KLANA BEACH RESORT HOTEL TEPI LAUT DI PORT DICKSON

March 24, 2022
Ini merupakan percutian singkat kali pertama buat Fayyadh Affan. Hehehe. Teruja bawak Fayyadh jalan-jalan jauh sikit dari tanah Batu Pahat. Kebetulan ada prebiu Bufet Ramadan Kibas Golek kita staycation terus 1 malam di Klana Beach Resort Port Dickson. Apa yang uniknya hotel ini, hotel ni terdapat balai cerap untuk tengok anak bulan. Wahh ! tapi aku belum ada rezeki nak masuk balai cerap tu,

 
Port Dickson ni memang banyak hotel dan resort tapi selalunya aku dengan keluarga besar  aku akan cari hotel yang selesa pada harga yang berpatutan. Memang teringin nak bermalam dekat hotel yang terkemuka dekat Port Dickson ni, tapi tunggu rasa mampu lah baru pergi situ. hehehe.
 

KLANA BEACH RESORT, PORT DICKSON

 
Hotel ini terletak dibatu ke-8 sepanjang jalan pantai Teluk Kemang yang popular. Hanya 2 jam pemanduan dengan kereta dari Batu Pahat, Johor.  Hotel ini merupakan Hotel dan Resort yang dibangunkan di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Haa ! sebagai sebuah hotel yang patuh Syariah.. Setiap bilikada disediakan telekung, sejadah dan kain pelikat untuk memudahkan tetamu mereka untuk menunaikan ibadah yang wajib.
 
BILIK KAMI KATIL SUPER SINGLE X2
RUANG SANTAI

KEMUDAHAN DI DALAM BILIK

BOLEH SANTAI SAMBIL PEKENA NESCAFE

TELEKUNG, KAIN PELIKAT, SEJADAH DAN STRIKA JUGA DISEDIAKAN

IRON BOARD DAN HAIRDRIER PUN ADA

Perkhidmatan mereka berikan pun sangat berkualiti dan layanan sama je. Macam balik kampun bila pakcik securiti dekat pondok jaga tu sangat ramah dan mesra bila dia bercakap untuk lihat aplikasi MySejahtera di telefon kita. hehehe.  Dari pagar pintu masuk sampai dalam hotel, kakitangan mereka akan memastikan keperluan dan keselesaan sepanjang penginapan di Klana Beach Resort, Port Dickson. 
 

KLANA BEACH RESORT, PORT DICKSON BERHANTU?

 
wallahualambissawab. Sepanjang aku dan keluarga kecil aku menginap di Klana Beach Resort baik aku, laki aku apalagi anak aku yang baru berumur 3bulan. Lena betul tidur dekat hotel ni. Penghawa dingin dia memang sejuk. Anak aku tenang je tidur tanpa gangguan, Aku je lah kena ganggu sikit. Terganggu dengan anak mintak susu. kehkehkeh. 
 
MUKA HAPPY KENA GANGGU DENGAN FAYYADH MEMALAM MINTAK SUSU ^.^

Kalau ada tu, tak mustahil. Bukan kita je makhluk Allah atas bumi ni. "dia" pun makhluk Allah yang menumpang jugak di muka bumi Allah ni. Apapun, betulkan niat dulu sebelum mulakan perjalanan. Jangan fikirkan keseronokan sentiasa sampai lupakan lain-lain. wahh! nasihat percuma takyah bayar hah. hahaha. 

--------------------
Kalau korang belum pernah rasa Kibas. Datang lah berbuka puasa di Klana Beach Resort, Port Dickson. korang kena pekena Kibas Golek dekat sana. teringat-ingat je rasa Kibas ni kat tekak sampai hari ni.

BUFET RAMADAN CITARASA NISMILAN DI KLANA BEACH RESORT, PORT DICKSON
Dewasa (Harga Biasa) : RM68.00
Warga Emas : RM 30.00
Kanak-kanak : RM 30.00
Kanak-kanak 4 tahun ke bawah : Percuma

Info lanjut

Hubungi +06-648 7888, +6016-6619030 atau +6016-661 9050
Website | Instagram | Facebook | Email

KIBAS GOLEK MENU ISTIMEWA BUFET RAMADHAN DI HOTEL KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON

March 21, 2022
Tok Tok Tok.. Ketuk ketuk Ramadhan tinggal berapa hari je lagi yang kita sedang rindukan dan tunggukan bulan Ramadhan. Alhamdulillah masih merasa lagi tahun ini untuk menyambut bulan Ramadhan. Tahun ni, aku teruja nak sambut dengan keluarga baru aku Fayyadh Affan. hehehe. 
 
 
Kalau sebut bulan Ramadhan, mesti kita gambarkan Bazar Ramadhan, Expo Ramadhan dan tidak ketinggalan juga Bufet Ramadhan. Nah ! ni aku nak cerita ni Klana Beach Resort Port Dickson tidak ketinggalan untuk menyajikan menu Ramadhan pada tahun ni. Dengarnya, Klana Beach Resort Port Dikson menyasarkan 300 orang pelanggan setiap hari dengan mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat seperti mengamalkan penjarakan sosial, memakai sarung tangan serta memakai pelitup muka. Memandangkan kes jangkitan Covid-19 masih tinggi walaupun kita dah beralih ke fasa Endemik.

KLANA BEACH RESORT MENYAJIKAN CITARASA NISMILAN

ABDUL Aziz Sheikh Abdul Kadir (tengah) bersama Chef Sarimah Ghazali (kiri) dan Dzarudin (kanan) melihat masakan yang disediakan pada majlis previu bufet Ramadan Klana Beach Resort Port Dickson semalam.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
 

Bagi mereka yang teringin merasakan citarasa masakan orang Negeri Sembilan, di Hotel Klana Beach Resort menjamukan masakan tradsi Negeri Sembilan menjadi konsep kepada pengajuran bufet Ramadan hotel ini dengan beberapa sajian asli seperti rendang ayam pencen, ikan keli salai air asam dan rendang maman. 


KIBAS GOLEK
 

Pernah dengar Kibas tak? Menu Kibas Golek yang sudah jadi "siganture menu" di Klana Beach Resort merupakan menu terpaling istimewa dan susah nak dapat dekat mana-mana kedai makan tepi jalan.  

 

sopan kan adik manis ni menggoreng cekodok. hehehe

ruang bubur lambuk/pulut hitam/pengat pisang

pucuk ubi tempoyak

rendang maman

sambal jawa ni ada petai yee

akar rampai

samabl bilis petai

Udang masak lemak cilipadi

Daging masak hitam

Ayam masak merah madu

bahagian pedas-pedas ikut selera masing-masing

dessert

kerabu taugeh. tak silap aku


kuih fav !

perghh cara pun ada



Memang Negeri Sembilan makanannya pedas-pedas ikut betul citrasa tekak aku ni dan terpaling penting Salai Itik tak ketinggalan juga tau. Bufet Ramadan 2022 yang  bertemakan Citarasa Nismilan akan bermula pada 5 April 2022 sehingga 30 April 2022.


KEMUDAHAN BERBUKA PUASA DI HOTEL KLANA BEACH RESORT, PORT DICKSON

hiburan untuk dinikmati
 

Alhamdulillah, kalau korang tak stay hotel mereka pun takpe tau. Pihak hotel tak kecik hati pun. hehe. Untuk pengetahuan korang. Hotel Klana Beach Resort ni dimiliki oleh Majlis Agama Negeri Sembilan (MAINS). Sudah pasti pihak hotel sangat menitip beratkan ibadah yang wajib. Jadi mereka turut menyediakan kemudahan surau untuk solat Maghrib, Isyak dan juga Solat Tarawikh yang dipimpin oleh imam jemputan khas mereka.

PAKEJ BUFET RAMADAN "CITARASA NISMILAN" DI KLANA BEACH RESORT

 

Mereka menawarkan harga serendah RM55 (dewasa) bagi pembelian baucar awal. Apa tunggu lagi ! dapatkan harga Early Bird hari ni. murah banyak tuu takut korang terlepas harga murah kalau tunggu lagi nak beli.

Dewasa (Harga Biasa) : RM68.00
Warga Emas : RM 30.00
Kanak-kanak : RM 30.00
Kanak-kanak 4 tahun ke bawah : Percuma

-------------------------- 

Info lanjut

Hubungi +06-648 7888, +6016-6619030 atau +6016-661 9050
Website | Instagram | Facebook | Email 

SAMBAL DAGING DENDENG SUMATRAA TERUS BOLEH DIMAKAN

March 16, 2022

Pencinta daging dendeng ? Tapi tak tahu cara nak masak macam mana? Sambal Daging Dendeng ready to eat korang boleh dapatkan dengan harga yang murah dan mampu nak beli. Nak rasa lebih sedap macam dah pro masak daging ni boleh cuba Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni.

SAMBAL DAGING DENDENG DARI SUMATRAA SEDAP

Aku memang pemakan daging tegar. Sebut je daging memang aku lah orang pertama yang sambar. Tapi untuk aku nak masak aku akan fikir jauh sikit sebab malas nak merebus daging tu kasi lembut dan tak liat bila di makan. Bila pekena Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni.. Perghh ! Sedap betul. Dagingnya lembut dan sambalnya ada rasa pedas yang semua orang boleh makan. 

SAMBAL DAGING DENDENG READY TO EAT

 

Daging Dendeng di pek dalam bekas plastik, kemudian di seal. Tak banyak lapisan. Cuma koyakkan dan boleh terus makan. Sesuai untuk sesiapa nak pergi travel dan pergi hiking yang mana susah nak dapatkan makanan atau susah nak masak semasa travel atau pergi hiking.

Aku sangat cadangkan kat korang untuk cuba daging dendeng ni. Sedap sangat ! Kalau korang rasa ragu-ragu nak terus makan, takde masalah kalau nak panaskan dalam kuali terlebih dahulu. Yang travel atau pergi hiking, korang boleh rendam pack Sambal Daging Dendeng ni dekat air panas. Macam korang rendam susu baby tu. hehehe 

 Bila koyakkan pek daging dendeng ni, dah tak sabar nak telan. Aroma dia memang bangkit selera. Dagingnya lembut dan tak liat langsung. Aku dapatkan 3 pek. 1 pek je aku sorang. Lagi 2 aku kongsi dengan keluarga. Haa nampak takk sedap dia macam mana. hahaha

MENU PANTAS SAHUR DAN BERBUKA DI BULAN RAMADHAN

 

Kita pun dah nak puasa, nak masak sahur pagi-pagi untuk menu pelbagai sangat memenatkan untuk bangun awal. Kalau korang buat stock Sambal Daging Dendeng sepanjang puasa nanti. Korang perlu masak nasi putih je. Nak lagi sedap tambah telur. Perghh ! mantap dah sahur korang. 

------------------------------------------------------------


 Aku tak jual. korang boleh terus ke website mereka https://sumatraafood.my/order/form/pastisedapdanteringat33 kat shopee korang search je Sambal Daging Dendeng Sumatraa ni, ada agent dia jual kat sana. Kalau korang teringin nak jadi sebahagian dari agent mereka boleh rujuk info mereka yang aku berikan kat bawah ni:

 Instagram | Facebook | Website | Phone +6011-555 05825 

PENGALAMAN PERTAMA BERSALIN DENGAN PREECLAMPSIA

March 11, 2022
Hai korang, sebenarnya aku nak lah tulis pasal first pregnancy aku dari awal hingga ke akhir. Tapi apa kan daya sepanjang kehamilan aku, aku tak mampu nak duduk dengan betul. hahaha. Madah nak sakit pinggang je. Tapi takpe. Aku akan cek semula fon galeri aku. Kalau ada gambar aku akan ceritakan apa jadi dengan gambar tu. 
 
Gambar kenangan hujung pregnancy

Balik pada tajuk utama aku, aku bersalin dengan preeclampsia. Yang tahu, mesti ada kenangan korang boleh share dengan aku boleh letak link korang kat ruang komen.. Nanti aku nak baca. Tapi untuk aku punya preeclamsia masa pengalaman pertama aku bersalin, ni aku nak ceritakan.
 

APA ITU PREECLAMPSIA ? 

 
Preeklampsia adalah satu keadaan yang boleh mendatangkan bahaya pada ibu hamil. Ini kerana ia adalah salah satu komplikasi kehamilan yang agak serius dan berbahaya kepada seorang wanita yang sedang hamil. Praeklampsia atau preeklampsia adalah satu keadaan komplikasi kehamilan yang dicirikan dengan tekanan darah tinggi berserta beberapa tanda kerosakan pada sistem organ tubuh yang lain.  
 
antara symptom
 
Biasanya ia melibatkan organ hati dan juga buah pinggang. Ia biasa berlaku pada minggu ke-20 kehamilan bagi ibu hamil yang mana sebelum ini, tekanan darahnya berada pada keadaan yang normal. Jika ia tidak dirawat, keadaan ini bukan sahaja amat berbahaya malah boleh meragut nyawa ibu hamil tersebut.
 

PENGALAMAN MIMIN MASUK DEWAN BERSALIN (LABOR ROOM)

 Sepanjang pregnancy, aku tak alami apa-apa sakit. Minum air gula pun lepas. Cuma ada sikit masalah bacaan darah sentiasa dekat border dengan kencing kotor. Itu je masalah aku masa pregnancy. Masuk sahaja minggu ke 37 kehamilan, aku dah check in Labour Room. Mungkin di sebabkan false contraction. sebelum aku ke Hospital, aku dah pergi klinik. Klinik cakap pun mungkin aku false contraction tapi bila cek Hcg cek fetal heart rate memang tinggi sangat macam nak keluar dah tu yang kena rujuk ke Hospital.
 
HCG fetal rate Mimin
 
Tapi disebabkan jalan belum keluar aku pun diminta balik serta masuk seminggu lagi bekerja. Hujung minggu masa tu hari petang Ahad 5hb Disember 2021, pergi tandas nak pee pee.. Nahh! sporting darah. Gelabah lah beb darah.. Ini dah tanda-tanda besar nak bersalin. Aku beritahu ibu aku dengan aku call laki aku cakap dah keluar tanda. Malam tu juga laki aku bawak pergi hospital. Doktor suruh buat pilihan nak stay wad ke nak balik sebab HCG fetal rate je tinggi tapi jalan belum bukak lagi. Memang balik lah cerita dia.
 
surat refer hospital

Nekad, esoknya tak masuk office dah. Inform KK tak nak pergi sebab masa tu dah tak larat nak pergi KK untuk buat last chekup. Tapi KK paksa aku pergi hospital sebab aku inform KK aku dah kerap contraction. Sakit yang tak selesa dengan tanda keluar darah. Sepanjang hari Isnin akan ada masa aku akan mengerang sakit dalam tempoh masa seminit. Bila masuk waktu malam tu aku dah tak boleh nak lelap sangat dah aku makin kerap mengerang.
 
menunggu untuk cek jalan masa ni
 
Esoknya hari Selasa 7hb Disember 2021, laki aku tanya nak pergi hospital ke tak. Aku cakap taknak. Aku dah malas kalau kena patah balik. Maksudnya aku nak tunggu tanda air ketumban pecah. Dalam jam 8 pagi KK call aku. Aku dah tak  larat nak angkat. Memang sakit sangat. Bapa memang dah standby je lah arahan dari aku. Dah tak merayap dah masa ni. Dalam jam 10 pagi KK call lagi. Marah aku sebab aku tak pergi Hospital pun semalam. Hari ni paksa jugak ke Hospital. tapi aku masih berdegil tak nak pergi Hospital. Dan KK paksa pergi jumpa dia. Dia nak cek dengan nak kasi surat refer hospital. 

DETIK YANG BERDEBAR DAN TERUJA

Selesai dekat KK, aku cakap dengan bapa nak pergi makan. Ni aku dah inform laki aku dah yang aku dah kena serah diri petang tu. Jam tepat jam 12 aku selesai makan. Dalam masa tengah makan tu, aku mengerang sakit. Bapa dah ghisau jee lah tengok aku macam tu. Dalam perjalanan nak ke Hospital, aku decide suruh bapa balik dulu solat dengan aku nak selesaikan barang nak masuk wad. Sampai Wad kecemasan dalam jam 2.30 ptg. Boleh pulak aku tak bawak kain batik. Aku call mamet suruh bawakkan kain batik. 
 
tengah tunggu bapa daftarkan untuk bersalin

 
Cek Hcg fetal rate dah tinggi bethol, tekanan darah masih dalam keadaan baik. Doktor decide nak cek jalan. Aku pun serah diri lah dia nak cek jalan. Nah ! sekali dah bukak 5 cm. Diaorang dah suruh prepare kan barang-barang untuk bersalin. Suruh Bapa daftar kan aku. Call laki aku, bank tak release kan laki aku awal. Jam 4.30 ptg baru dia boleh gerak. Aku dah tukar pakai baju uniform bersalin Nurse suruh duduk dekat wheel chair. Dia tolak aku ke dewan bersalin. Katil semua penuh. Dia suruh aku tunggu sampai katil kosong. 

tengah tunggu kat wheel chair. Dewan bersalin full masa ni
 
Haa ! masa ni aku dah mula sakit kepala yang amat sangat bila contraction datang. Macam tak tenang aku rasa masa contraction datang masa ni. Sakit sangat. Dalam jam 4.45 petang macam tu aku dah dapat katil. Nurse cek tekanan darah aku. Banyak kali jugak dia cek. Akhirnya dia beritahu doktor. "Doktor, teknan darah dia ni tinggi ni, dah 3 kali saya buat". Aku rasa itu normal lah kot sebab nak bersalin kan. Mesti lah tak betul bacaannya. 
 
ofkos dah cucuk tang sana sini
 
Sekali Doktor tadi tu panggil Doktor pakar weyh. Dah sudah. Teruk sangat ke aku punya tekanan darah ni. Bahaya sangat ke. Sebab aku tak nampak berapa bacaan aku masa tu. Sampai dua orang Doktor pakar review aku punya kes. Wah! kenapa eh. Dah terpinga-pinga aku. Doktor pakar tu amik tukul, ketuk lutut aku. Aku tak buat apa-apa pun.. tapi lutut aku ada shaking. Doktor tanya aku ada rasa sakit kepala tak? ada rasa nak pitam tak? aku jawap ada lah kan masa contraction tu datang. Cuma rasa nak pitam tu tak ada. Masa ni doktor dah pecahkan air ketumban aku.
 

DI DIAGNOSIS PREECLAMPSIA

Dalam masa setengah jam, Doktor Pakar tu terangkan dekat aku. Awak ni preeclampsia. Kita akan pindahkan awak ke HDU. HDU ni macam ICU. kita akan pantau rapi awak. Nanti kita akan masukkan MgS04. Ubat ni panas tau. Kalau bacaan tekanan darah awak tak turun kita akan buat emergency czear. 
 
aku sakit kepala teruk. yg lain aku rasa macam normal untuk orang bersalin
 
Sampai ke HDU, Nurse masuk ubat dalam shrink besar tak tahu yang itu ke MgS04 nya dengan bukak kipas. Wah sejuk ya. Nurse pelik aku sejuk. Sebab ubat tu panas katanya. Masuk HDU tepat jam 5.30 ptg. Maka setting itu setting ini diaorang biarkan aku layan contraction sorang-sorang.

Jam 9.30 malam sekali lagi Doktor pakar tadi cek aku. Tekanan darah, tukul kaki aku, cek jalan dengan pencahkan lagi air ketumban. Dalam jam ni aku punya jalan dah 7cm. Last makan jam 12 tengah hari tadi. Tapi sikit pun aku tak rasa lapar. Layan contraction hah boleh tahan ye rupanya.. Setiap kali Houseman masuk cek aku, aku berzikir sakit. Diaorang pun malas layan agaknya kan. Dia cakap teran je Puan. Macam nak berak tu. hahahah.. Padahal takde diaorang reti je aku zikir doa Nabi Yunus tu.
 
memang tak tenang macamni keadaan aku

Jam 11 malam. Makin kerap dan tak rilek contraction nya. Ada patient lain, tengah dikerumun katanya nak bersalin nampak kepala dah. tapi tak keluar-keluar pulak. Masa ni aku cakap dengan baby, Kejap baby. awak keluar lepas doktor settled kawan awak tu tau. hahaha Baby taknak rilek dah. Dia dah tak kasi mak dia rilek dah. Aku pun tanya nak keluar sangat ke baby? kalau nak keluar awak kasi sign yang awak nak keluar. Hah. Contraction biasa akan ada gap untuk aku bertenang. tapi time tu tak bertenang. Jadi, aku rasa ini sign baby nak keluar sangat. Aku panggil nurse semua tak nak layan. Aku jerit panggil diaorang. lepas tu aku teringat Doktor tadi cakap teran macam nak berak. 
 
ni kecik ye. Kat HDU Hospital Sultanah Nora Ismail besar ye Shring dia tuu
 
Time ni, diaorang lepaskan ubat yang sangat panasssss sangat. Aku rasa ini lah kot ubat Mgs04 yang dikatakan tu. Masyaallah panas betul weyh ubat tu. Maka dengan bukaan hanya baru 8cm, angkat punggong dan dikoyakkan maka keluarlah baby boy of Yasmin Jam 11.47malam seberat 2.86kg tinggi 47cm. 
 
masa ni baby dengan Mimin sama-sama dalam HDU. Kawan ibu staff sini dapat lah dia tengok mimin time ni
 
Itulah pengalaman pertama aku bersalin dan pertama kali di diaognasis preeclampsia with symptom. Dan bermulakah aku kena complete kan ubat Mgs04 dalam 24jam dan akan dipantau ubat yang masuk dalam badan dalam 5 hari di tahan wad bersama baby. Nanti aku share kan apa jadi lepas bersalin bila on ubat Mgs04 itu tadi.

--------------------------------------
terima kasih sudi baca sampai habis. Orang Sri Gading yang baru pertama kali nak bukak buku di KK Sri Gading boleh baca entry ini



Powered by Blogger.
Back to Top