BERITA | Pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap GST


BERITA | Pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap GST | Assalamualaikum.

 

Kuala Lumpur: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyarankan kerajaan agar mengkaji semula pelaksanaan GST pada 1 April ini atau akan kehilangan undi untuk PRU akan datang. Menurut Tun M apabila dikenakan lebih banyak cukai terhadap rakyat maka harga barang sudah semestinya akan naik. "Adalah menjadi hak rakyat untuk bertindakbalas atau memberitahu kerajaan jika mereka tidak mahu lebih banyak cukai dikenakan." "Merujuk kepada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bulan depan, katanya, terpulang kepada rakyat untuk memberitahu kerajaan sekarang bahawa mereka tidak akan dipilih semula jika lebih banyak cukai dikenakan," kata bekas Perdana Menteri. Watch "Batalkan GST atau hilang undi, kata Dr Mahathir" on YouTube - Batalkan GST atau hilang undi, kata Dr Mahathir.

Nak komen, nak bersuara memang tak dapatlah Menteri-menteri yang bijak ni nak mendengarnya. Macam angin sepoi-sepoi tengah lalu jee. haha. Kalau suara rakyat tak mahu dengar. Minta sangat-sangat dengar Bekas Perdana Menteri kita ni bersuara. 

10 Comments