PART 2 | NIGHT WALK DI CYBERVIEW RESORT & SPA

Terbaiklah aktiviti petang tadi, dapat rehat sekejap je untuk bersihkan badan dan isi perut sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Sabar jap ye tilam yang selesa. Nanti akan ku cemar duli kau tilam. hahahahha. 

NIGHT WALK AKTIVITI DI CYBERVIEW RESORT & SPA

cyberview resort & spa
berkumpul di depan lobby

Tepat jam 9.30 malam kami perlu berkumpul semula di depan lobi untuk aktiviti seterusnya. Skuad reakrasi membawa kami ke hutan berhampiran dengan resort. Jangan tak percaya, Cyberjaya masih terdapat hutan untuk diredahi kala bulan mengambang. ehh ! tak tak. Dikala korang sedap mengisi perut di kedai kedai makan hipster atau viral tu. hahahaha

cyberview resort & spa
Abg Fazerol bawak Milah jalan jalan

Disebabkan kekalahan main Monkey Walk petang tadi, makanya kami perlu bawa Milah pergi bersiar-siar bersama merentasi hutan di malam hari. Kesian abg Fazerol. Milah tuu dah lahh berat. Haa! ini lahh Milah yang aku sebutkan. Walaupun Milah ni kurus. Tapi berat tau dia. Milah ni pemes tau kat Cyberview. Jadi, sesiapa dapat Milah pastikan jangan kehilangan Milah. Milah suka merayap.

cyberview resort & spa
Team skuad bersama peserta di belakang

Tanpa cahaya lampu suluh mahupun telefon, kami dibawa oleh skuad rekreasi menuruni tebing dan  merangkak untuk mengelak dari halangan yang ada. Untuk makluman, petang tadi hujan lebat tau. Jalan basah ketika night walk ni. Ehh ! ingatkan kami kena berjalan secara berkumpulan atau tidakpun berjalan dalam "line up" ternyata meleset. Kami di minta untuk berjalan seorang demi seorang tanpa ada skuad yang memimpin jalan di dalam kegelapan itu. Haa! Macam mana jalan sorang-sorang takde lampu dan peneman ? Kami perlu jalan mengikut  tali yang disediakan. Masa ni, kalau ada gangguan cuma mampu cakap 'cubaan'...

cyberview resort & spa
Buddies Team jalan kemudian

Cyberview Resort & spa
Tiada sumber cahaya berpandukan tali untuk maju kehadapan
Ternyata memang ada ganguan kecil. Nasib baik masa aku lalu tak ada gangguan. Kalau ada gangguan pun aku fikir itu hanyalah cubaan dari Skuad Rekreasi hahahhaha. 140 meter jalan sorang demi sorang, yang tunggu kat belakang sempat membawang. haaa,  Tengah kau syok jalan pegang tali, tiberrr tali takde arah punca. Takde tali ! ohhhemmjii. mana tali seterusnya. Aku taknak duduk sini sesorang. hahahaa. Secara tidak semena cahaya lampu memanchorr ke muka.  Skuad tema mereka menanyakan nombor peserta.

Cyberview Resort & Spa
Muka memasing steady lepas night walk

Seronok sangat! Penat ? Entah aku tak rasa penat. Aku rasa seronok sepanjang team building di Cyberview Resort & Spa ni. Untuk aktiviti malam ditutupi dengan minum suffer sambil membawang sekejap sebelum masuk ke bilik masing-masing. Night walk ni tak lama pun, kita bermula 9.30 malam habis jam 10.30 malam.

--------------------------------------------------------------
Info Lanjut:
Cyberview Resort & Spa
www.cyberviewresort.com
Tel: 03-8312 7000
Facebook : Cyberview Resort & Spa
Instagram : @Cyberviewresort
Twitter : @CyberviewResort

5 Comments