Design & Custom Personalised Gift - Printcious.com

November 16, 2017
Hai, tengah ada masalah nak mencari hadiah tersayang ke tuuu.. Tahu tak, susah sebenarnya nak fikir hadiah apa yang sesuai untuk yang tersayang. Nak pilih yang tak pernah orang buat, tak pernah orang yang dirai tu menerima hadiah tersebut, adakah berbaloi dan berguna. Itulah perempuan. Yang mudah.... disusahkan. 

HADIAH

Kalau kita terlintas berfikir untuk membelikan hadiah pada seseorang, maksudnya harinya sudah tidak lama lagi. Beli memang boleh, tapi masalah, apa agaknya yang menjadi kesukaan mereka. Bimbang juga, beli mahal-mahal atau susah nak cari, tapi si dia tidak menyukainya. Macam aku, bulan 12 ni hari lahir adik aku, Syakila dan bapa aku. For sure pening. Hadiah yang berbaloi dan digunakan oleh mereka. Pernah dulu, aku belikan hadiah kat sesorang yang aku anggap istimewa. Sanggup keluarkan sejumlah yang besar untuknya. Tapi, dia hilangkan. Katanya ada tersimpan lagi kat rumah. Tapi jenazah pun tak jumpa. Hmm, sis dah redho guyss. Barang yang lama jangan di kenang. Orang tak hargai kita, its okay.. Moral of the story, tak payah mahal-mahal tapi berbaloi-baloi. Ada ke sejenis macam tu ? 

Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”


Printcious.com - merupakan medan percetakan hadiah untuk orang yang anda sayang. Okay, kat sini aku jamin 100% mesti korang suka pergi website ni bila korang nak mencari hadiah. Tak percaya ke? Heyyy, tolonglah percaya. Aku takde hari istimewa pun aku masuk website Printcious.com ni sebab dalam kepala, nak buat casing muka sendirilah, mouse pad muka sendirilah, mug untuk diri sendirilah. hahaha. Puzzle muka sendiri pun nak buat tau. Macam-macam boleh buat.

Menarik di Printcious.com


Yang menarik dan aku cadangkan korang pilih Printcious.com sebab utamanya mudah dan mesra dengan pengguna yang pertama kali singgah dan tak perlu nak upah sesiapa pun nak edit design ke atas hadiah yang korang pilih tu. Ye, design. Korang boleh D.I.Y sendiri paling kreatif dari korang. Kalau malas atau masa dah suntuk pun takpe tak perlu risau. Ada juga design sedia ada. Design sedia ada pun cantik-cantik juga. Kalau aku, nak nampakkan ikhlas dan unik kat hadiah tu.. aku akan personalized dengan letak gambar sikit, lepas tu aku letak lah quotes. ecececehhh , sweet tak

Kenapa perlu beli  "Personalized Gifts"


Mestilah perlu beli "personalized gift" dari Printcious.com ni. Sebab, kita boleh simpan kenangan kita yang bernilai di satu objek yang kekal. Selain untuk menunjukkan kasih sayang korang pada seseorang yang korang sayang melalui hadiah. Heyy, try lah. You should be try dude. Mana tahu, dari tengah mencuba dapatkan jodoh tuu terus dapat jodohnya akibat sweet awak tuu. hehehe, sis ajar baik-baik je ni

Waktu Paling Sesuai Beli "Personalized Gift"

Untuk elakkan orang kata korang buang tebiat, pilihlah tarikh-tarikh yang sesuai untuk beli personalized gift ni. Aku cadangkan korang beli personalized hadiah ni pada hari lahir si dia hampir tiba, ulang tahun perkahwinan atau pertunangan, saat lahirnya insan yang baru melihat dunia (abadikan gambar baby anda), Dan boleh juga ketika waktu untuk melamar si dia. Wow, so sweet!

Cara Untuk Menempah

Aku nak kongsikan sedikit cara hasilkan "Personalized Gift". Cara bagaimana untuk kita hasilkan sendiri hadiah untuk si dia yang tersayang sama ada untuk raikan ulang tahun kelahiran, anniversary ataupun new baby born dan apa-apa sahaja yang korang rasa sesuai. Jom tengok cara aku nak belikan hadiah untuk bapa dengan adik aku . hehehe
 
1. Pergi ke website Printcious.com/my 

2. Pilih create di bahagian menu tab atas tu > pilih kategori yang di target


3. Klik kat "Create Your Magic Mug Now"


4. Di ruang ini, di sinilah ruang kreativiti anda, dengan masukkan gambar text yang bersesuaian anda


ruang tambah gambar
Nak adjust gambar tu sampai puas hati, silakan
set semua sampai puas hati sebelum finalize
5. klik "Add to cart" > buat bayaran secara online
6. Terdapat 3 cara pembayaran yang boleh korang buat dan mana yang memudahkan.
  • kredit/debit kad
  • Online banking
  • Cash Deposit

Dah siap, mudahkan kawan-kawan. Sharing is caring. Macam tak kena aku tahu sesuatu tapi tak kongsi kat korang. Harap perkongsian kali ini berbaloi-baloi. Selamat mencuba guyss..
------------------------------------------------------------------------------------------------------
PRINTCIOUS.COM
Laman Web Utama : http://www.printcious.com/my
Email : ask@printcious.com

10 beleter:

Zaleha Awaluddin said...

menarik. mudah utk buat customed gift sendiri

Lisa Nurulain said...

Lisa ada code cupon lagi yang belum redeem

Papa Amyzal said...

Ohh senang je nak order rupanya. Takyah susah-susah nak kena pergi kedai. Boleh pilih design sendiri tu yang best

Akif Imtiyaz said...

KekYa pon biasa guna khidmat PrintCious ni..mmg terbaik dan servis cepat jer..

Nadia Johari said...

dulu pernh beli dengan printcious, memang best. boleh designed sendiri

Leyla Nurjatiey said...

wah..best nya boleh custome hadiah sendiri

qaseh dalia said...

Web yang bagus .. senang nak customade hadiah

Yanty Lee said...

Wah sekarang ni semua di hujung jari..boleh la nanti godek²..

YB Shehan said...

wah. sng la haih skrg ni. xyh pening2..

yaya_flanella said...

Suka yang mug ni memang sesuai nak buat hadiah

Powered by Blogger.
Back to Top