Ini kisah Majlis Aqiqah kesinambungan dari kisah Aqiqah Fayyadh Affan part 1 kenapa sampai ada dua bahagian ? Jika anak itu lelaki, disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing dan tak ada dalil mengatakan nak tumbang kambing asing-asing tu salah.
Selain kambing, binatang sembelihan lain juga boleh diaqiqahkan seperti lembu, kerbau, kibas atau unta mengikut syarat yang telah ditetapkan bagi sembelihan.
HUKUM AQIQAH & SUNAT AQIQAH
Secara umumnya hukum aqiqah adalah Sunat Makkad (Sunat yang sangat digalakkan bagi yang berkemampuan)
SYARAT AQIQAH
Berikut adalah antara syarat asas dalam aqiqah.
- Berniat aqiqah ketika menyembelih.
- Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.
Selain syarat di atas, ada beberapa perkara sunat yang turut dianjurkan. Antaranya:
- Berdoa semasa hendak menyembelih: بِسْÙ…ِ اللهِ ، اَللهُ Ø£َÙƒْبَرُ ، اَللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù‡َØ°َا Ù…ِÙ†ْÙƒَ ÙˆَØ¥ِÙ„َÙŠْÙƒَ عَÙ‚ِÙŠْÙ‚َØ©ٌ … (sebut nama anak)
Maksudnya: “Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini aqiqah…”. - Menyembelih ketika matahari sedang naik.
- Daging aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
- Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
- Menyedekahkan daging aqiqah kepada fakir miskin.
- Memasak daging aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.
AQIQAH FAYYADH AFFAN 1 BAHAGIAN LAGI SEBELAH NENDA
Haa, tapi majlisnya ada banyak nama yang diraikan. Aqiqah Zahirah Umairah, Aqiqah Khasyifa Nafeeya , Aqiqah Fayyadh Affan, Sambut menantu Mimin dan sambut menantu Syila. hahahha lumpsum punya majlis.
thanks semua hadir |
nampak tak nama nama tu |
keluarga kecilku <3 |
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Cuma sangkut dekat bahagian Goodies. 3 kali restock goodies dan makanan yan dijamukan cukup-cukup. Wah! nebes betul takut orang tak dapat makan. terima kasih yang hadir dan berikan doa yang baik baik buat kami.
1 Comments
Alhamdulillah
ReplyDeleteTahniah