Ehh haai, amacam semua ada tak yang sudah tercabar untuk dapatkan berat badan yang ideal dalam masa 6 minggu untuk minggu ketiga ? susah ke senang ke semua tu tak mustahil. Lagi-lagi orang yang macam aku, dalam tahap taknak kurus taknak gemok. Berat maintain kata orang. Bila kau dah tahap macam aku mesti akan rasa give up betul.
CABARAN DALAM JK1M11 TEAM BATU PAHAT
Masuk dalam Jom kurus 1 Malaysia ni bukan satu hal yang mudah. Kena tanamkan mental dan fizikal semasa menyertai program ni. Untuk minggu ketiga ni, slow down sikit beri laluan untuk hari raya haji. Makanya tiada special workout. Hanya workout rutin harian secara berkumpulan dengan rakan-rakan yang lain.
![]() |
task JK1M |
![]() |
Tak mustahil |
![]() |
fun workout |
Coach sue ada je berikan tugasan untuk kita buat dirumah. Aku yakin tak semua peserta berjaya untuk tugasan tersebut melainkan tugasan yang dilakukan secara berkumpulan seperti gambar-gambar di atas. haa, di samping workout penjagaan makanan harian perlu dijaga okay! Suku suku separuh. Ingat lagi tak ?
TUGASAN MENGOLAH RESEPI #JK1M11
Haa, ini tugasan baru buat kami. Season yang lepas tak ada pun tugasan ini. Jadi macam macam ragam yang aku peratikan sepanjang tugasan diberikan. meh aku share kan antara resepi yang menarik minat aku untuk kongsikan bersama
RESEPI KERABU AYAM SIHAT by NURUL
Bahan-Bahan :
π Ayam Seketul (dada)
π Bawang Holland
π Cili
π Tomato
π Garam dan Gula Secukup Rasa
π Salad (sebagai hiasan)
Cara-cara :
π΄ Rebus ayam hingga empuk dan potong kecil-kecil
πΉ Potong bawang, cili, tomato
πΉ Gaul ayam yang telah direbus beserta bawang, cili & tomato yang telah dipotong
πΉ Letakkan garam dan gula secukup rasa
πΉ Sedia untuk dihidang dan di makan
RESEPI NASI GORENG CINA by ROHAYA
Bahan-Bahan :
π Segenggam nasi
π 1 bahagian dada ayam di potong dadu
π 2 biji bawang merah dihiris halus
π 2ulas bawang putih diketuk
π 1sudu minyak zaitun
π 1sudu kecil sos ikan
π sayur campur secukupnya
Cara-cara:
πΉ Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga wangi baru tambahkan bawang merah
πΉ Masukkan ayam hingga masak sebentar
πΉ Masukkan sayur campur
πΉ Tambahkan nasi, Gaul bersama dengan sos ikan
πΉ Sedia untuk dihidang.
RESEPI AYAM KUKUS PANDAN by NURUL
Bahan-Bahan :
π Seketul ayam (dada)
π 1/2 " halia
π 2 ulas bawang putih
π Sedikit jintan putih
π Sedikit ketumbar
π Sedikit serbuk cili
π Sedikit serbuk kari
π Serbuk kunyit
π Daun pandan
π Garam secukup rasa
Cara-cara:
π 2 ulas bawang putih
π Sedikit jintan putih
π Sedikit ketumbar
π Sedikit serbuk cili
π Sedikit serbuk kari
π Serbuk kunyit
π Daun pandan
π Garam secukup rasa
Cara-cara:
πΉ Potong dada ayam menjadi 3 bahagian
πΉ Tumbuk halia dan bawang putih
πΉ Gaulkan dada ayam bersama halia dan bawang putih (yangg sudah lumat), serbuk ketumbar, jintan putih, serbuk lada, serbuk kunyit, serbuk kari hingga sebati
πΉ Balutkan dada ayam tersebut dengan daun pandan
πΉ Setelah selesai membalut, letakkan ayam (yang sudah dibalut dengan daun pandan) ke dalam periuk kukus
πΉ Kukuskan ayam tersebut selama 10 minit
πΉ Kukuskan ayam tersebut selama 10 minit
πΉ Sedia utk dihidang
RESEPI BANANA ROLLED OAT PANCAKE by NURUL
Bahan-Bahan :
π Banana
π Rolled oat 3 tbs
π Peanut brand peterpan
π Badam hiris (sebagai hiasan)
π Kulit limau (diparut)
Cara-cara:
Cara-cara:
πΉ Lenyek pisang
πΉ Masukkan rolled oat ke dalam pisang yang sudah dilenyek
πΉ Bentukkan ikut saiz besar, sederhana dan kecil
πΉ Bakar dalam oven
πΉ Sambil menunggu, bancuh peanut dengan air suam (untuk disiram di atas pancake)
πΉSetelah pancake masak, susun pancake di dalam pinggan, dilapis dengan hirisan pisang dan ulang langkah tersebut sehingga menjadi 3 lapisan..
πΉ Siram peanut yg sudah dicairkan tadi, parut kulit oren atas pancake, tabur beberapa hirisan badam
πΉ Sedia utk dimakan
Haa, amacam? Seronok sebenarnya program Jom Kurus ni. Bukan sahaja dapat kurus tapi kurus yang tak perlu berlapar dah. Untuk musim ke 11 ni dah tamat. Jangan sedih jangan muram, Sebab selagi korang alert dengan pengumuman dari Kevin Zahri, selagi tu ada peluang lagi untuk sertai.
------------------------------------------------------------
info Lanjut
Website :- Jom Kurus 1 Malaysia
019 282 7820 (Kaka) atau 013 502 8006 (Page)
1 beleter:
bagus la korang join ni semua..bukan senang nak maintain badan ni..melainkan ada team macam ni..tengok menu tu..simpleje
Post a Comment