Hai korang, sebenarnya aku nak lah tulis pasal first pregnancy aku dari awal hingga ke akhir. Tapi apa kan daya sepanjang kehamilan aku, aku tak mampu nak duduk dengan betul. hahaha. Madah nak sakit pinggang je. Tapi takpe. Aku akan cek semula fon galeri aku. Kalau ada gambar aku akan ceritakan apa jadi dengan gambar tu.
Balik pada tajuk utama aku, aku bersalin dengan preeclampsia. Yang tahu, mesti ada kenangan korang boleh share dengan aku boleh letak link korang kat ruang komen.. Nanti aku nak baca. Tapi untuk aku punya preeclamsia masa pengalaman pertama aku bersalin, ni aku nak ceritakan.
APA ITU PREECLAMPSIA ?
Preeklampsia adalah satu keadaan yang boleh mendatangkan bahaya pada ibu hamil. Ini kerana ia adalah salah satu komplikasi kehamilan yang agak serius dan berbahaya kepada seorang wanita yang sedang hamil. Praeklampsia atau preeklampsia adalah satu keadaan komplikasi kehamilan yang dicirikan dengan tekanan darah tinggi berserta beberapa tanda kerosakan pada sistem organ tubuh yang lain.
Biasanya ia melibatkan organ hati dan juga buah pinggang. Ia biasa berlaku pada minggu ke-20 kehamilan bagi ibu hamil yang mana sebelum ini, tekanan darahnya berada pada keadaan yang normal. Jika ia tidak dirawat, keadaan ini bukan sahaja amat berbahaya malah boleh meragut nyawa ibu hamil tersebut.
PENGALAMAN MIMIN MASUK DEWAN BERSALIN (LABOR ROOM)
Sepanjang pregnancy, aku tak alami apa-apa sakit. Minum air gula pun lepas. Cuma ada sikit masalah bacaan darah sentiasa dekat border dengan kencing kotor. Itu je masalah aku masa pregnancy. Masuk sahaja minggu ke 37 kehamilan, aku dah check in Labour Room. Mungkin di sebabkan false contraction. sebelum aku ke Hospital, aku dah pergi klinik. Klinik cakap pun mungkin aku false contraction tapi bila cek Hcg cek fetal heart rate memang tinggi sangat macam nak keluar dah tu yang kena rujuk ke Hospital.
Tapi disebabkan jalan belum keluar aku pun diminta balik serta masuk seminggu lagi bekerja. Hujung minggu masa tu hari petang Ahad 5hb Disember 2021, pergi tandas nak pee pee.. Nahh! sporting darah. Gelabah lah beb darah.. Ini dah tanda-tanda besar nak bersalin. Aku beritahu ibu aku dengan aku call laki aku cakap dah keluar tanda. Malam tu juga laki aku bawak pergi hospital. Doktor suruh buat pilihan nak stay wad ke nak balik sebab HCG fetal rate je tinggi tapi jalan belum bukak lagi. Memang balik lah cerita dia.
surat refer hospital |
Nekad, esoknya tak masuk office dah. Inform KK tak nak pergi sebab masa tu dah tak larat nak pergi KK untuk buat last chekup. Tapi KK paksa aku pergi hospital sebab aku inform KK aku dah kerap contraction. Sakit yang tak selesa dengan tanda keluar darah. Sepanjang hari Isnin akan ada masa aku akan mengerang sakit dalam tempoh masa seminit. Bila masuk waktu malam tu aku dah tak boleh nak lelap sangat dah aku makin kerap mengerang.
Esoknya hari Selasa 7hb Disember 2021, laki aku tanya nak pergi hospital ke tak. Aku cakap taknak. Aku dah malas kalau kena patah balik. Maksudnya aku nak tunggu tanda air ketumban pecah. Dalam jam 8 pagi KK call aku. Aku dah tak larat nak angkat. Memang sakit sangat. Bapa memang dah standby je lah arahan dari aku. Dah tak merayap dah masa ni. Dalam jam 10 pagi KK call lagi. Marah aku sebab aku tak pergi Hospital pun semalam. Hari ni paksa jugak ke Hospital. tapi aku masih berdegil tak nak pergi Hospital. Dan KK paksa pergi jumpa dia. Dia nak cek dengan nak kasi surat refer hospital.
DETIK YANG BERDEBAR DAN TERUJA
Selesai dekat KK, aku cakap dengan bapa nak pergi makan. Ni aku dah inform laki aku dah yang aku dah kena serah diri petang tu. Jam tepat jam 12 aku selesai makan. Dalam masa tengah makan tu, aku mengerang sakit. Bapa dah ghisau jee lah tengok aku macam tu. Dalam perjalanan nak ke Hospital, aku decide suruh bapa balik dulu solat dengan aku nak selesaikan barang nak masuk wad. Sampai Wad kecemasan dalam jam 2.30 ptg. Boleh pulak aku tak bawak kain batik. Aku call mamet suruh bawakkan kain batik.
Cek Hcg fetal rate dah tinggi bethol, tekanan darah masih dalam keadaan baik. Doktor decide nak cek jalan. Aku pun serah diri lah dia nak cek jalan. Nah ! sekali dah bukak 5 cm. Diaorang dah suruh prepare kan barang-barang untuk bersalin. Suruh Bapa daftar kan aku. Call laki aku, bank tak release kan laki aku awal. Jam 4.30 ptg baru dia boleh gerak. Aku dah tukar pakai baju uniform bersalin Nurse suruh duduk dekat wheel chair. Dia tolak aku ke dewan bersalin. Katil semua penuh. Dia suruh aku tunggu sampai katil kosong.
tengah tunggu kat wheel chair. Dewan bersalin full masa ni |
Haa ! masa ni aku dah mula sakit kepala yang amat sangat bila contraction datang. Macam tak tenang aku rasa masa contraction datang masa ni. Sakit sangat. Dalam jam 4.45 petang macam tu aku dah dapat katil. Nurse cek tekanan darah aku. Banyak kali jugak dia cek. Akhirnya dia beritahu doktor. "Doktor, teknan darah dia ni tinggi ni, dah 3 kali saya buat". Aku rasa itu normal lah kot sebab nak bersalin kan. Mesti lah tak betul bacaannya.
Sekali Doktor tadi tu panggil Doktor pakar weyh. Dah sudah. Teruk sangat ke aku punya tekanan darah ni. Bahaya sangat ke. Sebab aku tak nampak berapa bacaan aku masa tu. Sampai dua orang Doktor pakar review aku punya kes. Wah! kenapa eh. Dah terpinga-pinga aku. Doktor pakar tu amik tukul, ketuk lutut aku. Aku tak buat apa-apa pun.. tapi lutut aku ada shaking. Doktor tanya aku ada rasa sakit kepala tak? ada rasa nak pitam tak? aku jawap ada lah kan masa contraction tu datang. Cuma rasa nak pitam tu tak ada. Masa ni doktor dah pecahkan air ketumban aku.
DI DIAGNOSIS PREECLAMPSIA
Dalam masa setengah jam, Doktor Pakar tu terangkan dekat aku. Awak ni preeclampsia. Kita akan pindahkan awak ke HDU. HDU ni macam ICU. kita akan pantau rapi awak. Nanti kita akan masukkan MgS04. Ubat ni panas tau. Kalau bacaan tekanan darah awak tak turun kita akan buat emergency czear.
Sampai ke HDU, Nurse masuk ubat dalam shrink besar tak tahu yang itu ke MgS04 nya dengan bukak kipas. Wah sejuk ya. Nurse pelik aku sejuk. Sebab ubat tu panas katanya. Masuk HDU tepat jam 5.30 ptg. Maka setting itu setting ini diaorang biarkan aku layan contraction sorang-sorang.
Jam 9.30 malam sekali lagi Doktor pakar tadi cek aku. Tekanan darah, tukul kaki aku, cek jalan dengan pencahkan lagi air ketumban. Dalam jam ni aku punya jalan dah 7cm. Last makan jam 12 tengah hari tadi. Tapi sikit pun aku tak rasa lapar. Layan contraction hah boleh tahan ye rupanya.. Setiap kali Houseman masuk cek aku, aku berzikir sakit. Diaorang pun malas layan agaknya kan. Dia cakap teran je Puan. Macam nak berak tu. hahahah.. Padahal takde diaorang reti je aku zikir doa Nabi Yunus tu.
Jam 11 malam. Makin kerap dan tak rilek contraction nya. Ada patient lain, tengah dikerumun katanya nak bersalin nampak kepala dah. tapi tak keluar-keluar pulak. Masa ni aku cakap dengan baby, Kejap baby. awak keluar lepas doktor settled kawan awak tu tau. hahaha Baby taknak rilek dah. Dia dah tak kasi mak dia rilek dah. Aku pun tanya nak keluar sangat ke baby? kalau nak keluar awak kasi sign yang awak nak keluar. Hah. Contraction biasa akan ada gap untuk aku bertenang. tapi time tu tak bertenang. Jadi, aku rasa ini sign baby nak keluar sangat. Aku panggil nurse semua tak nak layan. Aku jerit panggil diaorang. lepas tu aku teringat Doktor tadi cakap teran macam nak berak.
Time ni, diaorang lepaskan ubat yang sangat panasssss sangat. Aku rasa ini lah kot ubat Mgs04 yang dikatakan tu. Masyaallah panas betul weyh ubat tu. Maka dengan bukaan hanya baru 8cm, angkat punggong dan dikoyakkan maka keluarlah baby boy of Yasmin Jam 11.47malam seberat 2.86kg tinggi 47cm.
masa ni baby dengan Mimin sama-sama dalam HDU. Kawan ibu staff sini dapat lah dia tengok mimin time ni |
Itulah pengalaman pertama aku bersalin dan pertama kali di diaognasis preeclampsia with symptom. Dan bermulakah aku kena complete kan ubat Mgs04 dalam 24jam dan akan dipantau ubat yang masuk dalam badan dalam 5 hari di tahan wad bersama baby. Nanti aku share kan apa jadi lepas bersalin bila on ubat Mgs04 itu tadi.
--------------------------------------
terima kasih sudi baca sampai habis. Orang Sri Gading yang baru pertama kali nak bukak buku di KK Sri Gading boleh baca entry ini
0 Comments