JANGAN TERTIPU DENGAN GIVEAWAY SCAMMER IFFAH HIJAB



Hai korang, selamat tahun baru 2020. Harap masih tak terlambat nak ucapkan tahun baru. Hehehhe. Tengah mood kelam kabut fikirkan hal macam macam. Tak kiralah blogger ke instgrammer ke facebookers ke Giveaway memang semua orang tahu apa itu Giveaway. Memang platform mudah untuk meningkatkan perniagaan atau pun pengenalan kepada perniagaan tersebut. Lain pula dengan kisah Iffah Hijab.

IFFAH HIJAB ADALAH SCAMMER



Aku pun tak sangka, aku pun salah sorang terkena scam Iffah Hijab ni. Ni Mera Amera lah ni punca segalanya. Mera ada kasi foward text di whatsapps macam gambar bawah ni


Pada awalnya herlok je lah website tu, ada banyak lah koleksi tudung. Tengok tudung dia pun lawa dan memang betul lah dia cakap patuh syariah. Tapi macam pelik jugaklah tak banyak button boleh klik. Tapi masih husnuzon lagi. Kan dia cakap baru nak launch. Sempena nak launch dia buat giveaway tu lah.

Hari ni aku klik button link yang hari tu mera kasi dah crash. hahahahhaa
After sign up dapat email ni



So, bila tekan link tu masa tu. dia mintak details kita macam nama dengan email je kot tak silap dah lupa sebab dah 3 bulan dah benda ni jadi. Lepas kita register, akan recevied email Your Iffah's Reward Status dari team Iffah Hijab tu kekononnya team dia kasi refferal link supaya kalau nak tudung tu free kena cari lagi 3 orang ke lima orang sign up. Macam gambar ni




Dengan kebodohan yang tak nampak ni, kita pun pergi lah seprate text ke whatsapps macam Mera Amera bagi kat aku tadi sampai lah cukup requirement dia mintak 3 ke 5 orang yang dah sign up under referral link tadi. Sampai lah dapat email lagi dari team Iffah Hijab tu..





Makanya aku dah boleh lah buat redemption tudung tadi dengan harga RM0 tak termasuk postage. Dan Team Iffah Hijab minta kita buat pilihan. Kira limit sorang 1 je lah free tudung . Antara yang dia suruh pilih tu jenis tudung Black Pearl or Gold Beryl . Jadi aku pilih Black Pearl ofkos lah kan. Masuk ke ruang bakul dan nak redemp tu kena masuk kan code FREE-6J4F7K. Aku pun masukkan code dan yeah betul free cuma kena bayar RM8.00 untuk cas penghantaran/pengeposan.

See, mimin buat amal kebajikan


Bila dah complete kasi details dan buat pembayaran. Ye, macam kau shopping kat fashion Valet tuu, ada dapat email status pengesahan pembelian. Hahaha! Team scammer dia tahap lain okay.



Bila settled semuanya. Tak lama tu dapat lagi email dari diorang. Percubaan untuk menipu orang dengan beli tudung tersebut dengan harga murah. Fuhh! nasib baik tak kena tipu kedua kalinya dengan Iffah Hijab weyh.



Dalam pada hari yang sama, dia kasi email lagi dengan janji janji manis. Dia akan prepare barang kita dalam tempoh 60 hari. Bagi menyakinkan kita bahawa tudung yang kita beli tuu murah dan supaya kita tak nampak kebodohan kita ni tertipu dengan diorang. Cerdik!




Selepas 60 hari yang di janjikan. Aku pun hampir lupa. Dan aku yakin korang pun dah lupa yang korang ada purchase barang ni kan. hahahhahaha! Jadi aku cuba lah follow up dengan team Iffah Hijab ni. Nah tengok diorang reply apa




Dan, selepas hampir 90 hari dari tempoh pembelian. Aku pun bukak lah website https://iffahhijab.com/ dan aku rasa macam nak ketawa pun ada nak menyesal tak guna. macam tu lah perasaan aku. Hahaha. Kau dah bukak link yang aku bagi tadi ? apa kau dapat ? nih ha aku dapat




Masa ni macam cuba husnuzon lagi, ehh ye kee dah tak wujud. So cari lah carian ada sesiapa perasan tak Iffah Hijabni scam kita. Hahhaa hatiiiii pedih, sebab bukan kat Malaysia sahaja yeee dia scam, malah Indonesia pun dia scam okehh. Aku terjumpa entry IFFAH HIJAB scam orang Indonesia sama sebijik macam aku kena. Dari entry blog shyturtleyui




Maka, berakhirlah caci maki untuk kebodohan diri sendiri termasuklah aku dan mera. kahkahkah. Pengajarannya, join giveaway kehapa semua tu kalau mintak duit jangan lah bodoh p bayar walaupun postage ye. Kau imagine jap kalau 10,000 orang kena tipu postage RM8 berapa scammer ni dapat. tu belum ada orang continue beli tudung diorang tu. Hahhaha bodoh nya tak buat buat ye kita semua . Dah! nak kenang pun tak guna. Dia pun dah seronok pergi vacation dengan duit kita. hahahaha. bye

UPDATE !



Korang yang dah terjadi macam kat atas yang aku cakap ni, jangan lupa pergi mintak refund. Walaupun RM8.00, boleh isi minyak motor terlebih-lebih tau. Nasib baik kurang dari 60 minit dia dah pulang kan. So tak tahu nak panggil scammers ke tak . ni hah.. Pergi bukak email masing-masing..

Aku kongsikan cara-cara refund :

TO : refund.iffah@gmail.com 
SUBJEK : REFUND

i) Full Name : (nama korang)
ii) Order Number : (trace balik email korang untuk dapatkan Order Number)
iii) Bank Name :
iv) Bank Holder Name :
v) Bank Account Number :
vi) Amount : RM 8.00 (sekiranya RM8.00 kalau korang purchase tudung jumlah kan berapa jumlah kerugian korang)

Guys, no order dengan tracking number lain tau. so, mana nak dapat no order ? Cari semula di email. Alah kau type kat bahagian search tu, lepas tuu type "IFFAH HIJAB" lepas tu pilih email selepas buat payment. macam ni




Lepas aku email mintak refund, dalam masa 24jam dia dah refund . Tapi kalau korang tak dapat lagi lepas email. cek semula email address dan butiran tadi. Sekiranya betul semuanya keep email sampai dapat. Walaupun cuma RM8.00.

32 Comments

  1. Heyyy laaaaa sudahnya!!
    Kalau tak Min update, Sis pun dah lupa dah...adussss kan dah terkena kita!!!
    *Tepuk dahi jap...nak share kat geng Sis yang dah terkeno gak huwaaaaaa sengal betul!!

    ReplyDelete
  2. Aduhai.....berselindung di bawah nama hijab kan...so org akan yakin la konon..bagus betul modus operandi diorang

    ReplyDelete
  3. Allahu. Macam2 jenis scammer lah yg wujud. Memang tak sangka 😤

    ReplyDelete
  4. Tipuan Cara berhemah ni.. Lama masa menunggu tu bukannya semua org ingat. Ramai yg lupa.. Ada plak yg x kisah 8 hennget je pun. Bijak! Bijak! Bijak nk mampus betul!

    ReplyDelete
  5. Kesian kalau ada yang betul-betul nak kan hijab tu.

    ReplyDelete
  6. Sis you memang dapat la refund tu?ee jahat laaa even rm8.00 je tapi nak marah jugak ishh

    ReplyDelete
  7. saya dh cuba mintak refund semalam.. sampai sekrang tk dpt2 lagi 😭

    ReplyDelete
  8. rasa mcm scammer juga. dia guna duit kita nak rolling madal ke apa xtau.. adoii sakit plak hati kita even duit dah dapat balik..tudung tu tahh ke mn perginya hahaha

    ReplyDelete
  9. masalahnya sekarang ni.. nak refund tapi tracking number pon tak dapat2..

    ReplyDelete
  10. Boleh pula keluar berita....kenapa la buat pada orang macam ni...tak halal la hidup menipu.

    ----------------------------------------------


    Iffah Hijab tawar 10,000 hijab sutera percuma
    Tarikh kemaskini: 04/10/2019
    KUALA LUMPUR, 4 Okt -- Iffah Hijab, sebuah syarikat tempatan yang baru ditubuhkan yang mengkhususkan dalam hijab sutra mewah, menawarkan 10,000 hijab secara percuma sebagai menandakan pelancaran produknya pada bulan ini.

    Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata pelanggan boleh mengakses tawaran tersebut melalui laman webnya, https://launch.iffahhijab.com mulai 14 Oktober, 2019.

    Iffah Hijab berkata produknya diperbuat daripada sutera mewah memberikan tekstur licin dan lembut, menggunakan kaedah tenunan unik yang menghasilkan kilauan reflektif.

    "Hijab sutera lazimnya berharga melebihi RM220, namun hijab sutera mewah Iffah Hijab hanya dijual pada harga RM69 setiap satu selepas tempoh promosinya.

    "Iffah Hijab akan kekal dijual pada harga berpatutan sejajar dengan matlamat syarikat untuk mengisi kekosongan di pasaran dengan menawarkan hijab sutera mewah pada harga berpatutan yang boleh didapatkan oleh semua wanita dalam pelbagai latar belakang,” kata syarikat itu.

    Sejajar dengan komitmen syarikat terhadap kelestarian alam sekitar, Iffah Hijab menggunakan bahan kitar semula dalam pembungkusannya.

    -- BERNAMA

    ReplyDelete
  11. knp sya tdak bleh email utk dptkn refund?

    ReplyDelete
  12. knp sya tdak bleh utk dptkn refund?

    ReplyDelete
  13. Hadoilah tadi baru chek email teringat mengenai tudung yang dibeli melalui link ni hari tu, nak refund jugaklah lama tunggu naseb mimin ada up entri ni... terima kasih

    ReplyDelete
  14. tq sharing.. huhu terkena jugak.. ingat saja shawl yang tak sampai2...

    ReplyDelete
  15. terkena jugaak.. baru nak emel untuk refund. tq sharing...

    ReplyDelete
  16. Thanks...baru tau kena tipu...thank you so mucc

    ReplyDelete
  17. Ada sapa2 yg berjaya dapat refund ?

    ReplyDelete
  18. ada sesiapa dah cuba and dapat refund ke ?

    ReplyDelete
  19. Saya pun terkena jugak. Minta refund diorng xlayan pun. Jahat la, xpa biar diorng makan duit haram tu. Btw, saya ada nmpak a few other pages dkt Ig & Fb yg offer giveaway 10,000 barang jugak. Xtau la scammer ke tak tapi jumlah tu sngat melampau, kena bayar postage mcm Iffah Hijab ni jgak la. Pandai diorng ni. Harap2 xde la orng tertipu lai

    ReplyDelete
  20. korg.. i baru baca update ni. i pn kena, RM117. hu banyak nye. ni baru email mtk refund. harap still valid.

    ReplyDelete
  21. korg i pn terkena. i baru email mtk refund , harap dipermudahkan

    ReplyDelete
  22. baru terdetik nak cari pasal iffah hijab harini. nasib baik jumpa blog ni T-T thank you for sharing <3 <3

    ReplyDelete
  23. baru terasa nk google pasal ni , nasib jumpa blog ni , lepas ni dh x percaya dah giveaway ape2....kena tipu je..x nk tahu pon pasal iffah hijab lps ni..harap2 dptla refund balik..Tq kat penulis blog ni..

    ReplyDelete
  24. baru terasa nk google pasal ni , nasib jumpa blog ni , lepas ni dh x percaya dah giveaway ape2....kena tipu je..x nk tahu pon pasal iffah hijab lps ni..harap2 dptla refund balik..Tq kat penulis blog ni..

    ReplyDelete
  25. Korang yg mintak refund nii dpt ke? Knp saya xdpt😪, haihh no acc dh bgi😑, meluat betul lahh, Ya Allah lindungi lah aq

    ReplyDelete
  26. ishh nasib terjumpa posting sis ni, tapi email pulak semua dah tak ada :(

    ReplyDelete
  27. Hi sis, september 2020 here. Nak tanya, tak bahaya ke bagi account number? Sebab diorang ni scammer kan, lagi bahaya.

    ReplyDelete
  28. Sis, tak bahaya ke bagi account number? Mereka kan scammer, lagi bahaya kan.

    ReplyDelete
  29. Dah refund dah. Tpi tak dapat. Banyak kali dah refund. Tpi still tak dapat2. Ada je yang dah dapat balik duit. Mungkin sebab saya refund lewat sgt. Tpi ntah la nk ckp.

    ReplyDelete
  30. sy pulak, tahun 2021 ni baru teringat.. hahaa..
    dah lah ramai kawan yg saya dah ajak.. dorang pun dah bayar postage tu..
    tak baik betul buat camtu..

    ReplyDelete