MAKSUD NAMA FAYYADH AFFAN DAN DAFTARKAN DI JPN YONG PENG BATU PAHAT

Ehh. lajunya update kali ni lepas entry pre-clampsia lepas bersalin. Ni pun dah kira lambat. Baby pun dah 7 bulan hari ni. Takpe kongsi sini untuk kenangan masa hadapan. 
 
Nama baby awalnya mimin nak tamak sorang-sorang bagi nama. Tapi kena bangkang dengan madon. Jadi, terpaksalah kena kongsi kasi nama. Nama awal mimin decide mimin yang letak, dan nama seterusnya suruh madon fikir sendiri. 
 
Terhasil lah Fayyadh. Tak tahu kenapa nak letak nama Fayyadh. Tapi tertarik dengan nama Fayyadh. Selang beberapa hari, madon tiba-tiba cakap.. "I dah tahu nama kedua Fayyadh.. Affan" awalnya aku tak setuju sebab Affan terlampau ramai letak nama Affan dalam masa yang sama aku tak kisah. hahaha

MAKSUD NAMA FAYYADH AFFAN


 
Maksud Nama Fayyadh adalah nama yang baik bersamaan Murah Hati. Manakala nama Affan bermakna Pendaki, bijak, cerdas, nama ayah Khalifah Uthman. Semoga anak bonda menjadi seorang yang bijak, cerdas dan menjadi khalifah yang sangat bermurah hati. 


 DAFTARKAN KELAHIRAN DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, YONG PENG BATU PAHAT

 
Masa daftarkan kelahiran Fayyadh Affan, tu akhir tahun 2021. Masa ni masih dalam perintah kawalan pergerakkan (PKP). Kami kena booking tarikh untuk datang ke JPN. Pilih nak daftarkan nama Fayyadh Affan dekat Yong Peng bukan sebab utama dekat dengan rumah mak mertua. Tapi, urursannya pantas berbanding daftarkan dekat JPN Batu Pahat. hehe.

Jadi ini tips untuk warga Batu Pahat yang tak sabar nak beratur panjang-panjang. Sila ke Yong Peng Okay. hahaha
 


1 Comments