JK1M MUSIM 10 | TEAM BATU PAHAT (MINGGU KETIGA)

Minta maaf untuk JK1M 10 minggu kedua aku tak dapat nak share bersama, mungkin nanti aku akan mintak pengalaman kawan aku untuk ceritakan pengalaman minggu kedua. Team Batu Pahat untuk minggu kedua mereka pergi mendaki Bukit Soga, Batu Pahat. Wahh ! Batu Pahat pun ada tempat boleh hiking ke ? Ofkos ada, malah ada bukit cantik di Batu Pahat tau. Haa, Nanti aku cerita kemudian untuk bukit-bukit tersebut. Punca utama aku tak dapat ikut aktiviti pada minggu kedua sebab hadir pelancaran SIS Perapat dan Delia Gold Serum di Kota Kinabalu, Sabah.


SEMINAR TOUR JOHOR (10 FEB 2018) - KEVIN ZAHRI

Sesi seminar ini percuma kepada peserta Jom Kurus 1 Malaysia. Cuma, kena keluarkan duit tol dan minyaklah nak hadir bersama di UTM Skudai, Johor. Pengalaman berharga bila kita dapat belajar sesuatu perkara dari orang yang berkemahiran dalam dunia penjagaan kesihatan seperti Kevin Zahri.



Berikut adalah jadual bagi seminar Tour Kevin Zahri bersama peserta di UTM Skudai, Johor. Ianya tidak terhad untuk peserta JK1M sahaja, malah bukan peserta JK1M juga boleh hadir bersama-sama dengan peserta JK1M. Tapi, mereka perlu mendaftar terlebih dahulu. giteew..

selepas aerobik da zumba

Bangun seawal pukul 6 tuu bukanlah awal yee adik -adik sekiranya bergerak dari Batu Pahat. Adehh, Ya Ampun,, memang tak sadar alarm jam berbunyi langsung. Minta maaflah kat kak Effa yang menumpang. Kesian dia.. Macam kena main tolak-tolak. Yang penting misi kita berjaya untuk trip itu. ahahahhaha


Inilah barisan peserta JK1M Johor. Ada juga beberapa team dari daerah Johor tidak dapat turut serta akibat kekangan jarak. Dapat tak cari muka aku? Kalau dapat powerlah mata awak ni. hahahahah..

Peserta JK1M team Batu Pahat berpeluang merakamkan detik kenangan bersama coach Kevin Zahri. Harapnya Coach KZ tak seriklah dengan team Johor yang kaki selfie ni. Tak beri peluang langung untuk Coach Kevin Zahri duduk diam rehat. heee ~


Selepas beramah mesra dan sesi fotografi, Coach KZ menerangkan serba ringkas dan padat berkaitan kesihatan, Fuhh ! ini paling mahal. Next season jomlah dapatkan ilmu berkaitan kesihatan terus dari Kevin Zahri. Boleh baca artikel  berkaitan : Jom Kurus 1 Malaysia #10 - Kevin  Zahri




Seronok jugak main stick ni. Sambil bermain sambil keluarkan peluh. Teringin nak main lagi ni sekarang. Memang seronok main stick ni. Macam tengah pukul gendang. Acara stick ini selepas seminar kesihatan dari Coach Kevin.

Timbang Berat - Minggu Ketiga



Disebabkan minggu lepas terlampau cheat sebab ada pelancaran SIS Perapat, makanya muka aku macam redho jerlah berat turun sikit. Sikit sangatlahkan, sebab sabtu semalam lepas Seminar Kevin Zahri dok melantak kat Kilang Beteri. 


Sebenarnya, JK1M ni bukan buat pada hujung minggu je yee kawan-kawan. JK1M berjalan seperti biasa pada setiap hari. Kenapa aku cerita hujung minggu sahaja ? Sebab kekangan waktu untuk hadirkan diri. hahaha. Adehh.. Mintaa maaf coach ! Okay, gambar kat atas diambil selepas lari 7 pusingan di Stadium UTHM, Batu Pahat. Sekiranya terlepas baca apakah aktiviti Team Batu Pahat pada minggu pertama boleh baca artikel : JK1M Musim 10 | Team Batu Pahat (Minggu 1) . Nantikan dengar sabar ye aktiviti pada minggu ke empat saya  

-----------------------------------------------------------

Info Lanjut
019 282 7820 (Kaka) atau 013 502 8006 (Page)



8 Comments