PLASH FOAMING HANDWASH AFY HANIFF PENCUCI TANGAN TERBAIK SEISI KELUARGA

November 30, 2020

Diam tak diam, sudah setahun dunia dilanda wabak pandemik Covid-19. Tidak terkecuali Malaysia juga turut terkena wabak dengan melibatkan hampir 65,000 jumlah keseluruhan sehingga akhir November 2020 ini. Disebabkan inilah kita perlu menjalani dan mengamalkan norma baharu bagi menghindarkan diri dari menjadi mangsa Covid-19. Memang tidak dinafikan norma baharu banyak merubah kehidupan seharian supaya kita dapat putuskan rangkaian pandemik Covid-19 ini.



TAHUKAH ANDA PENCUCI TANGAN DAPAT MEMBUNUH VIRUS?

Menurut World Health Organization (WHO), sabun biasa dapat membunuh virus kerana molekul sabun itu sendiri yang bersifat dual-action. Satu, molekulnya bersifat sebagai penarik air dan lagi satu penarik lelemak. Virus pula diperbuat daripada material yang menyelaputi proterin dan lelemak. Apabila virus berinteraksi dengan sabun, molekul sabun akan menyebabkan selaput lelemak virus tersebut terurai lalu membunuh virus tersebut.



LANGKAH-LANGKAH CUCI TANGAN PAKAI SABUN YANG BETUL DARI WHO

Menurut WHO, cara mengelak jangkitan ialah dengan membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air selama 20 saat atau dua kali pengulangan lagu "Selamat Hari Jadi" Jika kita tiada akses kepada sabun dan air, gunakan alcohol-based hand sanitizer untuk menghapuskan bakteria dan virus. 



Berikut langkah-langkag cuci tangan yang sebenar bagi memastikan tangan bersih dan terhindar daripada infeksi ialah dengan:

  • Basahkan tangan dengan air
  • Gunakan sabun yang secukupnya untuk meliputi segala permukaan tangan
  • Ramas kedua tapak tangan kemudian mula sapukan sabun dibahagian belakang tapak tangan dan dicelah jari. Lakukan ini untuk kedua belah tangan.
  • Ramas tapak tangan sekali lagi dengan dicelah jari dibahagian tapak tangan
  • Lakukan pergerakan mengunci jari kedua belah tangan untuk membasuh bahagian jari dengan lebih lama
  • Ramas ibu jari kiri dan kemudiannya kanan, lalu dengan menggunakan kuku, skrub bahagian telapak tangan sebagai langkah terakhir melumurkan sabun. 
  • Ini semua dilakukan selama sekrang-kurangnya 20 saat bagi memastikan bakteria hilang sepenuhnya.
  • Bilas tangan dengan air paip dan keringkan tangan dengan menggunakan tuala tisu kering yang baru. 
  • Gunakan tisu tadi untuk menutup air


PLASH FOAMING HANDWASH AFY HANIFF

Perbuatan mencuci tangan dengan sabun perlu dijadikan amalan seharian, bukan hanya untuk mencegah penularan Covid-19 semata-mata. Pakar Perubahatan Kesihatan Awam Dr Aizuniza Abdullah, berkata jika seseorang berada di luar rumah, mereka perlu mencuci tangan sekerap mungkin terutamanya apabila menyentuh sebarang permukaan. Sekiranya di rumah pula, orang ramai dinasihatkan mencuci tangan selepas melakukan aktiviti dalam rumah seperti memasak atau memegang permukaan yang kotor dan disyaki ada kuman. Pendek kata, kena kerap basuh tangan di mana pun berada. Mujurlah ada AFY Haniff yang mempunyai inisiatif mengeluarkan produk khusus basuh tangan iaitu Plash Foaming Handwash,




Plash Foaming Handwash. Produk dari AFY Haniff yang juga mengeluarkan produk SWiPEL yang dulu dikenali sebagai Serai Wangi. AFY Haniff merupakan 100% syarikat bumiputera. Satu jenama yang tidak asing dan cukup terkenal dalam penghasilan produk organik dan penghalau serangga yang berkualiti tinggi. 


VARIASI PLASH FOAMING HANDWASH AFY HANIFF


Plash Foaming Handwash hadir dalam dua variasi haruman iaitu Fresh Aloe dan Sweet Sakura serta dua size berbeza iaitu 200 ml dan 400 ml. Bagi aku keduanya wangi. kalau suruh pilih nak beli yang mana, memang aku akan beli keduanya. Kerana, keduanya ada baunya yang tersendiri. 




Manakala size pula, aku memang akan beli kedua-dua size kerana aku beli size 200 ml mudah untuk bawak travel ke mana-mana sahaja walaupun pergi kerja je dan size 400 ml aku letak kat rumah untuk kegunaan bersama dengan ahli keluarga. Size 400ml Plash Foaming Handwash boleh menghasilkan lebih 500 kali cucian tangan tanpa isian semula.




Plash Foaming Handwash AFY Haniff selamat digunakan seisi keluarga. Pencuci tangan ini bebas daripada bahan bahaya seperti paraben, phathalate dan dye serta tiasa diuji pada haiwan. Tambahan lagi, ia mempunyai pengiktirafan ISO, GMP dan HCCP serta menggunakan bahan semulajadi.

PLASH FOAMING HANDWASH MUDAH DIGUNAKAN


Hanya pusingkan pemicu sabun ni ke kiri dan ke kanan untuk buka dan tutup

Tekan sekali sahaja buih sabun sudah keluar

buih yang wangi dan selamat digunakan untuk menghindarkan dari bakteria yang tak diingini


Plash Foaming Handwash membersihkan kotoran dan melindungi kulit sambil menghapuskan 99.9% kuman berbahaya. Kaya dengan ekstrak lidah buaya dan sakura yang mengekalkan kelembapan kulit.


Dapatkan teman suri rumah yang dapat menceriakan seluruh rumah anda dengan produk AFY Haniff.

-------------------------------------------------------
Info Lanjut:


10 TIPS BAKAL PENGANTIN MEMILIH KATERING KAHWIN YANG SEDAP

November 22, 2020
Nak ikutkan majlis resepi aku bakal diadakan pada 28 November 2020. Malang sekali nasib aku, sebab buat kali kedua aku tak dapat lagi buat majlis pada tarikh yang telah dicadangkan disebabkan kes penularan pandemik Covid-19 mencanak-canak bagai mencucuk langit. haih terpaksa lah aku tunda.. Tah tah kali ni aku batalkan terus agaknya. hahaha

Sebagai bakal pengantin selain tarikh, tema, bridal dan photographer. Katering sangat penting. Kalau tak ada katering macam mana para tetamu yang hadir nak menjamu selera. Takkan nak tengok pengantin semacam tanpa makan kan. 



Perkahwinan merupakan perkara yang bernilai dalam kehidupan setiap orang. Termasuklah aku walaupun aku tak dapat buat majlis  sebab Covid-19 nih. Oleh sebab itu, pengurusan majlis perkahwinan adalah sangat penting. Bagi mengelakkan masalah, zaman kini ramai yang memilih untuk mendapatkan khidmat katering perkahwinan.

Pelbagai persoalan yang bermain difikiran bakal pengantin. Adakah katering kahwin yang ditempah itu memuaskan? Dimomok-momokan dengan viral di media sosial berkaitan tiba hari majlis, katering tak muncul tiba sebab tersalah berurusan dengan kaki penipu dan macam macam lagi krikteria yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan katering.


10 TIPS MEMILIH PERKHIDMATAN KATERING BUAT BAKAL PENGANTIN SUPAYA TIDAK TERSALAH PILIH


Bakal pengantin kadang kala tidak kisah bila pihak katering menyebutkan harga janji kualiti dan makanan dan perkhidmatan yang diberikan terbaik. Ada pula pelanggan meminta diskaun super duper murah juga ada. Tapi apa yang penting, bakal pengantin sebenarnya amat berhati-hati sewaktu proses survey perkhidmatan katering. Pelbagai soalan yang ditujukan supaya bakal pengantin betul-betul berpuas hati. 


TIPS 1 BUAT KAJIAN KATERING KAHWIN DI KAWASAN BERHAMPIRAN ANDA


Sebelum Covid-19 muncul meriah betul pameran pengantin telah diadakan. Disitulah aku menggali pakej-pakej yang ada disediakan. Iyelah nak berebut pelanggan kan.. Tapi aku rasa agak sukar ketika Covid-19 muncul.



Menggunakan media sosial sebagai medium untuk mencari katering yang menjadi kebanyakkan pilihan pelanggan seperti di Facebook dan instagram. Di laman sesawang juga boleh dapat kerana ramai syarikat katering yang ada laman rasmi mereka. Setiap pakej yang ditawarkan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kebiasaannya pakej mahal mempunyai kualiti yang lebih baik dan eksklusif. Tetapi pakej murah bukanlah bermaksud tidak berkualiti. 


TIPS 2 TESTIMONI 


Jangan lupa untuk melihat diruang komen dan review dari pelanggan yang pernah menggunakan khidmat katering mereka. Sekiranya komen dari pelanggan mereka positif, maka bolehlah senaraikan katering tersebut sebagai pilihan.


Nak mudah, cuba tanya kawan atau saudara-mara yang pernah menggunakan khidmat katering tersebut. Lagi disarankan.. 


TIPS 3 PILIH SYARIKAT KATERING BERPENGALAMAN



Kalau boleh, memilih syarikat katering yang berpengalaman dalam bidang penyediaan makanan kerana risiko memilih katerer yang baru nak mula sangat tinggi. Antara risikonya adalah makanan basi, penghantaran lewat dan banyak lagi permasalahan yang pernah kita dengar


TIPS 4 SENARAI PENDEK PILIHAN KATERING 



Kalau boleh dari 10 senarai katering yang dipilih, cuba pilih 2 katering pilihan mengikut budget dan perkhidmatan yang ditawarkan. Pemilihan katerer bergantung kepada bajet yang mampu kita keluarkan. Terpaling penting adalah budjet sangat mempengaruhi pemilihan katering semasa majlis perkhawinan tersebut.


TIPS 5 TEMA MAJLIS



Sekiranya dah rancang mempunyai tema untuk majlis perkahwinan, pastikan katering yang terpilih boleh menyediakan mengikut tema masjlis perkahwinan tersebut. Contohnya tema tradisional, pihak katering menyediakan menggunakan dulang klasik sesuai dengan tema perkahwinan korang tuu agar meninggalkan kesan untuk para tetamu merasi tema majlis yang sudah ditetapkan


TIP 6 DAPATKAN SEBUT HARGA (QUOTATION)


Dokumen yang menerangkan mengenai perkhidmatan yang mereka tawarkan kepada kita serta berapa jumlah yang akan dibayar bagi perkhidmatan yang ditawarkan. Hubungi penasihat katerer yang telah disenarai pendekkan dan minta sebut harga dari mereka.



Jangan malu atau segan untuk bertanya kepada penasihat jualan jika terdapat persolan atau kurang faham berkaitan dengan quotation tersebut. Ini amat penting untuk korang membandingkan quotation antara katering yang di senarai pendekkan


TIPS 7 BERSEMUKA DENGAN PIHAK KATERING



Berjumpalah dengan katerer yang paling diinginkan berdasarkan hasil bendingan quotation sebelum ini. Tujuan bersemuka dengan pihak bersekemuka adalah memastikan katerer pilihan memiliki tapak perniagaan yang kukuh dan dapat meyakinkan kita untuk memilihnya sebagai katering yang akan diambil untuk berkhidmat disepanjang majlis perkahwinan berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. 


TIPS 8 FOOS TASTING


Pihak katering akan meminta bakal pengantin hadir untuk merasai lauk-lauk yang bakal dihidangkan di majlis kahwin anda nanti. Jangan skip ya bahagian ni dengan hanya melihat gambar sahaja dah cukup untuk terus tetapkan menu. Tolong jangan percaya ya, zaman sekarang banyak filter telefon yang boleh membuatkan makanan dalam gambar begitu menyelerakan.



Food testing ni merupakan pengesahan berdasarkan review dan komen yang pernah korang baca dalam media sosial mereka sebelum ni terhadapa hidangan untuk jamuan kahwin nanti. Susah untuk menilai sendirian. Bawalah bersama ibu bapa atau kakak abang atau sesiapa sahaja ahli keluarga supaya mereka juga boleh beri pendapat. Ialah, lain orang lain cita rasa kan.


TIPS 9 TERMA BAYARAN


Kebanyakkan katering akan meminta bayaran pendahulun 10% sebagai tanda setuju untuk menggunakan khidmat mereka dan akan lock tarikh majlis korang supaya dapat berikan khdimat yang sempurna ketika majlis berlangsung. Pastikan elak daripada membayar 50% atau jumlah penuh sebagai bayaran pertama.



Terma bayaran atau berapa banyak anda ingin membayar bergantung kepada perbincanga anda bersama katerer tersebut. Elakkan daripada membayar secara tunai atau ke akaun milik individu.


TIPS 10 SENTIASA MENGIKUTI PERKEMBANGAN DARI MASA KE SEMASA (KEEP IN TOUCH)



Pastikan sentiasa keep in touch dengan pihak katerer sehinggalah tiba hari bahagia. Maklumkan semula kepada pihak katerer jika terdapat maklumat baru atau perkara yang ingin anda kemaskini kepada mereka. Jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudah bertungkus lumus menjayakan hari bahagia korang

FIRDAUS CATERING & CANOPY (FSC) PILIHAN KATERING TERBAIK DI BATU PAHAT

Firdaus Catering & Canopy atau FSC katering adalah satu nama menjadi perbualan ramai di Batu Pahat dalam industri perkahwinan dan juga dikenali dengan pemilik yang muda dan peramah, makanan yang sedap dan tahan lama sehingga malam pun makanan masih tahan.. Mempunyai rekod yang baik dan terbukti semua pelanggannya berpuas hati dengan servis mereka. Paling menarik, FSC menawarkan harga semuanya mampu milik.



Kepada mereka yang mahukan food testing boleh buat temujanji dengan pihak FSC. Mereka akan berikan secara percuma dan tidak memerlukan bayaran. Janji kena ambil sendiri di tempat mereka.


MENU UTAMA FIRDAUS CATERING & CANOPY (FSC)


Nasi Baryani
Nasi Putih 10%
Daging Baryani
Ayam Merah
Pencuk
Sayur Dalca


KELEBIHAN MEMILIH FIRDAUS CATERING & CANOPY (FSC)


Kelebihan bakal pengantin memilih mereka ketika majlis perkahwinan semestinya korang akan dapat layanan istimewa dari pengasas dan mesra pramusaji. Antara lain lebihan :

  • Hadir awal dan tepat pada tarikh majlis korang
  • Firdaus Catering & Canopy berdaftar dengan SSM
  • Berpengalaman lebih 5 tahun
  • Barang yang disediakan bersih, sentiasa di lap serta berkualiti
  • Maklum balas dari Tuan Rumah amat memuaskan

Zaman pandemik ni sangat menitik beratkan Standard Operation Procedure (SOP) majlis perkahwinan. Pihak Firdaus Catering & Canopy (FSC) akan bertugas untuk patuhi sop yang ditetapkan. Jadi bakal pengantin luar sana tak perlu bimbang tak ada orang yang nak bertugas untuk cek suhu dan lain lain lagi.

-------------------------------------------------------
Doakan majlis mimin minggu depan berjalan dengan lancar 28.11.2020 Sabtu ni ya. Dah kali ke berapa tah nak adakan majlis tapi tergendala yang tak dapat dielakkan. Entry ni akan dikemaskini selepas aku punya majlis berjalan. Ini adalah entry ikhlas aku. Tak ada bayaran. Jarang aku promote orang tak berbayar ni nak nak zaman serba bayar. Sebabkan niche aku lifestyle. Jadi aku tak kisah untuk semua ini. Sebab semua ni kehidupan dan jalan yang aku sudah lalui sepanjang perkahwinan
 
[UPDATE 16.12.2020] baru ada kesempatan nak update review aku sendiri berkaitan dengan service yang aku gunakan dari Firdaus Catering & Canopy (FSC) tempoh hari. Rata-rata aku dengar dari ahli keluarga dan tetamu yang hadir ke majlis aku semua tiptop. Dari segi menyajikan, SOP dan makanan yang dihidangkan sedap. Kami sedia maklum bahawa tetamu akan kurang dari sepatutnya. Sepatutnya pihak catering dah sedia maklumkan kepada tuan rumah bahawa makanan terlebih. Kami boleh sediakan apa yang patut untuk tetamu bawa pulang. Kami bayar penuh. Tapi, makanan tak habis yang banyak. Tak maklumkan kepada kami dan bawa pulang.  Apa-pun, kami minta maaf sebab ada termarah dan tabih hormat kepada pihak FSC kerana sangat professional ketika menghadap pelanggannya. Aku amik iktibar, dan harap pihak cateing di luar sana jangan cepat-cepat simpan makanan. Maklumkan kepada tuan majlis. Mereka sudah bayar semuanya. okay. bye

Info Lanjut :
Instagram : @KateringBatuPahat
Contact : 017-7546742
Based : Batu Pahat

Antara Makanan Cina Popular di Malaysia Yang Perlu Cuba

November 15, 2020
Bersama dengan makanan Melayu dan India, makanan kaum Cina juga tidak kurang hebatnya. Apa yang lebih menariknya lagi, makanan cina di Malaysia turut boleh di cuba oleh kaum lain kerana ada banyak restoran cina muslim di sini. 

Dari gerai tepi jalan yang sederhana hingga restoran makanan laut yang mewah, menu makanan chinese food di Malaysia menawarkan pelbagai rasa yang pastinya boleh memenuhi selera hampir semua orang.



Sama seperti masyarakat Cina tempatan, masakan cina di Malaysia ini sendiri ada yang telah wujud selama berabad-abad lamanya dan terus diperturunkan dari generasi ke generasi. Antara lokasi paling ramai penggemar makanan cina muslim ini adalah seperti di Ipoh Perak dan juga di George Town Pulau Pinang. 

Apakah antara sajian makanan cina lain yang boleh memenangi hati rakyat Malaysia? Di sini akan di kongsikan lima daripadanya untuk pengetahuan kita bersama. Ada kesempatan mungkin boleh mencubanya sendiri nanti. 

# Yee Sang 

Yee Sang yang juga lebih dikenali dengan nama Kantonis daripada bahasa Mandarin sebagai "yusheng" merupakan sejenis makanan yang sering ada pada hari perayaan Tahun Baru Cina di Malaysia. Hidangan Kantonis ini selalunya di dalam bentuk gabungan sayur-sayuran seakan salad yang turut digandingkan dengan potongan ikan, keropok dan juga sos.


Yee Sang seakan sebuah tradisi di mana ketika ingin menikmatinya, semua yang ada akan menyepit Yee Sang dengan chopstick lalu mengangkatnya tinggi-tinggi. Yee Sang akan diangkat dan digaul semua bahan sambil mengucapkan selamat maju jaya kepada semua orang. 

Tradisi berkaitan makanan ini turut mengatakan bahawa semakin tinggi lemparan Yee Sang, semakin banyak keberuntungan yang dapat diharapkan pada tahun berikutnya. 

# Ipoh White Coffee

Minuman kopi sudah dikenali di seluruh dunia termasuk negara barat. Tetapi kopi di Malaysia ini tidak sama dengan kopi yang popular di negara barat itu. Antara kopi yang popular di seluruh Malaysia adalah Ipoh White Coffee. 


White Coffee adalah sebahagian daripada sejarah Ipoh dan merupakan salah satu daripada banyak makanan yang ditawarkan di bandar ini. Ia dikatakan telah diciptakan oleh kedatangan kaum Hainan yang mengolah kopi Barat kepada kopi dengan rasa baru yang lebih sesuai dengan citarasa mereka sendiri. 

Dikatakan juga, kaum Hainan ini telah cuba memaksa diri untuk minum kopi negara barat tersebut tetapi mendapati minuman itu agak sukar untuk ditelan. Dengan perlahan-lahan mereka mula memanggang biji kopi dalam marjerin dan hasilnya kopi tersebut lebih kuat aromanya hingga boleh dikesan dari jarak yang jauh. Kopi ini dihidangkan secara tradisional dengan susu pekat. 

# Char Kuey Teow

Char Kuey Teow sejenis mi yang digoreng dan tak dinafikan ianya agak berminyak tetapi mempunyai rasa yang sangat sedap hingga boleh menjadi salah satu daripada menu makanan cina yang sangat popular di Malaysia. Hidangan Char Kuey Teow ini turut juga digemari oleh rakyat Singapura.


Char Kuey Teow terdiri sejenis mee (kuey teow) yang digoreng dalam kuali panas bersama kicap pekat manis, pes cili, udang, kerang, telur dan sayur taugeh. Dulu ia sering dihidangkan di atas daun pisang tetapi kini tidak lagi. 

Char Kuey Teow ini juga dulunya hidangan ini sangat murah dan sering dihidangkan pada golongan pekerja berkolar biru, kerana kandungan lemaknya yang tinggi memberi mereka tenaga untuk menjalani kehidupan seharian. 

Dalam Malaysia, negeri Pulau Pinang sangat terkenal dengan Char Kuey Teow dan adalah perkara biasa bagi rakyat Malaysia dari negeri lain untuk melakukan ziarah ke negeri ini demi untuk menikmati hidangan Char Kuey Teow yang terbaik!

# Nasi Ayam Hainan

Nasi Ayam Hainan, ini juga salah satu hidangan makanan cina yang turut popular dikalangan rakyat Malaysia dan Singapura. Nasi ayam Hainan mendapat nama dari kaum Hainan itu sendiri. 


Suatu masa dulu, orang Hainan ini merupakan salah satu kumpulan Cina selatan yang lebih kecil seperti kaum Kantonis dan Hokkien juga. Mereka ini berhijrah ke Tanah Melayu pada zaman penjajahan. Mereka terkenal dengan kemahiran dalam bidang masakan dan telah menjadi perkara biasa pada ketika itu bagi golongan Hainan ini untuk membuka restoran atau menjadi tukang masak peribadi di rumah orang Barat. 

Sejak itu hidangan demi hidangan muncul termasuklah nasi ayam Hainan ini. Set nasi yang dihidangkan dengan ayam yang direbus, kukus atau panggang bersama sup benar-benar menambat selera ramai orang pada ketika itu hinggalah ke hari ini. 

Manu Makanan Cina Boleh Juga Order Online 

Teringin nak makan menu apa-apa, tak perlu keluar dari rumah pun tak apa. Lagi-lagi dalam musim covid19 yang penuh mencabar ni. Tak perlulah risikokan diri sendiri kerana masih ada pihak seperti Foodpanda yang sudi berkorban dalam membantu urusan kita. 


Sana sini orang dah kenal siapa Foodpanda. Dari kanak-kanak hingga dewasa tahu untuk sebut tentang Foodpanda. Dengan warna pink sebagai tema mereka gah di sana sini untuk menghantar pesanan makanan terhadap para pelanggan. 

Apapun, tatkala membuat pesanan untuk menu makanan cina ini, pastikan dibaca semua detail tentang menu dan restoran yang ada di website Foodpanda dengan lengkap sebelum membuat pesanan. 

Takut juga kalau tersalah membuat pesanan terdapat menu non-halal. Pastinya dulu menu yang diorder itu berstatus Halal sebelum membuat sebarang pesanan. 

Powered by Blogger.
Back to Top