PART 3 AKTIVITI JUNGLE TRAIL DALAM TEAM BUILDING DI CYBERVIEW RESORT & SPA

Tak kelakar betul, semalam dah draft entry ni tinggal masukkan gambar je, hari ni nak masukkan gambar boleh pulak dia auto delete dan auto save. Tapi itu tak bermakna aku nak patah semangat untuk sambung kisah team building di Cyberview Resort & Spa tu ye. kihkih. Tapi sedih jugaklah. hahahhaa adoii lah. 

Jungle Trail Cyberview Resort & Spa

Selepas Night Walk semalam, Sarjan Idris maklum kan pada kami perlu berkumpul semula di tapak malam tadi untuk aktiviti kami di hari kedua tepat jam 7.00 pagi. Haaa, masa tuu kau jangan mimpi tengah sibuk team building nak selesa dengan tilam dalam bilik yang setraf tilam vono tu. Tapi, ternyata tilam vono punca. ehh !

muka barai sementara tunggu lain-lain siap

Ini tak kelakar guys, gambar kat atas ni jam 6.55pagi, masih tunggu yang lain-lain lagi. Ceritanya, kami kumpul di tapak night walk jam 7.10pagi. Haaaa! apa jadi? Kami kene denda berlari ke arah tayar dalam kiraan 10 Sarjan Idris. Huishh! lintang pukang kami lari. Selepas itu baru buat renggangan sebelum memulakan aktiviti. 

Game penentuan pegang Milah

Sebelum memulakan latihan, kami perlu jalani permainan di mana penentuan (sebelum ni boleh baca permulaanya kami kena bawa mila ) untuk team mana yang akan jaga Mila sepanjang Jungle Trail itu nanti. Ternyata seorang Mimin power dapat mengumpul bola sebanyak yang munngkin.

Latihan Asas Sebelum Jungle Trail

Beberapa latihan asas telah kami lakukan. Objektif latihan ini agar dapat mengharungi rintangan yang bakal ditempuhi sepanjang Jungle Trail berlangsung. 

nampak senang, tapi tak berjaya, hahaha

buat 2 kali pun tak berjaya
susahkan kakty. kahkahkah
berjalan di atas tali

macam ni cara jalan. hahahaha
Ni tengah struggle pegang tali supaya Qaseh lalu di tali tak jejak tanah
Masukkan Ujang kat dalam tayar!
Langkau tembok

bukan senang nak naik atas ni

Haaa, itulah latihan kami sebelum memulakan jungle trail. Haluu puliss ! ujang berat.  hahahahah. Latihan terakhir kami merupakan melepasi tembok yang tinggi. Dalam kosep tembok ni "I Can't, But we can" Memang betul, cabarannya kita tak kan berjaya lakukan sendirian, tapi sekiranya bekerjasama dengan baik dalam sebuah kumpulan, maka berjayalah ia. Thanks semua. Kerjasama yang baik.

Jungle Trail

Kami memulakan langkah dengan didahuli dengan X-Team. Sementara mereka mengharungi halangan di dalam, Sarjan Idris beri kami krim elak serangga mai buat love bite. Terutamanya lintah dan nyamuk. Jangan risau hutan ni takde pacat pun. Susah untuk menceritakan secara bertulis, apa kata korang rasai sendiri pengalaman ini di Cyberview Resort & Spa ni. Disebabkan susah nak menulis, aku menggambarkan aktiviti Jungle trail ini.

rintangan pertama, bendera dan Milah tak boleh di tinggalkan



merangkak di bawah jaring

merangkak bawah jaring bersama Milah
lompat tayar bersama Milah

marilah melompat
Tak confident lepas >.<
photo group, stop di pertengahan jalan

muka dah lepak . kahkah
panjat sepanjang laluan air

Niza lead buddies team
Naik bersama Milah

ada naik ada turun bukit
turun bersama Milah
ada juga track tar ni menuju ke kolong air
Nilah laluan yang harus ditempuhi

ni haa kolongnya







laluan nak seberang highway >.< hahaha
langkau tong ni

lalu di atas tali
cooling down
photo group selepas Jungle Trail & Breakfst
Perjalanan lebih kurang 2.8km dan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah itu pun kalau tak ada sesiapa yang injured macam kami. Kitorang berjalan slow and steady jer. Siap berhenti rehat kat dalam hutan. Jangan risau, lintah memang takada. Yang ada ayam hutan dan nyamuk je banyak.

Selepas Jungle Trail, kami diberikan masa untuk bersiap check out dan bersihkan diri sebelum untuk ke majlis penutup Team Building kami

Penutup Team Building di Cyberview Resort & Spa

melakonkan babak sepanjang aktiviti berjalan
Tepat jam 11.30 pagi, kami diminta berkumpul semula di Restoran Verandah untuk majlis penutup. Sebelum berakhir program kami, kami di minta buat tugasan terakhir iaitu melakonkan semula aktiviti yang sudah kita lakukan sepanjang 2 hari ini. hahahaha, mana sempat nak buat preparation. Hentam sajalah labu

terapi muka badan tangan. hahahaa. chicken dance
ucapan terakhir dari pengurus resort. Thanks so much Madam
menerima sijil penyertaan
Sarjan Idris, Recreation Depart a.k.a Ex Special Force Malaysia

Terima kasih Niza layan karenah kami, penat ehh sampai tidur? hahahaha
Big thanks to you too, yang jaga kami sepanjang aktiviti
Maka, dengan gambar ini berakhirlah program kami di Cyberview Resort & Spa

Wahh ! sekejap je sudah berakhir program team building ni, ribuan terima kasih dari pihak kami kepada team Cyberview Resort & Spa yang menerima kehadiran kami sepanjang kami berada di sana. Pengalaman bermakna ini takkan dilupakan

Pelbagai aktiviti yang boleh jalankan di sini. Sekiranya korang yang berminat boleh hubungi pihak resort untuk maklumat lanjut. Antara aktiviti yang disediakan di sini adalah seperti berikut :
  •     Telematch Games
  •     Water Games
  •     Team Building Games (kami cover)
  •     Obstacle Course (10 Elements)
  •     Water Confidence (kami cover)
  •     Jungle Tracking / Jungle Trail (kami cover)
  •     Night Tracking (kami cover)
  •     Motivation Camp

Haa, nampaknya kami kena datang semula ke sini, banyak lagi yang belum kami cover aktiviti di sini. 
-------------------------------------------------

Info Lanjut:
Cyberview Resort & Spa
www.cyberviewresort.com
Tel: 03-8312 7000
Facebook : Cyberview Resort & Spa
Instagram : @Cyberviewresort
Twitter : @CyberviewResort

3 Comments