Spa Ceylon | Virgin Coconut Home Spa Set

April 21, 2019
Sebut pasal SPA, mesti dalam kepala akan fikir harga dan promosi yang mana patut di ambil. Mesti banyak senarai SPA yang pernah korang kaji dan buat penyelidikan mana terbaik dan berbaloi untuk di ambil. Pernah tak kalau kau terfikir kalau buat SPA sendiri dari rumah sebenarnya boleh je, tapi product apa yang kat SPA-SPA di luar sana pakai. Ehemm! sekarang kau dah tak payah risau okay.. 

Apa itu Spa Ceylon?

Spa Ceylon menggabungkan kebijaksanaan Ayurveda, bahan semulajadi halus & reka bentuk kontemporari untuk membawa anda yang paling mewah di Ayurveda - untuk kesihatan, kesejahteraan & bersantai. Pelbagai termasuk minyak rawatan, urut-urutan balms, urut dan minyak mandian, minyak pati, bar pembersihan, bar pengelupasan, gel mandi, scrub badan, pacuan badan, mandi susu, losyen badan, pelembab badan, kabus badan, kompres herba.


Kisaran Spa Ceylon Ayurveda adalah pengalaman 50 tahun dalam bidang produk kesihatan & kecantikan semulajadi dari perintis dalam penjagaan kecantikan Ayurveda moden di Sri Lanka.

Bertujuan untuk menawarkan pelanggan gaya hidup yang memuaskan dan kesihatan semulajadi, Ceylon Spa menawarkan perkhidmatan Ayurveda berkualiti tinggi melalui reka bentuk, inovasi, kakitangan runcit profesional dan pengedar di seluruh dunia.

SPA CEYLON AYURVEDA

VIRGIN COCONUT SCRUB & BODY CREAM - SPA CEYLON
SPA CEYLON - Bukan Face&Body Refining dan Ultra Rich Body Cream Virgin Coconut je tau produk mereka. Malah terdapat pelbagai produk dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki termasuklah produk untuk Kulit, Rambut, Tubuh dan kesihatan keseluruhan, kesejahteraan. Spa Ceylon memberikan para pelanggan dengan kemewahan megah untuk kesihatan dan kesejahteraan diri anda.

Rangkaian produk Spa Ceylon ada kepelbagaian termasulah minyak treatment, minyak pati, balsir urut, losyen badan, pelembab hingga penjagaan kaki dan kompres herba.

VIRGIN COCONUT - FACE & BODY REFINING SCRUB


FACE & BOY REFINING SCRUB ni bagus untuk buang sel kulit mati. Korang boleh lihat sendiri kulit mati pada tangan aku dekat gambar bawah ni. Yang aku suka dengan scrub dari Spa Ceylon ni, tak ada partikel besar yang boleh merosakkan kulit wajah kita tau !

Nampak tak kulit mati tuu

Puas hati kalau dah jadi macamni


Cara Penggunaan Face & Body Refining Scrub, Hanya ambil 1 hingga 2 calit dan sapukan pada seluruh muka dan badan. Lepas tu, urutkan untuk membersihkan kulit dan bilas. Kalau tak bilas melekit sikit. Iyelah, nama pun Kelapa Dara kan.. Nanti kau rasa kulit kau akan jadi lembab dan tak kering.

Jap, belum siap cara penggunaannya. Masa kau nak urut ke kulit muka atau badan, urutkan dengan gerakkan membulat yang lembut hingga kesan pengelupasan. Elakkan kau sapu masa muka kau ada jerawat atau luka okay.

VIRGIN COCONUT- Ultra Rich Body Cream


Rawatan badan ultra-kaya, dicampur dengan Minyak Kelapa Dara murni, dari kelapa segar yang terbaik dipilih dari taman tropika yang subur di Ceylon. Kaya dengan vitamin berkhasiat & antioksidan pelindung untuk membantu memperbaiki pembaikan kulit, melindungi daripada kekeringan. Menghidrat, melembutkan & melancarkan badan, melindungi terhadap unsur-unsur, nada-tona kulit & meningkatkan kemudaan.



Cara penggunaan Ultra Rich Body Cream - Sapukan seluruh tangan dan badan. Urut serta ratakan. Rawatan Selanjutnya: Sapukan dengan ikut suka mengikut kesesuaian di kawasan kering dan kasar. Tak perlu di bilas dan biarkan ia meresap.


Kandungan Ultra Rich Body Cream
  • Paraben Percuma
  • Paraffin Percuma
  • Alkohol Percuma
  • Silicone Free
  • 100% Vegetarian
  • Tidak Diuji pada Haiwan
  • Menggalakkan Pemantapan Mampan
  • Sokongan Perdagangan Masyarakat Adil
Untuk makluman korang, SPA Ceylon belum ada SPA yaa. Buat masa ni Spa Ceylon jual produk- produk kesihatan dan spa seperti personal care, essential oil dan home aroma. Haa! tak baca betul-betul laa tuu kan. Aku ada mention kat atas tadi. ehekk!

Korang boleh dapatkan produk SPA Ceylon ini semua dengan mengunjungi outlet mereka di Mid Valley, Publika, NU Sentral, KLIA, Taman Desa. Korang juga boleh dapatkan potongan sebanyak 10% untuk semua produk di semua outlet yang aku mention tadi dan semestinya korang boleh dapatkan potongan 10% juga untuk pembelian secara online dengan menggunakan kod istimewa ini ‘SPAWITHMIMIN’

-----------------------------------------------------------

 INFO Lanjut: 
Facebook : Spa Ceylon Malaysia
Instagram : Spa Ceylon Malaysia
Phone : +603-7972 2666

Perut Kempis dengan Surya Apple Cider Vinegar campuran Madu

April 15, 2019
Hello, bila mimin nak kurus ni belum berakhir episod tau. hahaha. Tak semestinya perut besar tuu mengandung. Sentap pulak kite yang tak kawin ni. hehekk ! Tapi tak semestinya kurus tak ada masalah perut kembung. Aku siap menekan-nekan perut ni keluar angin sentiasa.

Pernah dengar sebelum-sebelum ni Cuka Epal mampu mengatasi masalah perut kembung. Ingatkan murah-murah. Sekali tengok harga dia boleh tahan sampailah aku terjumpa Apple Cider Vinegar ni. 


Apple Cider Vinegar

Tengok ramai bagitahu, dekat Lazada tengah ada promo Apple Cider Vinegar ni. Cepat-cepat aku grab tak nak lepaskan peluang lagi dah. Ini kali pertama aku minum cuka epal ni. Sebelum ni ibu aku ada jugak beli.. tapi dia habiskan sorang-sorang tak hello hello pun. hahaha


KELEBIHAN APPLE CIDER VINEGER

Apple Cider Vinegar keluaran Surya Malaysia ni ada campuran madu, rasanya tak  ada la masam sangat, masam-masam manis macam tengah makan epal giteww.. ACV ni sesuai untuk kita yang memang nak sangat turunkan berat badan atau pun diet, cuba dan amalkan sebagai minuman.. dan banyak sangat kelebihan Apple Cinegar Vinegar ni antaranya:

  • Detox
Cuka epal ini sangat penting untuk membuang toksik dalam badan kerana memilki kandungan yang sangat baik dalam membantu tubuh membuang segala toksik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. (hari ni dua kali buang toksik berat. kehkehkeh)

  • Menurunkan Berat Badan
Mengandungi zat di dalam cuka epal yang dapat membantu meningkatkan metabolisme dalam badan dengan mencampurkan 2 sudu besar cuka epal dalam air suam dan membuatnya sebagai minuman rutin, yang penting jangan lupa minum air masak banyak-banyak
  • Menjaga kesihatan sistem pencernaan
Sebelum start minum ACV ni, aku dah beberapa hari tak memerut. Perut dah keras dan kembung. Bila aku start minum ACV ni, tak pula terus memerut. Tapi, esoknya terus boleh nak buang air besar. Kerasan jugak, almaklumlah dah beberapa hari tak memerut. 
  • Membantu melegakan sakit tekak 
Khasiat madu yang ada dalam cuka epal ni mampu merawat sakit tekak dan batuk dari terus berlarutan...
  • Mengatasi merendahkan paras glukosa darah 
Apple Cider Vinegar boleh menurunkan kadar gula dalam darah, ia dapat mencegah dari berlakunya diabetes.

- membantu mengatasi masalah penghadaman
- membunuh bakteria dalam tubuh badan
- menurunkan paras kolesterol dalam darah
- menjadikan rambut lebih sihat
- boleh menggantikan minuman kordial
- menggantikan asam jawa dan gula

RAMUAN APPLE CIDER VINEGAR



Di perbuat daripada buah epal segar, ia mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus, dan zat besi, juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi

CARA MINUM SURYA APPLE CIDER VINEGAR

  • Masukkan 2 sudu besar Apple Cider Vinegar (30ml) dalam secawan air (180ml)
  • Minum selepas makan
  • Boleh jadikan bahan pengawet semulajadi 
  • Boleh gantikan asam jawa dengan Apple Cider Vinegar dalam masakan

Aku minum Apple Cider Vinegar ni selepas makan. Semestinya boleh minum macam tu je.. Tapi aku tak suka bau dia. So, aku campurkan kedalam segelas air kosong selepas makan. Di sarankan dari pengeluar 2 sudu sekali minum. Tapi, aku risau jugak sebab nama pun cuka kan, jadi aku ambil 1 sudu dan campur ke dalam minum aku. 

PENDAPAT MIMIN TERHADAP SURYA APPLE CIDER VINEGAR



Lepas minum AVC ni minggu pertama, memang perut jadi ringan. Mahu tak ringan, hari pertama minum ni, macam keluarkan bola dari perut yang dah lama tersimpan sebab pencernaan makanan tak bagus. Bukan tu je, kurang rasa asyik nak mengunyah je mulut ni. Cuma memang tak suka bau dia. Tapi mana mana cuka epal akan bau macam ni. Sebab tuu macam susah sikit nak konsisten. hikss

---------------------------------------------------
Info lanjut:

Aku dapatkan Apple Cider Vinegar dengan campuran madu di LAZADA, Shopee, Watson dan farmasi yang berhampiran


CARA PENGGUNAAN VITAMIN C SERUM ANNONA

April 4, 2019
Hai, kali ni aku nak kongsi cara penggunaan Vitamin C Serum selepas tahu petua hilangkan jerawat dan jeragat yang berkesan menggunakan serum ini. Bukan je nak kongsikan cara penggunaan Vitamin C ni, tapi aku nak share juga pengalaman aku menggunakan Vitamin C Serum ni di sini.


Hampir sebulan konsisten dengan produk Annona ni, memang rasa sangat kelainannya. Kulit ada perubahan rasa flawless dengan whitehead dah semakin hilang kulit semakin licin dan lembut, bekas jerawat pun dah pudar. Cuma, jerawat mungkin ada buat come back.. Dia muncul pulak seketul lagi kat sekitar dagu.


Serum Vitamin C Annona ni mengandungi delima. Patutlah pipi ni kemerah-merahan macam pinkish sejak dua menjak guna VCS ni. Bukan itu ke, kalau pakai pagi dan malam, kulit pun lembut.. Bekas jerawat ataupun jeragat pun pudar. Walaupun tak hilan terus, tapi dia pudar dan kalau konsisten terus hilang. Semestinya langsung tak berminyak. Ia cepat meresap dan tak berbau busuk. Tuu paling suka tahu !

Cara Penggunaan Vitamin C Serum Annona

Serum mempunyai kepekatan nutrien bahan aktif yang tinggi berbanding pelembab. Vitamn C Serum Annona dan juga kebanyakan serum lain memerlukan 1 hingga 2 titis sahaja sudah mencukupi untuk memberi nutrien ke seluruh wajah


  1. Cuci muka
  2. Titiskan 2-3 titisan ke hujung jari sapu pada kulit bermasalah dan ratakan seluruh kulit muka
  3. Urut kulit muka arah ke atas dengan perlahan-lahan hingga serum kering dan meresap
  4. Kemudian boleh sapukan makeup seperti biasa
  5. Gunakan VITAMIN C SERUM Annona sekali atau dua kali sehari bergantung pada tahap keperluan kulit korang.  

Kelebihan Vitamin C Serum Annona

Jom lah cuba Vitamin C Serum Annona. So far aku pakai takde tumbuh yang bukan-bukan. Tambahan pula Puan Ony Nurhusni , Co-Founder Annona merupakan Ahli Farmasi Bertauliah.


VITAMIN C SERUM Annona kebaikkan:-
  1. Tiada alkohol
  2. Tiada paraben
  3. Tiada pewarna dan bauan yang palsu
  4. Produk yang halal dan boleh dipercayai.
    NO KKM VITAMIN C SERIES ANNONA -NOT 161004544K
  5. Analisa Makmal juga membukti VITAMIN C SERUM Annona selamat untuk di gunakan.

Review Vitamin C Annona by Mimin Adam

Serum dari Annona ini juga mimin suka pakai, tak melekit dan tak berbau. Lepas tu, jimat pakai. Aku konsisten pakai hampir sebulan, masih belum habis botol yang size 15ML, betuk dia pun mudah bawak pergi travel.


Bukan 2 minggu ye aku pakai, malah hampir sebulan aku pakai serum ni aku dapat rasakan perubahan pada kulit wajah aku. Kurang kusam dan paling penting bekas jerawat yang aku usik haritu dah pudar. Sekarang ada tumbuh yang baru pulak. hahahaha.. almaklumlah hujung bulan kan..

--------------------------------------------------------------------------
INFO LANJUT

Website : https://vitamincseries.com
Facebook Page: www.facebook.com/VCSAnnona
Instagram : www.instagram.com/vcs_annona
Hotline : 010-8424243

PROGRAM AMAL MEMBELI SAMBIL MENDERMA BERSAMA SASUKE PREMIUM OUTLET (SASUCARE)

April 1, 2019
Sebelum ni aku ada share pelawak terkenal Tauke dan Man Raja Lawak bersama team Sasuke Premium Outlet buat kerja amal untuk Puan Nurul. Boleh baca artikal ni di sini. Sasuke Premium Outlet merupakan penjual pakaian terpakai dari Jepun. Kalau korang nak cari baju winter atau seumpamanya boleh laa cari di Sasuke Premium Outlet

SASUKE PREMIUM OUTLET


Sasuke Premium Outlet merupakan sebuah perniagaan bumiputera yang menjalankan perniagaan pakaian terpakai dari Jepun dan merupakan butik yang menjual barangan preloved pertama seumpamanya di Malaysia. Butik Sasuke kini mempunyai lima cawangan di sekitar Kuala Lumpur.
  1. SASUKE PREMIUM OUTLET, SETAPAK.
  2. SASUKE OUTLET, KG PANDAN.
  3. SASUKE OUTLET, CHERAS
  4. SASUKE PREMIUM OUTLET, BANGI.
  5. SASUKE PREMIUM OUTLET, KAJANG.



Sepanjang 4 tahun dalam perniagaan, Sasuke sudah melakukan Program CSR ini dengan beberapa agensi berlainan. Antaranya bersama NGO MYMAHU (program anak yatim), 4 EPISOD TITIK SENTUHAN RTM (lawatan dan sumbangan ramadhan) dan juga bersama JABATAN KEBAJIKAN NEGARA (program gelandangan Anjung Singgah) .

SASUCARE - Projek Amal Sasuke dan Pelanggan


SASUCARE merupakan gabungan kreatif antara SASUKE dan CARE dimana memberi makna SASUKE PRIHATIN. Program amal SASUCARE’ ini merupakan kempen kutipan amal
yang julung kali diadakan di SASUKE OUTLET dengan kerjasama pelanggan mereka.


Program amal kali ini akan berlangsung selama 3 bulan berturut bagi membantu rumah rumah kebajikan terpilih dalam memenuhi keperluan harian mereka. Hal ini kerana, kutipan ini dapat disumbangan kepada 3 rumah kebajikan berbeza supaya sumbangan ini dapat meringankan bebanan pembelanjaan harian meraka. Sumbangan ini merupakan sumbangan tunai/cek terus ke rumah kebajikan terpilih.



Wahh, sekarang kita dah takpayah susah susah fikir kat mana platform yang dipercayai untuk hulurkan sumbangan kita kepada yang memerlukan. Tak banyak sedikit pun dapat menampung perbelanjaan harian mereka. 

Sasuke Kempen

Kempen ini sebenarnya sudah bermula sejak 01 Mac 2019 yang lalu sehingga 31 Mei 2019, 11:59pm. Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Kempen menurut budi bicara tunggalnya atau jika Kempen tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan membangkitkan apa-apa tuntutan oleh Peserta.



Lokasi Program Amal: Semua Sasuke Outlet
Tempoh kutipan : Bulanan (30 hari)
Badan Kebajikan : Akan di umumkan di Facebook Page Sasuke Premium Outlet
Konsep : Beli dan derma
Tempoh Program : 6 Mac 2019 – 31 Mei 2019
Jenis Sumbangan : Tunai / Cheque

Cara Sertai Kempen Sasucare

Pelanggan yang membeli di mana mana SASUKE OUTLET bernilai RM30 dan keatas dalam 1 resit, penganjur akan menderma RM1 daripada setiap resit dibeli sepanjang kempen ini. Senarai Rumah-rumah Kebajikan terpilih akan diumumkan di media social SASUKE OUTLET dan NGO yang bekerjasama dalam kempen ini.



Derma akan disalurkan ke Rumah-rumah Kebajikan terpilih bagi setiap pembelian di dalam tempoh kempen ini berlangsung, pihak Sasuke akan menderma RM1 (dalam bentuk tunai/cek). Penganjur akan menderma mengikut nilai sebenar kutipan tanpa prejudis.



Kempen SASUCARE’ ini akan diuruskan oleh KINDNESS MALAYSIA, sebuah NGO berdaftar. Sumbangan ini seterusnya akan digunakan untuk membiayai keperluan rumah kebajikan terpilih.

Objektif Kempen Sasucare

  • Memberi pendedahan kepada orang awam terutamanya pelanggan SASUKE tentang kewujudan rumah kebajikan yang memerlukan bantuan.
  • Memberi peluang kepada pelanggan SASUKE menyumbang dan membantu golongan memerlukan.
  • Menjadikan program amal ini sebagai kaedah kesedaran kepada orang awam tentang kewujudan agensi sukarelawan dan badan kebajikan di Malaysia.
  • Menyediakan ruang kepada SASUKE untuk berkongsi aktiviti dengan orang awam sebagai amalan korporat.

Inisiatif ini menunjukkan komitmen Sasuke di dalam membantu golongan memerlukan dan meningkatkan kesedaran kepada orang awam serta menggalakkan pelanggan Sasuke melakukan amal. Semoga kempen ini memberikan impak yang besar kepada mereka memerlukan. Insyaallah, dengan bantuan anda Sasuke laksanakan dengan jayanya. Amin

Powered by Blogger.
Back to Top