Kena ketuk pintu 3 kali

May 19, 2015
Kena ketuk pintu 3 kali | Assalamualaikum w.b.t | Bermula Ahad yang lepas (17/05/2015) Mimin home alone. Sebabnya Mimin pindah kerja baru berdekatan Taman Univeriti, Parit Raja. Mula-mula rasa macam okay je laa. Sebab sebelum ni duduk dengan family dekat Kg Muhibbah lagi kawasan yang menyeramkan. Takkan rumah taman pun nak takut jugak kan. Ye lah, kawasan keliling jiran. Nak ditakutkan apa. Alang bukak tv pun boleh dengar jiran sebelah.. Jadi, kentalkan diri je laa nak mulakan kehidupan baru ni. 



Inilah tempat kerja baru, Sementara nak dapatkan kerja yang molek sikit ni. Takkan nak tolak kerja lain. Tak kawin laa mimin selamanyaa kalau tak kawin ni, hahaha. Waktu kerja habis pukul 6 petang. Lambatkan? Tapi, okay laa. balik rumah pun nak buat apa je kan. Dengan internet slow, astro basic. Berbekalkan Novel yg Mimin borong pakai baucher ritu. hikhik,

Nak jadikan cerita, semalam lepas maghrib dalam pukul 8 malam. Dok khusyuk main coc. Tetiba ada bunyi ketukkan 3kali serentak. Terus meluru pergi ke pintu. Dalam detik hati. Eh ! kalau ibu datang, mesti dia whatapps dulu. Kalau jiran or customer nak tanya pasal homestay.. mesti dia bagi salam dulu. Sekurang-kurangnya, 3 kali bagi salam baru sahih tu Islam dan orang..

Nasib baik fikir banyak kali sebelum nak bukak. Mimin tak berani nak jengah kat tingkap. takut time skodeng nampak bebukan. Terus call ibu, pasal ketuk pintu. Lepas tu. lebih kurang hampir masuk isyak. bertalu diketuk tingkap tengah dengan pintu belakang. Pheww.. masa tu menggigil teruk beb. Kalau takut hantu rasa lain. Ni takut kalau-kalau orang nak ceroboh masuk. Dah laa mimin duduk rumah sorang-sorang.

Terus mimin call kawan mimin yang stay Parit Raja. Alhamdulillah. Kurang rasa takut masa tu. Terus rasa lapar. Terus pergi makan. Terus makan. terus lepak degan kawan. terus balik tengok Isteri separuh masa. Terus tidur. pheeww. mintak malam ni jangan ada ganguan lagi. aminn

7 beleter:

Mila Hilas said...

erk? mcm menyeramkan lah plak..mmg duduk sorg je ke? bahaya lah klo penjahat tahu huhu

Haffizul Iskandar said...

erks. cerita benar ke ni? Sebab awal baca dah seram, tapi part call member, terus hilang seram tu. Ish. kalau hantu takpe, jangan orang yang berniat tak elok je.

Hati-hati ya!

ewento marcello said...

tok..tok..tokk..

Amy J said...

ah sudah, seram pula bila baca ni ha

Farah Waheda Wahid said...

jaga diri mimin... Akak doakan keselamatan mimin yer...

Cetak Baju Murah said...

ada org nk dok pekene kot..huhu

yoorin melacolea said...

huishh.. papehal boleh contact niney..rumah kitorg kan dekat area situ jugakk..dia kak long kawasan..tehehehe

Powered by Blogger.
Back to Top