BASIC TEE HANA TAJUDDIN | BAJU TAHAN LASAK DAN TIDAK PERLU DIGOSOK !

February 26, 2018
Siapa kata mengenakan hijab membataskan fesyen anda? Ambil contoh artis Malasyia Noor Neelofa Binti Mohd Noor yang dikenali sebagai Neelofa, merupakan seorang usahawan Berjaya, pelakon dan pengacara Malaysia. Neelofa berani bergaya dengan pakaian mix and match dan bergaya dengan pelbagai jenis fesyen hijab yang sangat menarik! Bukan itu sahaja, keberanian beliau dalam berfesyen boleh dijadikan sebagai contoh dan ikutan buat semua hijabista di luar sana yang ingin tampil cantik, stailo dan pada masa yang sama masih mengekalkan imej seorang muslimah.

TAMPIL MENARIK DAN RINGKAS DENGAN HANA TAJUDDIN

http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-white/

Semakin ramai wanita bertudung yang kini bijak bergaya dan tidak mahu terlepas daripada mengikuti trend fesyen terkini. Berhias merupakan panggilan fitrah bagi seorang wanita. Islam tidak pernah menyekat muslimah untuk berhias, selagi cara berhias itu masih sesuai dengan syariat Islam. 

http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-gold/

HANA TAJUDDIN - Menawarkan pelbagai pilihan busana muslimah yang cantik dan selesa pada harga berpatutan kepada anda. Produk seperti Tshirt Muslimah, tudung, blouse, handbag, pin, skirt, dan palazzo dari Hana Tajuddin adalah mengikut citarasa muslimah terkini, disamping menekankan kualiti dan keselesaan kepada pengguna. Hana Tajuddin sentiasa bersemangat untuk membuat kita kelihatan hebat! Mereka juga akan memberi kita idea bagaimana untuk kelihatan sederhana dan bergaya pada masa yang sama. 

3 KELEBIHAN MENGGAYAKAN KOLEKSI BASIC TEE 2.0 - HANA TAJUDDIN



Baru-baru ni, aku dapat mengayakan Basic Tee Hana Tajuddin sendiri dengan yakin. Berkonsepkan Tshirt Muslimah, Tshirt ini didatangkan dalam pelbagai warna mengikut citarasa kita antaranya  sakura pink, kelabu, hitam, putih, denim blue, orchid purple, emerald green, merah maroon dan warna emas. Saiz pula bermula S hingga XL dan semestinya harga mampu milik. Kelebihan menggayakan Teelicious Hana Tajuddin :

1. TIDAK PERLU MENGGOSOK

http://hanatajuddin.com.my/product/teelicious-denim-blue/
 
Mungkin sudah 99.9% daripada kita semua pernah alami situasi apabila anda sudah lewat untuk ke tempat kerja, sekolah, kelas, dan kita baru sahaja sedar yangkita  terlupa nak gosok baju malam sebelumnya semasa kita mahu memakai baju itu. Dengan jalan yang selalu sesak dengan kereta setiap pagi, kita tiada pilihan lain untuk pakai sahaja baju yang tak bergosok itu untuk ke destinasi  kita. Itu belum lagi dalam habit memang boleh dikatakan cerewet tentang satu-satu perkara. Kadangkala. muncul perangai pelik bila baju dan tudung berkedut sikit je pun dah nak heboh macam ayam baru bertelur! Nak nak, mak mak yang masih ada anak kecik perlu di dukung. Dengan Basic Tshirt 2.0 Hana Tajuddin, tak payah fikir dan semua tu boleh tolak tepi. Tak perlu digosok sebab material Tshirt ini tidak renyuk langsung!
 

2.  MENUTUPI BAHAGIAN PINGGUL


Hana Tajuddin terdapat banyak koleksi Muslimah modern yang mempunyai rekaan menutupi pinggul wanita. Penting bagi kita sebagai wanita bertudung memakai pakaian yang tidaj memperlihatkan bahagian pinggul terutama sekali jika potongan seluar yang di pakai adalah ketat. Sebab itu aku suka teelicious ni.. Tshirt Labuh selesa pergi ke mana-mana.
 

3. TAHAN LASAK



http://hanatajuddin.com.my/product/basic-tee-2-0-teelicious-emerald-green/

Basic Tshirt 2.0 Hana Tajuddin yang tahan lasak sesuai untuk pelajar-pelajar dan para guru digunakan pada hari sukan. Kalau hari sukan sesuai dipakai, secara tidak langsung tshirt untuk hari keluarga dan untuk aktiviti riadah, sukaneka dan sebagainya juga sedia digunakan. Material ini meresap peluh, tahan lama dan lasak serta tidak mudah melebar apabila dibasuh dan dipakai.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. 
---------------------------------------------------------------------------

HANA TAJUDDIN
 
website : hanatajuddin.com.my
Instagram : http://www.instagram.com/hanatajuddin/
Facebook : http://www.facebook.com/HanaTajuddinHT/
Alamat : HANATAJUDDIN, C-23-1 Jalan Serai Wangi L/16L,
Sek 16, Alam Avenue 2, 40200 Shah Alam, Selangor.
Telefon : +603-55240841
Open : Setiap hari | 9:00 pagi hingga 6:00 petang

23 beleter:

Izyan Balqis said...

suka basic tee ni, selesa je tengok pakainya...

mas saari said...

Cantiklah baju dia, kena dapatkan jugak ni.

PeRdU cINta said...

Kak PC nak pergi tengok...terima kasih Mimin perkongsian...

Zie Azi said...

cantik.. bab tak yah gosok ni hakak soka.. boleh memilikinya hahah (ayat skema sgt ni)

I am LZ said...

Nampak sopan si pemakai baju Hana Tajuddin ni..
Tambahan pula tak perlu digosok, I like!
Thanks for sharing..

Akif Imtiyaz said...

Cantik laa baju ni Min..kain dia pon cam best je

Salina Johari said...

sesungguhnya k.sal memang dah jatuh cinta dengan basic tee hana tajuddin

YB Shehan said...

suka la kaler ni. cantik

Mama Kembar 3 said...

Bab tak yah gosok tu memang plus point, memudahkan!

noorhaidaz eyda said...

Best part bab xyah gosok tu mmg suke

Sofinah Lamudin said...

Tak kisah dah dengan kaler. Paling teruja part takyah iron tu kan. hahaha.

Emarieys said...

Suka dekat pergelangan tangan t-shirt..tak terangkat pun bila angkat tangan.

qaseh dalia said...

Awak ni model yeee , pakai apa pun cantik hiks

azni said...

wah .. wah.. cam model laaa

Gja said...

Wah.. cantik

Nurjuwaini said...

Macam best je kainnye tu

mrhanafi said...

kalau yang jenis tahan kedut atau tak perlu gosok memang bagus untuk dipakai

Lisa Nurulain said...

jahitannya kemas and senang masuk badan ...

fizafantagirO said...

Kakfiza in love sangat dgn baju ni. Simple but nice

Hans said...

nampak kemas dan sopan
sesuai nak riadah untuk muslimah

Fatin Shahrizam said...

Cantiknyaa dan sangat kemas!

Abam Kie said...

kena belikan utk anak2 dara sy ni...

Zurainny Ismail said...

Nice colour - akak suka pakaian yg lasak, jimat memakai.

Powered by Blogger.
Back to Top