SR PHOTOGRAPHER BATU PAHAT MURAH DAN BERBALOI

Pulang ke kampung halaman menyambut Syawal bersama keluarga tercinta amat ditunggu-tunggu oleh warga kota termasuk pasangan muda yang khususnya memiliki cahaya mata sulung untuk berhari raya. Walaupun dah habis raya dan bukan warga kota pulang ke kota. Mimin masih teruja nak sambut raya dengan Fayyadh Affan.. hehehe

raya ketiga

TERUJA KALI PERTAMA BERAYA DENGAN FAYYADH AFFAN

Walaupun cerita Aidilfitri dah habis lama, Mimin nak jugak kongsi kat sini. hahaha. Aidilfitri tahun ini lebih berseri dengan kehadiran anak sulung, Fayyadh Affan yang masa itu baru 5 bulan untuk sama-sama raya sedondon dan pergi beraya ke sanak saudara serta sahabat handai di sekitar Batu Pahat, Johor & Klang, Selangor.. Mimin rasa, sesiapa sahaja yang berkahwin musim Perintah kawalan Pergerakkan (PKP) tahun ni merupakan raya kali pertama yang boleh berkumpul dengan meriahnyakan.. Jadi, tahun 2022 ni tahun pertama Mimin beraya di Klang. Keluarga sebelah ibu Madon.

raya pertama
 

Fayyadh Affan kalau dari keluarga angkat Mimin memang cucu sulong, sebab itu raya tahun ni sangat teruja. Kalau sebelah Mak dengan ibu Madon memnag cucu bongsu. hehehe pun masih teruja menyambut Aidilfitri tahun ni.

 

raya kedua

Adik beradik cuma Atiqah Family je tak dapat beraya bersama. Tahun ni Family Atiqah beraya dekat Besut. Mungkin Mimin kena rancang raya betul-betul. Kalau tiap tahun macam ni. penat dekat atas jalan jee


 Fayyadh dan puting ajaib nya tak ketinggalan daripada bergambar dengan geng bonda. Tak cukup sorang lagi Nani. hope soon kita dapat gather lagi.

PHOTOSHOOT OUTDOOR RAYA KEDUA BERSAMA SR PHOTOGRAPHER

Bagi Mimin lah, better korang cari SR Photography ni. Hasilnya insyaallah Mimin rasa dari hari ke hari SR Photographer akan tingkatkan skill dia. Tapi dari segi masa dan harga. Memang Mimin cadangkan ke korang semua. Macam Mimin sekeluarga tak dan nak beriya ke studio.. Nasib baiklah SR Photographer sediakan perkhidmatan datang ke kita untuk ambil gambar raya keluarga,

 

Takpe lah bayar lebih sikit untuk cas pengangkutan team diaorang. Janji kita dapat potong waktu kita dari habiskan masa bersesak-sesak dijalanan.

-------------------------------------------------------

INFO LANJUT

SR PHOTOGRAPHER 
FACEBOOK | INSTAGRAM | +6013-788 2625


0 Comments