Siapa kata perempuan tak main Clash Of Clans (COC)

May 30, 2015
Siapa kata perempuan tak main COC | Assalmualaikum w.b.t | Clash Of Clans atau dikenali sebagai COC permainan yang tak asing lagi dalam seantera dunia. Bukan setakat Malaysia sahaja yang demam main permainan COC ni, Malah, Indonesia, Thailand, Korea, dan semua negara juga bermain permainan ini.

Base Mimin masih noob
Bukan jarang sebenarnya nak jumpa perempuan yang main game ni, ramai lagi, mungkin nick name ja lelaki tapi sebenarnya wanita. Sebabnya, Mimin pun terlibat jugak dalam dunia coc ni. Officemate Mimin pun main game ni (Yan). Ni semua gara-gara Si Dia yang selalu susah sangat nak balas whatsapp Mimin. Lambat laun Mimin terinstall jugak game ni dan sekarang Mimin masih dalam level noob lagi. 


 Tak tau laa Mimin ni dah terlampau addict main game ni atau pun apa, sebab yang start main dulu Arifakmal. Sekarang Mimin dah dahului dia. eh eh ! semangatnya Mimin main. 


Sekarang Mimin bertapa dekat clan Pahlawan United. Ni pun gara-gara Tasek Warrior semakin mendongak kelangit. huhu

Sifu Mimin semasa bawah jajahan Tasik Warriors. Terima kasih Syurahbil ^.^ Terima kasih lah biarkan mimin dalam clan tu dari TH4 sampai TH8

Clan Tasek Warrior.
Sejarah Clash Of Clans

Clash of Clans adalah permainan video game strategi  pada peranti bergerak yang dibangunkan oleh Supercell, Sebuah syarikat video game yang berpangkalan di Helsinki, Finland. Permainan ini dikeluarkan untuk platform iOS pada 2 Ogos 2012. Untuk Android, pelancaran awal dilakukan di Kanada dan Finland pada 30 September 2013. Pada 7 Oktober 2013, permainan ini dikeluarkan secara Antarabangsa di Google Play. 

Clash of Clans adalah sebuah game multiplayer online di mana pemain membina komuniti, melatih pasukan, dan menyerang pemain lain untuk mendapatkan emas, elixir dan dark elexir, membina pertahanan yang melindungi pemain daripada serangan pemain lain, dan untuk melatih serta meningkatkan keupayaan dan jumlah pasukan. Permainan ini juga termasuk kempen pseudo di mana pemain harus menyerang siri benteng desa milik bunian. 

5 beleter:

Mimi Rheem said...

Hihi..sy pn mai jgk coc ne..bngun tdo prkra yg d buat adlh check tepin then buka coc..ngekkk..

Maria Firdz said...

Hehe... Tak reti betul main mainan camni..hehe. Tgk org main cam best je...

RahimAim BudakPrihatin said...

Terbaiklah MINI....DAEBAK!!! THUMBS UP daripada Along.. Ahha... Along main2 juga.. xdela sehebat MINI... Along lagi la..NOOB gile..xpandai main..ahha...

yanie yusuf said...

best nye game...

yoorin melacolea said...

kak yan yang mak orang ni pon main COC... ahaksss..

Powered by Blogger.
Back to Top