Kesan Gigitan Kutu Babi

January 31, 2018
Sebenarnya masih tak dapat bezakan antara kutu babi dengan kutu kucing. Tapi bagi aku, kutu ini sama jeee kecuali kutu undi. hihi. Apa yang buat aku cakap kutu ni sama je, sebabnya dia suka makan darah tak kira darah manusia ataupun darah binatang. Seperti orang yang rapat dengan aku, diorang akan tahu aku kalau hari kerja aku akan ada kat rumah MnM Homestay dan bila hari tak kerja aku akan ada kat rumah parents aku kat Peserai. Rumah parent aku ni banyak kuncing. Aku bukan pecinta kucing untuk makluman korang. Tapi, ibu aku suka bawak balik kucing dari sekolah. Sekarang kalau aku jumlahkan kucing kat rumah ada lebih kurang 15 ekor

Kutu Kucing

Ctenocephalides felis atau kutu kucing adalah yang paling selalu ditemukan dirumah yang mana ada membela kucing. Serangga ini merupakan parasit penghisap darah yang menyerang vertebrata berdarah panas. Sesuai namanya, serangga ini terutama menjadi parasit bagi kucing peliharaan. Kutu kucing tidak hidup pada manusia tetapi bila korang main dengan kucing  yang diserang parasit ini,  kemungkinan akan tergigit dengan kutu ni sangat tinggi. Gigitan kutu kucing pada manusia muncul sebagai benjolan kecil berwarna merah yang terasa gatal. Seriously ! memang gatal. Sampai sekarang ada lagi. 
tengok ni, kat tangan aku. belum cerita kat kaki. serious hodoh dah kaki aku
Bintat ini biasanya muncul di pergelangan kaki dan kaki bagian bawah. Jika alergi terhadap air liur kutu, maka seseorang dapat mengalami reaksi alergi. Nak nak, aku ada sejarah eczema dari kecik. Lagi payah nak baik tau tak ! Benjolan boleh berubah menjadi ruam. Menggaruk di kawasan yang gatal berpotensi menyebabkan infeksi bakteria sekunder. Kutu juga dapat bertindak sebagai pembawa penyakit tertentu.

Cara Hindar Dari Bintat Gigitan Kutu Kucing

Bila korang dapati ada bintat merah gatal di sekitar pergelangan kaki atau kaki bagian bawah, segera cuci bahagian yang bintat dengan sabun antibakteria dengan air biasa. Sekiranya cuci dengan air panas akan gatal dengan lebih yakin.. hahahaha ! pastikan menggunakan air sejuk.

Keringkan kawasan bintat dengan kain bersih dan sapukan krim hydrocortisone. Korang juga boleh pakai lotion calamine untuk meredakan gatal. Meletakkan air batu atau iced pada bintat tadi juga akan mengurangi pembengkakan. Tahan untuk tidak menggaruk gigitan karena akan menyebabkan effect bakteria sekunder.

Bahaya Gigitan Kutu Di Mata

Lain pula kalau cerita yang berlaku pada tahun lepas akhir tahun. Bilik aku yang kat rumah parents, kelajuan kipas amat mencabarkan kesabaran. Maka, aku buat keputusan untuk tidur dengan adik aku di ruang tamu depan tv dengan beralaskan tilam toto narita. Adik aku berbeza dengan aku. Dia seorang pecinta kucing. Dalam banyak-banyak kucing kat rumah tu, ibu aku benarkan sekor kucing yang dia sayang je boleh masuk kami panggil dia putort.. Memang comel pun. Yang jadi kesayangan sebab dia tak pandai mengiaw. tu satu, Putort pandai buang segala najis kat tandas. Okay, berbalik aku tidur kat ruang tamu tadi, rupanya adik aku bawak putort masuk dan dia tidur dengan putort tu. Esok aku kerja macam biasa tak ada masalah. Masuk hari selasa, aku dah start mengadu dekat Eyma dengan kawan sebilik tempat aku kerja yang mata aku sakit. Tapi masih boleh kawal lagi. 



Masuk hari Rabu, bebola mata aku dah mula rasa sakit bila aku cuba untuk kedip mata atau atau gerakkan bebola mata aku tu. Aku ingat kesan daripada cuaca panas atau terlalu lama tengok komputer. Jadi, aku buat keputusan untuk beli eye more kat 7eleven. Tapi takde apa-apa petanda yang mata aku akan okay. Aku rasa sakit sangat. Sampai aku pergi ambil tisu dan aku basahkan dengan air panas. Di tissue tu aku nampak ada darah bila aku tekap dekat bahagian mata yang sakit. Ketua department aku suruh aku pergi klinik.

Gambar google

Bila nama aku naik untuk berjumpa dengan doktor, doktor cek mata aku dan tanya aku memang ada tahi lalat ke dekat mata. Kalau nak ikutkan, tahi lalat yang wujud dekat muka aku cuma ada disebalik hidung aku je. Tak pernah pulak aku perasan aku ada tahi lalat dekat kawasan mata. Bila doktor tekan dekat  tahi lalat tu aku memang akan cakap sakit. Dan doktor pun isytiharkan ada kutu kat mata aku. Doktor bagi kata dua, sama ada nak cabut kutu atau nak biarkan kutu tuu tanggal sikit. Ehh ! baru hari ketiga aku dah rasa sakit, kau nak aku rasa berapa lama lagi sakit. So, paksa rela memang aku pilih cabut masa tu jugak.

Kesan Gigitan Kutu Babi Di Mata


Lepas cabut kutu kat mata tu, mata masih rasa sakit dan tak boleh gerakan bebola mata tu. Kalau tengok cerita hantu terperanjat sampai terkedip mata pun buatkan cerita hantu tadi tuu jadi cerita sedih sebab memang sakit. Sakit ni ambil masa seminggu juga untuk betul-betul pulih. Tak dapat imagine kalau kutu tuu dah bertapak kat mata sampai keluar tahi. Mesti azab seksa nirojim sakitnya. Ehh! kat telinga pun port kutu kucing atau boleh panggil kutu ni kutu babi.


Okay, sorry gambar memang tak ada edit untuk entri ni. Sebab curi-curi update kat office. hahaha.. Gambar kat atas ni gambar anak murid ibu aku. Dia tak datang sekolah jee dah seminggu. Maksudnya dia dah sakit mata seminggu. Pergi klinik kerajaan, dia tak dapat trace. Doktor kat klinik tu cakap dia kena sakit mata biasa. Walhal dia naik sekolah minggu ni dia still rasa sakit. Di sebabkan aku ada kes kena kutu tempoh hari, ibu rujuk aku untuk pengesahan sama tak symptom nyaa. Kesian dekat budak ni. Lebih seminggu dia sakit tahankan kutu babi tuu..

Kesimpulannya, kesan gigitan kutu babi dekat mata sangat sakit tahap mencarut dia punya sakit bila dah tak boleh pusing bebola mata tuu.

6 beleter:

Siti Yang Menaip said...

kena spray slalu kucing2 bio kutu2 depa mati..

Siti Yang Menaip said...

akak x ingat brand apa. tapi bleh pegi pet shop mintak shampoo yang xyah basuh. kita spray je kat kucing dalam sminggu 2x. kalo rajin kasi la mandi. akak dulu buat untuk hamster so 2 minggu skali. wangi je bau macam stroberi ke oren ke ikutla kita nak macam mana. pernah baca article or tngk kt utube cemtula x ingat lama dah.. ada juga ubat cem bedak talkum khas utk kucing. yang ni nk guna kita kena pakai sarung tangan sbb panas sikit. nnt letak kt kucing lepas tu dia golek2 jap skejap je nnt kutu2 tu jatuh eerk.. tp not sure ada jual kat mana =)

Warisan Petani said...

Amalkan kebersihan untuk mengelakkan serangan kutu.

Zizie Zack said...

One of factor parents zie tak bagi bela binatang berbulu... huhuhu..

Noriza Abdul Rahman said...

Sebab tu saya tak nak bela haiwan, risau dengan kutu babi ni

Uncle Zuan said...

bahaya juga kutu2 ni. tak boleh main2

Powered by Blogger.
Back to Top