BUAT RAWATAN CARBON SNOW DI MBH MEDISPA BATU PAHAT

September 8, 2022
Hai korang, Lepas bersalinkan si Fayyadh bulan 12 tahun lepas haritu, Mimin memang belum lagi belai belai muka ni. Jadinya memang ke spa lah jawapannya. Sape tak nak muka cantik.. Semua orang impikan kulit yang cantik, cerah dan sempurna. Kadang kala kita dah beri dah sepenuh perhatian, jaga kulit kita dengan baik, habiskan duit sampai beratus atau beribu ringgit untuk bermacam macam skin care untuk perbaiki masalah kulit kita. Tetapi masih tak menjadi. Skincare pulak kena try and error, bila kita tersalah cuba tulah akan mendatangkan keburukkan pada kulit kita seperti berjerawat, kusam, berminyak, kering dan pori menjadi besar. Selain itu, kita pun tak jaga pemakanan serta kebersihan wajah dan alat solek kita. Sebab itulah muka boleh jadi break out kan..

MBH MEDISPA BATU PAHAT

Jumaat lepas Mimin dapat escape sekejap daripada Fayyadh untuk me time dekat spa di Batu Pahat. Sape tak kenal MBH Medispa kan. Nasib baiklah dekat Batu Pahat ada cawangannya. Tak perlu dah nak travel jauh semata nak buat treatment  kan. Mimin tak tahu nak buat rawatan apa masa dah sampai dekat MBH Medispa tu. Korang pun jangan risau sekiranya tak pasti nak buat rawatan apa. Di MBH Medispa, mereka ada konsultan yang akan mengkaji dulu masalah kulit kita dan rawatan apa yang sesuai dengan kita. 



Sewaktu konsultasi ni lah, korang akan diberitahu jenis kulit, masalah dan rawatan yang sesuai untuk kulit korang. Kalau fara, kulit fara jenis combination skin, ada permukaan berminyak ada juga yang kering. Kawasan paling berminyak ialah dekat kawasan T zone. Kawasan tu memang senang cik jerawat nak tumbuh tau. Tak dapat nak dielakkan yang tu. Apabila dah dapat tau apa masalah kulit kita, barulah kita boleh berbincang berkenaan rawatan yang sesuai untuk kita. Jadinya, pihak MBH Medispa mencadangkan rawatan Carbon Snow untuk jenis kulit muka Mimin yang agak kering dan mempunyai white head dan nak elakkan daripada black head.

APA ITU CARBON SNOW TREATMENT?




Rawatan ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit yang berminyak, kusam dan mempunyai pori-pori besar. Rawatan ni very recommended untuk lelaki sebab kebanyakkan lelaki tesktur kulit mereka berminyak dan pori mereka lebih besar daripada perempuan. MBH spa ni bukan saja untuk perempuan ya, lelaki pun boleh buat rawatan di sini. Siapa sangka, model dekat pamplet tu kawan sekolah rendah Mimin. Herlok haa lepas buat Carbon Snow Treatment ni.

KELEBIHAN CARBON SNOW TREATMENT

  • Merawat kulit kusam
  • Merawat kulit berminyak
  • Merangsang pengeluaran kolagen dalam kulit
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan
  • Membaiki tekstur kulit
  • Mengecilkan dan mengetatkan pori-pori kasar
  • Memberikan kesan pencerahan dengan segera tanpa "downtime"
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam, bintik putih dan noda pada kulit

PROSEDUR RAWATAN CARBON SNOW



Pada awalnya, wajah akan dicuci dulu dengan MBH Facial Cleanser. Selepas dicuci bersih, beautician akan sapukan skrub sambil massage wajah kita. Bab massage ni memang seronok betul.. terasa sampai nak tertidur dibuatnya.



Seterusnya, mereka akan menggunakan steamer ini sebagai fungsi untuk liang pori di muka kita terbuka Bagi memudahkan mereka nak keluarkan segala jerawat, whitehead dan blackhead yang ada di muka kita ini. Korang akan rasa panas di muka. Ye lah, steamer tu hala tepat ke muka kita. 



Setelah selesai proses steamer muka, tiba masa untuk keluarkan semua jerawat, blackhead, dan whitehead dari muka kita. Dekat Mimin, mereka menggunakan vakum khas untuk keluarkan whitehead dulu barulah mereka akan keluarkan secara manual. Mereka kata, Vakum khas itu hanya dapat keluarkan yang tak degil je, yang degil-degil masih perlu dikeluarkan secara manual. 



Masa rawatan ini bergantung kepada sesi mengeluarkan whitehead blackhead dan jerawat. Kalau banyak, akan ambil masa yang panjang. Macam mimin haritu hanya 45 minit plus minus macam tu. sekejap tapi lega sebab muka mimin tak banyak whitehead, blackhead dan jerawat. 


Selesai menghilangkan segala kotoran degil di muka, barulah muka akan terasa ringan bersih dan selesa. Lepastu, seluruh muka kita akan disapukan dengan karbon dengan rata. Lepas dah sapu rata carbon tu, mereka akan tembak dengan laser. weyh bunyi laser Mimin seram woo. Nasib baik tak sakit. Rasa sakit pun tak. Cuma geli-geli je rasa dia. Ada juga baru terbakar macam tu.


Setelah selesai Carbon Laser tadi, mereka akan bersihkan muka sekali lagi dan mereka akan sapukan toner dan serum. Semasa waktu mereka sapu serum tu, syok betul. 


MBH Medispa mempunyai alatan yang canggih untuk ratakan serum terus meresap ke dalam kulit. Macam release kan muka kita selepas muka kita kena laser tadi tu kan.


Selepas itu, tibalah masa untuk nak merasa rawatan Photon LED. Rawatan ini ialah teknologi baru yang menggunakan kekuatan foton untuk merawat kulit, memindahkan tenaga kepada sel dan mempercepat penjanaan protein kolagen di peringkat sel. Hasilnya, kulit menjadi lebih anjal dan kesan ‘sunburn’ serta tompok-tompok hitam akan berkurangan.

Ketika rawatan ni korang cuma perlu rehatkan minda dan tenangkan fikiran ja. Relax ja. Selepas selesai rawatan photon LED ni, muka korang akan di urut sekali lagi dan lagi sambil sapukan soothing lotion dan sunblock. 

FEEDBACK RAWATAN CARBON SNOW DI MBH MEDISPA


Okay. sejujurnya mimin tak boleh nak cakap banyak sebab ini merupakan rawatan pertama. Sepatutnya ada beberapa rawatan yang perlu di buat untuk mendapatkan hasil yang dikatakan. Tapi! memang ada banyak perubahan positif walaupun ini merupakan rawatan pertama dan tak pasti ada tak rawatan kedua dan selanjutnya, hehehe

Muka yang sebelum ni kusam dan kering. Selepas terima rawatan Carbon Snow memang kulit rasa segar, bersih, lembut dan cerah. whitehead dan blackhead di hidung tu pun dah tak ada. Tapi bukan hilang terus tau. Pori muka Mimin yang terbuka dihidung juga sudah mengecil. Sangat berpuas hati. Layanan staf-staf MBH Medispa Batu Pahat pun semua tip top, mesra dan menyenangkan. Terima Kasih Team Medispa !

Carbon Snow Treatment ini memang mimin cadangkan untuk sesiapa yang terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan penghawa dingin yang menyebabkan kulit wajah kelihatan kusam dan terbakar. Kalau buat rawatan ini muka akan tenang dan hasilnya korang akan rasa sendiri selepas menerima rawatan ini,

------------------------------------------------------
INFO LANJUT

MBH MEDISPA BATU PAHAT
NO. 12, Jalan Flora Utama 8, Taman Flora Utama, 83000 Batu Pahat, Johor

PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FTA)

August 1, 2022
Hai korang, ramai rupanya macam mimin masih tak faham selok belok dunia perdagangan. Harap entry apa itu import, eksport & entrepot sedikit sebanyak dapat faham kan korang. Okay, alang-alang Mimin nak handover kerja ni. Mimin kena terangkan kerja mimin kat orang baru, terdetik nak simpan sini untuk akan datang atau kongsi ilmu dengan korang juga berkaitan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) 

APA ITU PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FTA)?


 
Perjanjian Perdagangan Bebas atau Free Trade Agreement (FTA) alah perjanjian antara dia atau lebih negara, di mana negara yang terlibat diberi akses keutamaan dalam pasaran. setiap negara rakan DTA menawarkan insentif atau kelonggaran kepada satu sama lain bagi tujuan perdagangan, pelaburan, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan perdagangan serta kerjasama ekonomi.

KEPENTINGAN FTA

  • Dapat akses kepada pasaran yang lebih besar
  • memudahkan dan menggalakkan perdagangan, pelaburan dan merangsang kerjasama ekonomi
  • meningkatkan daya saing pengeksport Malaysia
  • Membangunkan keupayaan industri tempatan melalui kerjasama teknikal

PERJANJIAN FTA

  • Kemudahan perdagangan
  • pelaburan
  • perlindungan harta intelek
  • polisi persaingan perdaganan
  • kerjasama ekonomi yang berkaitan.

 

FTA membolehkan pengeksport Malaysia mendapat layanan istimewa dan akses kepada pasaran yang lebih besar. Pengeksport Malaysia juga akan menikmati penjimatan kos daripada penghapusan atau pengurangan duti kastam serta memudahkan urusan perdagangan dengan liberaslisasi syarat-syarat prosedur kastam yang ketat.

Bagi sektor perkhidmatan pula, FTA menyediakan akses pasaran yang lebih baik untuk pelbagai sektor perkhidmatan komersial dan profesional dari Malaysia. FTA turut memudahkan para pelabur Malaysia untuk melabur di negara rakan FTA.

--------------------------------------------------------------------

harap korang faham asas Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ni. Next entry mimin nak sembang keistimewaan syarikat yang menikmati FTA ni okay. stay tuned !

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR LANCARKAN KEMPEN BULAN TAKSIR ZAKAT - TAKSIR DAN MENANG HADIAH

July 24, 2022

Assalamualaikum dan harap yang tengah baca ni dalam keadaan sihat sejahtera. Korang pernah dengar tak program Bulan Taksir Zakat dari Lembaga Zakat Selangor? Okay jujur Mimin cakap ini merupakan kali pertama Mimin dengar. Jadi Mimin pun tanya lah Ustaz Google berkaitan BTZ ni. BTZ tau bukan BTS k-pop tu. 

Lembaga Zakat

BULAN TAKSIR ZAKAT ITU APA?

Takzir zakat bermaksud mengira anggaran zakat yang perlu dibayar. Zakat Fitrah lebih mudah dikira kerana mengikut harga beras yang dimakan dan diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu dan boleh dibayar pada bulan Ramadhan sehingga pagi 1 Syawal sebelum melaksanakan Solat Sunat Aidil Fitri.

Zakat Harta pula ialah zakat yang dikenakan ke atas harta-harta tertentu dan boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.

lembaga zakat selangor


Umat Islam di Malaysia diseru memahami lebih jelas tentang kewajiban menunaikan zakat dan mengetahui sendiri kaedah taksiran bagi mengira sendiri jumlah yang perlu dibayar. Dengan adanya Bulan Taksir Zakat, Pembayar zakat kini boleh mengenalpasti jumlah bayaran yang perlu ditunaikan sendiri menerusi laman sesawang jom.zakatselangor.com,my bagi mengenalpasti jumlah bayaran yang perlu ditunaikan.

Kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ) ini sebagai usaha untuk membantu pembayar zakat memahami kaedah dan membuat taksiran dengan lebih tepat. Taksiran zakat tersebut bukan terhad kepada zakat harta tetapi zakat-zakat lain juga.  

BILA KEMPEN TAKSIR ZAKAT BERMULA ?

Kempen BTZ telah pun bermula pada 15 Jun sehingga 31 Julai 2022. Amboi dah nak tamat dah rupanya. Harap artikal ni dapat lah tolong korang cepat-cepat sertai kempen BTZ ni sebelum tamat tempoh. Dengan tagline "Sempurnakan Zakatmu" secara tidak langsung kempen ini juga dapat mendidik masyarakat supaya mengetahui jumlah sebenar zakat yang ditunaikan.

 

lembaga zakat selangor

LZS wujudkan kempen bulan taksir zakat merupakan salah satu inisiatif untuk membudayakan taksiran zakat pada setiap bulan Jun sebagai amalan tahunan dalam kalangan masyarakat agat bertanggungjawab atas zakat dan tidak dilupakan seiring dengan jumlah harta yang dimiliki supaya ibadah tersebut dapat dilaksanakan lebih sempurna.

CARA TAKSIR ZAKAT

 

Okay, kat sini lepas rujuk dengan ustaz google.. hehehe. tak lah, mestilah Mimin rujuk terus dekat laman sesawang Zakat Selangor cara taksir zakat. Jangan risau, Mimin tak suruh korang cari sendiri, lepas korang baca entry Mimin kali ni. Korang boleh terus semak dekat laman web Lembaga Zakat Selangor sahih ke tidak. haaa

CARA PERTAMA

 

Bagi korang yang bersemangat nak tahu dan tak faham macam mana nak kira. Faham ! Mimin pun tak faham pun. Tapi.. LZS ada menyediakan Khidmat Taksir Zakat secara bersemuka. Tapi kenalah buat temujanji dahulu di https://www.zakatselangor.com.my/khidmat-taksir-zakat/. Okay ini sembang untuk orang yang ada masa nak walk-in ke LZS kan. Habis yang sentiasa sibuk kejar duniawi macam Mimin macam mana ?

CARA KEDUA

 

Okay, untuk korang yang tak ada masa nak bersemuka ke LZS untuk buat taksiran zakat dan kalau boleh nak buat taksiran sendiri serta mahu buat pembayaran secara atas talian (online), korang boleh masuk ke bahagian Zakat Pendapatan. Kemudian, pilih mana-mana zakat yang hendak ditaksir. Contohnya Zakat Pendapatan, Zakat Simpanan Zakat Emas atau lain-lain Zakat.

CARA KETIGA 

Selain laman web LZS, LZS juga ada sediakan kemudahan aplikasi yang boleh korang muat turun aplikasi Zakat Selangor di Apps Store atau Play Store di telefon bimbit korang. Bagi Mimin, lagi mudah kalau korang muat turun aplikasi tersebut untuk Tafsir Zakat.


Langkah 1 - Muat turun aplikasi Zakat Selangor di telefon bimbit. 

Langkah 2 - Daftar atau log masuk. Log Masuk dengan menggunakan sistem Elektronik Zakat Online (EZO). Kalau korang belum daftar lagi, boleh daftar dulu di https://ezo.zakatselangor.com.my/daftar.asp

Langkah 3 - Pilih menu 'Taksir' dan lengkapkan semua maklumat.


Langkah 4 - Pilih Jenis Zakat yang hendak di tafsir. okay dalam entry ini kita tengok cara nak taksir Zakat Pendapatan.

Langkah 5 - Lengkapkan semua maklumat dan kemudian tekan 'Taksir Zakat' dan 'Jumlah Zakat Setahun' dan akan dipaparkan


Langkah 6 - Tekan 'Simpan Taksir Zakat' untuk buat rujukan masa nak buat pembayaran. Bila-bila masa boleh rujuk semula rekod taksiran korang. 

Pembayaran zakat secara atas talian juga boleh dibuat menerusi aplikasi Zakat Selangor yang sudah korang muat turun tadi.

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR KOMITED AGIH ZAKAT 

Lembaga Zakat Selangor semestinya pengeluar zakat ingi mengetahui bagaimana hasil zakat yang mereka kutip dan akan diagihkan. Sepanjang tahun 2021, pengeluar zakat di Selangor telah mengeluarkan zakat sebanyak RM993 juta dan sejumlah RM922 juta telah diagihkan kepada mereka yang layan untuk menerima zakat.

 

Bagi tahun 2022, kutipan zakat dari bulan Januari sehingga April 2022 ialah RM 354,912,888 dan telah dibuat agihan untuk tempoh empat bulan ialah RM 313,931,706. Pelbagai bantuan telah diberikan termasuklah bantuan kepada mangsa banjir, bantuan Ramdan dan Syawal serta bantuan pendidikan. Ini merupakan pengeluar zakat mahukan. Lebih banak zakat terkumpul dan semakin banyak jugalah agihan bantuan dapat dihulurkan.

Korang juga boleh dapatkan info dan laporan aktiviti zakat Selangor di https://www.zakatselangor.com.my/informasi/laporan-aktiviti-zakat/ . LZS juga sentiasa berkongsi kisah aktiviti agihan zakat di Instagram dan juga di Facebook mereka. Mimin ada juga scroll sosial media LZS, Membaca kisah-kisah yang LZS kongsikan sedikit sebanyak sebak betul hati ni. Rupanya ramai lagi yang susah dekat luar sana. Secara tak langsung juga buat kita lebih peka kepada masyarakat keliling. 

Alhamdulillah, terima kasih dan syabas buat mereka yang sudah membuat pembayaran zakat di Lembaga Zakat Selangor. Disebabkan zakat korang, LZS dapat turun padang untuk menyantuni ramai asnaf di Selangor. 

Jom Taksir Zakat Dan Menang Hadiah

Sempena kempen Jom Taksir Zakat, Sempurnakan Zakatmu yang bermula pada 15 Jun 2022 sehingga 31 Julai 2022, mana-mana pengeluar zakat yang memuat turun aplikasi Zakat Selangor dan membuat taksiran zakat dan seterusnya membuat pembayaran zakat berpeluang untuk menyertai peraduan Jom Taksir Zakat dan memenangi pelbagai hadiah yang menarik.

TAKSIR ZAKAT & TEBUS VOUCHER KFC

 

Haa, cara mudah untuk buat penebusan voucher KFC, korang hanya perlu layari http://jomzakatselangor.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih Zakat Selangor di Play Store atau Apps Store. Daftar dan log masuk. Kemudian gunakan fungsi "Taksir" dan buat taksiran mengikut jenis taksiran dan "simpan taksir zakat". Jangan lupa tangkap layar sebagai bukti taksiran dan tebus voucher di cawangan LZS berdekatan

TAKSIR, BAYAR ZAKAT DAN MENANGI HADIAH MENARIK

Korang boleh berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik sekiranya membuat bayaran zakat. Pemenang akan dipilih melalui sistem cabutan berkomputer dan akan diaudit oleh juruaudit LZS.
 

Hadiah Utama - Yamaha Lagenda 115Z FI
Hadiah Kedua - Nintendo Switch OLED
Hadiah Ketiga - Smart Watch Garmin
10 Hadiah Saguhati - Galaxy Tab A8

Menarik betul hadiah korang bakal terima bila korang buat pembayaran zakat-zakat korang tu. Tak rugi pun bayar zakat di LZS ni. Mana tahu selepas korang dah keluarkan zakat, ada rezeki buat korang untuk menang hadiah pula kan. Kalau Mimin tempat ketiga dah okay sangat tu. hahahaha
 
 
Berikut syarat-syarat kelayakan dan lain-lain info yang boleh korang baca sendiri. Bukan mudah nak menang dan bukan mudah ye nak keluarkan budget hadiah-hadiah menarik ni. sebab tu susah sikit syaratnya. Semoga berjaya dan terima kasih sudah membuat pembayaran zakat-zakat anda.
 
----------------------------------------------
INFO LANJUT
Telefon : 1-300-88-4343  

NOURA AL TAQAQA BUAT PERSEMBAHAN NYANYIAN DI MAJLIS PERKAHWINAN JIN

July 17, 2022

Baru tadi Mimin tengok Youtube dari Kerul Series. Banyak video informasi dari channerl KS ni sangat berguna info nya. Dari berita terkini, ke mistik ke sejarah. Mimin tertarik nak mengulas berkaitan dengan cerita berkaitan denganNoura Al Taqaqa merupakan penyanyi popular 90-an dari seorang penyanyi dari Kuwait. Cerita ni tak terkenal jadi memang tak banyak influencer dari Malaysia yang ceritakan pasal dia.

NOURA AL TAQAQA PENYANYI TERKENAL 90-AN

Noura Al-Taqaqa seorang penyanyi terkenal sekitar tahun 90-an, dia bukan penyanyi mainstream macam artis tetapi dia ini penyanyi untuk majlis kahwin, namun namanya sangat terkenal pada waktu itu setaraf dengan artis-artis mainstream.

 

 

Noura ada band dia sendiri, dia membawakan lagu-lagi klasik, undangan majlis perkahwinan yang dia terima biasanya bukan calang-calang orang. Kalau di Malaysia macam Dato’ Tan Sri.. haa kalau kat Malaysia macam Aqmal Daniel yang hanya hadir di majlis perkahwinan atau majlis-majlis dari kalangan VVIP je.

Nama Noura Al Taqaqa ini semakin hari semakin terkenal, nama makin melonjak dan tiba-tiba Noura Al Taqaqa ni menyepi macam tu je. Rasanya dah cukup serba sedikit pasal Noura ni, pada tahun 90-an itu boleh dikatakan waktu kemuncak namanya tengah naik, dia menerima banyak undangan daripada orang-orang kenamaan. Tiba-tiba namanya diam begitu sahaja, segala tempahan dia batalkan, Noura pulangkan semua wang deposit dan tiada lagi kelibatnya dalam bidang nyanyian itu. 

 



Pihak media yang cuba menghubunginya pun tak dapat, sampailah ada seorang wartawan ini berjaya menemuramah dia. 

Menurut sumber, ketika wartawan itu sampai ke rumah Noura, dia ada terbau kemenyan apabila melangkah masuk, pembantu membawa wartawan itu ke pejabat Noura yang sudah bersedia untuk ditemubual.

Bila dah sampai di pejabat Noura, wartawan itu terkejut melihat keadaan Noura, kalau diperhatikan dalam gambar di atas, Noura seorang yang berisi, tapi bila jumpa dia nampak begitu susut, malah dinding dirumahnya juga dipenuhi dengan ayat-ayat suci al-Quran.

Ketika mahu di temuduga, Noura memesan wartawan tersebut untuk tidak menokok tambah ceritanya.

DAPAT PANGGILAN TEMPAHAN DARIPADA WANITA TUA

Dari sini bermula lah kisahnya, suatu hari Noura mendapat panggilan daripada seorang wanita tua yang memerlukan perkhidmatan Noura pada malam itu juga. Pada mulanya Noura enggan menerimanya kerana Noura dan rakan-rakan kugirannya tengah cuti.

Bagaimanapun, wanita itu merayu kepadanya untuk melakukan persembahan kerana anaknya begitu minat dengan Noura, bersimpati dengan rayuan wanita itu, Noura tanpa fikir panjang minta alamat rumah wanita tersebut. Biarpun jauh dari sudut hati Noura rasa macam tak sedap hati, tapi Noura lawan rasa itu. 

 


Nyanyi dekat majlis paling besar mereka pernah pergi


Majlis bermula pada pukul 10 malam dan mereka sampai awal, bila dah sampai mengikut alamat yang diberikan, sungguh tak diduga apabila mendapati bahawa rumah itu adalah sebuah rumah agam yang sangat besar. Dia disambut oleh seorang lelaki yang dikatakan bapa kepada pengantin sebelum dibawa ke sebuah bilik khas untuk mereka berehat dan bersiap.

Selepas itu, dia didatangi oleh seorang wanita tua dan ia adalah ibu kepada pengantin yang buat panggilan itu, hati Noura jadi semakin tak sedap apabila melihat rupa ibu pengantin yang begitu pucat dan ketika salam, kulitnya begitu keras macam batu.

 

sumber google

Salah seorang ahli kumpulan, Sham yang juga merupakan rakan kepada Noura berbisik kepada Noura dengan mengatakan dia tak sedap hati selepas ibu pengantin keluar. Ini kerana sewaktu ‘orang lain’ masuk ke biliknya suasana akan menjadi sangat panas.

Mula kena kacau

Selesai bahagian pertama persembahan, mereka semua berehat di bilik yang disediakan, namun, disebabkan Noura terlalu letih dan mula rasa pening-pening dia cuba naik ke tingkat 2, disitu suasana sangatlah sunyi, tapi Noura fikir hanya nak cari bilik lain untuk tumpang berehat.
 
 
sumber google

 
Dia ternampak satu bilik yang pintunya tak rapat, Noura tanpa fikir panjang hanya masuk dan melihat dalam bilik itu semua menggunakan barang-barang lama, Noura yang keletihan masa itu hanya baring dan tertidur. Semasa tidur, dia dalam mimpi diganggu orang lembaga pelik, ada lembaga yang memakai seperti pengantin wanita itu menghampiri dan menjerit, Noura yang terkejut tiba-tiba tersedar dan melihat pintu tiba-tiba tertutup. Noura cuba lari tapi pintu susah nak dibuka, tiba-tiba dia perasan seperti ada ‘seseorang’ dibelakangnya. Nak dipendekkan cerita dia berjaya melarikan diri. 
 
Selepas dia berjaya keluar bilik, dia ternampak kelibat kanak-kanak berlari naik ke tingkat 3, Noura yang ada perasan ingin tahu cuba ikut dan terkejut melihat keadaaan usang macam rumah terbiar. Sesampai di bilik tersebut dia melihat Sham tengah menangis teresak-esak dia menceritakan bahawa dia tadi ada mencari Noura di tingkat 2 tetapi dia diganggu oleh satu jelmaan.
 

Kemuncak, mula perasan ada wanita muka manusia kaki kambing


Noura cuba memujuk Sham yang dalam ketakutan supaya bertahan kerana dia turut rasa perkara yang sama dan meminta semua ahli kuatkan semangat untuk teruskan nyanyian. Di sini adalah waktu paling mencabar, mereka pelik apabila melihat keadaan jadi semakin meriah, semakin lewat malam, semakin ramai tetamu, malah riak wajah tetamu yang hadir juga sangat bengis.

Rasa takut makin membara apabila mereka ketahui bahawa mereka bukan berada di majlis manusia apabila melihat salah seorang tetamu wanita yang sedang khusyuk menari itu terselak kainnya dan medapati dia berkaki kambing dan berbulu lebat.

Nyanyian Noura disambut dengan suara tetamu yang sangat kurang enak di dengar, sampai ke satu tahap, suara Noura tenggelam, bila mereka berhentikan muzik, tepukan gemuruh tetamu seperti di konsert dan semua tetamu memberikan renungan bengis kerana mahukan Noura nyanyi lagi. Mereka yang semakin berkurangan tenaga terpaksa mainkan kerana ketakutan dan nyanyian Noura juga makin sumbang kerana dah keletihan, Sham pula sudah mula pengsan namun Noura dan band dia teruskan bermain muzik.

Tetamu semakin ramai, ketika mereka cuba ambil masa rehat tak sampai 5 minit, Sham yang tersedar setelah dikejutkan merayu untuk pulang namun Noura bercakap dengan semua ahli untuk teruskan bermain untuk selamat atau bimbang jika mereka terperangkap ke alam jin dan tak boleh pulang.
 
SUMBER GOOGLE

Untuk Sham, Noura meminta dia tunduk sahaja sepanjang masa dan tak perlu buat apa-apa. Namun ketika mereka sambung, tetamu dah mula berkerumun mengelilingi mereka ketika sedang mainkan muzik, kesemua ahli termasuk Noura hanya tunduk ke bawah kerana terlalu takut.

Namun ketika mereka rancak menari sambil menyanyi, tiba-tiba berhenti begitu sahaja, sambil memberikan pandangan bengis kepada Noura dan rakan-rakan. Sedikit demi sedikit mereka berlalu pergi kerana, azan subuh mula berkumandang, mereka terus bergegas lari dan bila keluar, mereka mendapati keadaan rumah itu tak sama macam mereka nampak masa baru sampai, buruk usang dan menyeramkan.

Mereka didatangi oleh seorang individu dan dalam ketakutan menunjukkan rumah tersebut, individu itu hantar pulang dan ketika dalam perjalanan semua tekad untuk berhenti daripada melakukan ‘kerja’ ini. 

--------------------------------------------------
 


Wahh ! seram bukan. Kau menyanyi depan manusia pun dah mengigil apatah lagi menyanyi depan jin yang banyak lebih daripada 100 tetamu yang hadir. Korang boleh dengar video Kerul Series ni. Kalau malas nak baca entry aku. hahahah

AQIQAH FAYYADH AFFAN - PART 2

July 16, 2022
Ini kisah Majlis Aqiqah kesinambungan dari kisah Aqiqah Fayyadh Affan part 1 kenapa sampai ada dua bahagian ? Jika anak itu lelaki, disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing dan tak ada dalil mengatakan nak tumbang kambing asing-asing tu salah.
 
Selain kambing, binatang sembelihan lain juga boleh diaqiqahkan seperti lembu, kerbau, kibas atau unta mengikut syarat yang telah ditetapkan bagi sembelihan.

HUKUM AQIQAH & SUNAT AQIQAH

 
Secara umumnya hukum aqiqah adalah Sunat Makkad (Sunat yang sangat digalakkan bagi yang berkemampuan)
 
SYARAT AQIQAH
 
Berikut adalah antara syarat asas dalam aqiqah. 
  • Berniat aqiqah ketika menyembelih. 
  • Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

 

Selain syarat di atas, ada beberapa perkara sunat yang turut dianjurkan. Antaranya: 

  • Berdoa semasa hendak menyembelih: بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ … (sebut nama anak)

    Maksudnya: “Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini aqiqah…”.
  • Menyembelih ketika matahari sedang naik.
  • Daging aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
  • Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
  • Menyedekahkan daging aqiqah kepada fakir miskin.
  • Memasak daging aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu. 

AQIQAH FAYYADH AFFAN 1 BAHAGIAN LAGI SEBELAH NENDA 

Haa, tapi majlisnya ada banyak nama yang diraikan. Aqiqah Zahirah Umairah, Aqiqah Khasyifa Nafeeya , Aqiqah Fayyadh Affan, Sambut menantu Mimin dan sambut menantu Syila. hahahha lumpsum punya majlis. 

 

thanks semua hadir

nampak tak nama nama tu

Tak cukup! tak lengkap! atam mana atam

yang diraikan

Fayyadh bonda

keluarga kecilku <3

 

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Cuma sangkut dekat bahagian Goodies. 3 kali restock goodies dan makanan yan dijamukan cukup-cukup. Wah! nebes betul takut orang tak dapat makan. terima kasih yang hadir dan berikan doa yang baik baik buat kami.


RESEPI BUBUR PURI KURMA UNTUK MAKANAN BAYI 6 BULAN MESRA TRAVEL

July 15, 2022

Pada artikel lepas, berkenaan makanan pertama bayi 6 bulan perlu untuk ikut 4 days wait rules.. saranan makanan bayi yang terbaik adalah dimulakan dengan bubur kosong selama 4 hari dan diikuti dengan puri. Puri tu Mommies Daddies haruslah perlbagaikan jenis makanan untuk bayi yang meliputi beberapa jenis kumpulan makanan iaitu bijirin, sayuran, buah serta protein. Penting 4 days wait rules untuk bayi mulakan dengan makanan bayi 6 bulan sehingga 8 bulan.

HANYA 3 MINIT SEDIAKAN MAKANAN BAYI 6 BULAN

Wahhh ! biar betul hanya 3 minit sahaja sediakan makanan bayi ni? Effortless betul nak sediakan makanan untuk bayi. Kalau macam ni memang senang lah nak pergi kerja tak payah lah bangun sebelum subuh nak sediakan makanan bayi. Mudah juga nak bawak pergi travel kalau macam ni caranya

Bahan-bahan

  1. Air masak / susu ebm / susu formula
  2. Fawwaz Berraz Putih Kosong atau Fawwaz Berraz Perang kosong
  3. Fawwaz puri (1 kotak ada 3 puri; Kurma, keledek & pisang)

Cara-cara penyediaan

Ambil 1 sachet atau 1/2 sachet Fawwaz Berraz White Rice Plain atau Brown Rice Plain

Ambil Fawwaz Puri - kurma

masukkan air masak / susu ebm / susu formula

Gaul rata dan sedia untuk beri makan kepada bayi awak


Haaa ! mudahkan. sekejap je dah siap. kalau korang nak dapatkan produk fawwaz ni boleh hubungi mimin okay. Kalau korang dekat Batu Pahat. Mimin boleh pergi Cod pin pin sampai depan pintu rumah korang. Kalau jauh tak ada masalah. Mimin boleh pos kan untuk korang. 

------------------------------------------------
INFO LANJUT

FAWWAZ BABY FOOD BY MIMIN ADAM



 

PENANTIAN 2 TAHUN AKHIRNYA IBU BAPA DAPAT TUNAIKAN HAJI TAHUN 2022

Dapat tawaran panggilan Haji pada tahun 2020 ditangguhkan dan tak pasti tahun bila pada masa itu akan dapat berita gembira seperti ini. Sama ada nama yang disenaraikan pada tahun 2020 akan kekal atau pun dibubarkan. Sama ada peserta mahupun kakitangan Tabung Haji juga tak ada jawapan. Antra punca utamanya adalah Penularan Covid-19 yang melanda 1 dunia.

 

TAHUN 2022 ADA REZEKI MENJADI TETAMU ALLAH S.W.T


Seramai 14,306 jemaah haji dari Malaysia dibenarkan untuk mengerjakan haji tahun ini iaitu 45 peratus daripada kuota biasa yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi.

 

TERIMA TAWARAN HAJI

Ya Allah, aku yang sebak bila ibu dan bapa aku merupakan salah seorang bakal haji tahun 2022. Apatah lagi perasaan mereka yang kita tak dapat digambarkan. syukur akhirnya doa kalian termakbul jua. Banyak sebenarnya persiapan Haji 2022 yang telah dirumitkan dengan SOP Covid-19 agar tak menular semasa Ibadah Haji sedang dijalankan. 

Syarat Haji 2022 

Kerajaan Arab Saudi tentunya telah membuat penilaian serta penelitian dalam semua aspek bagi memastikan keselamatan para jemaah haji untuk melaksanakan Rukun Islam kelima terjamin. Berikut dikongsikan syarat-syarat haji yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi tahun 2022. Antara syarat yang dikenakan ke atas jemaah haji tahun ini ialah:

Kesemua syarat yang ditetapkan bertujuan demi memastikan kesihatan dan keselamatan kesemua jemaah haji dari seluruh dunia. Syarat kesihatan untuk layak pergi haji bertambah ketat. Menurut TH, faktor syarat yang ketat ini adalah disebabkan kerana mengambil kira situasi ancaman COVID-19 serta peralatan dan petugas Haji yang terhad.

 

Antara syarat yang menjadi sebab seseorang itu tidak layak pergi haji:

1) Obesiti BMI 40 dan ke atas (automatik tidak layak)
2) Obesiti BMI 35-40 dan mempunyai 1 penyakit kronik seperti DM/hypertension
3) Pesakit DM dengan bacaan Hba1c 8.0% ke atas
4) Perokok dengan penyakit paru-paru kronik (COPD) walaupun tahap ringan

 
BUAT PCR DUA HARI SEBELUM BERANGKAT

 
Nak dijadikan asbab mereka untuk jadi tetamu Allah, Bapa dah berapa tahun berhenti merokok. Paras gula ibu pun cantik. Paling syukur mereka punya PCR Test alhamdulillah negetif dan selayaknya mereka pergi. Jadi, buat awak yang tengah merancang untuk tunaikan Haji pada tahun mendatang. Pastikan awak dah berhenti merokok, jaga pemakanan dan pastikan sebelum 65 tahun awak dah pergi tunaikan haji okay. Insyaallah, urusan kalian akan dipermudahkan untuk perkar-perkara yang baik

Entry seterusnya mimin citer pasal persiapan haji mereka okay.


8 Tips Percutian Semasa Perayaan

July 14, 2022
Diam tak diam, lagi beberapa hari je kita dah nak masuk bulan kedua dalam tahun 2018. Sekejap je kan dah nak masuk bulan Februari. Bulan Februari ni mesti jadual penuhkan. Mahu taknya penuh, ada cuti raya cina nanti. Mesti berderet dapat jemputan kahwin dari kawan-kawan. Contohnya jee, sepupu aku kahwin raya cina ini.. Lepas tu dah kalut macam mana nak pergi jemputan kawan sekolah kahwin. Huhuhu. Mesti jalan sesakkan. Sebut cuti sekolah, semestinya cuti hampir seminggu. Korang yang sendu, tak dijemput ke mana-mana tuu takde ke rancang nak ke mana-mana. Hahahha, bunyi macam sendu sangat tuu. Ke korang dah rancang nak pergi bercuti mana-mana? Dah lama rasanya tak bagi tips dalam entri aku. Kali ni, aku nak kongsi tips travel semasa perayaan.



TIPS TRAVEL SEMASA PERAYAAN

Maksud perayaan ni, tak semstinaya raya adilfitri je, raya Deepavali , raya krismas tak juga lupa raya tahun baru cina. Tips ini boleh juga diguna pakai pada waktu kemuncak seperti cuti persekolahan dan cuti peristiwa.

1. Tarikh yang sesuai




Berkaitan dengan tarikh, pastikan cuti diluluskan. Kalau tak macam mana nak bercutikan. Dahlah nak cuti panjang. Selain tarikh, korang kena target nak bercuti berapa hari? Sekiranya mahu lebih jimat wang, korang perlu jadi lebih fleksibel tentang hari dan waktu penerbangan. Membeli tiket pada hari Jumaat atau Sabtu biasanya harga tiket ditawarkan lebih mahal berbanding hari lain. Ambil cuti jika perlu untuk mendapatkan harga tiket berbaloi.

2. Pemilih Destinasi percutian




Dalam masa mencari tarikh yang sesuai, buatlah perancangan percutian di mana. Di dalam Negara atau diluar Negara. Sekiranya mahu percutian lebih bermakna. Aku sarankan pilih destinasi percutian yang jarang menjadi tumpuan pelancong lain. Contohnya elakkan Cameron Highlands, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan lain-lain lagi. Mungkin boleh pilih destinasi seperti Pulau Rawa, Johor, Pulau Perhentian, Terengganu atau Kudat, Sabah.

3. Buat Tempahan Awal.





Ini tips yang paling penting selepas sudah dapatkan tarikh dan destinasi untuk bercuti. Memastikan semua keperluan seperti tiket pengangkutan, hotel atau pun tiket masuk untuk melawat destinasi tumpuan pelancong perlu ditempah awal. Kalau boleh, tempat makan yang viral-viral tuu pun kena buat tempahan awal. Ini untuk elakkan dari korang akan dikenakan cas harga lebih tinggi daripada kebiasaan atau kecewa kerana kehabisan tiket ataupun korang akan mereput beratur sebab tunggu giliran. Kalau kau tanya aku, aku akan booking tiket penerbangan dan penginapan dengan traveloka. Sebab sekali carian je.

4. Tempat Penginapan




Memilih tempat penginapan mestilah bersesuaian dengan berapa orang untuk trip percutian kali ini, sekiranya pergi berdua untuk tujuan berbulan madu, bolehlah pilih hotel ataupun chalet yang boleh memuatkan untuk dua orang. Tetapi, kalau kamu datang lebih daripada dua orang, aku sarankan, korang carilah homestay. Sekarang orang kita dah terbuka dengan perniagaan homestay ni. Homestay pun masih boleh cari nak suasana kampung ke suasana Bandar ke suasana pantai ke tak pun boleh cari yang ada kolam renang juga.

5. Bandingkan Harga.



Bila dah buat perancangan awal ni, korang masih sempat nak survey perbezaan harga sebelum menempah tempat penginapan, sekarangkan kat dalam tv macam-macam iklan berlumba-lumba nak bagi tahu apps dia dapat bandingkan harga berbeza. Kenapa nak bayar lebih? Gittewww.. Untuk bandingkan harga ni, wajib yaa! Sebab korang pilih waktu yang sesak atau tarikh hot. Banyak hotel atau pengangkutan akan berbeza harga daripada hari-hari biasa.

6. Fleksibelkan Waktu.

 
Sentiasa Tiba Ke Lokasi Lebih Awal. Bila bercuti ketika peak season, pastikan korang sampai awal ke destinasi lebih awal. Semestinya bangun awal ! hahaha.. Contohnya jika korang bercuti menaiki kapal terbang, sampai ke lapangan terbang lebih awal kerana ambil kira tempoh masa diperlukan untuk beratur ketika check in luggage. Sekarang kena datang awal 4jam kat airport, haaa.. mereput kita beramai-ramai tidur kat airport.

7. Bertenang.




Kalau dalam diri ada sifat panas ‘sikit’ macam aku ni, kalau dah namanya peak season. Kadang-kadang ada sesetengah orang tidak mampu bersabar bila terpaksa beratur panjang dan bersesak dalam lautan manusia. Bertenang dan tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan. Jangkakan perkara–perkara kurang menyenangkan akan berlaku bila kamu bercuti pada musim sibuk ini.

8. Persediaan kelengkapan




Untuk tips terakhir dari aku ni, korang kena pastikan persiapan kelengkapan sesuai dengan tempat dan aktiviti semasa percutian korang tu. Sekiranya memilih tempat percutian ke pulau atau pantai atau tempat-tempat perairan, bolehlah sediakan kelengkapan baju mandi, casing telefon yang boleh masuk air dan seumpamanya. Begitu juga kalau pergi pergunungan atau tempat-tempat adventure. Haa, kalau pergi tempat untuk shopping-shopping tu, bawa apa adanya je.

Aku berikan beberpa tips untuk panduan penting untuk persediaan korang. Selebihnya macam korang ada anak-anak korang boleh list benda-benda yang paling penting dan terbaik untuk anak-anak dengan cara tersendiri korang tuu. Jadi, korang pun boleh laa buka laman web traveloka untuk survey tiket penerbangan dan tempat penginapan. Aku rasa, traveloka je yang sediakan platform yang boleh bandingkan harga tiket untuk keduanya penerbangan dan penginapan. Staff traveloka pun respon cepat sekiranya kita ada masalah semasa percutian.

Powered by Blogger.
Back to Top