MIMIN ADAM BERSEDERHANA DI RAYA 2024

Hai korang, raya korang ada luar biasa dari tahun lepas atau hambar atau macam mana tuu? Bagi Mimin lah kan. Bagaimana kita menghargai sesuatu itu yang akan menjadi luar biasa. Kalau hambar tu cuba berlapang dada memaafkan sesuatu agar hati berlapang dada menerima sesuatu kekurangan tu.
Raya 2024 bagi mimin tahun ni bersederhana je dengan kehadiran ahli keluarga baru kami Fella Aufiyya  ni. Semestinya raya kami sentiasa tak lengkap adik beradik dan Ayah mertua Mimin serah diri di hospital akibat kesihatan merosot akibat kencing manisnya.

NAK BALIK KAMPUNG SIAPA DULU?

Haa- macam Nabila Razali tanya. Nak balik nak balik kampung, kampung siapa dulu? Raya kali ni raya rumah ibu mimin. Walaupun hari-hari dah dekat rumah Ibu mimin (baca: duduk dengan ibu Mimin) tapi giliran tetap giliran yaa. hahahaha. 
gambar Madon's clan

sepupu diperantauan jauh-hmm Pasir Gudang.

sedikit lari tema, sebab tokpe nak pakai baju lengkap bersamping haa gitu lahh tuu

Raya kedua macam biasa, acara wajib keluarga berkumpul di teratak warisan Habullah & Zainab di Kampung Parit Kuda, Batu Pahat. Barulah jumpa adik beradik mimin. Walaupun tak cukup tapi ada juga balik. 

RAYA DI RUMAH MERA AMERA

Boleh dikatakan mantan blogger. Semenjak dia kahwin dia dah stop terus berblog. Tapi bagi mimin, mera ni dah macam blood sister lain mak lain pak. hehehe..

TUNANG RAYA & OPEN HOUSE


Haa, barulah dapat berkumpul lengkap dengan adik beradik. tapi boleh dikatakan tak berapa ada kualiti bonding. Sebab sibuk dengan majlis pertunangan dan open house. Apa yang dirancangkan hampir 90% tersasar. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar hasil dari kerjasama diberikan terutamanya along sediakan tempat, mak masak-masak. Atam banyak uruskan macam-macam hal tak lupa juga ibu punya asam pedas lagenda. 
 
wah! tak sangka dapat juga jemput kak yanty, kak uzu & kak ayue ni. Kemain kau anak kak uzu. I loike dia punya bam bam. Si cerdik Hussaini pun lahh tenang jee bagi makpak dia melantak. Dia steady je tidur. habisnya makpak dia makan terus berjaga. hehehe .
 

OPEN HOUSE KAK ECAH

 
Acara wajib setiap tahun wajib hadir pergi rumah kak ecah. Kawan ex-megarian. Seorang yang humble dan pemurah. semoga diluaskan rezekinya lagi kak ecah. geng lunch. tak lengkap ni tak ada eyma & hanani

RAYA DENGAN HANIS & HANIS

Orang berlainan, kawan sekelas masa belajar. Hampir 10 tahun tak jumpa. dapat juga bagi masa sikit raya kali ni untuk hadirkan diri ke rumah terbuka Hanis Hamzah. Dapat jumpa dengan Hanis Hamid & Piqa gege. Housemate kesayangan saya. Cuma tak dapat jumpa Hazirah & Faezah. Kita cuba jumpa yaa nanti. insyaallah.

1 Comments