BERITA | Pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap GST | Assalamualaikum.
Kuala Lumpur: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir
Mohamad hari ini menyarankan kerajaan agar mengkaji semula pelaksanaan
GST pada 1 April ini atau akan kehilangan undi untuk PRU akan datang.
Menurut Tun M apabila dikenakan lebih banyak cukai terhadap rakyat maka
harga barang sudah semestinya akan naik.
"Adalah menjadi hak rakyat untuk bertindakbalas atau memberitahu
kerajaan jika mereka tidak mahu lebih banyak cukai dikenakan."
"Merujuk kepada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bulan
depan, katanya, terpulang kepada rakyat untuk memberitahu kerajaan
sekarang bahawa mereka tidak akan dipilih semula jika lebih banyak cukai
dikenakan," kata bekas Perdana Menteri.
Watch "Batalkan GST atau hilang undi, kata Dr Mahathir" on YouTube -
Batalkan GST atau hilang undi, kata Dr Mahathir.
Nak komen, nak bersuara memang tak dapatlah Menteri-menteri yang bijak ni nak mendengarnya. Macam angin sepoi-sepoi tengah lalu jee. haha. Kalau suara rakyat tak mahu dengar. Minta sangat-sangat dengar Bekas Perdana Menteri kita ni bersuara.
10 Comments