McDonald’s secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia. Pencapaian terkini yang diperoleh McDonald’s termasuklah Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021) dan Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric, yang merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global. Sebelum itu, McDonald’s juga telah memenangi Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018. Syarikat ini turut diiktiraf sebagai Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015 dan Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada 2013, yang secara langsung mengetengahkan nilai teras McDonald’s melibatkan kepelbagaian dan keterangkuman.

Tak sangka, ingatkan McDonald's atau tulisan pasarnya "Mekdi" sekadar menyajikan makanan segera kepada pelanggannya. Sebelum ni, yang kita tahu banyak program Khidmat Masyarakat yang Mekdi anjurkan, malah penghargaan kepada guru sempena Hari Guru di Malaysia juga Mekdi anjurkan setiap tahun. Baru-baru ini, saja tengok Mekdi punya Facebook mana tahu ada lagi promosi Happy Meal yang menarik boleh belikan untuk Fayyadh. Sekali teruja pulak bila nampak Mekdi buat drama 9 episod yang bertajuk "Kau Sundaeku"
PROGAM LATIHAN DI McDONALD's
Mekdi melaburkan jumlah yang signifikan bagi menjalankan pelbagai program latihan untuk mempersiapkan golongan belia menempuh kerjaya dalam industri makanan dan minuman. Sebagai
contoh, Program Perantis Vokasional McDonald’s yang merupakan program latihan
berasaskan industri selama 18 bulan yang menggabungkan 70 peratus latihan
praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas. Kejayaan
program ini merupakan hasil kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan
Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang
diperkenalkan oleh Kementerian. Sejak 2018, Program Perantis Vokasional
McDonald’s telah membantu lebih 3,500 belia daripada pelbagai latarbelakang
untuk mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman.

Sebagai sebahagian daripada Visi
McDonald’s 2026, restoran khidmat segera ini komited melaburkan sejumlah RM1.35
bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang untuk membuka 500 restoran di
Malaysia. Dengan pengembangan ini, syarikat dijangka mampu menawarkan lebih
50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000
perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.
McDONALD's MENYELAMI KEHIDUPAN ANAK-ANAK MUDA MASAKINI
Menurut Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Mekdi mengambil keputusan untuk menyelami kehidupan anak-anak muda hari ini dan mencari jalan baru untuk mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang yang wujud di McDonald’s. Dengan mengambil kira media sosial sebagai medium popular, syarikat ini ingin menyemai minat dan menggalakkan permohonan pekerjaan dengan pengeluaran siri drama mini sembilan episod bertajuk “Kau Sundaeku”.
SINOPSIS DRAMA 9 EPISOD McDONALD's KAU SUNDAEKU
Mekdi Malaysia mendekati golongan belia melalui platform media sosial
bagi memperkenalkan pelbagai pilihan kerjaya yang boleh diterokai di
Mekdi. Menggunakan pendekatan inovatif dan menarik, Mekdi mengeluarkan
satu siri drama original di Instagram reels untuk menarik minat golongan
muda yang sedang mencari pekerjaan
Mekdi muncul dengan Drama Bersiri Original yang tidak pernah terfikir oleh aku, Restoran akan buat drama bersiri untuk pelanggan tetapnya. Sam, Aisyah, Nina dan Sheila akan berkongsi pengalaman menarik bekerja di Mekdi. Episod pertama "Kau Sundaeku" telah ditayangkan pada 21 Disember 2022 dengan setiap episod mengambil masa satu minit. Siri drama ini berkisah tentang seorang pengurus dan 3 kru restoran yang datang daripada latarbelakang berbeza yang menemui 'rumah' mereka dan mempunyai rasa kekitaan semasa bekerja di Mekdi.
Siri ini menampilkan Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Ujaramuthu.
—----------------------------------------------------------------
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 40 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 330 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.