TARIKAN LANGKAWI | SKYTREX LANGKAWI ADVENTURE PARK

Perjalanan yang mengambil masa 40minit Wan Asyraf drift dari tempat penginapan kami di Hotel Langkasuka, jauh jugakkan. Tapi dekat langkawi takde istilah jauh. Kalau Batu Pahat - Johor Bahru rasa jauhnya! Skytrex adalah aktiviti wajib kami ke sana. Awal-awal dah ada dalam senarai tempat yang akan dikunjungi.

SKYTREX ADVENTURE PARK



Skytrex adalah salah satu aktiviti extreme di Malaysia memerlukan kau panjat pokok ke pokok lain dengan pelbagai gaya yang berlainan. Di mana kita harus melalui halangan yang agak mencabar mengikut pakej yang kita ambil. Terletak di Langkawi Perdana Quay, terdapat pelbagai aktiviti yang bermula dari usia 12 tahun. Malah orang tua juga menggalakkan menyertai aktiviti selagi berani dan tidak takut pening.

Apa itu Skytrex?


Skytrex Adventure memang terkenal di Langkawi. Pengembaraan Skytrex adalah aktiviti luaran yang pertama di Malaysia yang melibatkan pergerakan pokok ‘sky-trekking’ di mana anda boleh terbang, melayari, meluncur dan menjejaskan pelbagai halangan udara yang digantung di atas hutan hujan tropika Malaysia yang rimbun. pengalaman dari aktiviti ini seperti unik dan berbeza yang memberikan cabaran kepada para peserta dan menguji keberanian, keazaman dan keyakinan untuk melintasi jambatan, jambatan gantung, paip, kabel yang dilanjutkan sejauh 0.7km di dalam hutan.

 Pakej Skytrex Langkawi Adventure



muka macam takut je tuu

Terdapat 3 pakej yang disediakan di Skytrex. Kita bolehlah pilih pakej mana yang kita mampu nak buat mengikut keyakinan dan keberanian. Antara pakej yang di sediakan:

  • Little legend adventure (beginner level)  
23 cabaran untuk semua jenis umur yang termasuk kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti ini terutama untuk kanak-kanak. Dewasa dan remaja juga boleh menyertai. Terdapat 23 cabaran yang dirancang di ketinggian 3 hingga 5 meter dengan menyediakan aktiviti yang menyeronokkan di semua jenis tahap. Aktiviti-aktiviti ini disusun kawasan sekitar pokok dengan pelbagai cabaran yang pasti menarik.
  • Eagle thrill 

SKYTREX ADVENTURE PARK

Dikenali sebagai tahap sederhana dan ada yang direka 29 cabaran. Litar ini mempunyai 29 cabaran untuk menguji keberanian orang-orang yang mencintai cabaran di ketinggian 11 meter sambil menikmati pemandangan hutan yang benar-benar menarik. Aktiviti ini benar-benar lasak dan mencabar di mana termasuk 8 'flying fox', 5 cabaran mendatar, 5 cabaran memanjat dan 5 cabaran menurun yang menjanjikan untuk menjadi keseronokan yang berkekalan.

  • Island extreme 

SKYTREX ADVENTURE PARK


Aktiviti ini untuk mereka yang suka pengembaraan di peringkat awal. Direka lebih daripada 30 cabaran dan ia benar-benar menguji stamina dan kesabaran seseorang. Ini adalah litar terbesar dengan 33 cabaran yang tinggi sehingga 15 meter di udara. Setiap peserta pasti teruja dengan menguji tahap kekuatan mereka. Tahap maju kepuasan maksimum yang menjanjikan dengan 15 'fly fox', 5 cabaran mendatar, 3 cabaran mendaki dan 3 cabaran menurun yang setiap peserta akan pulang dengan perasaan yakin dan menang.


SKYTREX ADVENTURE PARK

Kalau nak di ingatkan semula, pada awalnya kami nak amik yang Little Legend tau ! Tapi disebabkan kami tak beli secara online, kami nak beli secara walk-in. Maka kami perlu tunggu sehingga habis trip pertama. Oh! seawal jam 9.00 pagi kami dah ada kat sana. Tiberr  datang seorang brader ni offer untuk join trip dia. Trip dia ada kekosongan atas sebab ada ahli mereka tarik diri dan tak dapat hadir hari tu. Ohh! sangat langkah kanan tak perlu bayar dan mereka amik pakej Eagle Thrill. BTW! thanks so much brader. Kalau brader baca entry ni, brader say hai dan kasi nama. haaaa. lupa nak tanya nama hari tu. nanti aku credit kan nama brader. hihi.  Si Eyra dah nebes dah bila sebut Eagle thrill. hahaha. Okay memang mencabar giler. 

Keselamatan Skytrex


SKYTREX ADVENTURE PARK

Selepas membuat pendaftaran, akan diberikan Full body Harness. Selepas tu, instruktor akan berikan penerangan untuk mengendalikan sendiri full body harness tu. Mereka tidak akan tunggu kita di setiap checkpoint. Maka, perlulah dengar betul-betul penerangan cara pengendalian agar tidak berlaku sebarang kemungkinan.  Jangan risau, ia selamat selagi kita mengikuti arahan yang diberikan semasa latihan.  

Pihak Skytrex sentiasa diperiksa dan diganti atau diperbaiki dari segi Pokok, kabel, harness dan platform. Ada je instruktur di beberapa platform pada setiap litar. Terdapat juga rondaan pengajar di lapangan untuk memerhatikan peserta. Tapi lebih kepada berdikari kat sana. Ini bermaksud kawalan dari jauh. Skytrex adalah aktiviti pertama flying fox kendalikan sendiri. Mana ada tempat macam ni selain kat skytrex. Kau pergilah mana mana punya flying fox. Bodoh bodoh flying fox mesti ada kawalan dari mula dan sampaikan. hahahaha.

Pengalaman tak boleh lupakan dan mesti kena repeat balik aktiviti ni tak kisahlah kat Shah Alam atau pun kat Melaka. hahahaa. Kelakar sungguh bila part Flying fox, aku mesti patah balik bila dah sampai penghujung. last last aku hempaskan badan aku. hahaha. Ehh! btw, glove dan holder botol dia sangat memberikan kerjasama. Atau korang ada sendiri boleh bawak siap siap. Boleh jimat RM20.00 korang tu

Tips !

SKYTREX

  •  Pastikan berpakaian sukan & berkasut

Haa ! jangan pulak kau dah penat penat terbang ke Langkawi ni tak bawak sport attire pulak. Takkan nak panjat panjat pokok tu pakai heals. Kalau kau memang diva, haa silakan lah buat dan pasti kena marah dengan instruktor kat sana. hahahaa

  • Pergi semasa cuaca cerah

SKYTREX ADVENTURE PARK

Hutan kan, untuk sebarang elak kemungkinan buruk berlaku, baik pergi waktu cerah. Jangan pilih waktu hujan atau ribut. Perjalanan korang akan di anjakkan ke masa lain sekiranya cuaca buruk masa ketika itu.

  • Beli Tiket Secara Online

JASLIN SKYTREX
Jaslin Puasa guyss!

Yes! Kau perlu beli tiket secara online. Jimat duit poket sebanyak RM5.00 tau. Dan korang akan dilayan terlebih dahulu berbanding beli secara walk-in.

  • Bawa handkerchief 

Aku memang jenis seorang yang susah berpeluh, tapi tak sangka pulak kat sana lecun beb. So, kalau kau memang jenis kuat berpeluh. Ia adalah perkara wajib untuk dibawa bersama.

  • Persediaan Mental dan Fizikal 


Yes! sangat diperlukan terutamanya yang kaki gayat. Rugi dah sampai sini tapi  takut untuk mencuba. Yee stamina takde itu belakang punya kira. Yang pasti persediaan ini perlu ada. Supaya tak terkencit di tengah-tengah perjalanan. hahaha. Contoh macam dak eyra ni. Katanya takut gayat. Disebabkan last minit persediaan fizikal dan mental dia. Dia punya laju 10 minit laju dari aku yang excited dengan skytrex. Ye ye ! aku takde stamina. hahaha. Sampai mintak dabelji tolong tolak tarik aku..

  • Jangan Ambil Pakej Little

Kenapa pula jangan? Kalau kau datang tanpa adik-adik kecil. Takperlu lah amik pakej Beginer ni. Tak mencabar langsung. Walaupun murah kau akan memaki sebab tak rasa tercabar. Ye! cuma paras ketinggian kau jee dia punya cabaran. Paling paling pun amik lah jenis yang Eagle Thrill (Medium)

Kemudahan di Skytrex

Banyak kemudahan disediakan, macam korang nak buat team buidling. Semua kemudahan disedikan dari tempat penginapan, tandas, cafe, lodge surau, tempat letak kereta dan lain lain. Kau orang boleh buat private party kat sini juga tau. Boleh cadangkan company buat aktiviti di sini. 

Harga Skytrex

 

Little Legend Adventure
Online : RM 45.00
Walkin : RM 50.00

Eagle Thrill
Online : RM55.00
Walkin : RM60.00

Island Extreme
Online : RM65.00
Walkin : RM70.00

Add-on
Gloves : RM 10.00
Mineral Water : RM2.00
SKYDEAL(Water+Holder) : RM 16.00
SUPER SKYDEAL(Water+Holder+Gloves) : RM 20.00   
Sijil : RM5.00 
Loker Rental :
*deposit : RM 10.00
 S : RM 3.00
L : RM 5.00
P/s: aku sarankan ambil SUPER SKYDEAL bila kau tak bawa gloves dan air. 
-----------------------------------------------------------------------------------
Info lanjut

 
 
Opening Hours

Daily
First Departure: 0900h
Last Departure: 1500h
Location 
Langkawi: Jalan Teluk Yu, Kampung Kok, 07000 Langkawi, Kedah
Melaka : 75450 Durian Tunggal, Malacca
Shah Alam : Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor 
Website : 
Email : 
Shah Alam : skytrex@skytrex-adventure.com 
Langkawi : langkawi@skytrex-adventure.com
Melaka : melaka@skytrex-adventure.com
 

16 Comments