BERI BAYI 6 BULAN MAKAN FAWWAZ BABY FOOD

February 20, 2021

 Memang teruja bila anak dah nak masuk 6 bulan. Belum sampai 6 bulan lagi anak dah meleleh air liur nak join kita makan. Hahaha, mula lah mommies kat luar sana mencari segala maklumat mengenai pemakanan bayi. Info mengenai makanan bayi yang sesuai untuk bayi berusia 6 bulan lebih mudah didapati melalui ruang group di facebook tak pun mereka google kan je. Bila mommies kat luar sana dah dapatkan info, kebanyakkannya info hampir semua sarankan dengan memulakan makanan bayi dengan puri buah atau sayur-sayuran.


Tahukah momies, sebenarnya puri sahaja tak cukup untuk menampung keperluan nutrisi anak. Ramai lah juga terikut fakta yang kurang tepat ini tentang resepo makanan bayi untuk 6 bulan. Momies yang baca ni, please doakan aku yang dah setahun TTC ni tau. Aku memang tak ada anak lagi, tapi thanks to Cikgu Kasim dan anak-anak buah aku yang membuatkan aku tak banyak tak sedikit dapat info yang boleh aku kongsikan bersama.

CARA BETUL BERI BAYI MAKAN

Untuk makanan pertama bayi sebaik-baiknya dimasak sendiri menggunakan bahan segar menerusi cara pengolahan selamat. Sayur dan buah-buahan organik adalah pilihan terbaik kerana terhindar daripada risiko pencemaran. Faham sangat kenapa kenapa ibu-ibu masa ini sangat risaukan usus bayi yang belum matang. Dan sebenarnya cadangan daripada World Health Organization (WHO) dan KKM untuk mulakan makanan pelengkap pada usia 6 bulan adalah sesuai dengan keadaan usus dan sistem pencernaan bayi yang telah matang bagi bayi normal. Oleh itu, ibu-ibu usah risau ya. Sepatutnya resepi makanan bayi 6 bulan mesti ada :

  • Nasi untuk sumber karbohidrat yang memberi tenaga.
  • Sayur dan buah-buahan bagi sumber vitamin dan mineral.
  • Protein seperti daging dan ikan untuk membina otot tubuh.
  • Minyak seperti minyak zaitun bagi memberi tenaga dan melincirkan tekstur makanan.
Contoh bagi hidangan makanan utama perlu ada bubur nasi, sayur atau buah, minyak , ikan atau daging. Sumber : Bebehouz



Ada je momies akan fikir, jika anak tak makan bubur nasi. Anak tak kenyang. Tahu tak, bubur nasi boleh digantikan dengan sumber karbohidrat yang lain seperti mee dan pasta. Keliru lain bila momies fikirkan makanan bayi 6 bulan ialah dalam menentukan sayur yang sesuai. Contohnya dalam bubur nasi dicampur ubi dan lobak. Sedangkan dua sayur ini juga sejenis karbohidrat. Jadi perlu pelbagaikan sayuran hijau untuk sumber vitamin yang cukup.

Momies kenalah utamakan makanan daripada sumber semulajadi dahulu berbanding makanan proses segera seperti nestum dan sebagainya. Hal ini kerana, makanan proses biasanya mempunyai gula dan perisa tambahan yang boleh menganggu deria rasa anak pada awal pengenalan makanan.
 

FAWWAZ BABY FOOD SESUAI UNTUK BAYI

 
Okay, aku faham. Zaman sekarang momies semua moden. Kerjaya pun boleh tahan hebatnya. Tak sempat nak sediakan makanan yang berkhasiat dekat bayi. Mujurlah ada Fawwaz Baby Food. Ready-Made makana bayi untuk ibu bapa yang sibuk. Momies yang super power kat luar mesti akan menghargai kemudahan makanan bayi ready to eat daei Fawwaz The Little Kitchen. Ia diusahakan oleh pengasas Mahfudzah Mustafha yang menamakan syarikat itu setelah anaknya yang baru lahir. Syarikat ini mempunyai sekitar 22 item makanan dan serbuk buah, buah kering beku dan makaroni kering berperisa sayuran. Semua barang bebas gula, garam, bahan pengawet dan pewarna tiruan.
 
Makanan tidak hanya terhad kepada bayi kerana ia sesuai untuk orang tua.

 
Mahfudzah mempunyai enam kakitangan yang membantunya dalam pengeluaran dan pembungkusan. Dia mengawasi operasi, penjualan dan pemasaran sehari-hari. Biasanya pelanggannya mengenali syarikat itu melalui Instagram walaupun dia telah membuat laman web. Pelanggan Fawwaz kebanyakannya adalah ibu muda yang bekerja dari Selangor dan Johor Baru. Walaupun tidak ada pesanan minimum untuk penghantaran, lebih baik jika anda memesan lebih banyak untuk menjimatkan wang pos. Untuk Semenanjung kos penghantaran RM10 manakala untuk Sabah Sarawak berharga RM19. Fawwaz dihantar setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Mahfudzah juga memuat naik resipi mudah di media sosial. 
 
KELEBIHAN FAWWAZ BABY FOOD
  • Mudah disediakan
  • Mesra Travel 
  • Tanpa gula
  • Tanpa Garam
  • Tiada bahan tiruan, pengawet dan pewarna
  • Makanan ringan sihat untuk bayi anda
  • Semua dari bahan semulajadi
 
--------------------------------------------------

 
UNTUK PEMBELIAN
Aku syorkan korang untuk beli dengan Puan Tiara. Dia salah seroang pengedar sah Fawwaz Babu Food. Malah dia ada tawaran istimewa untuk sesiapa yang beli dengan Puan Tiara. Setiap pmbelian korang akan dapat percuma E-Book Recipe dan hadiah istimewa. Yang paling best Puan Tiara akan buat pengeposan dan buat COD sekitar Sikamat, Seremban, Senawang dan S2

 

0 beleter:

Powered by Blogger.
Back to Top