PROGRAM AMAL MEMBELI SAMBIL MENDERMA BERSAMA SASUKE PREMIUM OUTLET (SASUCARE)

Sebelum ni aku ada share pelawak terkenal Tauke dan Man Raja Lawak bersama team Sasuke Premium Outlet buat kerja amal untuk Puan Nurul. Boleh baca artikal ni di sini. Sasuke Premium Outlet merupakan penjual pakaian terpakai dari Jepun. Kalau korang nak cari baju winter atau seumpamanya boleh laa cari di Sasuke Premium Outlet

SASUKE PREMIUM OUTLET


Sasuke Premium Outlet merupakan sebuah perniagaan bumiputera yang menjalankan perniagaan pakaian terpakai dari Jepun dan merupakan butik yang menjual barangan preloved pertama seumpamanya di Malaysia. Butik Sasuke kini mempunyai lima cawangan di sekitar Kuala Lumpur.
  1. SASUKE PREMIUM OUTLET, SETAPAK.
  2. SASUKE OUTLET, KG PANDAN.
  3. SASUKE OUTLET, CHERAS
  4. SASUKE PREMIUM OUTLET, BANGI.
  5. SASUKE PREMIUM OUTLET, KAJANG.



Sepanjang 4 tahun dalam perniagaan, Sasuke sudah melakukan Program CSR ini dengan beberapa agensi berlainan. Antaranya bersama NGO MYMAHU (program anak yatim), 4 EPISOD TITIK SENTUHAN RTM (lawatan dan sumbangan ramadhan) dan juga bersama JABATAN KEBAJIKAN NEGARA (program gelandangan Anjung Singgah) .

SASUCARE - Projek Amal Sasuke dan Pelanggan


SASUCARE merupakan gabungan kreatif antara SASUKE dan CARE dimana memberi makna SASUKE PRIHATIN. Program amal SASUCARE’ ini merupakan kempen kutipan amal
yang julung kali diadakan di SASUKE OUTLET dengan kerjasama pelanggan mereka.


Program amal kali ini akan berlangsung selama 3 bulan berturut bagi membantu rumah rumah kebajikan terpilih dalam memenuhi keperluan harian mereka. Hal ini kerana, kutipan ini dapat disumbangan kepada 3 rumah kebajikan berbeza supaya sumbangan ini dapat meringankan bebanan pembelanjaan harian meraka. Sumbangan ini merupakan sumbangan tunai/cek terus ke rumah kebajikan terpilih.



Wahh, sekarang kita dah takpayah susah susah fikir kat mana platform yang dipercayai untuk hulurkan sumbangan kita kepada yang memerlukan. Tak banyak sedikit pun dapat menampung perbelanjaan harian mereka. 

Sasuke Kempen

Kempen ini sebenarnya sudah bermula sejak 01 Mac 2019 yang lalu sehingga 31 Mei 2019, 11:59pm. Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Kempen menurut budi bicara tunggalnya atau jika Kempen tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan membangkitkan apa-apa tuntutan oleh Peserta.



Lokasi Program Amal: Semua Sasuke Outlet
Tempoh kutipan : Bulanan (30 hari)
Badan Kebajikan : Akan di umumkan di Facebook Page Sasuke Premium Outlet
Konsep : Beli dan derma
Tempoh Program : 6 Mac 2019 – 31 Mei 2019
Jenis Sumbangan : Tunai / Cheque

Cara Sertai Kempen Sasucare

Pelanggan yang membeli di mana mana SASUKE OUTLET bernilai RM30 dan keatas dalam 1 resit, penganjur akan menderma RM1 daripada setiap resit dibeli sepanjang kempen ini. Senarai Rumah-rumah Kebajikan terpilih akan diumumkan di media social SASUKE OUTLET dan NGO yang bekerjasama dalam kempen ini.



Derma akan disalurkan ke Rumah-rumah Kebajikan terpilih bagi setiap pembelian di dalam tempoh kempen ini berlangsung, pihak Sasuke akan menderma RM1 (dalam bentuk tunai/cek). Penganjur akan menderma mengikut nilai sebenar kutipan tanpa prejudis.



Kempen SASUCARE’ ini akan diuruskan oleh KINDNESS MALAYSIA, sebuah NGO berdaftar. Sumbangan ini seterusnya akan digunakan untuk membiayai keperluan rumah kebajikan terpilih.

Objektif Kempen Sasucare

  • Memberi pendedahan kepada orang awam terutamanya pelanggan SASUKE tentang kewujudan rumah kebajikan yang memerlukan bantuan.
  • Memberi peluang kepada pelanggan SASUKE menyumbang dan membantu golongan memerlukan.
  • Menjadikan program amal ini sebagai kaedah kesedaran kepada orang awam tentang kewujudan agensi sukarelawan dan badan kebajikan di Malaysia.
  • Menyediakan ruang kepada SASUKE untuk berkongsi aktiviti dengan orang awam sebagai amalan korporat.

Inisiatif ini menunjukkan komitmen Sasuke di dalam membantu golongan memerlukan dan meningkatkan kesedaran kepada orang awam serta menggalakkan pelanggan Sasuke melakukan amal. Semoga kempen ini memberikan impak yang besar kepada mereka memerlukan. Insyaallah, dengan bantuan anda Sasuke laksanakan dengan jayanya. Amin

1 Comments