CABARAN 30 HARI KURUS | PENGENALAN

Hai semua, hari ni aku punya sama macam azam korang setiap tahun. Hahaha. Aku nak cabar diri aku sendiri untuk kurus tanpa perlu berlapar tanpa perlu ubat kurus dalam 30 hari. Tak kisah lah tak turun banyak janji aku tak ke arah 60 kg. Berat aku sekarang adalah 59.4kg . Berat  lagi mata memandang berat lagi perut nak dipikul.

Aku hanya nak ingatkan diri aku untuk entri kali ni iaitu cabaran 30 hari kurus dalam sesi pengenalan. Maksudnya esoklah baru nak mula. Kenapa nak esok? Senang nak kira bila bermula pada pertengahan bulan iaitu 15haribulan. Semoga tips dari pengalaman aku pernah join jom kurus 2 tahun lepas dapat aku praktik kan pada diri sendiri serta bersama-sama korang.

Diet Yang Betul Dan Berkesan

Cara diet yang betul ini sangat berguna untuk mereka yang nak dapatkan berat badan yang ideal. Cara diet yang betul bukannya dengan tidak makan nasi dan sarapan pagi. Cara tersebut salah dan tidak betul.Cara diet yang betul ialah sentiasa mengamalkan makanan seimbang mengikut keperluan kalori dalam tubuh sesorang.

Keperluan kalori bagi lelaki dan perempuan ni tak sama.Ini kerana,lelaki lebih banyak mengeluarkan tenaga daripada perempuan,menyebabkan lelaki perlukan lebih kalori.Sebelum nak berdiet,langkah pertama ialah kita timbang berat badan terkini dahulu dan rekodkan.

Kalau tak timbang,macam mana nak tahu perubahan pada berat badan kita kan. Belilah penimbang berat, yang murah-murah pun takpa. Yang kedua perlu ada pita pengukur. Tujuannya untuk ukur saiz pinggang dan perut kita.

"DO" DAN "DOES" SEMASA CABARAN 30 HARI KURUS



DO : AMALKAN

WAJIB SARAPAN PAGI

Jangan skip untuk sarapan pagi. Waktu sesuai untuk sarapan pagi diantara jam 7.00 pagi sehingga jam 9.00 pagi. Pastikan ambil sarapan yang berkhasiat. Elakkan daripada ambil bijirin seperti koko crunch. Hal ini kerana, bijirin merupakan makanan yang sudah diproses. Kalau diperhatikan pada index nutirien pada kotak koko krunch cuba perhatikan gula dan lemaknya. Nak ambil nasi lemak takde masalah. Janji nasi suku lebihkan sayuran dan pastikan sambal amik 1 sudu je. 

sumbber riauone.com
Sarapan sebenarnya akan meningkatkan metabolisme tubuh agar tetap cergas sepanjang hari. Tidak hairanlah jika kita perhatikan orang yang tidak sarapan akan berhadapan dengan risiko 4 hingga 5 kali mengalami berat badan berlebihan. Ambillah sarapan yang yang sihat, rendah lemak dan tinggi serat. Kalau tak nak ambil makanan yang terlampau berat pada waktu pagi, ambil makanan seperti oatmeal, sebiji buah, yogurt atau susu rendah lemak pun sudah memadai.

SNACK TIME : MAKAN RINGAN SEBELUM MAKAN TENGAH HARI DAN MALAM

Snacking adalah hidangan antara makan pagi dan makanan tengahari (11 Pagi). Dan antara makanan tengahari dengan makan malam (5 petang). Snacking sangat penting untuk membantu turun berat. Pentingnya pengambilan snacking adalah untuk stabilkan gula dalam darah, membantu kenyang lebih lama, tinggikan metabolisma, membantu membakar lemak lebih laju, memberi tenaga sepanjang hari serta dapat mengawal nafsu makan yang berlebihan ketika makan berat.

Orang yang mengamalkan snacking biasa akan turun berat lebih laju berbanding yang tidak snacking.
Cara amik snacking yang bagus untuk kurus. 
  • Rendah kalori. Anggaran 100 kalori sahaja. (Kekacang)
  • Rendah glycemik index. Glycemic index rendah membuat kita kenyang lebih lama. 
  • Natural food. Buah adalah digalakkan sebagai snacking. (Buah seperti epal, pear, jambu batu, pisang)
  • Tinggi zat

SUKU SUKU SEPARUH : WAKTU MAKAN LUNCH DAN DINNER

Apa Maksud Diet Suku Suku Separuh ? Kalau taip diet mesti kerap betul jumpa di Facebook atau instagram yang buat diet suku suku separuh. Suku Suku Separuh adalah pengambilan portion makanan yang menunjukkan sukatan nasi putih yang sangat sedikit, tapi lebih dengan sayur-sayuran dan juga lauk makanan sama ada ayam, daging, ikan atau telur.



Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Kena ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.

AIR MINERAL SECUKUPNYA


Minum air kosong. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.

DOES : ELAKKAN ATAU JANGAN

ELAKKAN FAST FOOD DAN BERGORENG

Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, nak nak makan kat McD, KFC dengan burger-burger kat tepi jalan tuu kan.. tapi kalau dah kata nak diet.  Korang perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan. 


 Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Jika sesekali teringin makan makanan bergoreng, korang bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya kita boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi makanan kita.

ELAKKAN MANISAN

Gula-gula, ice cream, coklat,muffin, kuih-muih  dan lain-lain yang bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan kita. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi. 



Jika kita baca label makanan, pastikan pemeriksa samada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika masih ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan. 

Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Samada kopi o’ atau kopi susu rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula, dan penambah perisa yang lain. Jika memerlukan kafein, order kopi o kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan diri sendiri.  

ELAKKAN ROTI PUTIH ATAU ROTI BERPERISA


Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta. 

ELAKKAN MAKANAN PROSES

Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas. Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi tahukah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi. 


Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, kita tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan. Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa yang panjang.

Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.

Soft drinks adalah sejuk, segar, manis, dan addictive. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan ber-kafein ini. Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian.

ELAKKAN GAYA HIDUP TIDAK SIHAT

Tolong berhenti untuk amalkan gaya hidup tidak sihat. Sekiranya korang merupakan tegar alkohol. Tahukah korang alkhol mengandungi lebih 7 kalori bagi setiap gram lebih tinggi daripada karbohidrat dan protein. Pastikan cukup tidur. Masalah kekurangan waktu tidur berkualiti penyebab utama nafsu lapar bertambah. 

 
Secara umumnya, kita memang tahu merokok memang membahayakan kesihatan. Dan jika diperhatikan orang di sekeliling kita yang merokok, mereka ini biasanya akan merokok selepas makan. Namun, tahukah anda kajian mendapati orang yang merokok sejurus selepas makan sama dengan merokok 10 batang rokok? Hal ini boleh menyebabkan mereka ini lebih berisiko tinggi terkena penyakit. Walau bagaimanapun, merokok sememangnya tidak elok untuk kesihatan. Adalah lebih baik jika anda berhenti merokok. Nak diet untuk apa ? Kesihatan kan? jadi berhentilah merokok !

HARI #0 | MIMIN CABAR DIRI SENDIRI KURUS DALAM MASA 30 HARI

Ehekk ! saja nak mencabar diri sendiri untuk kurus. Almaklumlah nikah sudah tapi majlis belum lagi sebab pendamik COVID-19 tempoh hari. Di samping elak obes dan lifestyle yang sihat why not. Jadi, aku cabar diri aku esok untuk sahut cabaran dengan TIDAK minum air manis esok.  Goodluck mimin. hahahhahaha

0 Comments