HOMESTAY SWIMMING POOL BATU PAHAT - THE CACTUS PRIVATE POOL HOMESTAY

Homestay yang berkonsepkan Santorini di Batu Pahat lengkap dengan kolam renang dan kelengkapan berbarbeque. Mimin yang duduk dekat Batu Pahat ni memang akui susah nak dapat homestay yang ada kolam renang. Kalau ada memang laku keras kena buat tempahan setahun awal kaedahnya macam tu. 

2hb Disember hari tu ada mesyuarat tahunan koperasi keluarga KOWARIRO  di Semerah. Baliknya tu Mimin ada terperasan perkataan Cactus lepastu nampak macam ada kolam renang. cakap ternampak tu sebab kawasanya agak tertutup. 16hb Disember, Mimin ada buat majlis hari jadi Fayyadh dekat rumah makcik Mimin, makanya adik beradik suruh cari homestay yang ada pool untuk anak anak bonding. Susah yaaa nak cari dekat Batu Pahat ni. Full House memanjang. Cuba jugak cari perkataan "Cactus Homestay" dekat facebook page, Facebook group, instagram malah tiktok. Tak Jumpa dikk. Akhirnya terjumpa dekat google. Terus buat panggilan. Macam Jackpot jugaklah ada kekosongan.

THE CACTUS 🌵 PRIVATE POOL HOMESTAY, BATU PAHAT


Nak lagi jackpot, lokasi homestay ni dekat kampung kami, Parit Kuda je. Nak ke Bandar Batu Pahat lebih kurang 30minit jugak kalau traffic lancar.


Homestay ni ada 2 unit. Unit sebelah kiri ni ada 1 bilik je manakala bilik sebelah kanan ada 4 bilik. tak dapatlah nak bagi view dalam unit 1 sebab Mimin booked unit 2 yang ada 4 bilik.

Bilik pertama

Bilik Kedua

Bilik tiga

bilik keempat

bilik air cuma ada 1 saja dalam rumah

dapur juga disediakan. tapi kami lebih selesa gunakan dapur dekat luar

laluan menghubungkan bilik keempat, bilik air dan dapur

ruang tamu

KEMUDAHAN DI THE CACTUS 🌵 PRIVATE POOL HOMESTAY





Antara kemudahan yang disediakan di homestay ini:
  • barbeque set termasuklah arang
  • dapur gas
  • cawan pinggan mangkuk yang lengkap dan banyak
  • sudu grafu pisau 
  • peti ais
  • TV android (Netflix login id korang sendiri ya)
  • Wifi
 
dapur di luar
 

PEMANDANGAN  KOLAM RENANG HOMESTAY

"SPOT" BERGAMBAR MENARIK DI THE CACTUS PRIVATE POOL HOMESTAY


----------------------------------------

Disebabkan homestay ni belum 100% siap beroperasi tapi dah nak sangat nak buat tempahat dekat tempat ni, korang boleh hubungi mereka di talian 016-578 2511

REVIEW THE CACTUS ðŸŒµ PRIVATE POOL HOMESTAY   BY MIMIN ADAM 

Homestay tersangat lah bersih walaupun masih belum bersedia sepenuhnya untuk terima pelanggan. Yang bagusnya pihak homestay tanya kita nak ketinggian air paras mana. Minimum 2.5kaki Maksimum 4 kaki ketinggian air kolam mandi. Keseluruhannya berpuas hati . Cuma ini merupakan kali pertama Mimin rasa booking homestay agak terperanjat,  50% deposit dari harga penuh kita menginap. Baki 50% sebelum masuk menginap yang ini masih okay lagi. Agak besar security deposit RM300 (asing dari harga sewaan-hampir tak jadi nak stay) tapi takpelah. tetapp berpuas hati. 

beberapa masalah teknikal seperti pam air kolam, presure water heater dan lain-lain harap tiada lagi untuk pelanggan seterusnya.  Yang paling kelakarnya, remote aircond kami terbawak balik. Dah kena hold pulak security deposit tuu. ghisauuu weyhh ! RM300 tuu besar tuu berbanding harga remote tuu kalau original tak sampai rm300. hahahahaha



1 Comments

  1. Cantiknya homestay. Selesa duduk kalau dapat yang cantik macam ni.

    Done follow sini. By the way jemput join Cie ada buat segment giveaway 😊

    ReplyDelete