5 Tips Jimat Belanja Dapur Semasa GST

May 23, 2015
MOTIVATION | 5 Tips Jimat Belanja Dapur Semasa GST | Assalamualaikum w.b.t. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita ada mengeluh sejak semenjak GST dilaksanakan. Suka atau tak memang tak boleh nak elak. Tak boleh nak bersuara pun pasal GST. Orang atas-atas tak akan dengar rayuan mansuh GST ni. Daripada kita asyik mengomel, baik kita buat langkah jimat daripada asyik terkena GST jee.

1. Stok simpanan - Beli dengan kuantiti yang banyak agar dapat jadikan stock simpanan selama sebulan sekurang-kurangnya. Pastikan semasa pembelian ada harga promosi. Tapi, kalau stock tersebut betul-betul terdesak nak gunakan. Terpaksa pejam mata jee laa ye. hihi. Jadi takdalah yang terlepas pandang, atau membazir lagi dengan belian kali kedua.

2. Bina sistem inventori - Waktu berbelanja memang amat menyeronokkan! Even hanya nak beli barang dapur pun dah cukup bahagia. Untuk membina sistem inventori ni, anda tak payah nak guna komputer bagai. Cukup sekadar penyusunan stok bahan kering.

Tips : Susun mengikut tarikh luput, yang tarikh semakin hampir tu disusun belah atas atau tempat yang mudah di capai.

Contoh : Tepung, bila tengah nak guna tepung gandum buat cekodok tu tetiba tak cukup, anda pasti ambil capaian yang pantas bukan? Jadi susun bahan yang hampir tarikh luput ke atas

3. Rancang Pembelian - Bila sudah ada sistem inventori versi sendiri tu, kita hanya perlu masuk bilik 'syurga' kita hanya memantau kuantiti barang yang tinggal. Untuk beginner, Grocery List dan To buy List kena ada. Pertama sebab nak elakkan pembaziran, dan kedua kita juga nak pastikan makanan kita sentiasa segar betul tak?

Bila dah terbiasa, list tu dah jadi Grocery list ja. Ia jadi latihan untuk kita tutup nafsu nak shopping benda tak perlu. contoh : Perasa tiruan

4. Bajet - Yang ini mesti best, sebab boleh berkira-kira kan? Yang ini sekadar memantau perbelanjaan bulanan kita, kadang-kadang tak ckup bulan lagi dalam dompet ada beberapa not kecil saja! Jadi bajet untuk perbelanjaan dapur hanya nak memantau wang keluar dan elakkan juga pembaziran.

Contoh : Sebulan peruntukkan dalam RM400, Pecahan mingguan, jadi RM100. Bahan basah dan mentah untuk seminggu, pun saya rasa agak mewah juga. Kalau rajin semua jadi ye dak? Cucur bawang pun boleh, kalau malas nganga je la yeh, kecor air liur tengok makanan kt instagram!

Bila dah buat kira-kira ni, makan kat rumah sebenarnya lagi jimat, tambahan korang kena kurangkan penggunaan MSG, yang pelbagai jenama ada sekarang ni nak cukup rasa, eh?! Macam dah berfamily, ikan/ayam goreng, tambah sup sayur sikit dan telor dadar. Mesti tak sampai RM20, kalau makan kat kedai untuk 4 orang makan? itu baru sekali makan dah berapa ye dak?

5. Sale - Menjadi hobi waktu sebelum hujung minggu gitu!

Contoh : Macam pasaraya Giant. Ada jualan bulanan dan jualan mingguan dan juga Harian, rajin-rajin ke website dan hari minggu pun apa kurangnya! Aeon Big pula nak extra bila 28hb setiap bulan, tambahan 5%. Tesco ada juga.

Barang yang selalu buat stok tu yang tahan lama, macam beras, tepung, sabun etc. Literally yang korang memang akan selalu guna dan cepat habis, contoh kitchen towels dan pampers anak. Di sini, bolehlah buat penjimatan berganda.

sumber: Keria Addict

3 beleter:

Zaidalifah Hussin said...

InsyaAllah cuba berjimat cermat :)

sayidah napisah said...

time sale semua suka hehhe

shopbymykad said...

Tq for info yg menarik..

Powered by Blogger.
Back to Top