PENGALAMAN HAMIL YANG PERTAMA

Alhamdulillah, selepas genap setahun pernikahan aku dan Madon.. Mas bulan Disember 2020 ritu ada cadang-cadang dengan Madon.. Kalau tak lekat juga lepas bulan Mac 2021, kita buat checkup lah mana tahu kesinambungan dari cyst sebelum ni makin ligat atau ada nasihat dari doktor yang boleh dan tak boleh untuk ikhtiar kehamilan kan. ...

21 Mac 2020 - Acara tertutup pernikahan kami

PENGHUNI RAHIM PERTAMA BUAT SEORANG MIMIN ADAM

Bulan Mac 2021 ada tarikh Public Holiday di johor. Macam biasalah Mimin kan, sesiap request dengan Madon untuk amik cuti masa anniversary kami.. Maklumlah, cuti Madon Jumaat dan Sabtu. Pulak dia banyak cuti.. Itu yang aku request tuu.. Mac 2021 masih boleh rentas daerah tapi tak boleh rentas negeri. Maka, kami pun pergi animun pertama (ya pertama sebab yang lain-lain dengan family besar) di Desaru, Johor. Kalau ada masa aku ceritakan. Almaklumlah, dah nekad nak mencuba aktifkan kembali blog ni. hahaha

Lewat sehari period


Tak adalah balik-balik holiday terus lekat. Hahaha. Tapi masa honeymoon tu waktu subur aku. Maka, bulan seterusya lewat sehari aku sengaja buat self-cek UPT. Beli UPT dekat shopee banyak-banyak. Kalau satu line je takde lah frust sebab UPT kat farmasi ke kat watson ke kat guardian ke 1pcs cecah RM3 ke atas. Kalau kat shopee berapa posen jee.. Gambar kat atas tu sehari lewat. Cek pepagi. Excited nak cek.. Padahal baru lewat sehari.. Hahahaha ! nampak samar-samar je.

Kak Uzu ni macam dah remark kat kalender dia agaknya waktu aku sepatutnya period bila. Hahaha.. Pepagi lewat sau hari tu dia Whatsapp aku tanya "min, apa citer?" hahaha .. so, aku tanya kak uzu dengan kakak aku atiqah.. Nampak ada 1 line ke ada 2 line.

Clear Blue test error T.T

Cerita pasal keterujaan ni bukan habis kat situ je tau.. gigih cari blue clear digital. Balik kerja cakap dengan Madon balik lewat. Mahai okay benda ni.. Sebatang ni harga dia cecah RM50.. Sekali dapat test error. Allahu, geramnya... hahhahaa

Akhirnya dapat jawapan ^.^

Ehh ! gigih lagi okayy.. Esok malam lepas balik kerja, misi mencari Blue Clear Digital. Semua farmasi dekat Parit Raja aku terjah. Makk aih ! semua habis. Musim mengawan agaknya. kahkah.. Tapi dapat jugak lahh beli lepas 5 farmasi kat parit raja tu aku terjah. Balik terus cek.. dan......... Yeayy ! alhamdulillah. Confirm ada kali ni.

8 Minggu kandungan

Maka, disambung lagi keterujaan aku dengan mengajak Madon ke klinik untuk buat pengesahan kehamilan. Aku taknak berhenti teruja bila baca macam-macam dekat Pakcik Google ni di mana kandungan luar rahim boleh berlaku dalam tempoh awal ni.

keadaan awal buat penghuni pertamaku

Tuu diaaa, alhamdulillah. Tak lekang aku ucapkan alhamdulillah Doktor cakap baby dalam kandungan sihat, HeartBeat dengar jelas. Tak lekang senyuman di bibir.. Tak henti aku beritahu ibu, bapa, mak dan adik beradik aku. Walaupun tahu ianya masih awal. Tapi aku tak dapat kawal perasaan keterujaan aku tu. hehehe. Tapi takde lah over bagitahu dekat sosial media sana sini. Setakat sahabat dan sepupu yang terpaling rapat dan siap bagi amaran dekat ibu jangan war-war kan sampai betul-betul kuat kandungan aku. EDD aku kalau tepat tarikhnya sama betul dengan adik aku yang bongsu. Syakila. Hahaha. Adakah tarikh tersebut atau 12.12 ? tak sabar !

Alahan Awal Kehamilan

Betulah tu, lain orang lain alahan semasa kehamilan mereka. Ada yang langsung tak mabok ada yang sampai habis mengandung pun masih ada alahan. Mimin? Yes ada. Mulanya belagak tak ada rasa langsung mabuk masa kandungan dalam 12 minggu. Tapi kuat makan. Sampai tak boleh puasa.. Masa tu puasa Ramadhan. Sebab bila cuba puasa, perut ni pelik. Nak muntah tak muntah, kembung pun tak.. Tapi rasa sebu tuu lain daripada yang lain. Sudahnya aku decide ganti puasa sebulan je lah nanti. hahaha

Sekarang aku dah masuk trimester yang kedua. Dalam tempoh ni mabuk aku dah okay banyak. Tapi kadang kala aku masih muntah tapi tak macam sebelum ni.

---------------------------

Entry akan datang aku akan ceritakan pengalaman aku buka buku pink. hehehe.. Kasi can lah kannn 

1 Comments