RAHSIA MAKE UP DALAM MASA 5 MINIT DENGAN GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE

February 22, 2021

Hai korang, Selamat Tahun Baru Cina 2021. Belum habis lagi kan Moo year. hehhe Tahun 2021 yang masih mencabar. Masih lagi keluar rumah pakai face mask. Ingatkan dah tahun 2021 keluar rumah pakai kereta terbang dah. hahahah! mungkin tahun 2022 kot. Cerita pasal keluar rumah pakai mask. Aku sampai malas nak make up kalau keluar rumah. Tapi aku tahu kulit muka aku mesti akan tampak kusam dan tak bermaya bila tak make up. Itu dah satu hal, satu perkara lagi bila sinar UV helok masuk kat kulit muka kita. aduhh tuu yang tak nak tuu. Kalau pakai make up terpaling simple keluar pakai foundation. Nahh! mesti foundation saje yang melekat dekat face mask tu. Bila aku baca semula entry lama aku SELESA MEMAKAI GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE terus aku cecepat pergi dapatkannya. 

APA ITU CC CREAM ?

CC Cream Ianya berfungsi khas untuk menutup ketidak kesempurnaan yang ada di kulit. Contoh seperti bintik-bintik hitam dan merah-merah di kulit. CC Cream menawarkan lebih banyak coverage, kebanyakkan CC Cream lebih tebal dan punyai formula yang lebih berat. CC Cream diformulasi khas untuk kulit yang telah mengalami penuaan ( aging skin ) yang berfungsi untuk membantu melicinkan kulit dari garis halus dan kedutan.

MUKA TIDAK BERCAPUK DENGAN GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE 

Memang tak sangka, CC Cream ini lebih ringkas dan lengkap kegunananya. Tak perlu nak pakai bermacam-macam krim macam foundation ke concealer ke. Cuma pakai Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature jee dah memadai.

 


Bila berpeluh atau kena air takpun kalau cuaca panas terik kat luar. Muka aku langsung tak bercapuk. Kulit nampak natural je. Bila aku pakai CC Cream ni, orang kata pecah minyak. Haa! masa tu lah muka akan lebih nampak glowing, nampak natural dan terpaling penting tak akan punyalah nampak pelik..

 

Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni boleh dijadikan sebagai rutin harian penjagaan kulit. Paling seronok, bila guna CC Cream ni  bertindak sebagai pelindung matahari SPF50+ PA+++ dan juga mesra wuduk.

 

5 KELEBIHAN GOLD NANO CC CREAM HANSAEGEE NATURE

1. ALL-IN-ONE DAY CREAM

Ia bertindak sebagai semua dalam satu. Gold Nano CC Cream ni lah jadi moisturiser, sunscreen, primer, foundation dan lain-lain. Dapat jimatkan masa. kalau nak ikut satu-satu memang tak cukup masa nak bersiap. Sebab nak tunggu krim lain-lain meresap ke dalam kulit tu yang paling malas. hehehe

 

 2. BERTINDAK SEBAGAI SUNSCREEN

Yaa! sangat membantu untuk menghalang cahaya matahari menembus ke kulit muka. Sebabnya, Gold Nano CC Cream ini mempunyai SPF 50+ PA+++ yang dapat memberi perlindungan daripada sinaran matahari. Ia juga dapat mencegah peneuaan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.

 

3. MENGIKUT TONA WARNA KULIT

Macam aku cakap tadi, CC Cream atau nama panjangnya Color Control Cream. Ini bermaksud krim ini akan berubah ikut warna kulit. Tak payah pening-pening nak pilih code cream yang mana sasuai. Dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni cuma ada 1 code je. Berubah mengikut tona warna kulit kita macam aku cakap tadi. Selain itu, dapat memperbaiki dan mengimbangi tona warna kulit agar nampak cerah sekata, glowing dan semestinya nampak natural je. 

 

4. TEKSTUR YANG RINGAN DAN MUDAH MENYERAP

Tekstur ringan, mudah meresap, senang nak ratakan keseluruh muka dan tidak berminyak. Bila guna cc cream ni tak akan rasa tebal atau melekit macam sesetengah produk yang pernag aku guna. Meh aku nak kaji sikit ..


Aku buat experiment sikit. hehehe. antara pakai CC Cream Hansaegee Nature dengan tak pakai apa apa pun CC Cream 


haa! tengok tu. Warna lips aku letak dekat cc cream. Nampak lebih shine shine macam tuu kan


Aku cuba bland color tu dekat tempat yang aku sapu cc cream tu. Ehh! lipstick tu aku rasa boleh jadi blusher. lawa gitew. heheehe! trick ni nak jimat tak payah beli blusher dah


Okay, sesi experiment dah nak berakhir. Aku nak tanggalkan pun senang. Sekali la je dah hilang berbanding tak pakai cc cream dari Hansaegee Nature tu

5. MUDAH BAWA KE MANA-MANA

Botolnya sangat ringan, penutup yang twist lock je tak takut tumpah sebab memang yakin takkan tumpah . Mudah aku nak bawak masuk dalam handbag. 

Penutup yang twist lock buatkan cream tak mudah tumpah. 

Mudah nak bawak ke mana mana sebab tak payah bawak tools make up yang lain. Bawak beg tangan kecik ke mana-mana pun takde masalah lagi dah lepas ni


Tambahan lain pulak cuma pakai 2 jari je pun dah boleh. Takperlu nak angkut makeup ools dah ke mana-mana untuk aku touch up bila dah keluar dari rumah. Dap-dap je dekat kulit. Sapu rata keseluruh muka lepas tu dah sambung balik jalan-jalan atau kerja. 

Apa Kandungan Utama Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream?

  • Air Mineral – Menjaga keseimbangan PH kulit, meningkatkan keanjalan kulit. Ekstrak ‘Ipomoea Hederacea Callus Culture’ mempunyai efek anti-bakteria dan melegakan masalah kulit.
  • “Colloidal Gold” – Mencegah penuaan kulit, menyekat sinaran inframerah jauh, mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi.
  • “Niacinamide” – vitamin B3, memperbaiki dan mengecilkan liang pori dan warna kulit yang tidak sekata.
Bagi sesiapa je yang dah pernag guna Gold Nano CC Cream termasuklah aku, akan cakap cuma pakai cc cream dari Hansaegee Nature je dah boleh buat kulit nampak lebih cerah sekata dan glowing. Memang jimat masa!

BELI SEKARANG

Untuk maklumat lebih lanjut atau nak beli Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni, korang boleh layari laman web dan media sosial Hansaegee Nature ni yer. 



🍁Brand: Hansaegee Nature

BERI BAYI 6 BULAN MAKAN FAWWAZ BABY FOOD

February 20, 2021

 Memang teruja bila anak dah nak masuk 6 bulan. Belum sampai 6 bulan lagi anak dah meleleh air liur nak join kita makan. Hahaha, mula lah mommies kat luar sana mencari segala maklumat mengenai pemakanan bayi. Info mengenai makanan bayi yang sesuai untuk bayi berusia 6 bulan lebih mudah didapati melalui ruang group di facebook tak pun mereka google kan je. Bila mommies kat luar sana dah dapatkan info, kebanyakkannya info hampir semua sarankan dengan memulakan makanan bayi dengan puri buah atau sayur-sayuran.


Tahukah momies, sebenarnya puri sahaja tak cukup untuk menampung keperluan nutrisi anak. Ramai lah juga terikut fakta yang kurang tepat ini tentang resepo makanan bayi untuk 6 bulan. Momies yang baca ni, please doakan aku yang dah setahun TTC ni tau. Aku memang tak ada anak lagi, tapi thanks to Cikgu Kasim dan anak-anak buah aku yang membuatkan aku tak banyak tak sedikit dapat info yang boleh aku kongsikan bersama.

CARA BETUL BERI BAYI MAKAN

Untuk makanan pertama bayi sebaik-baiknya dimasak sendiri menggunakan bahan segar menerusi cara pengolahan selamat. Sayur dan buah-buahan organik adalah pilihan terbaik kerana terhindar daripada risiko pencemaran. Faham sangat kenapa kenapa ibu-ibu masa ini sangat risaukan usus bayi yang belum matang. Dan sebenarnya cadangan daripada World Health Organization (WHO) dan KKM untuk mulakan makanan pelengkap pada usia 6 bulan adalah sesuai dengan keadaan usus dan sistem pencernaan bayi yang telah matang bagi bayi normal. Oleh itu, ibu-ibu usah risau ya. Sepatutnya resepi makanan bayi 6 bulan mesti ada :

  • Nasi untuk sumber karbohidrat yang memberi tenaga.
  • Sayur dan buah-buahan bagi sumber vitamin dan mineral.
  • Protein seperti daging dan ikan untuk membina otot tubuh.
  • Minyak seperti minyak zaitun bagi memberi tenaga dan melincirkan tekstur makanan.
Contoh bagi hidangan makanan utama perlu ada bubur nasi, sayur atau buah, minyak , ikan atau daging. Sumber : Bebehouz



Ada je momies akan fikir, jika anak tak makan bubur nasi. Anak tak kenyang. Tahu tak, bubur nasi boleh digantikan dengan sumber karbohidrat yang lain seperti mee dan pasta. Keliru lain bila momies fikirkan makanan bayi 6 bulan ialah dalam menentukan sayur yang sesuai. Contohnya dalam bubur nasi dicampur ubi dan lobak. Sedangkan dua sayur ini juga sejenis karbohidrat. Jadi perlu pelbagaikan sayuran hijau untuk sumber vitamin yang cukup.

Momies kenalah utamakan makanan daripada sumber semulajadi dahulu berbanding makanan proses segera seperti nestum dan sebagainya. Hal ini kerana, makanan proses biasanya mempunyai gula dan perisa tambahan yang boleh menganggu deria rasa anak pada awal pengenalan makanan.
 

FAWWAZ BABY FOOD SESUAI UNTUK BAYI

 
Okay, aku faham. Zaman sekarang momies semua moden. Kerjaya pun boleh tahan hebatnya. Tak sempat nak sediakan makanan yang berkhasiat dekat bayi. Mujurlah ada Fawwaz Baby Food. Ready-Made makana bayi untuk ibu bapa yang sibuk. Momies yang super power kat luar mesti akan menghargai kemudahan makanan bayi ready to eat daei Fawwaz The Little Kitchen. Ia diusahakan oleh pengasas Mahfudzah Mustafha yang menamakan syarikat itu setelah anaknya yang baru lahir. Syarikat ini mempunyai sekitar 22 item makanan dan serbuk buah, buah kering beku dan makaroni kering berperisa sayuran. Semua barang bebas gula, garam, bahan pengawet dan pewarna tiruan.
 
Makanan tidak hanya terhad kepada bayi kerana ia sesuai untuk orang tua.

 
Mahfudzah mempunyai enam kakitangan yang membantunya dalam pengeluaran dan pembungkusan. Dia mengawasi operasi, penjualan dan pemasaran sehari-hari. Biasanya pelanggannya mengenali syarikat itu melalui Instagram walaupun dia telah membuat laman web. Pelanggan Fawwaz kebanyakannya adalah ibu muda yang bekerja dari Selangor dan Johor Baru. Walaupun tidak ada pesanan minimum untuk penghantaran, lebih baik jika anda memesan lebih banyak untuk menjimatkan wang pos. Untuk Semenanjung kos penghantaran RM10 manakala untuk Sabah Sarawak berharga RM19. Fawwaz dihantar setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Mahfudzah juga memuat naik resipi mudah di media sosial. 
 
KELEBIHAN FAWWAZ BABY FOOD
  • Mudah disediakan
  • Mesra Travel 
  • Tanpa gula
  • Tanpa Garam
  • Tiada bahan tiruan, pengawet dan pewarna
  • Makanan ringan sihat untuk bayi anda
  • Semua dari bahan semulajadi
 
--------------------------------------------------

 
UNTUK PEMBELIAN
Aku syorkan korang untuk beli dengan Mimin tau. Mimin salah seroang pengedar sah Fawwaz Babu Food. Kalau nak special price kena order lebih RM150 la tau. Setiap pmbelian korang akan dapat percuma E-Book Recipe dan hadiah istimewa. Yang paling best Mimin akan buat pengeposan dan buat COD sekitar Batu Pahat, Ayer Hitam, Sri Gading, Parit Raja, Parit Sulong dan Senggarang

INFO LANJUT : INSTAGRAM | FACEBOOK | +6013-2088832
 

SINOPSIS RIVER WHERE THE MOON RISES (2021)

February 19, 2021
Hai korang. Aku yakin dan pasti ramai peminat Scarlet Heart : Moon Lover termasuk lah aku. tengok banyak kali pun tak bosan. Kalau Scarlet Heart Moon Lover ni mengisahkan tentang kerajaan raja-raja di dinasti Goryeo (Taejo, Hyejong, Jeongjong, dan Gwangjong), tetapi kita tidak tahu pasti apakah raja tertentu benar-benar mati kerana keracunan atau macam mana. Macam tu juga adik-beradik dia tu yang sebenarnya mati sebab apa. 
 

 

Untuk sekian kalinya, aku tertunggu untuk kesinambungan cerita Moon Lover ni. Banyak desas-desus cakap nanti Wang So masuk pulak ke zaman Hae So. Akhirnya 2021 membuka tirai The River Where Moon Rises. Aku punya lah excited bagitahu orang kampung Scarlet Heart 2 dah keluar. Sekali lain daaa. Bukan kisah dari Wang So dengan Hae So. hahaha.

 

 THE RIVER WHERE MOON RISES

Menurut kisah rakyat, yang ditulis pada abad ke-12 Samguk Sagi atau Sejarah Tiga Kerajaan Korea. The River Where The Moon Rises terletak pada abad ke-6 Goguryeo, sebuah kerajaan Korea yang terletak di bahagian utara dan tengah Semenanjung Korea dan bahagian selatan dan tengah Manchuria. Episod pertama drama yang rumit bermula dengan seorang puteri muda yang ingin belajar kemahiran bertarung pedang sehingga suatu hari dia dapat memerintah negaranya. Sebaliknya, rancangan politik dan rancangan pembunuhan memaksanya untuk bersembunyi. 


Puteri Pyeonggang teman ibunya dalam perjalanan panjang ke bahagian selatan kerajaan, di mana mereka bertemu General On Hyup dan Putra On Dal. Kim So Hyun juga akan memegang watak ibu Pyeonggang, Ratu Yeon, sementara Kang Ha Neul akan memainkan peranan sebagai ayah On Dal, Jeneral On Hyup. 

 


On Hyup adalah General dan ketua suku Sunnobu yang dihormati. Dia bertanggungjawab melindungi sempadan selatan Goguryeo. Dalam pertemuan itu, Permaisuri Yeon telah meminta bantuan Panglima On Hyeop menangani konspirasi yang sedang berlaku di ibu kota, namun kedua-dua mereka telah terbunuh dalam proses itu.
 

 
Walaupun Pyeonggang dilahirkan sebagai puteri, dia akhirnya menjalani kehidupan sebagai Yeom Ga Jin, seorang pejuang yang sukar dengan status sosial seorang rakyat biasa. Kejadian penting dari masa kecil Pyeonggang akan menandakan permulaan transformasinya dan kehidupan baru sebagai pejuang. Sejak episod pertama, penonton akan dijemput untuk mengungkapkan kehidupan Pyeonggang dengan plot yang penuh dengan peristiwa dan aksi. Watak Puteri Pyeonggang digambarkan sebagai seorang yang mempunyai karisma yang kuat. Sementara itu, On Dal mempunyai hati yang lembut.
 

BARISAN PELAKON RIVER WHERE THE MOON RISES


Kim So-Hyun memegang watak sebagai Ratu Yeom & Puteri Pyeonggang atau Yeom Ga-Jin

Kim mempunyai lebih daripada satu peranan dalam drama. Dalam episod pembukaan dia memerankan ibu Puteri Pyeonggang, Ratu Yeom, kemudian dia memainkan peranan sebagai puteri, ketika memegang nama Yeom Ga-jin. Semasa puteri mengalami trauma kehilangan ibunya, dia juga kehilangan ingatannya tentang istana. Dia menjadi pembunuh upahan Ga-jin, yang walaupun memiliki kemahiran mempertahankan diri, tidak memiliki rasa ingin membunuh. Ga-jin dapat mengakhiri waktunya sebagai pembunuh jika dia melakukan satu lagi pembunuhan, tetapi percubaan itu akan membawanya ke istana yang akan bawa dia balik.

Ji Soo sebagai On Dal

Ini juga akan membawanya ke On Dal, anak lelaki jeneral berani yang membela ibunya. On Dal lelaki yang bergantung kepada kekuatan fizikal untuk terus hidup dan bukan licik, tetapi dia telah lama memandang rendah kemampuannya sendiri. Dalam kisah rakyat, puteri menggunakan kepintarannya untuk membantu keluarga On Dal menjadi berjaya dan membantunya menjadi jeneral yang hebat. In River Where The Moon Rises, puteri pejuang dan On Dal akan bertempur bersama untuk mengubah takdir.
 


Lee Ji-hoon sebagai Go Geon dan Choi Yu-Hwa sebagai Hae Mo-yong
 

Go Geon seorang jeneral yang mencintai puteri Hae Mo-yong, seorang wanita yang ingin menguasai Goguryeo. Peranan utama yang diambil oleh Kim dan Ji Soo pada awalnya ditawarkan kepada pelakon Son Ye-jin dan Kang Ha-neul. Kedua-duanya tidak dapat menerima tawaran itu, walaupun Kang memang muncul dalam peranan ayah On On yang terbatas dan intens, jeneral On-hyeop.

 

REVIEW RIVER WHERE THE MOON RISES BY MIMIN ADAM


Mulanya aku ingatkan Moon Rises ni sambungan cerita Moon Lover. Penat aku cuba match kan karekter Moon Lover dekat Moon Rises tak kena. Mana tak nya. Sepatutnya Wang Jung ni adik tiri kepada Wang Wook tapi kali ni kenapa pulak Wang Jung jadi anak Wang Wook. Dan kenapa Wang Wook tukar nama Jadi General On Hyup. Sudahnya aku tak faham story nya apa. Aku kena ulang semula tengok Moon Rises ni sebab sebelum ni aku cuba letakkan kat dalam kepala ni season baru Moon Lover. hahaha kelakar. Takde kena mengena pun Moon Lover dengan Moon Rises. 

Powered by Blogger.
Back to Top