Fuyuhh ! Aku peram buat perkasam pulak JK1M Musim 10 minggu ke lima ni. Mintak ampun mintak maaf sebab kekangan waktu dan masa. Bulan 4 ni sibu dengan hantar assignment dan exam. Perghh kalut habis perangai Mimin ni. Tak perlu basah basi lagi, jom aku cerita JK1M10 Batu Pahat minggu ke lima kami buat apakah
JK1M10 JOHOR BOOTS CAMP - DESARU
Perjalanan dari Batu Pahat ke Desaru mengambil masa selama 3 jam perjalanan. Macam pergi Kuala Lumpur jauh nak pergi Desaru ni. Aku tak boleh nak balik awal sebab tengah nak closing account. Makanya, lepas balik kerja jam 6.30 petang siapkan diri pukul 8.30 malam gerak ambil Eyma dekat Ayer Hitam. Alhamdulillah tiada perkara buruk beralku sepanjang perjalanan ke Desaru. Bermalam di Belia Sukan cawangan Desaru. Terima Kasih buat kak Durra sudah menyediakan penempatan kami malam tersebut.
Seawal jam 8.30 pagi, selepas semua JK1M10 Johor berkumpul kami bermula dengan lari 10 pusingan. Haa! Ye, Bukan JK1M team Batu Pahat je turun, malah JK1M dari Kluang, Pasir Gudang, dan lain-lain. Meriah betul camp ni tau. Pengalaman pertama aku sudah semestinya.
|
Team Leader Johor |
|
Panaskan Badan |
|
Kami dibahagikan kumpulan |
|
dipecahkan lagi beberapa kumpulan lagi |
|
Kena denda sebab memain. hahahahaha |
|
Team Leader pun kena denda. hahaha |
|
ada ni haa kak Jiha tengan nebes tunggu giliran. hahaha |
|
Group Photo Team Batu Pahat |
|
Perati Coach Sue dengan Eyma tak bangun bangun dari menghadap makanan |
Ribuan terima kasih buat JK1M10 Team Dr. Azlee sebab memberikan belas ikhsan makanan untuk pirana-pirana dari Team Batu Pahat. Yang diketuai Mami Pirana kami Coach Sue yang berat pungung dari bangun menghadap makanan bersama Eyma Jamal. hahahhaha
Bila kenal dengan mereka semua ni, penat, gelak, gembira, sedih, kena denda, makan, minum, keluar peluh semua bersama. Bila dah minggu kelima ni.. dia punya perasaan lain macamm. heee.. Okay Next entry stay tuned..
Terlepas Baca :
2 Comments
power power ..
ReplyDeleteSeronoknya kak,semangat..
ReplyDelete