KUPI NANG AJES CAFE BATU PAHAT

Kalau korang jenis yang coffee hunter, apa yang uniknya di Kupi Nang Ajes Cafe kalau korang pergi untuk nikmati kopi sambil melihat pembuatan kopi di depan mata korang sendiri. Nak beli kopi pun boleh. Korang boleh tengok sendiri proses penjemuran biji kopi, pembakaran biji kopi, pengisaran dan sebagainya yang mungkin korang tak pernah lihat.  

KUPI NANG CAFE BATU PAHAT

Dimiliki oleh bumiputera 100% korang wajib support kalau dah datang sini. Dekat Kupi Nang Ajes Cafe ni Mimin suka dengan dia punya bubur. Sebab tradisional sangat ada kangkung telur masin lengkap dengan kacang tanah. 

Korang boleh cuba kopi-kopi dekat sini. Original dari kilang sebelah Kupi Nang Coffee. Sedap juga. Kalau bukan jenis coffee person, korang boleh amik yang based bukan coffee. Jangan risau okay. menu lain lain pun ada untuk kudap-kudapan.



Kupi Nang Ajes Cafe ni sebenarnya "port" lepak reunion kawan sekolah ibu. Tak pun kalau rasa nak makan bubur memang kami akan lepak sini. tapi tu lah tuu. Cuma petang je bukak. Malam tutup. 

Kalau ada occasion ibu mesti akan beli kopi dekat Ajes. Semestinya dekat rumah tak putus stock Kopi Ajes. kalau korang nak mimin order kan pun boleh. Macam mimin buat goodies kawin bagi Ajes Coffee ni dekat tetamu. RM2.00 per pax. Boleh cari mimin dekat email yang tertera dekat sidebar sebelah ni.. Alaaa ~ yang dekat bawah muka mimin sebelah kanan ni tuu


Sekarang Kopi Ajes bukan keluarkan Kopi je tau. Ada juga Teh instant. Sedap jugak boleh pergi ke antarabangsa.

----------------------------

FB : Kupi Nang - Ajes Cafe | TT : @kupi_nang | IG : @kupinangmu
Contact : 019-873 9640
Lokasi :
No.19, kampung parit sidek, semerah 83600 batu pahat, johor

Waktu Operasi = 11am - 7pm
Hari Operasi = Selasa - Ahad
Cuti = Isnin

0 Comments