SUASANA COV-EID BUAT KELUARGA ADAM


Hai semua, kali ni aku nak cerita pengalaman raya buat keluarga Adam. Sebab keluarga Maat dan keluarga Sallehuddin raya cambiasa cuma terhad je pergerakan. Jaranglah aku nak bercerita berkaitan dengan syawal kalau tak betul betul yang kelainan dari tahun-tahun lain. Mahu taknya, aku nak ingat moment atau melayunya kata kenangan raya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. 


Dia jadi janggal tau, bila mana kau setiap tahun walaupun tak pagi-pagi syawal bersama dengan mak, tiber jee kena raya bukan setakat adik beradik je tak bali raya malah emak pun tak balik raya jugak. 

SYAWAL FASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), selama empat minggu lagi, iaitu sehingga 9 Jun, 2020. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya berkata keputusan itu dilakukan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerana usaha memerangi Covid-19 masih belum berjaya sepenuhnya.




Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata aktiviti menziarahi jiran dan keluarga yang berada dalam negeri yang sama dibenarkan, dengan syarat mereka kekal mematuhi disiplin sosial dalam normal baharu dan tidak berhimpun melebihi 20 orang pada satu masa.

Maka, seronoklah kakak-kakak, ipar-ipar, adik-adik dan anak buah sekalian beraya bersama dengan mak,  walaupun sepatutnya giliran raya tahun ni bukan dengan mak. hikhikhik. sape tak suka. Maka, dengan saranan kerajaan duduk rumah dan video call raya dengan diorang. tak dapat serentak nak videocall atas sebab huru hara diorang uruskan anak masing-masing.

RAYA FASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Bila kerajaan umumkan PKPB yang akan berakhir pada 9 Jun 2020 akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang akan bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020. Dalam tempoh PKPP ini, lebih banyak kelonggaran diberikan untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan.



Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD. Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu-bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian. Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung. Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan. Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan - TEXT UCAPAN PERDANA MENTERI

Maka, lagu-lagu raya rancak berkumandang berbanding Raya Fasa PKPB.. hahaha.. Bila berita ni diumumkan, terus aku suruh Madon (laki aku lah) amik cuti sabtu. ecehh ada laki dah aku weyh.. Tengah rancak merancang nak raya ke KL dengan Mak dan adik beradik lain, sekali ibu cakap nak buat makan-makan sempena PKPP. Haa lah, makan-makan gitew. Nasib baiklah semua tak serbu. Ikut turn. hahaha

Keluarga Hj Rashid

Kena prank dengan Miqa. Miqa cakap tak dapat ikut. hahahha ateh dah sedih

Dapat jugak mak balik kampung beraya
Penatnya tu, Sampai malam lah kan sebab tak boleh ramai-ramai dalam 1 masa. Terpaksa buat dua sesi. Sesi siang untuk Hasbullah keluarga. Sesi malam untuk Rashid Keluarga. Yang kesian Madon lah esok kerja. Tapi kena basuh pinggan sebab ibu aku ni jenis tak suka pakai pinggan pakai buang.  lolz, serious penat. hahahaha

Penghujung Syawal 2020 

Akhirnya, dapatlah aku umumkan raya dah habis bila dapat beraya dengan Keluarga Adam ni. Asyik kepit gigi je tengok video anak-anak buah. akhirnya aku dapat kepit  bebetul budak budak ni, hahaha.

Tahlil ringkas

Makan makan
Family Potret
Okay dah, raya pun sudah habis.. balik ke kandang
Alhamdulillah, sambil raya sambil sambut hari ayah. Dapalah selit buat tahlil ringkas buat Hj Adam bin Marop. Thanks Allah, dapat juga kami berkumpul dengan ahli keluarga. Semoga dunia kembali sihat dan jadi luar biasa dari sebelum ni. amin.

2 Comments