10 Butik Pengantin Terbaik di Batu Pahat

June 30, 2020
Majlis perkahwinan yang meriah dan mempesonakan adalah menjadi idaman semua bakal pengantin terutama dari segi dekorasi dan hiasan yang menarik dan memenuhi citarasa. Mencari Batu Pahat Top 10 perkhidmatan kedai perkahwinan yang boleh dipercayai dan hebat memerlukan banyak masa dengan membuat penyelidikan dan tinjauan. 

Saja aku nak kongsi pengalaman aku sepanjang pencarian Butik Pengantin Top 10 di Batu Pahat mana tahu dapat juga aku permudahkan korang cari dari segi masa dan kepuasan. Inilah senarai  Top 5 Butik Pengantin Di Batu Pahat yang mempunyai perkhidmatan terbaik di Batu Pahat.  Klik ini untuk 5 TOP PHOTOGRAPHER BATU PAHAT 

[UPDATE] Diingatkan semuula, entri ni memang tak ada yang diiktiraf dari mana-mana pihak. Tapi sekadar PERKONGSIAN PENGALAMAN aku sepanjang pencarian butik pengantin. Sekiranya mana-mana pihak bridal yang sakit hati nama company mereka tidak disebut takkan lah salah aku pulak. Dah memang aku tak survey company yang disebut. Ini merupakan entry ikhlas tidak berbayar dari mana mana pihak.

Top 10 Butik Pengantin Di Batu Pahat

1. FIRMAH WEDDINGS



Alamat : 24, No. 2A, Jalan Kencana 1a/1, 83300 Sri Gading, Johor
Facebook | Instagram | Contact 012-725 2455
2. NURSHA BRIDAL


Alamat : 22, Jalan Sulaiman, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor
Facebook | Instagram | Contact 07-439 3936
3. ARMZ COLLECTION BUTIK ANDAMAN PENGANTIN


Alamat : Level 2 , Hotel Summit Parade, 83000 Batu Pahat 
Facebook | Instagram | Contact 012-757 9743
4. D'AS BRIDAL


Alamat : Pos 62, Jalan Parit Bengkok, Kampung Parit Bengkok, 86400, Johor
Facebook| Instagram | Contact 017-771 3140

5. DEDAUN BRIDAL


Alamat : No 13a, Jalan Flora Utama 7, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor
Facebook | Instagram | Contact 013-767 9717

6. ZUMI BRIDAL


Alamat : No 18A, Jalan Susur Intan, Taman Intan, 86400 Parit Raja, Johor
Facebook | Instagram | Contact 012-746 4676

7. ADAH BRIDAL


Alamat : Level 2, Summit Signature Hotel, Jalan Bakau Condong, Batu Pahat, johor
Facebook | Instagram | Contact 0116 3535095

8. SAWAH PADI EVENT PLANNER
 

 Alamat : 7A, Jalan Persiaran Flora Utama, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor
Facebook | Instagram | Contact 017-741 7374 / +60108001017
 9. REZQY AMANI

Alamat : NO 4,JALAN EMAS 1, TAMAN EMAS 1, SRI MEDAN, 83400 Batu Pahat, Johor 
Facebook | Instagram | Contact 010-710 7028

10. IMPIAN ATTA  BRIDAL



Alamat : No. 200, Jalan Rotan Batu, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor 
Facebook | Instagram | Contact 017-797 6906



Sebenarnya banyak lagi bridal yang hebat hebat dekat Batu Pahat ni, aku setakat 10 ni je survey yang lain aku dah penat. Penat tengok pelamin cecantik sampai tak tahu nak pilih mana. So, untuk aku.. aku amik Armz Collection. Sebab Owner dia tu anak murid ibu aku dulu. So, ibu nak support dia. Jadi aku pun malas fikir. Aku on je lah.. Untuk korang yang baca sampai habis ni. Aku ucapkan tahniah in advance ye nak melangkah ke alam perkahwinan. hehehe. 

SUASANA COV-EID BUAT KELUARGA ADAM


Hai semua, kali ni aku nak cerita pengalaman raya buat keluarga Adam. Sebab keluarga Maat dan keluarga Sallehuddin raya cambiasa cuma terhad je pergerakan. Jaranglah aku nak bercerita berkaitan dengan syawal kalau tak betul betul yang kelainan dari tahun-tahun lain. Mahu taknya, aku nak ingat moment atau melayunya kata kenangan raya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. 


Dia jadi janggal tau, bila mana kau setiap tahun walaupun tak pagi-pagi syawal bersama dengan mak, tiber jee kena raya bukan setakat adik beradik je tak bali raya malah emak pun tak balik raya jugak. 

SYAWAL FASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), selama empat minggu lagi, iaitu sehingga 9 Jun, 2020. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya berkata keputusan itu dilakukan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerana usaha memerangi Covid-19 masih belum berjaya sepenuhnya.




Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata aktiviti menziarahi jiran dan keluarga yang berada dalam negeri yang sama dibenarkan, dengan syarat mereka kekal mematuhi disiplin sosial dalam normal baharu dan tidak berhimpun melebihi 20 orang pada satu masa.

Maka, seronoklah kakak-kakak, ipar-ipar, adik-adik dan anak buah sekalian beraya bersama dengan mak,  walaupun sepatutnya giliran raya tahun ni bukan dengan mak. hikhikhik. sape tak suka. Maka, dengan saranan kerajaan duduk rumah dan video call raya dengan diorang. tak dapat serentak nak videocall atas sebab huru hara diorang uruskan anak masing-masing.

RAYA FASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Bila kerajaan umumkan PKPB yang akan berakhir pada 9 Jun 2020 akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang akan bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020. Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan.



Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD. Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu-bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian. Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung. Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan. Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan - TEXT UCAPAN PERDANA MENTERI

Maka, lagu-lagu raya rancak berkumandang berbanding Raya Fasa PKPB.. hahaha.. Bila berita ni diumumkan, terus aku suruh Madon (laki aku lah) amik cuti sabtu. ecehh ada laki dah aku weyh.. Tengah rancak merancang nak raya ke KL dengan Mak dan adik beradik lain, sekali ibu cakap nak buat makan-makan sempena PKPP. Haa lah, makan-makan gitew. Nasib baiklah semua tak serbu. Ikut turn. hahaha

Keluarga Hj Rashid

Kena prank dengan Miqa. Miqa cakap tak dapat ikut. hahahha ateh dah sedih

Dapat jugak mak balik kampung beraya
Penatnya tu, Sampai malam lah kan sebab tak boleh ramai-ramai dalam 1 masa. Terpaksa buat dua sesi. Sesi siang untuk Hasbullah keluarga. Sesi malam untuk Rashid Keluarga. Yang kesian Madon lah esok kerja. Tapi kena basuh pinggan sebab ibu aku ni jenis tak suka pakai pinggan pakai buang.  lolz, serious penat. hahahaha

Penghujung Syawal 2020 

Akhirnya, dapatlah aku umumkan raya dah habis bila dapat beraya dengan Keluarga Adam ni. Asyik kepit gigi je tengok video anak-anak buah. akhirnya aku dapat kepit  bebetul budak budak ni, hahaha.

Tahlil ringkas

Makan makan
Family Potret
Okay dah, raya pun sudah habis.. balik ke kandang
Alhamdulillah, sambil raya sambil sambut hari ayah. Dapalah selit buat tahlil ringkas buat Hj Adam bin Marop. Thanks Allah, dapat juga kami berkumpul dengan ahli keluarga. Semoga dunia kembali sihat dan jadi luar biasa dari sebelum ni. amin.

5 TOP PHOTGRAPHER MALAY WEDDING BATU PAHAT

June 29, 2020
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), ramai bakal raja sehari dah mula untuk mencari persiapan seperti bridal, Goodies, jurugambar dan macam macam lagi. Majlis perkahwinan merupakan satu detik sekali seumur hidup yang amat ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang. Jadi, mestilah kena ambil gambar cantik-cantik bagi mengabadikan kenangan selama-lamanya.  
 
[UPDATE] Diingatkan semuula, entri ni memang tak ada yang diiktiraf dari mana-mana pihak. Tapi sekadar PERKONGSIAN PENGALAMAN aku sepanjang pencarian PHOTOGRAPHER. Sekiranya mana-mana pihak PHOTOGRAPHER lagi power dari list yang aku senaraikan ini ada yang sakit hati nama company mereka tidak disebut takkan lah salah aku pulak. Dah memang aku tak survey company yang disebut. Ini merupakan entry ikhlas tidak berbayar dari mana mana pihak.

5 TOP JURUGAMBAR DI BATU PAHAT

Di sini, khusus buat warga Batu Pahat yang sedang mencari Photographer dan Videographer, aku senaraikan 5 top jurugambar di Batu Pahat:

1. HATTA AWANG PHOTOGRAPHY


Hatta Awang Photography atau singkatan HAP adalah satu nama yang dipercayai dalam industri fotografi perkahwinan yang ada nama di Johor. Bukan tertumpu di Batu Pahat sahaja, berebut orang cari HAP dengan hasil tangan team HAP yang padu. Mempunyai rekod yang bersih dan terbukti dalam menyampaikan hasil yang terbaik untuk pelanggan. Menariknya, Hatta Awang team menyediakan photography dan Videographer (still & motion picture).

Alamat : No. 27A, Jalan Kencana 1A/22, Pura Kencana, Sri Gading, 83300 Batu Pahat, Johor
Facebook | Instagram |  📞 : 019-774 8050

2. KARYA CREATIVE


KARYA CREATIVE merupakan jurugambar perkahwinan profesional yang berpangkalan di Batu Pahat, Johor. Mereka sentiasa percaya bahawa pelanggan adalah raja yang menjanjikan untuk memberikan servis yang terbaik. Viral baru-baru ni studio raya berkonsepkan kampung di Batu Pahat

Alamat : Taman Universiti, Parit Raja 86400
Facebook | Instagram | 📞 : 010 259 7971 (Hanif)

3. MONOPIXEL PROJEXT


Dibarisi sekumpulan anak muda yang bercita-cita tinggi, masing-masing dengan bakat dinamik dan kemahiran tersendiri. Mereka dianggap sebagai pakar dalam kerja-kerja mereka untuk majlis perkahwinan, gambar potret dan kenangan video.
 
[update] ia ianya memang 5 top photographer yang mimin cari dan mimin pilih. Tapi, selepas mimin pakai khidmat dia. hasil dia sangat mimin tak puas hati. Mimin tidak diberi pilihan untuk memilih gambar yang mana letak cover page dan mana gambar nak letak frame. serious mimin tak suka. mimin akan update semula review ikhlas mimin dekat mereka. 

Facebook | Instagram | 📞 : 014 313 1502 (Amirul)


4. SHAFIQHELWI PHOTOGRAPHY


ShafiqHelwi Photographer menawarkan pelbagai pakej yang boleh dipilih pelanggan mengikut kesesuaian budeget pelanggan. 

Alamat :  no 370 parit nibong darat, 83500 Batu Pahat
Facebook | Instagram | 📞 : 019 786 2493 

5. KENANGAN STUDIO



Kami percaya bahawa setiap pasangan adalah istimewa, dengan demikian kami selalu mengatakan kepada pelanggan kami "KENANGAN ADALAH HARGA, WALAUPUN KITA BEKERJA SELAMA 1000 TAHUN" milik kita yang mewakili KENANGAN dengan cara yang unik. Untuk membuat gambar yang bermakna dan tidak dapat dilupakan, penting untuk menjadi diri sendiri, dan bukan hanya berpose untuk kamera. 

Alamat :  23A, Jalan Timah Sari, Kampung Kenangan Dato Onn, Batu Pahat, 83000 
Facebook | Instagram | 📞 019-7701469

FOOD PANTRY AYAM BRAND CSR CAMPAIGN 2020 DI JOHOR

June 26, 2020
Johor Bahru, 18 Jun 2020 – Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti.
 
 
 

Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Johor! 

 
Di Johor Bahru, Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam.
 
Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini.
 
Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni!
 

Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand

 
Nurul Alyea Binti Abd Khair Zaki, Sis Lin dan Farah turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut.
 
“Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru telah banyak membantu penduduk di sini. Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas kami bertiga. Kami ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan sardin, santan dan mackerel menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Roti Jala, Nasi Lemak Ayam Rendang, Sardin Sandwic dan Ayam Merah yang kami siapkan” jelas Sis Lin. 
 
Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas kami bertiga - Sis Lin
 
“Kami berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau.
 
Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut. 
 
pantri komuniti AyamBersamaMu bersama kanak-kanak di Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor
 
“Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Nurul Alyea, Sis Lin dan Farah menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru, Puan Fauziah Shaik Omar.
 

 
Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan. 
 
“Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau.
 
 
Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia.
 
“Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre.
 
Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.
 
Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:

KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur
PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan
TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman
KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu
PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh
PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 Penang
KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina
PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar
NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban 
JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru
SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor
SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching
SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu
 
---------------------------------------------------
 

Apa itu Ayam Brand?

Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 128 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study.
 
 
Untuk maklumat lebih lanjut mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my.

PHOTOSHOOT RAYA KONSEP RUMAH KAMPUNG DI KARYA CREATIVE, BATU PAHAT

June 11, 2020
Tahun lepas aku dapat merasa photoshoot raya bersama keluarga angkat dan sebahagian keluarga kandung aku di Karya Creative Studio di Batu Pahat, Johor. Aku ada juga buat entri pasal pre - photoshoot raya dengan zera tahun lepas PROMOSI PHOTOSHOOT RAYA SERENDAH RM60 DI BATU PAHAT BERSAMA KARYA CRETIVE sempena tahun pertama Karya Creative ada studio

shoot raya 2019

RAYA 2020 - KITA JAGA KITA


Tahun ni berbeza seperti tahun sebelumnya. Mana tidaknya, tahun ni kita tak dapat berkumpul sanak saudara dekat kampung akibat penularan wabak Covid-19 diseluruh pelusuk dunia. Tambah pula, aku pun dah berkawin dalam tempoh PKP tempoh hari boleh baca entry PENGANTIN BARU KETIKA COVID-19.

Pengantin PKP - kenangan betul
Cerita sedih ringkas, aku tak dapat jumpa mak, adik beradik dan anak buah kesayangan aku untuk raya 2020 ni sangatlah tak selesa. Macam tak lengkap pula. Berbeza pulak keluarga sebelah suami aku. Adik beradik dia semua ada. Kakak dia yang sulong pulak terperangkap PKP sebab balik kampung awal untuk persiapan majlis adik dia kahwin. Tak sangkalah tersangkut sampai beranak kat sini. Kakak dia yang kedua memang duduk kat rumah orang tua, adik adik dia pun masih belajar ada yang balik sebab kilang tak operasi. Jadi rezeki suami lah dapat berkumpul raya tahun ni.

PHOTOSHOOT RAYA BERKONSEPKAN KAMPUNG

Nak jadikan cerita, pepagi raya kedua suami cakap. Pergilah deal dengan memana photographer yang ada studio kita amik gambar keluarga hari ni. Alang-alang semua ada tahun ni. Biasa kakak balik Penang dulu. Haaa, cecepat lah aku survey mana bagus. Ada jugaklah survey dekat Hatta Awang Photography. Harga okay lah. Sekali teringat tahun lepas ada photoshoot raya dekan Karya Creative. Terus aku booked dengan Hanif. Hahaha, sebab apa aku booked terus kat Karya Creative tak tengok-tengok promo hari raya kat tempat lain? Biar gambar berbicara









Apa yang menariknya, Karya Creative menggunakan real replika. Bukan backdrop tau. Tapi team Karya Creative memaku menukul semua kayu kayu di belakang tu dengan pusing satu Batu Pahat untuk dapatkan barangan antik kesumanya tu.

HJ MAAT DAN KELUARGA BERAYA DI KARYA CREATIVE

Haa, ini lah hasil tangan tuan tanah kedaung yang amik. Hanif. Pengasas Karya Creative punya hasil. Lawakan. Macam suasana kampung betul. Nak nak tak boleh balik beraya ke kampung. Lepas juga raya di hati. Kira complete lahh rasanya. Giteww. Aku macam nak tepek je gambar kat dalam ni tapi takpe lah. aku gabungkan je untuk tontonan korang. hahaha



Ayah dan ibu Fadhil


Aku sangat recommend korang pergi photoshoot raya dengan Karya Creative. Sebab, korang akan terus dapat softcopy selepas berposing. Diorang takkan cucikan semua gambar tu. Tapi, korang boleh pilih pakej mengikut bingkai gambar tu nanti. Pilih laa yang paling lawa untuk di gantungkan di dinding rumah. Yang lain boleh print kan photobook. hehehe.

Dikesempatan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ni, aku nak ucapakan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin ye kawan-kawan. 
--------------------------------------------------------------
INFO LANJUT
TAMAN UNIVERSITI, PARIT RAJA
(Tingkat 2, tingkat atas Suria Arts)

Masa & Tarikh Studio :
10.00 Pagi - 10.00 Malam
TEMPAHAN ANDA : www.wasap.my/60102597971 (Hanif) 

JOM BERNIAGA ONLINE DENGAN PG MALL | NO.1 SHOPPING MALL ONLINE DI MALAYSIA

June 10, 2020
Hai semua, salam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yaa kawan-kawan. Bagi aku, inilah masanya untuk kita pulihkan ekonomi yang semakin gerun menjadi seperti sediakala atau lebih baik dari sebelum ni. Bila diperhatikan sepanjang penularan COVID-19 ni, kehidupan Normal Baru masih kita kekok membuatkan ianya bukan perkara yang mudah untuk kita pulihkan ekonomi, malah bukan mustahil. Masih ramai ambil pendekatan untuk duduk dirumah disebabkan malas untuk memakai topeng penutup muka (mask face), kerap cuci tangan, jaga jarak serta mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan sepanjang Norma baru ni. Tapi, tak kan lah nak berterusan macam ni. Mestilah ada nafsu nak membeli belah barang keperluan dan barang kehendak. Zaman sekarang mudah, semua hujung jari. 



Walaupun kerajaan sudah longgarkan sedikit demi sedikit membenarkan peniaga beroperasi, pastinya masih ada perasaan risau tu. Manakan tidak, di luar terdapat ramai orang yang tidak dikenali latarbelakang mereka beratur bersama di shopping mall. Macam-macam boleh berlaku. Mujurlah ada platform shopping online di Malaysia ni termasuklah PG Mall.

APA ITU PG MALL?


Ditubuhkan pada tahun 2017, PG Mall merupakan salah satu cabang perniagaan atas talian (E-Commerce) yang menyediakan platform terbaik No.1 di Malaysia yang menggunakan ConsuMerchant Concept. Tambahan lagi, berdasarkan laporan yang dinyatakan oleh iprince insight, PG Mall merupakan salah satu dari TOP 3 laman web marketplace yang paling banyak dikunjungi di Malaysia.
Pelbagai barang yang dijual di platfrom PG Mall ini dari barangan keperluan harian, barangan dapur, elektronik dan banyak lagi. Senarai barangan yang dijual di sini tiada penghujungnya dan terlalu banyak. PG Mall boleh diakses melalui laman web http://pgmall.my ataupun melalui aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun melalui App Store atau Google Play.

Kelebihan PG Mall


1. Shopping Online No.1 Malaysia


Kekuatan PG Mall sebagai laman web eCommerce tempatan yang masih diperingkat awal ditubuhkan berada di pangkalan pelanggan yang mempunyai lebih 1,000,000 pelanggan (masih berkembang) di seluruh Asia Tenggara (SEA).

2. Sistem Pembayaran e-wallet


Mudahnya shopping di PG Mall bila PG Mall juga mempunya sistem e-wallet (Sistem pembayaran online) bagi memudahkan pembeli untuk membayar secara atas talian dengan mudah. Antara e-wallet partners yang terlibat dalam sistem pembayaran PG Mall adalah Maybank QRPay, TOuchnGo e-Wallet, Boost, GrabPay, Alipay dan banyak lagi. Secara tak langsung, banyak kaedah pembayaran di PG Mall ini akan lebih tarik ramai lagi pelanggan  untuk shopping di PG Mall pasti tidak akan kecewakan para pelanggan.

3. Kekuatan kumpulan Menyokong

Seperti platform lain, PG Mall juga mempunyai kelompok penyokong yang kuat dalam mempromosikan peniaga di PG Mall ke rangkaian dan media sosial mereka tentang pengalaman membeli-belah. Selain itu, PG Mall mempunyai pasukan MIS dalaman yang cukup kuat yang membolehkan peniaga-peniaga melakukan kempen dan bergabung menghasilkan idea yang kreatif bagi mempromosikan kedai online mereka di PG Mall.

4. Tarik lebih 10,000 peniaga
Untuk tahun ini, PG Mall mensasarkan sekurang-kurangnya 10,000 peniaga untuk turut serta menjadi peniaga di PG Mall

5. Tiada sebarang pembayaran pendaftaran

Tiada sebarang bayaran pendaftaran dikenakan untuk sesiapa sahaja yang turut serta sebagai penjual di PG Mall. Tetapi akan dikenakan bayaran transaksi 5% termasuk bayaran gateway pembayaran.

6. Kempen Kretif Istimewa


Peniaga akan dibantu dengan kempen yang kretif dan istimewa dengan kerjasama dari e-wallets dan bank yang berbeza-beza setiap bulan yang akan menarik lebih ramai pelanggan untuk shopping di PG Mall.

7. Rakan Kongsi PG Mall



PG Mall diintegrasikan dengan SelluSeller, EasyStore, iStoreiSend, urStore, tresGo, Etailer Gateway, Red Dino dan banyak lagi. PG Mall mengalu-alukan semua penjual yang menggunakan perkhidmatan ini untuk menaiki PG Mall. Jangan risau tentang penghantaran. PG Mall bekerjasama dengan POS Laju, Skynet, Gdex, JnT express, abx express, DHL, easy parcel dan lain-lain

------------------------------------------------

Jom jadi seller PG Mall sekarang! Majukan perniagaan anda.
Register sebagai seller di https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=244 sekarang!

To keep in touch with PG Mall boleh visit
Website: www.pgmall.my
Instagram: PGMall.my

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Sellnow #Goecommerce #joinusnow #Sellonline #sellonpgmall 
Powered by Blogger.
Back to Top