Dapatkan Segera Code Voucher di CouponBelanja !

March 16, 2016
Akhir-akhir ni kan, Mimin suka shopping online. Bak kata orang lah kan window shopping. Cuci mata. Mana nampak menarik, kena dengan harga grab je terus. Kualiti selepas tengok barak tu menarik lagi-lagi kalau kena dengan harga barang tu. heyy ! seronoklah shopping online ni. Boleh jimatkan masa. Lagi-lagi dapat simpan duit bila tak keluarkan duit minyak kereta.


Beratus-ratus laman web e-dagang yang menjual product mereka secara online macam ZAWARA, LAZADA, ZALORA, ENSOGO, SEPHORA dan banyak lagi lah kalau nak disenaraikan. Orang yang cerewet pasal harga macam mimin ni, Susah sikit ! iyelah. Macam nak beli hard disk tapi nak harga macam harga VCD. Sebab tu Mimin suka shopping online. Mimin akan cari tawaran yang paling terbaik ! Lepas survey survey, mimin terjumpa 1 laman web ni. dekat laman web tu, kita boleh shopping sakan dengan harga hebat yang ditawarkan di CouponBelanja.

CouponBelanja

Berikut adalah lima cara untuk mengetahui kupon dalam Kupon Belanja untuk kedai-kedai dalam talian utama di Malaysia selepas anda klik CouponBelanja


1. Featured Coupon


Kupon yang ditampilkan boleh didapati di halaman CouponBelanja. Klik pada mana-mana tawaran yang ada di halaman tersebut di mana tawaran itu boleh didapati.

2. Popular Coupon 


Kupon popular boleh didapati di laman utama CouponBelanja. Haa, kelip kelip tak mata, website yg selalu korang terjah tuu ada dalam list "most popular". hehe. Shopping mood turn on guyss. haha.

Kemudahan Carian 
di bahagian menu bar
Dekat CouponBelanja ni ada kemudahan carian yang bagus. Dapat bantu korang terus cari apa yang korang nak tu dengan lebih pantas itu pun kalau line tenet korang baguslah kan.

3. Search by store

Pastikan korang semak kupon dan tawaran tu dekat site yang korang target tu ada ke tidak kat CouponBelanja. Bila korang dah buat keputusan untuk membeli produk dari kedai tertentu, pergi semula CouponBelanja sebelum korang checkout.


Di sini mimin kasi contoh. Katakan korang nak beli Skrin Touch Pintar LED Watch. Jangan lupa pilih CouponBelanja bila korang nak jam tangan tu, dan 'Add to Cart'. Sekarang kita pergi semula ke CouponBelanja kalau ada kupon. 

Alternately, you can visit CouponBelanja, select one of the offers that you like and go to Ensogo Malaysia from here. CouponBelanja directly lands you on the store page where the offer is running.
4. Search by Category

Di sini korang mungkin dapat tahu apa yang korang nak tetapi belum membuat keputusan di mana kedai untuk membeli. Katakan korang tengah nak cari barang makeup. korang nak tengok semua website shop online yang ada tawaran masa tu. Nanti, CouponBelanja suggest kan yg mana ada menawarkan sehingga 60% diskaun ke atas barangan terpilih di shop online. Nanti korang bandingkan sendiri ciri-ciri dan harga dan membuat keputusan di mana untuk membeli barang tu kat ensogo ke sephora. haa gituu.



5. Check for offers during special seasons

Di CouponBelanja,  mempunyai bahagian yang berasingan di atas site untuk tawaran istimewa. Sama ada ia adalah Hari Krismas, Valentine atau apa-apa perayaan khas, .


Jom terjah CouponBelanja dan dapatkan tawaran dan tawaran terbaik ketika shopping online. 
p/s: heyy, sekarang Sephora dan ensogo ada tawaran hebat tau !! 

Wordlesswednesday | Siapa pernah ada pecil box casing tape?

Salam dan salam sejahtera. Zaman sekolah waktu sekolah rendah. Mimin pernah buat macam dalam gambar kat bawah. Dulu ayah mimin suka beli majalah Gila-Gila. Kat tenga-tengah majalah tu, mesti ada macam goodies. tak D.I.Y mesti poster. Yang mana poster cun cun tu. mimin buat wallpaper. hahaa. Zaman sekarang ada lagi ke ? Rasa dah takde kot. Sebab zaman sekarang pakai VCD, CD. yang mana ada line laju streaming online je. ye tak? Disebabkan wordless ni adalah perkara yang kena kurangkan bertype dan gambar memainkan peranan. 





Ada jugak yang lebih suka letak sticker. haha. rindunya zaman takde GST -..- ehh. takde kaitan ^.^

[Part 3] Canopy Walkway Taman Negara

March 15, 2016
Assalamualaikum. Salam sejahtera. 

Walaupun hampir sebulan cerita, tapi masih segar dalam ingatan sepanjang kita semua kat sana. Limited moment ! tak semua orang merasai apa yang kami rasa ni.

Titian Silara, Canopy Walkway

Dah baca KBBA di taman negara sebelum ni? Kalau belum boleh baca ni Part 1 dan Part 2 ? Lepas aktiviti kiteorang panjat gunung, Inilah aktiviti kiteorang. Canopy Walkway. Seram weyh ! Mimin dah laa gayat. Buat Flying fox pun dah menggigil kaki, Taknak buat sebenarnya. Tapi, bila lagi pulak kan nak merasa. Makanya, redah saja canopy walk itu. 

Canopy Walkkway Kuala Tahan
Canopy Walkway Ticket
Jangan lupa bawak duit sekurang-kurangnya RM10 dalam ni. Sebabnya di sini lepas penat panjat pokok, korang boleh beli air lepas dah penat kan mendaki. Spend RM5 untuk naik Canopy Walkway.

Canopy Walkway Kuala Tahan
Checkpoint pertama
Ini adalah checkpoint pertama canopy walkway ni. So, kalau korang datang ramai-ramai. kena beratur. Kalau serentak jalan kalau putus tali kat situ. Pandai-pandai laa jadi Tarzan. Haha. Tapi, jangan risau. Ada guide yang jaganya.

view dari checkpoint pertama
 

Sepanjang jalan kat atas canopy walkway tu, mimin laa paling kecoh kat atas tu nak bandingkan Yayacendana atau Abang Sohoque. Hahaha. Abg Hoq bertabah jee laa aku bebel kat belakang dia. Yang yaya aku jadi guide dia jangan jalan hampir dengan Mimin. Gayat oo rasa macam nak jatuh. Bila tengok bawah fikir macam-macam. Perghh. Tinggi betul . Kalau Jatuh tu, 50-50 rasanya nyawa tinggal. Haha. Jangan risau. Sepanjang jalan tuu kukuh. Semua size boleh jalan kat atas ni.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pautan:
Han Rainforest Resort, Kuala Tahan
[Part 1] KBBA di Taman Negara Kuala Tahan 2016
[Part 2] KBBA di Taman Negara Kuala Tahan, 2016
[Part 3] KBBA di Taman Negara 2016








KetchUp Blogger Speed Run Serbu 5 Cafe Hipster Dalam 1 Hari

Lets KetchUp !

Phenomena terkini dimana cafe-cafe berkonsepkan 'hipster' . Ketchup kini berada di Café Asia 2016 sempena pelancaran KetchUp.com.my pada hujung minggu yang lepas melalui "Can U Catch Up" Blogger Speed Run! Ia merupakan hari yang hebat bagi Mimin bersama Kelab Blogger Ben Ashaari datang bersama-sama mereka yang hebat-hebat untuk berkongsi pengetahuan, semangat dan idea-idea untuk mengembangkan persekitaran kafe yang menarik!

ketchUp Community

Hari Sabtu yang lepasa (5 Mac 2016) Mimin, Mera, Razi, AyueJean, Sohoque dan Yanie Yusuff serta team Face Of Malaysia dan Malaysian Youth College bersama-sama serang Cafe sekitar kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

KetchUp.com.my 

Apa itu KetchUp Community? Pernah dengar tak sebelum ni tahu apa itu KetchUp Community? KetchUp Community merupakan sebuah komuniti yang menghubungkan di antara pemilik kafe atau restoran dengan pengunjung. Kalau korang mempunyai cafe unik tersendiri dan nak dipromosikan, boleh bekerjasam dengan KetchUp ni. senang cerita, KetchUp ni akan membuat koleksi semua maklumat cafe dalam  web KetchUp.com.my untuk memudahkan kita cari cafe yang rare berhampiran kita. Wow !! 

Program KetchUp yang sedang berlangsung ketika ini adalah KetchUp Blogger Speed Run hasil kerjasama dari Kelab Blogger Ben Ashaari, MYC, SiniKaki, FoodiePartner, bersama Maven Communication. 

CAFE DI SEKITAR TTDI

Bermula dari kami (Mimin, Mera, Kak AyuJean, Kak YanieYusuff, abang Sohoque, dan Razi) Memulakan operasi jelajah cafe di sekitar TTDI. Kita semua rasa sendiri tau setiap menu yang dihidangkan di cafe mereka. Memang superb sedap !!


1. Chequers, TTDI

Bermula dari Chequers dengan makan diilhamkan Amerika. Di Chequers, mereka menyediakan menu daripada sarapan pagi, makan tengah hari serta makan malam. Makanya, korang boleh pergi Chequers ni tak kira masa. hehe

Chequers, TTDI
Chequers, TTDI
Menu pilihan di Chequers, TTDI

2. Quartet

Cafe seterusnya di Quartet, keunikan kepelbagaian seni musik. Konsep cafe yang dihasilkan dasar minat yang mendalam terhadap musik. Jika dilihat susun atur dan dekorasi dalaman kafe ini, Quatet memilih konsep vintage dan juga muzik Indie sebagai pilihan muzik yang dimainkan didalam kafe ini.

Quartet, TTDI
Quartet, TTDI
Menu mengikut citarasa tempatan dan sedikit elemen fusion

3. The Grunpy Cyclist

Kepada Grumpy Cyclist, pitstop untuk penunggang atau penunggang basikal dan peminat aktiviti luar. Apa yang menariknya cafe ini, boleh membaiki basikal di sini sambil santai-santai lepak kat sini. haa ! menarikkan.

Grumpy Cyclist
Grumpy Cyclist
Menu Diet ^.^

4. Pickle&Fig

Pickle & Fig, untuk mereka membuat pilihan makanan yang seimbang. Kat sini jangan risau laa untuk sesiapa yang diet tu. Semuanya seimbang. Tapi, agak-agak lah. Jangan lah makan banyak sangat. Tu dah tak seimbang dah namanya. hahaha

Pickle & Fig
Pickle & Fig
dap nyeeee ^.^

5. Thursdvys

Thursdvys, berkonsepkan Melbourne Architecture, Australia. Lambang gigi digunakan sebagai logo dan trademark untuk kafe ni kerana ada cerita disebalik kisah gigi tersebut.

Thursdvys,
Thursdvys

Haaa ! amacam ? Jangan pulak jilat skrin tuu. Rosak nanti LCD. Dahh kena repair pulak. Tahniah buat krew-krew KetchUp, KetchUp Media Bloggers dah berjaya membuat persediaan yang hebat ni. Kalau tak puas hati, nak tau lebih lanjut terjah laa website ni KetchUp. Klik klik dah boleh dapat maklumat cafe-cafe ni. Bukan setakat kat kawasan TTDI je tau, kat Damansara, Subang, Sunway Pyramid dan banyak lagi cafe boleh anda dapat kat sana.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
A unique experience for the cafe-hopping crowds to rediscover cafe spaces!

‘Bin To’ Ketua Melayu Haji Yusof Bin Salleh

March 13, 2016

CERITA ALLAHYARHAM ‘BIN TO’

‘Bin To’ Ketua Melayu Haji Yusof Bin Salleh. Siapalah pulak dia ni? Hari ni dekat group facebook Dubak Tabu Habat (group untuk warga Batu Pahat) heboh dok cerita pasal Bin To ni. Mimin pun tak kenal. Wujud lagi ke dia ni? Tapi bila scroll scroll ke bawah ada nampak laa orang post pasal Bin To ni. Katanya gengster tau dia dulu-dulu ni. hehe, Jom ketahui cerita Bin To ni,


Selalunya jika ada masalah antara kumpulan-kumpulan gangster di Singapura, seorang lelaki dari Johor dijemput ke pulau itu untuk menyelesaikan masalah berkenaan. la berlaku sekitar 60-an, lelaki itu dikenali dengan gelaran Bin To dan sering dipanggil terutama bila ia membabitkan gangster Melayu. Kumpulan-kumpulan gangster secara rasmi telah menerima Bin To sebagai Pengarah atau Ketua Kepala Gangster. Kumpulan yang ternama di Singapura dikenali Kumpulan 206. Ketika itu, sebut sahaja nama “Bin To”, kecut perut musuh-musuh tertentu dan tidak dapat dinafikan kehadiran Bin To sering membawa kepada pergaduhan.


Bin To atau nama sebenarnya Haji Yusof bin Salleh telah ditemui di kediaman Batu 13, Jalan Kluang, Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim baru-baru ini. “Masa itu semua orang takut dengan Bin To. Dengar nama aje sudah takut, kecut perut dan mengigil. Ada masalah Melayu di Singapura, saya akan dipanggil kerana saya ketua gengster Melayu Singapura dan nama Bin To itu membawa erti muka pisau dalam bahasa Tionghua,” beritahu Haji Yusof.  Beliau akui era zaman muda berjalan seperti mengikut resmi darah muda. Sebagai ketua, cara penyelesaian dilakukan mengikut cara gangster, jika tidak boleh selesai di meja bulat maka Bin To dijemput ke Singapura.

“Kalau hendak dikirakan banyak mana penglibatan saya dalam pergaduhan... sudah tidak terkira. Tahun 60-an di Tanjung Pagan telah berlaku kekacauan kawasan. Kekacauan untuk memperolehi kuasa. Mana kawasan yang saya jaga turut dikacau, kita pun kasi betul. Hingga saya ditahan oleh pihak berkuasa di Pulau Senang,” cerita Haji Yusof mengingati zaman muda beliau. Haji Yusof ditahan di Pulau Senang atas tuduhan pembabitan sebagai ketua gangster dalam kumpulan haram. “Betullah saya ketua gengster. Saya pun tidak perlu mengakui kerana mereka (pihak berkuasa) tahu sesudah dapat pengesahan dari anak-anak buah yang ditahan dan dipukul dalam siasatan.

“Saya berada di Pulau Senang selama lebih tiga tahun,” beritahu Haji Yusof yang sering mengukir senyum ketika bercerita. Sungguhpun begitu, ketika berada dalam tahanan di Pulau Senang, telah berlaku satu rusuhan yang besar kerana perebutan ketua-ketua kumpulan.

“Ketika itu hari Jumaat, saya dan banduan-banduan Melayu mengerjakan solat Jumaat. Rusuhan berlaku hingga terjadi bunuh-membunuh hingga membabitkan pegawai warden bernama Dathan yang baru peluk agama Islam. Beliau dibunuh dan matanya dikorek. Jadi kejadian itu tidak membabitkan orang Melayu. Namun 18 orang kanan saya didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati,” sambung Haji Yusof. Sesudah menjalani hukuman, Haji Yusof dilepaskan dengan bersyarat iaitu berada dalam rumah bermula jam 6 petang hingga 6 pagi. Ia hukuman ‘buang daerah’ di Tanjung Pagar. Ketika menjalani hukuman itu, Haji Yusof banyak berfikir mengenai nasib hidup dan masa depannya. Beliau tidak lagi terlibat dengan mana-mana aktiviti haram. Apabila hukuman buang daerah tamat, keputusan perjalanan hidup adalah pulang ke Batu Pahat dan kembali aktif mengajar silat. Kepulangan Haji Yusof yang dikenali dengan panggilan Bin To bagai ‘satu majlis keramaian’ apabila orang ramai berhimpun di rumahnya. Baik anggota polis dan umum.

“Apabila mengetahui ramai menunggu... baik polis dan orang ramai, saya ambil keputusan tidak ke rumah, sebaliknya ke masjid,” beritahu Haji Yusof yang akui telah berlaku kesedaran pada dirinya. “Seperti sekarang... sentiasa ulang-alik ke masjid dan tengok-tengok keluarga agar jangan di ganggu. “Saya terima semua orang yang hendak bertemu termasuk anggota polis yang ingin menuntut atau meminta bantuan peribadi termasuk rawatan traditional.

Haji Yusof Lahir di Jalan Umar, Batu Pahat pada 1 September 1927. Beliau berada di nombor tiga dalam empat adik-beradik. Yang sulong bernama Hitam, kedua pula Habibah manakala bongsu, Eshah. Ayah Haji Yusof, Salleh bin Awang mencari rezeki dengan berladang. Berasal dari Batu Pahat dan berkahwin dengan Saadiah binti Abdullah. Menurut Haji Yusof, keturunan sebelah ayah dari Arab manakala ibunya campur Arab dan Melayu Riau. “Sememangnya baka saya keturunan pahlawan. Malah menentang komunis yang dikepalai oleh Chin Peng. Sama-sama dengan Panglima Salleh mengempur komunis supaya tidak bermaharajalela,” beritahu Haji Yusof.

Haji Yusof mula menuntut silat ketika usia sekitar 20-an. Guru itu dikenali dengan panggilan Harun dan berasal dari Pulau Buru, Maluku, Indonesia. Ilmu persilatan yang dibawa bernama Buah Pukul Mersing dan Cakar Anak Harimau. Kebiasaan pembelajaran beberapa bulan untuk satu-satu aliran silat namun Haji Yusof menuntut selama tiga tahun. “Ketika itu Guru Harun berusia 50-an. Bersikap sederhana namun berpegang prinsip tidak boleh disentuh dan tidak boleh tersentuh. Ertinya, tidak boleh menyerang dan tidak boleh kena serang. Itu juga sikap keturunan kami. Apabila kita diserang… maka jadilah engkau kunfayakun...,” kata Haji Yusof senyum dan penyampaian itu diharap kepada anak-anak muda temui guru tua dan menuntut supaya jawapan itu menjadi jelas.

Sesudah belajar, Haji Yusof membuka gelanggang di depan Masjid Jamek Batu Pahat. “Selepas solat Isyak, kami turun ke laman untuk berlatih. Mula-mula tidak ramai. Tetapi, makin hari makin ramai,” beritahu Haji Yusof tanpa menafikan dua permainan yang dibawa itu menjadi tarikan. “Beza dua permainan ini hanya pada bunga dan gaya kerana ada geraknya tersendiri. Buah Pukul Mersing mempunyai falsafah iaitu tidak boleh memukul dan tidak boleh kena pukul. Cakar Anak Harimau pula tidak boleh menyerang dan tidak boleh kena serang,” beritahu Haji Yusof lagi. Beliau seterusnya berkata, yang menuntut perlu melalui beberapa proses latihan tetapi perlu ada niat belajar untuk mempertahankan diri. Asal permainan dianggap sama dengan tempat kedatangan Guru Harun iaitu Pulau Buru. Yang belajar silat tidak dikenakan syarat membayar yuran kerana menyedari kemampuan penduduk ketika itu. Sehubungan itu, disyarat mengerjakan solat lima waktu diminta.

“Belajar dengan saya tiada pembayaran. Namun rezeki sentiasa ada. Saya pula tidak pernah meminta dan tidak pernah bekerja. Bila menemui anak buah, mereka beri saguhati dan saya senang bersikap memecahkan wang kertas kepada siling untuk diberikan kepada budak-budak berhampiran,” kata Haji Yusof. Beliau seterusnya akui dalam persilatan, ada murid dapat dan ada tidak dapat ilmu guru. “Ini perkara semula jadi... kerana ada yang belajar sebagaimana rajin dan hebat tetapi tidak dapat menguasai permainan itu, apabila gagal mengawal perasaan. Sebab main buah pukul bukan mudah hendak kawal diri. Kena didik seperti amal ayat Bismillah 1000 kali setiap selepas solat hingga mati,” dedah Haji Yusof. Haji Yusof mempunyai dua anak - Ishak dan Nong dari hasil perkahwinan dengan Hapipah binti Ahmad (Allahyarhamah).

Wallahua'lam
* Beliau telahpon meninggal dunia.. sama-sama kita hadiahkan Al Fatihah untuknya.
* Ujian atas hidupnya, terpaksa menggunakan kepandaian beladiri untuk memimpin kumpulan2 gangster.

Keputusan cemerlang SPM Adik Wafiq

March 3, 2016
Keputusan SPM adik Wafiq yang telah meninggal dunia kerana lemas diTerengganu bersama dua rakannya semasa keluar Jemaah Tabligh sesusai tamat peperiksaan SPM 2015..
Result gempak Adik Wafiq
Teringat masa ziarah cikgu Zabedah selepas selamat dikebumikan Arwah adik wafiq. Kakaknya Zulaikha cerita kat kami, Wafiq yang sedikit sebanyak sudah mempunyai rancangannya tersendi untuk sambung belajar. Rancangan Allah adalah sebaik perancangan.


Semoga cikgu Zabedah kuat semangat hari ni, walaupun ini adalah 1 berita gembira. Tapi, hanya keluarga mereka saja tau betapa sayunya mereka hari ni.


Abang wafiy paling sado. Semoga abang kuat semangat untuk meneruskan hari hari yang mendatang.

Semoga Allah merahmati adik wafiq dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman.. Aamiin...

LEGOLAND® Malaysia Resort | English Mania 2016, GURU ADALAH PERCUMA

March 1, 2016
Baru-baru ni, LEGOLAND Malaysia Resort melancarkan Mania Inggeris, program kerjasama dengan Kementerian Pelajaran diikuti oleh pengesahan untuk Program Pendidikan LEGOLAND® Malaysia Resort (STEM) oleh KPM. Dengan kerjasama Modul Team Pembina daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Malaysia, LEGOLAND® Malaysia Resort ditapis program pengalaman pembelajaran berasaskan bahasa Inggeris, 'English Mania' untuk menjadi tuan rumah kedua sejak penubuhannya pada 2014.


Sebagai salah satu program pendidikan perdana yang direka untuk kedua-dua pelajar dan guru, Bahasa Inggeris Mania bertujuan mengubah LEGOLAND Malaysia Resort ke dalam sebuah bilik darjah luar bangunan, menyediakan platform pembelajaran menyeronokkan untuk pelajar belajar bahasa Inggeris, dan menggabungkan elemen keseronokan dan pengembaraan. Program ini memanfaatkan LEGOLAND Malaysia Resort komponen interaktif, kreatif dan menyeronokkan - persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk pelajar. Bayangkan meneroka istana dalam LEGO Kingdoms, atau berjalan melalui Minilands atau mengambil perjalanan di tanah pengembaraan, semua atas nama pembelajaran


BERITA BAIK BUAT TEACHER DAN MURID-MURID

Program 'English Mania' direka bukan untuk pelajar semata-mata tapi juga untuk guru sekolah. Englih Mania bertujuan mengubah Legoland Malaysia Resort sebagai outdoor classroom dimana ia menyediakan platform pembelajaran yang menyeronokkan untuk pelajar belajar bahasa Inggeris dengan menggabungkan elemen keseronokan dan pengembaraan.

MASUK ADALAH PERCUMA 
  • Kemasukan PERCUMA untuk guru Malaysia dan kakitangan pendidikan. 
  • Sehingga 4 tiket percuma ke Taman Tema. 
  • Guru / pegawai dikehendaki menghadiri sesi taklimat pada hari lawatan 
  • Tawaran sah sehingga 31 Mac 2016
LANGKAH-LANGKAH UNTUK BOOKING:
Step 1: download booking form di website Legoland
Step 2: Sahkan borang dengan sekolah atau organisasi pendidikan anda
Step 3: Pilih sesi taklimat dan serahkan borang yang lengkap         kepada Sheila.Shamsuddin@legoland.my atau Shahbudin.Wong@legoland.my
Step 4: Ambil tiket-tiket anda di kaunter Taman Tema LEGOLAND


Han Rainforest Resort, Kuala Tahan

Han Rainforest Resort membuka tirai 2016 aktiviti Kelab Blogger Ben Ashaari. Penginapan dan perkhdmatann yang disediakan sangat selesa dan berpuas hati. Ianya tidak akan dilupakan sampai bila-bila buat kami #KBBA9. 


Seramai 35 orang blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari serta beberapa orang media telah menikmati satu pengalaman yang cukup menarik di Taman Negara Kuala Tahan , baru-baru ini di bawah kendalian Han Rainforest Resorts.


Pengangkutan Bas Han Rainforest Resort


Pihak Han Rainforest Resort juga menyediakan transport untuk sesiapa sahaja yang inginkan pergi secara kelompok ke Taman Negara, Kuala Tahan ni.

Han Rainforest Resort



Kami sampai di Taman Negara Han Rainforest Resort ni lebih kurang pukul 1 pagi lebih. Bila dah sampai, tengok tempat sangat cantik view nya pada waktu malam.


Superior Room Han Rainforest Resort



Mimin dapat sebilik dengan YB Shehan. wee wee ! Tak ada televisyen pun disediakan dalam bilik ni. Rasa agak boring kalau difikirkan secara logik. Tapi, bila dah mulanya aktiviti. Barulah faham. kenapa pihak Han Rainforest Resort tak menyediakan televisyen atau heater buat air di dalam bilik. SEBAB  utamanya korang takkan sempat nak buat semua benda tu dekat sana. Aktivitinya sangat menarik !

Bilik Superior :

  • Connecting Rooms Available
  • Hot & Cold Bath
  • Air Conditioning
  • Bath Towel
  • Desk

Restaurant Han Rainforest Resort





Ruang makan utama, makanan yang disediakan tidak kurang hebatnya ! 

Kongsi Relax Hut


Mini Canopy Walkway



Mini Market

Massage Center


Block Penginapan



PEMANDANGAN-PEMANDANGAN DARI HAN RAINFOREST RESORT










--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HAN RAINFOREST RESORT
Co No : 673437-T / KPL 4647 Kuala Tahan, Jerantut, Pahang, Malaysia 27020
  • tel09-2667888
  • fax09-2666982
  • mailhanrainforestresort@gmail.com

credit gambar: YB Shehan
Powered by Blogger.
Back to Top