ALTHEA Bare Essential | 3 Langkah Mudah Rawatan Penjagaan Kulit

Annyeong! Kali ini aku ingin berkongsi dengan engkau orang set penjagaan kulit baru yang aku dapat dari Althea Korea. Heyy adik manis kpop ! Memang set penjagaan ini hakak diterbangkan khas dari Korea. Terperanjat kakak kau ni terima e-mail mengatakan Althea Korea ada kirimkan ‘kotak gosip rahsia’ akan muncul depan pintu pejabat tidak lama lagi. Weyhh ! bila terima e-mail macam ni aku terus gosip dengan Eyma (halahh! Opismate hakak lah siapa lagi) hokehh. 

Pernah dengar Althea Korea ?


Althea adalah tempat membeli-belah yang indah di mana korang boleh mendapatkan K-Beauty engkau orang terus dari Korea ke pintu rumah korang! (tiada cas tersembunyi) Dalam masa 10 - 15 hari bekerja. Harga Althea Korea sangat mengagumkan, dan mereka mempunyai banyak produk kecantikan eksklusif Seoul yang bergaya untuk anda unboxing! Harga terbaik, yang penting penghantaran Percuma lebih RM150, 30 Hari Pulangan.

Althea Bare Essentials 

 

Kali ini aku ingin berkongsikan pengalaman aku menggunakan set penjagaan kulit terbaru dari Althea Korea. Ia merupakan satu set penjagaan kulit terdiri daripada pembersih, toner dan krim. Aku ni sebenarnya memang tengah cari set penjagaan yang sesuai. Hari tu, ada jugak aku pakai set penjagaan kulit berjenama ‘BS’.. Tapi tak tahu kenapa muka aku tak sesuai. Bukan keluar jerawat atau jeragat. Tapi rasa panas je muka ni.

Kulit jenis kering macam aku, dan dalam masa yang sama muka aku hampir kena sunburn sebab memang cuaca sangat panas membuatkan diri ini langsung tak yakin nak menghadap orang ramai. Mujurlah Althea Korea tampil dengan set baru penjagaan kulit mereka. Kenapa aku cakap MUJUR ada Althea set penjagaan baru ni? Semestinya aku mencubanya sendiri dalam masa sebulan bagaimana ia berfungsi.

LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN ALTHEA BARE ESSENTIALS


Disebabkan aku dah mencuba sendiri product Bare Essentials dari Althea (BAE)ni. Mari aku ceritakan lebih details langkah-langkah penggunaannya.

Langkah 1: Contour Cleanser (RM23.00)

Bau yang sangat tenang, dan memberi kesan sejuk selepas di cuci. Cara guna macam pencuci muka yang lain
basuh muka , ambil sedikit pembersih dan urut lembut di wajah kemudian bilas

Aku cuci muka dengan The Contour Cleanser, terbaiknya pencuci muka ni kerana ia mengandungi bahan Ice Plant yang menenangkan. Secara tidak langsung akan mengurangkan kesan kemerahan di kulit, dan juga ekstrak Lemon Myrtle untuk detoks. Contour Cleanser mengandungi juga mikro kapsul yang mana dapat membersihkan sel-sel kulit mati. Secara taj langsung, pencuci muka ini membantu peredaran darah dan membuatkan muka berbentuk V. Sebab utama itu lahh nama dia Contour Cleanser.

Langkah 2: Primer Water (RM43.00)


Cara guna, ambil sedikit Primer Water dan sapu ke seluruh wajah, tak perlu cuci hokehh. Biarkan Primer Water serap sendiri.. Yang bestnya Primer Water ni sangat mudah menyerap dan tak melekit bila di gunakan.
Ia adalah penjagaan kulit 2-in-1. Satu toner dan primer. Primer Water ni berteknologi kan Macro Fluidic Dispersion, ia mengisi ruang dan menghilangkan liang pori. Memberi lebih kelembapan kepada kulit. Bahan utama adalah Snow Lotus dan Teknologi embun paten ia melembutkan kulit wajah , meningkatkan cahaya semulajadi kulit dan menyihatkan kulit ..


Langkah 3: The Fixer Cream (RM50.00)
Sapu ke muka macam biasa.
Jangan pernah tinggal step ketiga ni hokehh, sebab langkah ini paling penting untuk melembabkan kulit wajah. Penghidratan 24 jam. Rasa kelembapan apabila ia menembusi kulit sehingga 24 jam, memberikan kulit kita penghidratan yang benar-benar diperlukan. Pastikan kulit anda berasa segar dan kelihatan sihat sepanjang hari. Bahan utama ialah Trehalose, teh hijau, dan pokok Baobab.
Selepas sebulan pakai skincare Bare Essential

Aku dah mencubanya sendiri. Bukan sehari dua tapi sebulan aku mencubanya. Semestinya ia sudah menjadi rutin harian aku untuk menjaga kulit aku dengan menggunakan produk terbaru Althea, Bare Essential. Tiada lagi kuli kering ! Wajah semakin ploles. Membe pun dah sahihkan bhahahaha.
Follow twitter : miminadam
Aku tersangatlah mencadangkan engkau orang angkat 1 set skincare Bare Essential dari Althea Korea ni. Cubalah sendiri. Cakap panjang-panjang kalau korang tak beli pun tak gunakan. Sangat berbaloi untuk dapatkan skincare ini dari Althea Korea. Semestinya kau akan berterima kasih kat aku.. Eh! kat Bare Essential Althea. hahaha
-----------------------------------------------------------------------

Untuk maklumat lanjut, layari laman web mereka:
Laman web: http://www.althea.kr/CountryTunnel
Blog : http://blog.althea.kr/
 Instagram: @altheakorea
Facebook : Althea Kr

1 Comments