Resepi Bubur Nasi Menu Popular Ketika Demam

July 14, 2017
Hai awak yang tengah baca ni. Tengah nak masa Bubur Nasi kee tuu. Kalau demam, lepas makan bubur kena makan ubat tau. Semoga cepat sihat awak tuu. Untuk yang nak catu makan ke nak berdiet kee boleh laa makan bubur nasi untuk isi perut awak yang kosong tu. Jangan pulak Meggi jadi pilihan hati.. 


Bubur Nasi @ Nasi Bubur

Bubur Nasi adalah sejenis bubur yang popular di kebanyakan negara Asia. Apabila dimakan sebagai bubur nasi biasa, ia paling sering dihidangkan dengan hidangan sampingan atau lauk. Apabila bahan-bahan tambahan, seperti daging, ikan, dan perasa, ditambah semasa penyediaan bubur nasi, ia adalah yang paling sering disaji sebagai makanan tersendiri, terutama bagi orang yang sakit. Nama-nama untuk bubur nasi adalah pelbagai mengikut gaya penyediaannya. Walaupun banyak variasi, ia biasanya merujuk bubur nasi yang pekat selepas sebahagian besarnya hancur akibat dimasak lama di dalam air. Jadilah bubur tu namanya bubur lambuk, bubur kacang, bubur somsom dan banyak lagi bubur. 

Hari tu aku demam.. Nak jadikan cerita malas nak ke klinik. Makanya, mintak ibu pergi belikan kentang, lobak sayur kangkung untuk aku buat nasi bubur ni. Tetibe jee masa tu tekak nak bubur nasi berlaukkan sayur kangkung goreng dengan telur hancur. So, inilah cara aku masak

Resepi Bubur Nasi

Nak masak bubur nasi yang simple je lah aku boleh setakat ini. Insyaallah, kene tanamkan semangat memasak lebih mendalam untuk kesenangan perut sendiri. hahahaha. Antara bahan-bahan yang aku perlukan

Bubur Nasi

Kangkung goreng pedas

Telur hancur masak kicap. Fav!
Bahan-bahan

- Beras (ikut korang lah nak masak berapa banyak. Kalau aku, masak suku pot je. Tu pun parents dengan adik aku dapat makan sekali. Jenis kami tak makan banyak)
- 2 sudu minyak masak (Biasa aku tak letak minyak. Faktor diet.. kahkahkah)
- halia (dimayang sederhana tebal.. Kadang-kadang tak letak...)
- kentang (okay.. yg ni ikut korang punya masak tu banyak ke tak.. lepas tu, suka hati koranglah nak potong macam mana)
- biji lobak (pun macam kentang tadi)
- air secukupnya

cara-cara
- basuh beras dan rendam kejap dalam 2-3 minit.
- panas kan minyak dalam periuk tumis bawang (skip kalau takde semua ni)
- dah naik bau masukkan beras, air, halia (letak garam jangan lupa guyss)
- kacau sikit. tutup periuk. biarkan sampai jadi bubur. (Part ni kene behave.. kena kawal dia punya api, air sampai dia empuk dan sedap.

Tips
- Kalau masuk 1 pot atau lebih.. pastilan guna periuk paling besar yang ada kat dapur tu sebab kalau periuk kecik beras susah nak kembang jadi bubur keras laa korang punya bubur nasi tu...
- sukatan air tu macam 3x or 4x kali lebih dari sukatan air untuk masak nasi.
- sesekali tengok la jugak bubur atas dapur tu memang pasti sangat la tak cukup air tu nanti. Yang masa korang nmpak bubur tu macam dah kering tapi belum jadi bubur tambah air lagi.
- sementara beras nak jadi bubur.. masa nilah korang nak buat menu sampingan bubur tuu. Macam aku cakap tadilah.. sayur kangkong goreng dengan telur masak kicap hancur..




 

3 beleter:

qaseh dalia said...

sis nampak bubur mcd je sekarang ni :p

nini said...

Simple tapi sedap kan...=)

Mazni Azmi said...

Demam memang selera makan menurun

Makan bubur juga senang

Powered by Blogger.
Back to Top