Bengkel Fotografi Kelab Blogger Ben Ashaari Bersama Adhadi Mohd

January 5, 2016
Bengkel Fotografi Dibawa khas dari En Adhadi Mohd | Siapa pernah hadir kelas atau bengkel atau kursus fotografi? Okay fine, jakun sikit sebab ini first time mimin hadir bengkel fotografi. Sangat excited bila KELAB BLOGGER BEN ASHAARI anjurkan aktivit seperti ini. Slot bermula pada pukul 10 pagi - 4 petang.

fotografi by adhadi mohd
Bengkel Fotografi bersama  Encik Adhadi Mohd

GAMBAR | SATU MEDIUM UNTUK BERKOMUNIKASI SEBAGAI PENYAMPAI MAKLUMAT- Adhadi Mohd

Bahasa mudahnya menyampaikan luahan rasa melalui gambar. Sebab tu ada ada ramai orang cakap "Biar gambar berbicara" yang menggambarkan setiap gambar mempunyai 1001 makna. Kadang-kadang tak mudah untuk meluahkan sesuatu secara lisan. 


adhadi mohd
credit Lan Careno

Haaa ! fokus khusyuk okay kami dengar Adhadi Mohd menurunkan ilmunya. Adhadi Mohd menerangkan. Menurut Encik Adhadi Mohd, maklumat yang ingin disampaikan mestilah jelas. Memfokuskan objek kepada apa yang disampaikan.


Teknik Pengcahayaan

Pelbagai tips dan teknik yang boleh didapati dari perkongsian En Adhadi Mohd ni. Fuhh, Selama ni dok pakai auto mode jee. Even kakak sendiri pun ajar nak taknak pasal iso, brightness dan macam macam lagi lah. kihkih ! sorry kak. kutuk sikit jee.

adhadi mohd
credit ninamirza

Mempelajari cara mencari sudut untuk mendapatkan pencahayaan lembut. Mengetahui bagaimana pula angle untuk pencahayaan keras dan banyak lagi.


LatarBelakang
Senang cerita jangan masukkan gambar yang aneh-aneh. Gambar yang terlampau banyak persoalan. Yang pasti, memfokuskan objek yang bernilai berlatarbelakang tidak telampau banyak objek dan mempelajari cara untuk memfokuskan barang berlatardepankan objek.


Penat belajar kat dalam, kita belajar kat luar pulak. Berkonsepkan santai. Selepas kenalpasti pencahayaan, latarbelakang, bokeh, komposisi, resolution, close up dan banyak lagi, Encik Adhadi mengajar secara praktikal untuk memberi peluang yang lain mengetahui secara terperinci berkaitan cara pengambilan gambar.




Cantikkan hasil-hasil gambar selepas sesi pembelajaran fotografi ni. Tapi sayangnyaaaaa, tak bawak camera. Kelam kabut masa nak datang Agrofarmstay ni. Tapi, nasib baik En Adhadi juga ada menyediakan perkhidmatannya berbentuk DVD. Takpaya susahkan dia untuk kita pelajari asas dan teknik fotografi.


En Adhadi ni tau, mesti ramai kan nak turut serta join bengkel ni tapi ada kekangan masa nak menghadirkan diri. Sebab tu dia cakap, "awak mudahkan saya, saya mudahkan awak". Boleh laa dapatkan DVD ni segera sebelum harga DVD ni jadi mahal.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan kelas, bengkel, kusus berkaitan fotografi atau ingin menggunakan perkhidmatan fotografi dari En Adhadi atau ingin membeli DVD macam gambar kat atas ni boleh hubungi terus dengan encik Adhadi seperti berikut:


Encik Adhadi Mohd
Facebook : Adhadi Mohd IIIInstagram : @Adhadi_mohd Website : www.adhadi.com

6 beleter:

syira yaya said...

bestnya tengok :)

Melissa Muklis said...

bestnyaa aktiviti macam ni :D

Mama Myja said...

wah menarik nih. nak join. tp bukan ahli kelab acaner tu??

Maisarah Humaira said...

best dapat berguru dengan photographer terkenal

Mera Hussain said...

Lepas ni da blh amik gambar imjt skill yg dipelajari. Huhu

Ben Ashaari said...

Waah..dah teror!

Powered by Blogger.
Back to Top