1001 KENANGAN TERCIPTA PADA MAC 2022 SAMBUT DI GOBOK RUMAH USANG BATU PAHAT

wahh, kemain yaa update lincah. Semua ni entri tertangguh. nak update tapi malas.. nak update tapi takde masa.. nak update tapi Fayyadh tak kasi kerjasama. hahaha. Entry kali ni mimin sembang tak lama lah.. sebab ceritanya memang ringkas tapi sambil nak buat review TAK BERBAYAR dari pihak Gobok Rumah Usang di Batu Pahat.
 

KISAH 1001 KENANGAN DI BULAN MAC 2022


okay, mimin mulakan citer dengan kisah kenangan yang nak diimbas kembali. Ye lah sekarangkan dah bulan Julai 2022. Jadi nak buat trobek entry lah. hahaha . Berbalik pada kisah kenangan ni, Kenapa mimin sebut 1001 kenangan ? takdelah 1001 cerita nak disembangkan. Tapi dalam bulan Mac sahaja Mimin sambut kelahiran adik mimin si mamet pada 1 Mac, Madon dan Fayyadh 3 bulan pulak 7 Mac, semestinya sambut anniversary mimin dan madon 21 Mac dan terpaling sambut 19 Mac. Merupakan 100 hari buat anak bonda lahir kedunia.
 
1hb Mac - birthday mamet

 
7hb Mac - birthday Madon

21 Mac - Anniversary Mimin Madon

Kek Kawaaii daru Lilin Pink, Based Batu Pahat

Anything for you my baby boo Fayyadh Affan. Demi Fayyadh bonda sanggup ikat perut demi keselesaan untuk Fayyadh. Bonda takkan limpah ruah kemewahan tapi limpah ruah kasih sayang bonda ayah dekat Fayyadh okay. Be good n be nice yaa baby bonda.

REVIEW GOBOK RUMAH USANG

credit : Daily makan
 
berbalik pada review ikhlas dari mimin berkaitan Gobok Rumah Usang. Gobok Rumah Usang ni sebenarnya rumah usang yang dijadikan kedai makan. Rumah yang telah dibaik pulih dan berkonsepkan rumah klasik. Cantik dan sangat nostalgia. Ibu dan bapa mimin pergi situ pun cakap, wahh dulu pakai tv macam ni.. dulu suiz lampu macam ni itu dan ini. 
 
 
 
view lawa, boleh lahh nak oot. hahaha
 
Tapi bila bahagian menu pulak. Tak banyak pilihan. Harga mahal. Rasa dia pulak agak mengecewakan. Tapi air boleh lah. Tak teruk sangat rasanya. Untuk yang lapaaaaaarrr atau khusus nak makan malam kat sini. bukan situ tempatnya. Tapi kalau pergi nak lepak atau sekali sekala datang untuk sambutan hari hari penting.. Boleh lahh datang. 
 
------------------------------------------------------
info lanjut
 
Gobok Rumah Usang
3, Jalan Zamrud 1, Taman Dagang, 83000 Batu Pahat, Johor | 012-726 4354 | Tutup Rabu

2 Comments