebelum membasuh dengan air.


Kelebihan Pore Purfying Serum Cleanser


Ia menghalang kulit daripada mengeringkan dan berkesan meminimumkan liang-liang yang diperbesarkan, menjadikan ia licin ke sentuhan. Produk ini juga membantu mengimbangi tahap pH kulit untuk memastikan ia bekerja dalam bentuk hujung! Paling penting, ia lembut di muka dan sesuai walaupun bagi kita yang mempunyai kulit sensitif.

Bahan utama : 

Ekstrak daun pudina - Menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan 
Minyak benih Jojoba - Melembapkan dengan teruk apa-apa kekeringan tanpa merasa berat 
Ekstrak daun pokok teh - Mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit

PORE PURYFING CLEANSER ALTHEA KOREA - REVIEW BY MIMIN ADAM

Bila aku mencuci makeup dengan Pore Purifying Cleanser Althea Korea, takde sebarang radang berlaku walaupun dalam kandungan Serum Cleanser ada mengandungi citric asid dan juga fragrance, dan baunya sangat soft, bila di sapu pada wajah, bau tu tak sengit pun sebab tak kuat dan tak menusuk hidung


Kalau letak kat tangan pun lembut lagi licin, inikan pula kalau apply kat muka. Serious macam dah tak perlu pakai pencuci muka. hepp! still kena pakai untuk jaga kulit muka kita tauu... Aku memang sangat mencadangkan korang untuk beli Pore Purifying Serum ni..

-------------------------------------------------------
Cara dapatkan pun tak susah, harga pun tersangatlah berbaloi dengan hasilnya. Hanya RM33 (150ml) Pakai pun berapa titik jekan. Agak-agak berapa bulan boleh habis? Dapatkan Pore Purifying Serum Cleanser sekarang !


VOLUNTEER MVM APPRECIATION AWARDS 2018

January 11, 2019

Pada Sabtu lepas bersamaan 30 Disember 2018, aku telah menghadiri satu majlis yang paling mengkagumkan iaitu Malam Penghargaan Sukarelawan anjuran Muslim Volunteer Malaysia bersama para hadirin yang memeriahkan majlis terdiri daripada barisan Keluarga Asnaf, Pekerja, Penaja, Rakan NGO dan Rakan Media bertempat di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang pada jam 8.00 pm - 11.00 pm.

Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA)

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) telah mengadakan satu majlis makan malam amal iaitu Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA). VAA ini adalah bertujuan untuk menyambut ulang tahun penubuhan MVM yang ke-4 tahun.

Kemeriahan VAA 2018
Seramai hampir 400 orang telah menghadiri VAA 2018 yang terdiri daripada orang awam, sukarelawan MVM, keluarga asnaf, tetamu jemputan VIP, para penaja, rakan NGO, rakan Media, dan selebriti jemputan. VAA 2018 kali ini bertemakan “A Night of Appreciation” dan berkonsepkan “Garden”.

Da’I Izhar atau dikenali sebagai Da’i Pendakwah Millenia, pengacara VAA 2018.
ketibaan tetamu VIP
bacaan doa Ustaz Fadzli Far Easti

Ucapan dan Perasmian VAA 2018 Dari Presiden MVM

Tuan Muhammad bin Jantan (Presiden MVM) menyampaikan sedikit kata aluan serta merasmikan 3 inisiatif baru MVM untuk tahun 2019 iaitu Pusat Tuisyen Salam, Sistem Auto debit sumbangan, dan projek penulisan #PenaMVM. Wahh ! makin menarik program ini kan.


  • Pusat Tuisyen Salam
Satu inisiatif untuk memberi pendidikan percuma kepada anak-anak asnaf Pure Heart dan juga dibuka untuk orang awam dengan bayaran yang berpatutan. Ia juga merupakan salah satu inisiatif bagi menjana ekonomi MVM untuk menampung kos operasi.

  • Sistem Auto debit
Salah satu alternatif lain yang diusahakan bagi memudahkan orang awam menghulurkan sumbangan untuk program-program kebajikan dan misi kemanusiaan anjuran MVM secara tetap setiap bulan. Sistem auto debit ini boleh digunakan melalui website donation MVM iaitu www.donation.mvm.org.my dengan memilih tetapan monthly donation.

  • #PenaMVM
Projek penulisan bagi mencungkil bakat-bakat terpendam dalam penulisan dikalangan sukarelawan MVM. Sukarelawan MVM yang berminat untuk menyertai projek #PenaMVM hanya perlu menghantar artikel atau cerita mereka berdasarkan topik yang dikeluarkan setiap bulan.

Takwim Program MVM 2019


Pembentangan secara eksklusif dan buat pertama kalinya Takwim Program MVM 2019 oleh Tuan Islahuddin, Penolong Pengurus Program & Komunikasi. Menurut beliau, tahun 2019 ini MVM menyasarkan 118 program kebajikan dan kemanusiaan dimana 90% adalah di dalam Malaysia dan 10% di luar negara. MVM juga telah membuka peluang kepada tetamu yang hadir untuk mendaftar sebagai sukarelawan MVM dengan harga istimewa pada malam tersebut serta juga diadakan jualan merchandise eksklusif MVM dengan diskaun 15%.

Bagi menghargai jasa para sukarelawan MVM, pekerja MVM dan juga keluarga asnaf. Sebanyak 6 anugerah yang telah dipertandingkan:

  • Anugerah Jasa Bakti,
  • Anugerah Inspirasi,
  • Anugerah Sukarelawan Harapan
  • Anugerah Institusi Harapan
  • Anugerah Sukarelawan Siswa dan Di Sebalik Tabir
  • 5 anugerah khas yang telah diberikan kepada sukarelawan MVM yang paling komited, keluarga asnaf MVM dan juga idola sukarelawan negara.
Anugerah khas tersebut adalah anugerah Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, anugerah Prof. Dr. Muhaya, anugerah Inspirasi Pure Heart, anugerah Inspirasi Keluarga Mithali, anugerah Top Seller Jualan Tiket VAA dan anugerah Tokoh Kemanusiaan.

Para sukarelawan yang menerima anugerah di malam VAA
Anugerah Tokoh Kemanusiaan ini merupakan kali pertama diperkenalkan oleh MVM dan telah diberikan kepada Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Beliau merupakan inspirasi tokoh sukarelawan negara yang menjadi contoh kepada anak anak muda yang ingin bergiat aktif dalam bidang kesukarelawanan.

sesi bergambar
Selain itu, hadirin turut diraikan dengan cabutan bertuah dan juga persembahan selebriti jemputan iaitu Lah Ahmad dan kumpulan nasyid Inteam. Di samping kita bergelak suka ria, kita tidak melupakan nasib saudara pelarian Syria yang kini menderita kesejukan di kem pelarian Syria.

persembahan dari Lah Ahmad

MVM telah mengadakan satu slot “5 minutes that counts” di mana kutipan dana dijalankan untuk kempen Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang 3.0. Dalam masa 5 minit, dana kilat terkumpul pada malam VAA ini telah mencapai RM4,694.70. Terima kasih kepada penderma sekalian. Majlis disudahi dengan persembahan daripada kumpulan Intem dan sesi fotografi sebagai kenagan 2018.

Mengenai Muslim Volunteer Malaysia (MVM)?

Badan atau pertubuhan yang memberikan bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan.
  • Menitik beratkan pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.
  • Membantu mereka yang memerlukan pertolongan tanpa mengira latar belakang, politik, bangsa, dan agama.


Jadi MVM ni sebenarnya pertubuhan yang berhasrat untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin dan bersatu meringankan penderitaan golongan yang memerlukan. MVM telah mengembangkan sayap operasinya dalam pelbagai bidang termasuk membantu menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan yang ada ke NGO-NGO yang memerlukan, membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim, belia malah peniaga kecilan. Pendekatan yang dibawa oleh MVM adalah dalam bentuk tindakan dan penerangan.
Muslim Volunteer Malaysia , sukarelawan terbaik


Satu pertubuhan bukan kerajaan yang dah lama berdaftar sejak 30 Disember 2014 dan memang yakin 100% prihatin dengan golongan yang memerlukan iaitu Pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia atau lebih dikenali sebagai Muslim Volunteer Malaysia (MVM).



Dari info di website Muslim Volunteer Malaysia (MVM), pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia ini telah mempunyai lebih 50,000 sukarelawan di seluruh Malaysia (18-24 tahun). Malah sebelum ini juga, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) telah tersenarai dalam 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia oleh pihak iM4U semasa Volunteer Malaysia Awards - A Prime Minister’s Award 2016. Terbaikk !

Menjadi sebahagian Muslim Volunteer Malaysia

Jom sama-sama daftar menjadi sebahagian sukarelawan MVM. Mereka yang berdaftar akan diberikan panduan yang lengkap dan menyeluruh sebelum sesuatu program itu dijalankan. Selain itu, MVM juga akan cuba memastikan suasana dan persekitaran program itu selesa dan ceria untuk setiap ahli Volunteer MVM melakukan aktiviti. Hal ini membuatkan penerima bantuan sangat selesa dan terharu sekaligus menyuntik rasa semangat dalam diri mereka untuk berubah ke arah lebih baik.


Secara tak langsung, Volunteer MVM juga lebih teruja untuk datang dan melakukan aktiviti lagi bersama-sama MVM untuk program-program seterusnya. MVM juga bukan hanya menekankan keselesaan sebelum dan semasa program, namun kita juga akan menyediakan beberapa insentif kepada Volunteer MVM dalam pelbagai bentuk. Nak tahu? Jom join dan daftar sebagai Volunteer MVM sekarang.
Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar sebagai volunteer MVM.

  • Layari www.mvm.org.my dan klik pada butang “Daftar Volunteer MVM” atau anda boleh terus klik link disini – https://mvm.org.my/sukarelawan
  • Klik pada pakej pilihan anda – 1 tahun (RM50) , atau Seumur Hidup (RM100)
  • Klik butang “Register Now”
  • Anda akan diminta untuk memuatnaik gambar profile dan mengisi maklumat peribadi.
  • Pilih cara pembayaran samada bank transfer, atau bayaran online (Billplz). Jika anda memilih bank transfer, anda dikehendaki untuk “upload” resit pembayaran diruangan “proof payment” terlebih dahulu.
  • Jika sudah selesai mengisi maklumat peribadi dan pembayaran, klik “Register Now”
  • Anda akan menerima email pengesahan pembayaran, sms pengesahan pendaftaran dan cenderamata eksklusif daripada MVM dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran anda telah disahkan oleh pihak MVM.
Sukarelawan MVM akan menerima manfaat-manfaat berikut :
  • Akses penuh kepada semua program MVM
  • Sebagai saluran untuk bersedekah
  • Menerima cenderamata eksklusif MVM
  • Dapat mengikuti latihan atau kursus yang dijalankan oleh MVM

Buat Aduan SALAM Jika Simpati

Jom! Jadilah individu prihatin, mari sama-sama memberikan khidmat menerusi Muslim Volunteer Malaysia ini. Tak kira anda tua, muda, bergaji kecil, besar, CEO, selebriti atau rakyat biasa. MVM ada peluang dan ruang untuk membantu masyarakat.


Kalau korang perasaan hampir setiap hari nampak cerita ada keluarga asnaf yang susah di media sosial kan? Jadi kalau korang betul-betul nak tolong mereka yang susah ni, boleh buat aduan pada ADUAN SALAM yang ditubuhkan oleh Muslim Volunteer Malaysia ni. MVM memang ada kempen khas untuk mereka ni jika mereka ini benar-benar menepati syarat yang dinyatakan oleh MVM.

Boleh adukan melalui : 
No.Telefon : 03 80740484
Email : aduan.mvm@gmail.com
Isi borang aduan : http://bit.ly/aduansalammvm

Hulurkan bantuan anda!

MVM ialah mereka sangat telus dalam setiap usaha yang mereka buat. Sebagai contoh macam kempen Jom Sedekah Online di website Donation MVM. Pada website ini mereka akan paparkan setiap kempen tajaan yang MVM sedang jalankan. Korang nak sedekah secara online pun boleh. Klik sahaja di www.donation.mvm.org.my



Sekiranya syarikat mahu beri tajaan kepada MVM pun tiada masalah. Jadi usaha MVM untuk membantu mereka yang memerlukan lebih berjalan dengan lancar. Boleh terus berhubung melalui:

hulurkan sumbangan

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434 atau Unit Fundraising MVM | Hasbullah : +6012-235 6854 whatsApp Link : http://sumbanganmvm.wassap.my/
------------------------------------------------------------------------

Sekiranya terdapat sebarang kemushkilan atau persoalan, berikut cara menghubungi pihak Muslim Volunteer Malaysia.

Facebook MVM : Muslim Volunteer Malaysia
Instagram : @muslimvolunteermalaysia
Telegram Channel : https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia
Twitter : @VolunteerMVM
Youtube Channel : Muslim Volunteer Malaysia / http://bit.ly/youtubemvm
Powered by Blogger.
Back to Top