ANUGERAH GURU INSPIRASI McDONALD'S 2021 #1 - Kisah Inspirasi Cikgu Zurina

Seperti tahun-tahun sebelum ini, McDonald's menganjurkan program Anugerah Guru Inspirasi McDonald's. Anugerah ini merupakan anugerah tahunan oleh McDonald's Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru yang telah melampaui kehendak tugas dalam memelihara pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk melakukan yang lebih baik. Ini adalah tahun kelima McDonald's Malaysia menjalankan inisiatif ini. Warga Malaysia menunjukkan penghargaan kepada guru dengan mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada mereka dari 2-18 April 2021.

Dari ribuan pencalonan yang dihantar oleh rakyat Malaysia, 25 orang guru akan terpilih menjadi penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's dan mereka akan menerima wang tunai RM5,000, piala, dan sijil pengiktirafan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena Hari guru. Mereka yang mencalonkan penerima yang dianugerahkan juga akan menerima baucar hadiah McDonald's bernilai RM200. Kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru yang dipilih termasuk peningkatkan prestasi akademik para pelajar, menggunakan kaedah inovatif dan di luar kotak untuk mengajar, melampaui keperluan tugas untuk membantu pelajar, dan memberi kesan positif terhadap pelajar.

Beribu ribu kisah menarik sudah dihantar. Kali ni berpeluang menemubual sendiri beberapa orang guru. Bila baca kisah mereka, tak mampu untuk digambarkan usaha untuk membantu anak didiknya sehingga berjaya. Bukan mudah untuk jadi warga pendidik sebenarnya.

KISAH GURU INSPIRASI McDONALD'S 2021 CIKGU ZURINA - SK SERI PADANG SARI, BATU PAHAT

Kisah Guru Inspirasi McDonald's 2021 yang terpilih untuk disiarkan merupakan Cikgu sekolah rendah di Batu Pahat. Kisah pertama ini adalah dari kisah Cikgu Zurina binti Azmi yang kini berusia 39 tahun. Beliau merupakan anak jati Batu Pahat, Johor. Cikgu Zurina merupakan anak sulung daripada dua beradik. Beliau pernah berkhidmat di SK Sungai Suloh, Batu Pahat dan SJKC Chi Mang, Kukup Pontian Johor. Kini beliau berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Seri Padang Sari, Batu Pahat dan opsyen beliau Guru Bahasa Melayu.

PENGALAMAN HEBAT SEBAGAI TENAGA PENGAJAR

SJKC Chi Mang, Kukup Pontian merupakan sekolah pertama Cikgu Zurina berkhidmat bermula tahun 2010 sehingga 2012. Perjalanan seawal jam 4.30pagi beliau telah melangkah keluar ke sekolah dan singgah solat di masjid atau surau sepanjang menuju kesekolah yang memakan masa lebih kurang 1 Jam 50 minit. Itu pun tidak terus sampai ke sekolah kerana, sekolah tersebut terletak di atas laut Kukup yang hanya sesuai menaiki motorsikal atau basikal atau jalan kaki untuk menuju ke sekolahnya. Berbaki 15 mini dari jalan besar ke sekolah. Cikgu Zurina juga pernah dikejar anjing di sekitar kawasan tersebut memandangkan kawasan tersebut merupakan perkampungan nelayan Cina.

 

 

Cabaran di sekolah pertamanya belum terhenti di situ. Pastinya apabila cuaca tidak baik, baju beliau akan dibasihi hujan walaupun berpayung kerana angin laut yang kuat. Walaupun begitu, Cikgu Zurina tidak pernah mengeluh walaupun sampai rumah pada lewat petang atau hadir pada hujung minggu sekiranya ada kelas tambahan.

 

Diberikan amanah sebagai guru pembimbing bercerita Bahasa Melayu dan syarahan. Bukan mudah untuk megajar intonasi kepada pelajar yang rata-rata mereka bukan bangsa Melayu. Segala usaha beliau terhasil apabila setiap kali pertandingan Karnival Bahasa Melayu SJKC/SJKT pasti sekolahnya mendapat tempat. Tambahan lagi, beliau diberi tugasan khas, dilantik sebagai pengacara majlis untuk Karnival Bahsa Melayu peringkat daerah serta hakim balapan dan padang. Beliau terpaksa melatih pelajar di dalam dewan bersimen kerana lokasi sekolah yang terletak di atas laut dan akan hadir pada hujung minggu untuk melatih para pelajar di atas padang di kawasan taman rekreasi Pontian bagi menyesuaikan pelajar berlari di padang.

PENCAPAIAN DIPERLOLEH OLEH CIKGU ZURINA AZMI

Alahamdulillah, walaupun baru 11 tahun berkhidmat sebagai warga pendidik. Pelbagai pencapaian yang sudah diperoleh Cikgu Zurina. Antara pencapaian beliau:

  • Pengacara Majlis Karnival Bahasa Melayu SJKC/SJKT - SJKC Chi Mang
  • Hakim balapan dan padang - SJKC Chi Mang

Jurulatih pertandingan bola baling

  • Jurulatih pertandingan bercerita dan syarahan Karnival Bahasa Melayu SJKC/SJKT - SJKC Chi Mang
  • Johan Pesta Pantun Daerah Batu Pahat selama 5 tahun (2014-2019) mewakili ke Peringkat Negeri Johor dan Kebangsaan - SK Sungai Buloh
  • Anugerah pemantun Terbaik Peringkat Negeri Johor Sekolah-Sekolah Rendah Negeri Johor - SK Sungai Buloh
  • Penulis dan deklamator Baca Puisi Etnik Pesta Keamatan 2020 anjuran Persatuan Penulis KDM Momgun Malaysia (MOMOGUNSIA), Deklamator Baca Puisi Malaysiaku Merdeka Peringkat Kebangsaan 2020, Deklamator Semarak Puisi Pendidikan Peringkat Antarabangsa UPSI/PENYAIR, Deklamator Baca Puisi Hari Guru ASEAN, Deklamator Baca Puisi Dunia: Suaramu ke Riba Alam 2020. - SK Sungai Buloh
Antara hasil karya Cikgu Zurina
  • Penulisan Pantun Nasihat Gerakan 1000 Guru Asean Menulis Pantun (Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura) - SK Sungai Buloh
  • Tersenarai 30 pemidato terbaik Pertandingan Malaysia Sejahtera Dalam Talian Peringkat Antarabangsa 2020 - SK Sungai Buloh
  • Tempat kelapan pertandingan mengarang cerpen anjuran KEMUDI 2020 (Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor) - SK Sungai Buloh

Selaku Hakim Pertandingan

  • Penyelaras dan hakim pertandingan mencipta Pantun dan menulis esei sempena bulan kemerdekaan peringkat Daerah Batu Pahat secara dalam talian - SK Sungai Buloh
  • Naib Johan melafaz pantun 2020 peringkat kebangsaan - SK Sungai Buloh
  • Sajak Iltizam Guru Desa tersiar di Majalah Jendela Selatan bilanan 49 terbilan Dewan Bahasa dan Pustaka - SK Sungai Buloh
  •  Sayembara Menulis Cerpen, Puisi dan Esei Kemerdekaan Patriotik Zon Selatan 2020 - SK Sungai Buloh
  • Yang dipertua Dewan Bahas Bahasa Melayu Ala Parkimen Sekolah Redah Peringkat Kebangsaan 2018 - SK Sungai Buloh
  •  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 - SK Sungai Buloh

CABARAN MELAKSANAKAN PDPR SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Tahun 2021, tahun kedua kita perang untuk putuskan rangkaian wabak berjangkit Pandemik Covid-19. Di kesempatan itu, saya dapat menemu bual Cikgu Zurina tentang cabaran yang dihadapi beliau. Tahun ini merupakan tahun pertama beliau berkhidmat di SK Seri Padang Sari. Sekolah dikategorikan Sekolah Kurang Murid (SKM) mempunyai keseluruhan pelajar 95 orang murid.

Beliau bernasib baik kerana, bagi kelas tahun 5 muridnya hanya lapan orang. Mudah untuk berkomunikasi dalam talian dengan pelajar. Apabila tahun ini merupakan tahun pertama beliau berkhidmat di sekolah SK Seri Padang Sari, Cikgu Zurina perlu mengambil sedikit masa untuk berkenalan dan mengenali kelebihan dan kelemahan pelajar. Ia bukan penghalang yang besar. Cikgu Zurina dapat mengenali ibu bapa murid tahun 5 dengan lebih dekat walaupun dalam talian.

Tugasan diberikan menggunakan Google Class Room. Terdapat segelintir pelajar yang sukar untuk mendapatkan tangkaian internet dan tidak mempunyai peranti (Gadjet/Telefon pintar) terutamanya anak-anak asnaf. Bagi mereka yang sukar mendapatkan kemudahan atas talian, pengunaan modul diberikan seperti fotostat lembaran-lembaran kerja dan soalan-soalan untuk dimasukkan ke dalam fail sebagai kerjsa semasa PdPr. Selain itu, ada pelajar yang berkongsi peranti dengan adik beradik lain. Oleh itu, Cikgu Zurina mengambil inisatid menyediakan modul soalan agar mereka tidak ketinggalan dan patuh menyelesaikan tugasan yang diberikan.

 CABARAN BERSEMUKA DENGAN PELAJAR SEPANJANG PANDEMIK COVID-19


Menurut Cikgu Zurina atau mungkin buat semua guru-guru diluar sana, lebih seronok PdPc secara bersemuka dengan pelajar. Apatah lagi sekolah tersebut mempunyai bilangan murid yang tidak ramai dan dapat berkenalan secara bersemuka dengan murid baharu. Dan menariknya mudah untuk mengingati nama mereka.

HASIL KARYA CIKGU ZURINA AZMI

Wahh! bukan biasa-biasa Cikgu Zurina ni. Beliau telah menghasilkan 21 buah antalogi pada tahun 2020 sahaja. Pada tahun 2021 ini pula, sehingga Mei ini, terdapat 16 antalogi yang telah disertainya. Menurutnya, minatnya menghasilkan karya timbul semasa PKP pada tahun 2020. Pelbagai genre dihasilkan. Antaranya Cerpen Kanak-kanak, sajak, pantun, sindiran, gurindam, seloka, anekdot, travelog dan terkini kisah seram kanak-kanak.

----------------------------------------------

Aspirasi akan tinggal aspirasi tanpa usaha guru. Guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa. Hari ini, tugas guru bukan hanya menyediakan murid menghadapi peperiksaan, tetapi guru dipertanggungjawabkan untuk menjadi tulang belakang murid menghadapi dunia yang semakin mencabar. Tugas guru bukan sekadar memberikan pengetahuan, tetapi melahirkan modal insan yang berkemahiran memimpin, mahir berfikir secara kritis dan inovatif, beretika dan berakhlak mulia, berkebolehan dalam dwibahasa, mempunyai jati diri dan semangat patriotik yang tinggi. TERIMA KASIH CIKGU!

4 Comments