MINGGU KETIGA CABARAN 6 MINGGU JOM KURUS 1 MALAYSIA MUSIM KE 11

Ehh haai, amacam semua ada tak yang sudah tercabar untuk dapatkan berat badan yang ideal dalam masa 6 minggu untuk minggu ketiga ? susah ke senang ke semua tu tak mustahil. Lagi-lagi orang yang macam aku, dalam tahap taknak kurus taknak gemok. Berat maintain kata orang. Bila kau dah tahap macam aku mesti akan rasa give up betul.


CABARAN DALAM JK1M11 TEAM BATU PAHAT

Masuk dalam Jom kurus 1 Malaysia ni bukan satu hal yang mudah. Kena tanamkan mental dan fizikal semasa menyertai program ni. Untuk minggu ketiga ni, slow down sikit beri laluan untuk hari raya haji. Makanya tiada special workout. Hanya workout rutin harian secara berkumpulan dengan rakan-rakan yang lain. 

task JK1M

Tak mustahil

fun workout
Coach sue ada je berikan tugasan untuk kita buat dirumah. Aku yakin tak semua peserta berjaya untuk tugasan tersebut melainkan tugasan yang dilakukan secara berkumpulan seperti gambar-gambar di atas. haa, di samping workout penjagaan makanan harian perlu dijaga okay! Suku suku separuh. Ingat lagi tak ?

TUGASAN MENGOLAH RESEPI #JK1M11


Haa, ini tugasan baru buat kami. Season yang lepas tak ada pun tugasan ini. Jadi macam macam ragam yang aku peratikan sepanjang tugasan diberikan. meh aku share kan antara resepi yang menarik minat aku untuk kongsikan bersama

RESEPI KERABU AYAM SIHAT by NURUL



Bahan-Bahan :

💕 Ayam Seketul (dada)
💕 Bawang Holland
💕 Cili
💕 Tomato
💕 Garam dan Gula Secukup Rasa
💕 Salad (sebagai hiasan)

Cara-cara :

🍴 Rebus ayam hingga empuk dan potong kecil-kecil
🔹 Potong bawang, cili, tomato
🔹 Gaul ayam yang telah direbus beserta bawang, cili & tomato yang telah dipotong
🔹 Letakkan garam dan gula secukup rasa
🔹 Sedia untuk dihidang dan di makan

 RESEPI NASI GORENG CINA by ROHAYA



Bahan-Bahan :

💕  Segenggam nasi
💕  1 bahagian dada ayam di potong dadu
💕  2 biji bawang merah dihiris halus
💕  2ulas bawang putih diketuk
💕  1sudu minyak zaitun
💕  1sudu kecil sos ikan
💕  sayur campur secukupnya

Cara-cara:

🔹 Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga wangi baru tambahkan bawang merah
🔹 Masukkan ayam hingga masak sebentar
🔹 Masukkan sayur campur
🔹 Tambahkan nasi, Gaul bersama dengan sos ikan
🔹 Sedia untuk dihidang.

RESEPI AYAM KUKUS PANDAN by NURUL



Bahan-Bahan :

💕 Seketul ayam (dada)
💕 1/2 " halia
💕 2 ulas bawang putih
💕 Sedikit jintan putih
💕 Sedikit ketumbar
💕 Sedikit serbuk cili
💕 Sedikit serbuk kari
💕 Serbuk kunyit
💕 Daun pandan
💕 Garam secukup rasa

Cara-cara:

🔹 Potong dada ayam menjadi 3 bahagian
🔹 Tumbuk halia dan bawang putih
🔹 Gaulkan dada ayam bersama halia dan bawang putih (yangg sudah lumat), serbuk ketumbar, jintan putih, serbuk lada, serbuk kunyit, serbuk kari hingga sebati
🔹 Balutkan dada ayam tersebut dengan daun pandan 
🔹 Setelah selesai membalut, letakkan ayam (yang sudah dibalut dengan daun pandan) ke dalam periuk kukus
🔹 Kukuskan ayam tersebut selama 10 minit
🔹 Sedia utk dihidang 

RESEPI BANANA ROLLED OAT PANCAKE by NURUL


Bahan-Bahan :

💕 Banana
💕 Rolled oat 3 tbs
💕 Peanut brand peterpan
💕 Badam hiris (sebagai hiasan)
💕 Kulit limau (diparut)

Cara-cara:

🔹 Lenyek pisang
🔹 Masukkan rolled oat ke dalam pisang yang sudah dilenyek
🔹 Bentukkan ikut saiz besar, sederhana dan kecil
🔹 Bakar dalam oven
🔹 Sambil menunggu, bancuh peanut dengan air suam (untuk disiram di atas pancake)
🔹Setelah pancake masak, susun pancake di dalam pinggan, dilapis dengan hirisan pisang dan ulang langkah tersebut sehingga menjadi 3 lapisan..
🔹 Siram peanut yg sudah dicairkan tadi, parut kulit oren atas pancake, tabur beberapa hirisan badam
🔹 Sedia utk dimakan

Haa, amacam? Seronok sebenarnya program Jom Kurus ni. Bukan sahaja dapat kurus tapi kurus yang tak perlu berlapar dah. Untuk musim ke 11 ni dah tamat. Jangan sedih jangan muram, Sebab selagi korang alert dengan pengumuman dari Kevin Zahri, selagi tu ada peluang lagi untuk sertai. 

------------------------------------------------------------

info Lanjut
019 282 7820 (Kaka) atau 013 502 8006 (Page)

1 Comments

  1. bagus la korang join ni semua..bukan senang nak maintain badan ni..melainkan ada team macam ni..tengok menu tu..simpleje

    ReplyDelete